13

Romance Completed 78127

" Ehemmm!"

Seorang murid lelaki menoleh kebelakang kearah suara yang menegurnya.

" Awak nak Cari apa dekat sini?" Tania menegur bila dilihat lelaki itu bagai mencari - Cari sesuatu.

" Bukan sini pejabat guru?" Tangan lelaki itu mengarah kearah papan tanda Dan dituju kearah Tania.

" Awak orang Baru?" Ketika itu pertengahan musim persekolahan. Tidak mungkin Budak yang telah bersekolah disitu tidak tahu. Tania meneka.

" Shah! Saya sepatutnya pergi jumpa Cikgu Johan. Orang pejabat yang suruh Saya kesini?" Lelaki itu perkenalkan diri, Dan gadis didepannya adalah pelajar pertama yang perasan akan kehadirannya di Sekolah itu.

" Tania! Awak salah tempat. Maksud Saya dulu betul disini.. tapi Dua minggu lepas pejabat guru sudah pindah lain bangunan. Bangunan di Sana. Tania menunjukkan dengan jari.

" Habis itu papan tanda ini?" Kerutan di kening Shah masih belum berubah.

" Belum sempat di ubah. Sini kalau awak nak tahu, telah ditukar menjadi perpustakaan. Tempat pinjam buku. " Tania menerangkan.

" Ini semua buku awak pinjam, boleh ker awak baca?" Pandangan Mata Shah terarah kepada beberapa buah buku tebal dalam pelukan tangan Tania.

" Saya Anak tunggal, semua harapan pada Saya. Jadi kenalah Saya usaha lebih." Tania senyum.

" Saya boleh nampak usaha itu!" Lelaki hadapan Tania tersenyum indah.

Buat pertama Kali dalam hidup Tania. Senyuman lelaki itu yang terindah dalam hidupnya. Keseluruhan wajah lelaki itu sempurna hinggakan tidak ternampak sebarang cela di mata Tania.

Dia terpegun seketika. 

" Saya pergi dulu?" Shah melangkah terlebih dahulu, namun Baru berapa langkah Shah berpaling sekali lagi dia berhenti Dan pandangan wajah diarah pada Tania..

" Tania awak kelas apa?"

"Tiga...."belum sempat Tania menghabiskan ayat.

" Saya setahun lebihn tua dari awak. Jumpa lagi." Sebaris senyuman dihadiahkan pada Shah pada Tania sebelum tubuh Shah hilang pada pandangan.

" Terlampau peramah aku Hari ini!"Tania tersenyum sendiri mengingatkan perkenalan tadi.

***

" Tania engkau Ada Tak kenal Budak lelaki nama Shah?" Rina menghampiri Tania. Buku hadapan Tania ditutup rapat oleh Rina. Dia mahu Tania memberi perhatian pada dia

" Shah! Hmmmm, agaknya Budak semalam tu kot. Budak Baru yang aku jumpa dekat library. Kenapa dengan dia?" Duduk Tania disandarkan kebelakang, sambil memek muka comel di tayangkan pada Rina.

" Hensem Kan dia!" Wajah Rina bertukar ceria.Sambil tersenyum dia menunggu reaksi Dan Komen dari Tania.

Tania segera teringatkan senyuman Shah..Senyuman yang indah dari seorang yang kacak..
" Hmmm, memang kategori Hensem!" Tania mengiyakan bicara Rina, bersama senyuman yang sampai ditelinga.

Namun tanpa disangka oleh Tania.... Rina dah melompat keriangan di sisi Tiana..Membuatkan Tiana terkejut dengan kelakuan Rina..
" Engkau dah kenapa ini?" Tania pelik.

" Aku teruja. Pertama Kali engkau puji Budak lelaki Hensem. Engkau sebelum ini Mana pernah beri tumpuan dalam Hal ini."Rina menyakat..

" Hoi! Hoi! Woii! Apa seronok sangat ini?" Jila muncul ..

" Aku menang Jila, Tiana Ada reaksi dekat Mamat Baru tu. Jadi sangkaan aku selama ini betul. Tiana mencari yang terbaik dari yang terbaik." Rina menghulurkan tangan kepada Jila.

" Cup! Korang bertaruh pasal aku? Kalau Rina menang pasal Aku Komen pasal lelaki! Engkau Jila bertaruh untuk apa?" Tania mengalihkan pandangan pada seorang lagi temannya,Jila.

Jila tersengih."Aku, aku ..aku bertaruh Sebaliknya Tania." Jila cepat - cepat melarikan diri.

" Gila! Engkau ingat aku Lesbian." Barangan yang Ada disekeliling Tania dibalingkan kearah Jila, namun gadis itu sempat mengelak sebelum sesuatu dari balingan Tania terkena seseorang ..

" Ouchbhhh!" Suara kesakitan seseorang yang membuatkan seluruh pelajar dalam kelas Tania ternganga.

" Shah!"..

***

" Engkau ingat dekat dia lagi ker?" Rina  duduk bersebelahan Tiana, bila dilihat Rakannya jauh termenung bila nama Husin disebutkan.

" Hmmmm!lama Aku dah lupakan dia. Entah Macam Mana agaknya dia sekarang?" Tania mengeluh dalam diri, entah kenapa dia kembali diingatkan dengan sebaris nama itu. Wajah lelaki itu kembali segar dalam ingatan Tania.

Walaupun dia tahu berdosa mengingati lelaki lain kerana statusnya kini.. Tapi siapa dia untuk menghalang fikirannya.

" Aku Tak rasa Shah sama dengan Husin Tiana. Lagipun mereka jauh berbeza." Rina menyedarkan Tiana.

" Mereka berdua kawan baik. Kita pun Tak tahu apa yang jadi pada Shah sekarang. Khabar dia pun Aku Tak pernah dengar. Dia hilang macam itu jer." Tania mengeluh sambil pandangan berat diberikan kepada Rina.

Jila telah lama menghilang, kebiasan bagi seorang lagi temannya berbual di lain - lain Dorm.. dia merupakan seorang peramah. Disebabkan itu segala berita akan sampai pada pengetahuan dia dulu..

" Husin itu bukan kawan baik Shah, Tania..Itu kawan makan kawan.. kalau Tak takkan lepas Shah pergi, dia Pula yang mengatal ngorat engkau. Dia tahu engkau dengan Shah Kan Ada sesuatu...." Rina menambah membuatkan Tiana tidak selesa bila sejarah hidupnya dengan Shah kembali disingkap.

" Aku dengan Shah Tak Ada apa - apa. Kami Tak pernah luahkan apa - apa pun. Cuma....

" Dah - dah Aku faham Tania apa yang jadi. Mungkin Shah Ada alasan dia sendiri. Biasalah zaman Sekolah ini, Cinta Monyet ...Tapi kalau bagi pendapat aku, aku rasa jodoh engkau kuat dengan dia." Rina tersenyum bermakna. Dia tahu sesuatu yang Tania tidak tahu mengenai Shah.

Lama Tania melihat kearah Rina..Dia cuma meluahkan sendiri dalam hati.. Segala yang ditanggung hanya dia yang simpan sendiri..
" Takdir aku dengan Shah memang Tak tertulis Rina. Aku dah berkahwin, kalaulah kamu berdua tahu Hal itu." Wajah Tiana sugul mengenangkan nasibnya. Dia pernah bahagia bersama Shah meniti bait - bait percintaan mereka berdua. Tapi kini, itu semua hanya tinggal kenangan untuk dia Dan sah kembali..

perhubungan Tania Dan sah baik sepanjang perkenalan mereka.. Shah seoranng lelaki yang boleh dipercayai Dan selamat untuk Tania berada disisinya..

Namun selepas peristiwa itu segalanya berubah... segalanya bermula dari kematian Keluarga Tania ..Tania kembali dari percutian panjang ke Sekolah .Sebaik tiba Shah hilang khabar berita..

jejak lelaki itu hilang Dan hanya dimaklumkan dengan berita pemergian Shah bertukar ke Sekolah Baru..

Adakah itu suatu berita baik untuk Tania, atau sesuatu yang buruk dalam hidupnya, berikutan sekembalinya dia disitu, dia telah berkahwin dengan Munshi..

Tania telah memikirkan beberapa cara untuk dia berterus terang kepada Shah akan Hal itu.. Tania takut Jika segalanya terbongkar, itu akan lebih memburukkan keadaan hubungan dia Dan Shah..

Tapi sebaliknya terjadi..aturan Tuhan membantu Tania..
kehilangan Shah adalah takdir terbaik bagi hidup Tania..

Lamunan Tania terhenti disitu...

" Rina aku nak berehat dulu, Badan Aku dah rasa penat sangat!" Tubuh Tania dibaringkan untuk dia mendapatkan rehat.

" Okay aku pun nak tidur juga. Esok permulaan hidup Kita Tania. Buang perkara negatif, masukkan pemikiran dengan perkara positif." Rina memberikan kata Semangat.

" Rina engkau rasa Husin tu menyesal Tak dengan perbuatan dia?" Fikiran Tiana tiba - tiba teringat tentang topik tadi.

" Belum pasti lagi Budak itu Anak Husin, belum disahkan lagikan.Ujian itu lambat lagi Tania. DNA test makan Masa." Rina memejamkan Mata kembali.

" Hukuman dia macam Mana? Agak - agak boleh terlepas?" Beberapa persoalan bermain dikotak fikiran Tania.

" Hmmmm, engkau nak aku jadi peguam ker Malam ini. Banyak sangat soalan engkau ini. Tadi Macam nak tidur sangat!" Rina membetulkan posisi baringan tidurnya, dia masih mencari posisi Mana yang lebih selesa.

" Engkau jer yang pandai Bab - Bab ini sebab itu Aku Tanya. Apa jadi dekat mereka berdua nanti Rina. Kalau dua - Dua Salah" Tania berminat untuk mengetahui tentang perkara itu. Tania tahu Rina Arif Bab undang - undang.

Husin kalau betul Dna itu sepadan dengan dia. Dia akan dikenakan hukuman berat. Sebab dia berhubungan dengan gadis bawah umur." Rina menerangkan selanjutnya.

" Kalau mereka berdua berkahwin? Banyakkan kes macam itu?" Tania Cuba menduga.

" Kalau kes terpencil macam ini Tania, tentulah Dua - dua Keluarga itu ambil langkah selamat kahwinkan mereka.

Tapi Masa depan mereka tergantung. Mereka berdua akan dikenakan hukuman buang Sekolah. Itu perkara pasti, lepas ini mereka kena ambil peperiksaan persendirian lah jawanya." " Ada apa - apa lagi Tania..Rina yang beberapa Kali menguap mengerutkan kening..

Kring! Kring ! Kring..

Wajah Tania Dan Rina berpandangan pelik bila terdengar seperti bunyi telefon bimbit di Dorm mereka..

" Engkau Dengar Tak tu Rina? Macam bunyi telefon.. Bunyi telefon engkau ker?" Tania bertanya kepada Rina.

" Ehh, bukan Aku. Bunyi telefon Aku lain dari bunyi ini. Tapi kenapa bunyi itu Macam dekat katil engkau Tania." Rina membuat muka pelik.

" Cuba engkau check dalam beg Sekolah engkau Tania." Rina memberikan cadangan.

Tiana bertindak pantas membuka begnya Dan alangkah terperanjatnya Tania bila terlihat sebuah telefon berada dalam begnya. Bila telefon itu diambil, nama seseorang muncul di skrin telefon..

" Munshi"

" Hah Kan aku dah cakap engkau punya. Bila engkau beli telefon Tania...Blah..blah..blah..

Tania sudah berada dalam dunianya sendiri. Dia berjalan melangkah keluar.Dia masih berbelah bahagi untuk mengangkat panggilan dari seorang yang dielakkan . kewujudan telefon ini tidak pernah dimaklumkan Munshi sebelum ini kepadanya.

" Apa aku nak buat ini?" bibir Tania digigit keras. Mengurangkan kegusaran dihatinya.

Selepas 10 panggilan dari Munshi terlepas. Tania membuat keputusan untuk mengangkat panggilan..

" Hhhhhhello!"

" Engkau pergi Mana?" Suara kasar Munshi dalam nada kemarahan menjawab  hello Tania.

" Awak yang letakkan telefon ini dalam beg Saya. Kenapa Tak maklumkan?" Tiana memberikan alasan.

" Turun sekarang Aku tunggu dalam kereta!" Suara Munshi kedengaran mengeluh.

" Saya Tak boleh keluar sekarang, ramai Ada dekat sini." Tiana mengelabah, entah apa Gila Munshi sehingga tengah Malam  mencarinya ke sini.

" Bagi alasan Tania, kalau engkau Tak turun lagi 2 minit. Aku Naik atas heret engkau ikut aku?" Nada Munshi tegas menandakan dia Tak main - main.

Tania Serta merta mengelabah Dan pucat. Jika Munshi buat Gila, Tania akan Malu Besar. Dia tahu kemanpuan Munshi..Nak Tak nak dia perlu ikut Munshi Dan berjumpa lelaki itu. Namun dia perlu mencipta alasan..

" Rina ! Rina aku nak keluar sekejap.." pakaian labuh disarungkan segera ke tubuh Tania. Dia perlu segera mendapatkan Munshi.

" Engkau nak pergi Mana Malam - Malam ini?" Rina terkulat - kulat mengosok matanya.

" Abang aku datang. Dia tunggu dekat bawah. Sekejap lagi aku balik. Aku maklumkan dekat engkau seorang, takut ada yang Cari aku nanti." Tiana telah siap berkemas Dan penipuannya diharapkan berjaya.

" Abang ? Lantaklah..." Tania merasa lucu dalam Hal itu.
" Pergi dulu." Tiana mengambil beg dompetnya sebelum keluar melangkah..

" Jaga diri!" Rina sempat berpesan sebelum mata dipejamkan kembali.

Langkah Tania laju menuruni satu persatu tangga yang terdapat di Asrama. Sebaik Tania muncul di pintu pagar, dapat dilihat Tania sebuah kereta telah menunggu..

" Dia nak apa sebenarnya?" Sempat Tania menyumpah dalam diri sebelum langkah dilakukan menuju kearah Munshi..

Bersambung......

Komen.Vote, Rate n Rewards...

Luv PB :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience