15

Romance Completed 78993

Mereka bertiga pulang ke Asrama  selepas seharian kepenatan menimba ilmu di kelas masing - masing.

Tania telah terlelap di atas katil akibat kepenatan. Masa yang Ada digunakan sepenuhnya oleh Tania bagi merehatkan tubuh Dan fikirannya.

Segala masalah dibuang jauh dari hidup. Semakin gelap Dan Hitam bayangan dalam  kepalanya. Akhirnya segala masalah dalam diri Tania...lenyap..

" Penat sangat Aku lihat Tania tu? Kenapa dengan dia?" Jila mendapatkan Rina yang Baru turun dari atas katil Tania.

Goyangan dan bunyian dari aksi Rina turun katil, sedikit pun Tak menjejaskan Lena Tania.

" Semalam tengah Malam Abang sepupu Tania ambil dia dekat sini. Engkau dah Lena waktu tu.. waktu Tania kejutkan Aku. Aku pun dah mamai. Dengar Tak dengar jer dia cakap apa.. pagi ini Baru Aku tahu cerita sebenar.

Pagi tadi Baru dia balik. Mungkin engkau Tak perasan pagi tadi..

" Aku perasan tapi Aku ingatkan dia keluar awal pergi kelas. Tak sempat Aku nak Tanya dekat engkau tadi. Tak Ada peluang.." Jila Mula kearah Tania. Tudung Tania juga tidak dibuka dahulu oleh Tania. Itu menandakan Tania terlalu penat.

Mereka berdua telah masak dengan perangai sebenar Tania..

" Aku pergi Mandi dulu Rina, Badan Aku ini Dan melekit. Engkau tengok - tengokkan dulu Tania. Kalau dia bangun engkau suruh dia pergi Mandi, Tak elok lepas kelas terus tidur..

" Iyelah Aku tunggu dia dekat sini. Engkau pergi Mandi kejap lagi Kita tukar. Aku pun dah rimas juga ini. Cuaca pun panas."

Jila telah keluar dari Dorm untuk menuju kebilik mandian. Manakala Rina yang sedang menunggu Tania hanya duduk di lantai Dorm sambil menunggu Jila selesai dari mandian nya..

Kedengaran dengkuran halus dari Lena Tania yang menunjukkan Tania betul - betul perlukan rehat untuk Tubuhnya..

***

Tania mengosok - gosokkan Mata apabila tersedar dari Lena yang panjang. Suasana sunyi sekeliling, namun masih terdapat beberapa penghuni dorm yang menjalankan aktiviti masing - masing.

" Huishhhhh! Lamanya Aku tertidur, jam berapa dah ini." Tania segera menganjakkan Tubuhnya ke hujung katil, dimana disitu terdapat jam didinding yang dapat memberikan waktu itu telah menginjak ke nombor berapa.

" Empat!' nampaknya Aku dah tertidur lebih 2 jam. " Tak boleh jadi...

Tania segera mengeluarkan baldi dari bawah katilnya. Dia perlu membasahkan diri, pakaian Sekolah yang masih tersadung ditubuhnya telah seharian dipakai oleh Tania.

Dia tahu Rina Dan Jila sedang tidur di katil masing - masing. Jadi dia Tak mahu menganggu.

Perbuatan Tania menyedarkan Rina dari Lena.  Melalui besi penghadang katil Kepala Rina muncul untuk memandang  kearah Tania. " Hei Tania engkau dah bangun!" Rina mengejutkan Tania yang sedang seperti mencari sesuatu.

" Rina, maaf kalau ganggu Lena engkau tadi. Sambunglah tidur balik aku nak pergi Mandi. Nanti waktu asar Aku kejutkan." Tania menunjukkan wajah serba salah, dia   salah laku Dan Hal itu menyebabkan tidur Rina terganggu.

" Tak bukan Salah engkau, aku yang belum Lena. Tania tadi telefon engkau Tak berhenti berbunyi. Tapi Aku Tak sampai hati nak kejutkan engkau tadi. Engkau Lena sangat jadi Aku biarkan jer. Aku silent telefon engkau tu." Tangan Rina menunjukkan kearah telefon Tania.

Wajah Tania terus berubah dari makluman Rina.. Tania terus melangkah kearah telefon miliknya. Sesuatu telah terpampang di skrin telefon yang membuatkan keresahan Tania mulai muncul dalam perasaannya.

Telefon dimasukkan ke dalam poket bajunya. Perlahan Tania berpaling kearah Rina dalam senyuman kecil. " Aku pergi Mandi dulu, engkau sambung tidur balik." Sebaik mencapai baldi mandian Dan tuala, Tania keluar dari Dorm menuju ke arah laluan bilik Mandi. Dalam fikiran Tania telah serabut dengan persoalan yang akan dijawab pada Munshi nanti.

Rina yang memerhati Tania dari jauh Mula menunjukkan wajah pelik. Dah kenapa Tania ini pergi Mandi pakai tudung. Dah Tania mamai lagi. Tania ! Tania ! Senyuman kecil terukir di bibir Rina Dan dia kembali menutup Mata untuk Lena kembali.

Setibanya di bilik Mandian Tania terus sahaja membuka telefon yang telah berada di dalam pegangannya. Sebaik melihat beberapa panggilan yang telah terlepas dari pandanganya, Tania meraup wajah.
" Apa Aku nak jawab dengan Munshi ini."

Beberapa mesej yang dihantar oleh Munshi dibaca oleh Tania satu persatu..

" Tania engkau dekat Mana?"

" Hoi Budak, apasal engkau Tak angkat panggilan hah.."

" Tania, Mana engkau?"

" Engkau memang Cari nahas Tania dengan Aku?"

" Budak aku lama tunggu engkau ini Mana engkau?"

" Engkau Tak muncul lagi Tania aku Cari engkau dekat Asrama!"

" Tania apa pesanan Aku tadi?"

" Tania"

" Tania"

" Tania'..

" Habis Aku Munshi dah mengamuk. Tapi apa pesanan Munshi tadi dekat Aku?" Kepala yang tidak gatal digosokkan Tania. Bila tangan Tania mengaru tudungnya barulah Tania tersedar, tudung Sekolah belum dibuka oleh dirinya. " Shit!"

Tit! Bunyi mesej Masuk..

"Aku dibawah dah Dua jam aku tunggu sini. Aku tahu engkau dah baca mesej Aku. Aku bagi tempoh Masa lima minit lagi untuk engkau Budak turun sini.."

" Tak habis - habis nak ugut aku." Tania membuat keputusan untuk membalas mesej Munshi memandangkan perbuatan nya telah diketahui oleh lelaki itu.

Jika dia diamkan tentu sahaja lebih menambahkan API kemarahan dalam hidup Munshi pada dia.

" Saya tertidur, lepas Mandi Saya jumpa awak :)." Sebaik mesej dihantar Tania meneruskan mandian.

Tania bersiap serba ringkas bila selesai mandi. Dia mahu maklumkan perkara itu  pada Rina atau Jila. Tapi melihatkan kedua - duanya masih Lena, niat Tania dibatalkan.

Setelah semua benda penting diletakkan dalam begnya, Tania melangkah keluar dari  Dorm bagi mendapatkan Munshi sekali lagi. Cuma Kali ini Tania Berharap, Munshi tidak terlalu menonjolkan penampilannya pada warga pelajar Asrama, kerna Tania takut permasalahan Besar akan melanda dirinya di masa akan datang.

Percaturan Tania benar - benar tersilap kali buka ini. Nampaknya Munshi benar - benar menggunakan dirinya untuk menonjol dalam situasi itu, bila  dilihat di Mata Tania, Munshi telah beramah mesra dengan bebarapa pelajar senior Asrama..

Dari  kumpulan gadis  yang sedang berbual dengan Munshi, Tania mengenali seorang  Dan perhubungan Tania Dan gadis itu tidak beberapa baik berikutan masalah lampau.

" Deli!"

Tania yang melihat kelakuan Munshi tidak terus menegur lelaki itu sebaliknya dia terus pergi ke arah kereta Munshi Dan menunggu disitu.

Munshi yang menyedari kehadiran Tania terus meminta diri Dan mendapatkan Tania yang telah berubah reaksi wajahnya.

" Tit" alarm kereta dibukakan Munshi dari kejauhan, Tania terus membukakan pintu disebelah penumpang Dan terus meloloskan diri kedalam kereta tanpa menunggu kehadiran Munshi.

Munshi yang masuk kedalam kereta segera menghidupkan enjin. Sebelum mereka keluar dari perkarangan asrama, sempat Munshi melambai kearah Deli.

Tania yang memberikan pandangan di luar dapat melihat seseorang dari kumpulan itu menjeling kearahnya dengan reaksi wajah yang sama seperti dulu..

" Engkau dah makan?" Suara Munshi begema, tapi dari reaksi wajah Munshi masih tegang.

" Sudah! Saya dah makan dekat Asrama tadi. Saya boleh temankan awak, tapi awak kena hantar Saya sebelum Malam." Tania Berharap Munshi faham situasinya.

" Aku dah dapatkan Kebenaran untuk engkau!" Satu Surat diserahkan Munshi kearah Tania.

Tania yang membaca isi kandungan Surat itu bagaikan tidak percaya. " Munshi kenapa Tak bincangkan dulu dengan Saya? Awak buat apa ini?" Surat Kebenaran diletakkan kasar oleh Tania.

Dia ingatkan semalam adalah Hari terakhir dia Tak dapat lari dari Munshi, sebaliknya Tania dipermainkan sekali lagi, Dia akan dipermainkan Munshi lagi 2 hari.

" Kenapa engkau diam? Engkau Tak suka?" Munshi tersenyum sinis.

" Awak buat semua ini sebab nak permainkan sayakan. Munshi boleh Tak awak lepaskan Saya untuk Saya jalani hidup normal Saya. Dua Hari dengan awak pun Saya dah sesak nafas, inikan Pula...

" Siapa kata Aku nak lihat engkau hidup normal, memang Aku kahwin dengan engkau, Aku  nak musnahkan hidup engkau. Lagi banyak engkau menderita Tania, lebih seronok hati Aku!" Kelakuan Munshi luar biasa, dalam wajah yang tenang kata - kata itu bagaikan perkara biasa bagi Munshi.

" Saya tahu!" Lemah suara Tania.

" Baguslah engkau tahu, permainan dia masih sama Tania. Engkau ikut cakap Aku, hidup engkau takkan sesukar Mana. Selepas Hari rabu, engkau akan dapat hidup normal seperti biasa. Selepas hujung minggu ini, Kita jalani kehidupan Kita yang biasa." Licik plan Munshi, namun bagi Tania hidupnya pasti sukar mengikut telunjuk Munshi. Dia tidak lagi bebas seperti sebelumnya.

Tania cuma Berharap Masa - Masa itu akan berlalu dengan pantas tanpa meninggalkan kesan Hitam dalam hidupnya. Dia mahu segalanya berakhir pantas, walaupun dia sendiri Tak pasti untuk kebahagian sendiri hidupnya..

" Aku Tak sangka pelajar - pelajar dekat Sekolah engkau tu banyak yang Menarik." Munshi membelokkan pemanduan ke kiri Dan Tania masih mendengar.

" Kenapa awak menonjolkan sangat Hari ini Munshi. Kalau pelajar - pelajar itu Tanya Saya, tahu hubungan Kita ini apa Saya nak jawab?" Kini giliran Tania Pula bertanyakan soalan. Bila melibatkan sekolahnya Tania mudah Naik angin.

" Pasal Hal itu ! Engkau tahu Tak berapa jam Aku tunggu engkau dekat luar tadi? Engkau Dengar Tak apa Aku pesan?' soalan Tania membuatkan Hal kemarahan Munshi tadi diungkit.

" Awak pesan apa?"

" Betullah engkau ini Budak Tania. Aku pesan Aku suruh engkau tunggu Aku dekat pagar lepas Sekolah. Aku ambil engkau dekat situ." Stereng kereta dihempas kasar oleh Munshi bila arahan dia pagi tadi diambil ringan oleh Tania.

" Maaf Saya Tak perasan pagi tadi. Jadi awak...

" Aku tunggu dekat 2 jam dekat luar tu."

" Ouchbhhh! Saya tertidur, tapi itu bukan alasan awak Munshi untuk tonjolkan diri awak tu dekat rakan - rakan Saya. Banyak yang kita perlu rahsiakan..

" Hmmmm, tapi dari perbualan tadi Aku tak rasa Aku rugi. Ada sesuatu yang Aku dapat cerita tentang  engkau Tania Dan Aku sungguh Tak sangka." Senyuman Munshi semakin sinis bersama Mata yang melihat kearah Tania dengan tajam.

" Cerita apa Munshi?" Fikiran Tania hanya teringatkan Kepada seorang wajah. " Deli! Takkan dia ceritakan tentang Hal lama   itu pada Munshi.

Bersambung......

Luv PB...:)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience