64

Romance Completed 78127

" Tania"

Johan kehilangan kata - kata bila melihat Tania masih belum tersedar.. Dia kehilangan Cara untuk membantu, untuk keselesaan Tania, dia mencepung tubuh Tania kebilik bersebelahan yang terdapat katil, dia kematian akal, apa yang perlu dia buat.

Selesai meletakkan Tania dalam keadaan lebih selesa, telefonnya berdering..

Rina.

" Johan awak dekat Mana? Saya nak ajak awak keluar Malam ini" Rina bersuara lunak, kejadian siang tadi benar - benar buatkan Rina gembira. Segalanya tentang Johan dapat dibanggakan..

" Saya Tak boleh keluar Malam ini. Saya masih Ada urusan di pejabat, lain Kali." Pandangan Mata Johan melihat kearah Tania, sesuatu sedang mebermain di fikiran Johan..

" Okay! Saya jumpa awak esok Johan!" Panggilan diletakkan.Sebagai seorang kekasih kepada Johan, seorang lelaki yang sibuk dengan kerja. Rina tidak mahu terlalu menganggu Johan, dia mahu beri keselesaan kepada Johan menjalani harinya tanpa merunsingkan lelaki itu. Itu pilihan Rina.

Menjadi wanita yang memahami lelaki walaupun dirasakan sukar oleh Rina..

Rina tidak sedap hati, tadi sebelum dia keluar dari Syarikat, dia singgah dahulu untuk menjumpai Tania..Namun pencarian Rina hampa, Tania tiada dibiliknya.. Puas dia hubungi Tania, namun panggilan masih belum diangkat.

Memikirkan Johan Dan Tania kedua- duanya berada di Syarikat dalam Masa ini buatkan perasaan Tania gelisah..bagaimana jika firasat hatinya betul tentang perkara itu.. Tania benar - benar masih berada disyarikat, bersama Johan.

Johan semakin hilang kewarasan, Baru sebentar tadi dia telah mengangkat Tania..tapi perkara itu dirasakan Johan seperti pernah dilakukan dulu..

Melihat Tania berada di tangannya, bagaikan dia termimpi seseorang dalam kedudukan yang sama dulu.. dia merenung Tania yang masih terlena..dia masih mencari Masa sendiri bersama Tania, sebelum Tania akan diselamatkan nanti..akhirnya setelah puas dia melihat Tania...

Dia membuat panggilan kepada Matthew..

" Matthew, awak kena datang ke Syarikat Saya segera. Ada seseorang perlukan bantuan awak!' Mata Johan masih melihat kearah Tania yang terbaring..

" Kenapa Johan!" Matthew terus mengumpulkan peralatan perubatannya dalam sebuah beg Dan terus bergerak ke Syarikat Johan.

panggilan ditamatkan..

Jarak Syarikat Johan yang hanya 5 minit dari rumahnya memudahkan perjalanan Matthew. Syarikat Johan sengaja dipilih berdekatan dengan rumah Matthew, untuk Doktor itu memberikan rawatan jika berlaku keadaan kecemasan..

Matthew tiba Dan terus ke bilik Johan. Pengawal yang mengawal di Syarikat Johan telah mengenali Matthew sebelum ini. Mereka juga tahu, Bos Besar mereka belum pulang, masih bekerja.

" Apa bantuan awak perlukan Johan, siapa yang awak maksudkan?" Matthew tidak sempat untuk bernafas, dia takut jika sesuatu terjadi pada Johan.

" Orang itu Ada di bilik?" Johan menunjukkan arah tempat dimana Tania diletakkan.

Matthew mengerutkan kening Dan segera pergi kearah yang Johan tunjukkan..

Matthew masuk kedalam bilik diikuti Johan dari arah belakang.. Melihat kearah Tubuh yang sedang terbaring..Setelah diamati oleh Matthew!

" Tania!"
Kuat suara Matthew bersuara yang membuatkan Johan terperanjat sama.

" Awak kenal dia Matthew?" Wajah Matthew dilihat Johan telah berubah..

" Saya rawat dia dulu. Apa yang terjadi Johan?" Segera Matthew mengeluarkan peralatan bagi memeriksa Tania, sambil menunggu penjelasan dari Johan.

" Dia pengsan tadi...lapar!"

Setelah mendengar penjelasan Johan, Matthew menyuntik sesuatu Dan drip air dimasukkan kepada tubuh Tania. Dari pemeriksaan Matthew, Tania tiada masalah, namun Tubuhnya masih lemah mungkin disebabkan lapar seperti yang dikatakan Johan tadi.

" Berapa lama dia dalam keadaan begini?" Matthew perlukan penjelasan selanjutnya.. Dalam 4 atau 6 jam..Johan teragak - teragak. Dia sebenarnya tidak pasti berapa jam Tania telah berkeadaan begini.

" Apa yang awak buat sepanjang waktu itu. 4 atau 6 jam tadi.. Itu bukan satu Masa yang singkat. Kenapa awak Tak panggil Saya segera!" Kelihatan Matthew sedikit marah dengan tindakan Johan yang lewat memanggilnya.

Jika Johan tahu siapa Tania di dalam hidupnya sebelum ini, dia tidak àkan membenarkan Tania berkeadaan begitu, sebegitu lama.

" Saya sebenarnya Tak pasti dia benar - benar pengsan atau dia berlakon Matthew.. banyak perkara buruk yang Saya tahu tentang dia.."

" Jadi awak biarkan dia dalam keadaan ini begitu lama. Awak àkan menyesal jika sesuatu terjadi pada dia Johan. Itu Saya pasti!" Matthew tidak dapat mengawal kemarahan dengan kebodohan fikiran Johan.

" Apa maksud awak Matthew?" Johan semakin tidak sedap hati.  Ada Sesuatu yang Matthew sembunyikan dari pengetahuannya. Paling Johan tidak percaya, Matthew kenal Tania..

Apa hubungan Tania Dan Matthew.. Dan kata - kata Matthew tadi..?" semua itu sesakkan dada Johan.

Matthew hanya memandang Johan tidak berkelip..setelah perasaannya tenang, dia kembali kepada pekerjaaannya. Saya Ada pesakit disini Johan.. Nyawa dia lebih berharga..

Matthew membiarkan Johan sendiri..Jika dia maklumkan Hal sebenar kepada Johan dia takut sesuatu yang buruk terjadi.. Jadi untuk Johan mendapatkan jawapan, lelaki itu perlu pulih dengan ingatan dirinya sendiri tentang hubungan dirinya Dan Tania... tanpa Ada sesiapa yang membantu. Itu lebih baik bagi kesihatan Johan..

Matthew selesai menyelamatkan Tania, bersyukur kerana dia tidak terlambat kesitu. Jika sedikit Masa lagi diambil, Matthew takut sesuatu terjadi.

" Macam Mana dengan dia?" kelihatan Johan Cemas..

" Dia selamat, tapi dia perlukan rehat Malam ini!" Matthew merenung kearah Johan.

Melihatkan Johan masih terdiam, Matthew harap Johan tersedar dengan kesilapan dirinya tadi..

" Tolong layan dia dengan baik Johan. Awak akan dapat jawapan semua yang awak harapkan!"

" Apa maksud awak, Matthew?" Sikap Matthew yang aneh yang tidak menjawab persoalan darinya buatkan hati Johan semakin tidak tenang.. " Bagaimana Aku àkan dapat jawapan Jika semua dari Masa silam Aku terpadam!" bicara Johan dalam hati bersama tumpuan Mata masih terarah pada Tania..

" Saya pergi dulu Johan, pastikan jika dia tersedar. Dia perlukan makanan!" Nasihat Matthew sebelum berpisah dari Johan.

" Matthew macam Mana Saya nak beli makanan Malam- Malam Macam ini. Mana Ada kedai yang buka?" Johan seakan berputus asa, cadangan Matthew dirasakan Johan Tak masuk akal. Lagipun dia Mana pernah menjaga orang sakit.

" Awak boleh fikirkan Hal itu.. delivery! Awak kena Jaga dia Johan, dia Tak boleh tinggal sendiri. Kalau sesuatu terjadi pada dia. Saya tahu Mana nak Cari awak!" Matthew berpaling Dan melambaikan kearah Johan sebelum lelaki itu ditinggalkan bersama Tania.

Tidak Salah dirasakan Matthew dia meninggalkan Tania Dan Johan berdua. Kerana pasangan itu masih Sah dalam hubungan..Masih pasangan suami isteri..

" Johan tiada pilihan, melihatkan kelibat Matthew yang menghilang. Terpaksa dia dengan kekok menjaga Tania..

Johan menyisingkan kemeja pejabat yang berada ditubuhnya.. beberapa butang di kemeja dibukakan bagi keselesaan. Dia memerhati Tania dari sisi..

" Apa maksud Matthew Aku àkan dapat jawapan dari dia? Perasaan Johan berbelah bahagi.. " Tania dari Masa silam Aku? Tapi Tak mungkin...satu persatu pertemuan bersama Tania terulang..sikap Tania,Bahasa tubuh Tania...pandangan Mata Tania, yang penuh benci...

Dia seakan tertarik....namun dengan cepat Johan meraup wajah untuk dia sedar. Dia telah Ada Rina dalam hatinya..segera perasaan itu dibuang jauh.

Johan keluar dari bilik untuk membuat pesanan..Memandangkan dia akan tidur di Syarikat, semua pekerja yang masih bekerja di Syarikat dalam bahagian kawalan,  Johan belanja Malam itu.

Bubur nasi diletakkan Johan di tepi meja bersebelahan Tania berbaring. Dia ingat lagi pesanan Matthew, Tania perlu diberikan makanan sebaik sahaja wanita itu tersedar. Johan tiada banyak pilihan, untuk kesenangannya dia memesan makanan segera, untuk cepat dihantar, telah dimasak Dan enak. " McD itu pilihan Johan Malam - Malam begini.

Dia memesan beberapa set burger untuk pekerja Dan dirinya. Manakala Tania, Dua bubur telah dipesan Johan untuk menunjukkan dia telah tersilap dengan kejadian petang tadi..

Jam 12 Malam, dengan sedikit pergerakan, Tania beransur - ansur membukakan Mata. Johan yang berada disisi Tania sepanjang Masa tadi mengeluh lega. Tania telah terselamat..

Johan merapati Tania di sisi..Tania yang masih mamai Cuba untuk duduk sambil tangannya diletakkan di kepala, namun Ada sesuatu yang dirasakan Tania menganggu tangannya..

" Drip!" Tania mendongakkan wajah, terkejut dengan kehadiran Johan disitu. Sekeliling bilik dilihat Tania, bagaikan tidak percaya..

" Saya dekat Mana?" Dengan tenaga yang sedikit, Tania menanggalkan drip ditangan namun dihalang oleh Johan..

" Awak pengsan disini tadi, Saya dah panggilkan Doktor untuk rawat awak tadi. Awak selamat disini!"

Tania bagaikan tidak percaya bagaimana dia boleh pengsan pada Hari pertama dia bekerja disitu.." Saya perlu balik, Tania merasakan kehadiran dia Dan Johan disitu berdua, dia sangat tidak selesa."

" Awak kena rehat dulu Tania, Doktor sudah arahkan awak rehat disini Malam ini Dan makan selepas awak sedar!"

" Saya nak balik awak Tak faham! Awak Tak boleh halang Saya. Saya àkan  dakwa awak kurung Saya disini. Jadi sekarang ketepi!' Drip ditanggalkan Tania dalam paksa. Dia tidak kisah tangannya berdarah Dan lemah, Paling yang dia mahukan waktu ini, jauh dari Johan.

Sekali lagi Dan beberapa Kali Hari ini, Tuhan permainkan dia. Sebelum ini mereka satu Syarikat, tadi dia sebumbung dengan Johan dalam kereta, berdua dalam bilik Dan sekarang hanya mereka berdua terperangkap disini, sedangkan semua pekerja telah tiada Dan Hari telah Malam..

Hari yang benar - benar membanggakan seorang Tania.

Kali ini dengan perlakuan Tania, benar - benar buatkan Johan marah dalam hati. Dia Cuba berbaik, tapi segala kebaikan dia tidak nampak di Mata Tania. Itu lebih sakitkan hati Johan.

" Awak nak dakwa Saya kurung awak disini. Baik, Saya tunaikan permintaan awak tu!" Johan kearah pintu bilik Dan dikunci dari dalam. Kunci diletakkan di dalam poket seluarnya.

" Awak buat apa?" Tania tercengang dengan tindakan Johan. Tubuh dia benar - benar lemah. Jika Johan lakukan sesuatu dia cuma boleh menjerit, tapi siapa yang mendengar dalam pejabat kosong Malam - Malam begini!

" Awak kena habiskan bubur itu dulu Baru Saya lepaskan awak dari sini. Itu syarat Saya Tania, selepas itu apa yang jadi pada awak, Saya takkan Masuk campur!" Johan nekad, tidak boleh dengan Cara baik, dia terpaksa menggunakan Cara kasar.

Wanita di depannya benar - benar Degil dan keras kepala. Macam Mana Matthew boleh berikan nasihat, dia àkan dapat jawapan dengan gadis sedegil Tania. Apa yang dia dapat hanya kemarahan.

Matthew yang tidak betul atau hidup Johan yang telah berubah..segala kata - kata Matthew dirasakan tidak berasas bagi Johan.

Tiana tiada pilihan.Mata terlihat kearah bubur yang terletak di tepi Meja. Melihatkan wajah Johan, dia dapat rasakan perutnya tiba - tiba kenyang. Tapi memandangkan syarat Johan, dia tiada banyak pilihan.

Tania duduk kembali diatas katil sambil menghempaskan diri Tanda protes. Satu bubur diambil Dan tanpa segan malu, Tania terus menuang bubur kemulut tanpa menggunakan sudu. Dia mahu segera habiskan bubur itu, dia tidak mahu lebih lama berada disamping Johan.

Kelakuan Tania buatkan Johan membulatkan Mata, Tanpa disangka - sangka, Tania boleh lakukan aksi begitu depan Mata dia. Namun perkara itu buatkan Johan geli hati.

Bila Mata Tania memandang kearah Johan,  reaksi di wajah Johan bertukar serius.

10 minit berlalu. " Saya dah habiskan bubur Johan macam yang awak mahukan. jadi lepaskan Saya?" Tanpa memandang kearah Johan, Tania melihat kearah pintu. Masih tidak mahu memberikan kerjasama kepada Johan.

Johan melihat kearah meja, hanya satu yang dihabiskan oleh Tania, sedangkan dia telah membelikan Dua bubur..Johan mendapatkan idea.

" Hmmmm! Saya Tak suka pembaziran, nampaknya awak kena habiskan satu lagi. Baru Saya lepaskan awak Tania. Saya Tak mahu terjadi sesuatu pada awak, Rasa bersalah dalam hidup Saya!" Kali ini sengaja Johan permainkan Tania, dia rasakan Hal itu sesuatu yang lucu melihat wajah Tania yang tercenggang.

" Kenapa awak beli Dua?" Tania Tak berpuas hati.

" Saya tiada masalah kalau Kita berdua terkurung lama disini? Saya Tak rugi apa - apa. Saya boleh tunggu sampai awak habiskan semua itu!" Johan pasti akhirnya Tania àkan beralah.

" Fine!" Sekali lagi Tania menghempaskan diri. Dalam Cara yang sama untuk keluar dari situ dengan cepat, Tania menuang bubur ke mulutnya. Dalam beberapa minit semuanya habis ditelan oleh Tania.

Tania dengan berlagak menunjukkan bekas kedua itu habis, diangkat dengan satu tangan untuk ditunjukkan pada Johan. " Sekarang awak boleh lepaskan Saya?" Tania menjeling kearah Johan sambil mengambil tas tangan di sisi meja.

Dia perlu keluar dari situ segera..bekas bubur dibuang kedalam tong sampah.

" Johan membukakan pintu seperti yang telah dijanjikan.. Tania berjalan di hadapan Johan menuju kearah pintu. Namun kakinya lemah tiba - tiba, Johan yang melihat segera memberikan bantuan kepada Tania dengan memeluk tubuhnya.

" Jangan sentuh Saya!" Tania menolak tubuh Johan menjauh dari dirinya! Sambil Tania bertaut pada meja disisi Tubuhnya, untuk dia tidak terjatuh..

" Hei! Saya Cuba nak memban......

Pang!

Satu tamparan  Tania hadiahkan kepada Johan!" Itu yang awak buat dulu Johan, tapi disebabkan sebab yang sama,  Saya bencikan awak  selamanya!" Tanpa berkelip Tania melepaskan segala kemarahan dalam hatinya..

Johan tergamam dengan kata - kata Tania, dapat dilihat dengan jelas.. Tania mengeluarkan air Mata. " Segala- galanya bermain difikiran Johan. Kata - kata Matthew, perasaan dia...mengenali Tania.. Apa dia pernah buat dulu?"

Air Mata Tania segera diseka! Dia terlepas kata pada Johan, mengungkit perkara lama hubungan mereka. Bila dia lihat kearah Johan, Johan memandang kearahnya tidak berkelip!

" Apa yang Saya pernah buat pada awak Tania? Awak kenal Saya?" Johan mencengkam lengan Tania dengan kuat, dia mahukan jawapan, siapa dulu Tania Dan dia!

Sssàyà...Saya....! Tania mengigil bersama ketakutan kerana tersalah laku pada Johan.. wajah Johan yang tajam melihat kearahnya buatkan Tania kecut perut.

Share this novel

Sara Amylia Kamarozaman
2020-04-19 18:04:05 

thanks sbb update...


NovelPlus Premium

The best ads free experience