67

Romance Completed 78993

" Jom Kita keluar!" Matthew datang..

" Saya Ada hubungi awak ker semalam? Apa mimpi awak  muncul depan Saya, Matthew?"tercengang Tania, bila tiba - tiba Matthew muncul..

dari riak wajah Matthew, Tania tahu Ada perkara yang Matthew mahu maklumkan kepada dia..kalau Tak takkan dia senang - senang nak jumpa dia.

" Tak Ada apa - apa, sengaja lawat awak disini. Mana tahu kalau untung nasib saya, awak belanja Saya lagi tengahari ini?" Matthew tersenyum sambil menyandarkan kedudukan duduk pada meja Tania.

" Saya Tak Ada masalah Bab itu, tengahari ini Saya belanja awak!" Memandangkan telah Seminggu Tania makan sendiri, jadi kehadiran Matthew tiada bawa banyak perubahan pada dia, rutin makan dia tetap sama..

"  Kalau Macam itu Saya jumpa awak dekat sini jam 1.00.. Saya Ada Hal dengan Johan.,"

Okay....! Tania meneruskan kerja, namun sesuatu telah diingatkan dalam kepalanya, namun untuk dia ulang perkara itu pada Matthew, perkara itu telah terlambat,  bila tubuh Dan wajah Matthew telah hilang dalam pandangan..

Matthew hadir di pejabat Tania sebelum jam satu...namun  5 minit terlebih awal..Memandangkan Tania tidak selalu keluar dari pejabat untuk rehat awal. Kali ini dia beri peluang pada diri sendiri untuk melanggar Masa Syarikat buat pertama kali..

" Jom" ajakan Matthew bersama tindakan Tania yang mengambil tas tangannya Dan mengikut lelaki itu..

" Awak belanja Saya Kali inikan Tania, Tak selalu Saya datang sini. Raikan awak dapat kerja Baru!"

" Saya Tak Rasa Saya nak raikan tentang kerja Saya dekat sini. Awak tahu siapa punya Syarikat inikan.. jadi Hal itu sebenarnya disebabkan Saya Tak boleh elak!"

" Kenapa Tak boleh elak, Ada orang paksa awak, Tania?" Matthew pelik, segala keputusan untuk bekerja di situ.. di tangan Tania, takkan Tania terpaksa? Johan memang Tak ingat siapa Tania dalam hidup dia, jadi dia takkan paksa Tania, Dan Tania ? Matthew tahu takkan ikut cakap Johan lepas apa yang berlaku..

" Kalau Saya cakap dekat awak Matthew, awak takkan percaya apa yang jadi.. Sepenuhnya Saya terpaksa bekerja satu bumbung dengan Johan... Kalau Saya tahu dia disini, Saya takkan sesekali terima tawaran Rina."

" Jadi semua yang awak buat ini sebab Rina?" terkejut Matthew, kuat pengaruh Rina dalam hidup Tania.. Sampaikan keputusan bekerja Tania, Rina yang pilih..
Dan Tania hanya menurut...

"Saya Tak nak ulas Hal itu Matthew, mungkin salah Saya dengan apa yang terjadi..Saya terlalu cepat buat keputusan.. kesudahannnya Saya terperangkap disini.

" Apa yang jadi Tania?" Matthew Tak puas hati dengan reaksi Tania yang seakan mengelak untuk berterus terang..

" Saya ...Tak boleh berpatah balik!" Tania terdiam, sebelum menyambung percakapan.. Matthew masih menunggu bicara selanjutnya.

"selepas Johan Dan Rina berkahwin, saya àkan fikirkan sesuatu yang lain..mungkin keluar dari Syarikat itu, Dan jauh dari hidup mereka berdua!"

" Awak nak biarkan Hal itu berlaku? Keputusan itu awak Tak Rasa awak buat dengan cepat.. Macam Mana dengan  Masa depan awak, ..... menyesal di kemudian Hari ....Dan  masih lakukan silap  yang sama dengan keputusan awak tu, Tania!"

" Saya Tak tahu... Saya cuma Rasa itu yang terbaik buat kami....!"

" Itu kalau Johan belum sedar dengan ingatan dia tentang awak...tapi kalau Johan sedar Tania..keputusan awak libatkan hidup dia...Awak Rasa apa tindakan Johan!" Matthew berterus terang, namun dari nada percakapan Matthew dia  seakan mengugut Tania.

" Saya harap Masa itu lambat lagi!" Tania melangkah kearah kereta Matthew untuk Hal itu tidak dijadikan isu perbincangan mereka lagi.

Tanpa diduga ...Johan Dan Rina juga turut berada di restoran yang sama dengan mereka berdua..

Pandangan Mata Matthew yang melihat kearah pasangan yang Baru muncul...
" Johan, Mari sertai kami!" Matthew melambai kearah Johan Dan Rina, tanpa menunggu jawapan terlebih dahulu dari Tania.

Melihatkan reaksi Matthew, Tania jadi tergamam, tanpa disangka di situ juga mereka akan berjumpa.. telah Seminggu dirasakan hidup Tania kembali tenang tanpa gangguan dari Johan,Dan bayangan lelaki itu mencarinya.

selepas Tania maklumkan Johan tentang hubungan dia dengan Matthew..Tak sangka disitu mereka berempat telah ditemukan.."kecil sungguh dunia," Tania rasakan dalam hati..

" Tania!" Seperti biasa Rina terlalu teruja menemui Tania, lebih - lebih lagi bila dilihat Tania bersama Matthew.. Mata Rina beberapa Kali memandang kearah Matthew dan juga kepada Tania...
dia rasa selamat bila Tania Ada hubungan Baru dengan lelaki..sikap prasangka sebelum ini dalam diri Rina menghilang.

Tania terpaksa melayangkan senyuman paksa menerima kehadiran mereka berdua...sedangkan dia tidak selesa dengan keadaan itu..

" Rina! kebetulan..Tuan Johan!" Tania mempelawa..takkan dia nak tunjuk muka Tak puas hati pada tetamu yang Tak diundang oleh Mathhew..

" Mari Johan sertai kami..lagipun Hari ini Tania belanja?" Matthew tersenyum riang, namun belum beberapa saat, terasa satu kaki memijak kakinya kuat..

Dilihat Matthew,Tania telah menarik muka.." Matilah aku, dah lah Matthew bawa tempat Paling Mahal dekat sini, Mana Aku nak bayar nanti! Matthew ini agak - agaklah nak suruh Aku belanja, dia Tak tahu ker gaji Aku berapa!" Tania gelisah.

sekarang bukan satu kepala yang dia akan belanja tapi empat kepala...rasanya dia belum gaji lagi.entah berapa duit yang tertinggal dalam dompet dia..kecut perut Tania..

Johan Dan Rina telah duduk dimeja yang sama, bersebelahan dengan Rina adalah Tania  Dan Johan mengambil tempat  di sebelah Matthew.

Johan masih bereaksi tenang, tanpa menolak dia mendapatkan Rina dan mereka berdua memesan makanan.. Jelas di Mata mereka berdua, Matthew Dan Tania membisikkan sesuatu.

" Awak dah gila, Mana Saya nak bayar makanan Hari ini. Awak tengok makanan itu harga berapa Matthew?"

" Kenapa awak Tak cakap awal, Saya ingatkan awak sebagai isteri dia mampu nak bayarkan semua ini.. kenapa Tak bagi Hint tadi!" Matthew salahkan Tania dari semua yang jadi.

" Saya cuma janji dengan awak bukan yang Tak dijemput ini. Awak bayarkan dulu Matthew!" Tania tiada pilihan, dia pun Tak nak malu depan Johan Dan Rina.

" Tania..saya Tak bawa wang atau kad kredit. Hari ini Saya tertinggal beg dompet Saya ,  sebab itu Saya harapkan awak belanja Saya!"

" Mathhew!" Tania mencicit geram menyebut nama Matthew perlahan. Dia Rasa nak cekik - cekik Matthew. Sudahlah dia yang berjanji dengan Johan Dan Rina, tapi dia yang kena tanggung bayaran semua.

" Ada masalah ker kami join sekali dekat sini?" Johan memulakan perbualan, bila dilihat Ada sesuatu yang Tak kena dengan kelakuan Tania Dan Matthew.

" Tak Ada apa masalah.. Ini perkara biasa bagi Tania!" Bicara Matthew yang selamba Dan tenang buatkan Tania pucat, Dan tersenyum tawar.

Tania pening memikirkan apa jalan yang perlu dia buat untuk selesaikan masalah itu. Pertolongan Matthew, lebih keruhkan keadaan Tania dalam keadaan dia tersepit untuk membayar nanti.

" Mana aku nak korek bayarkan makanan ini semua...Tak Kan nak merayu pada Johan?" Tania merenung kearah Johan, tanpa disedari Mata Johan melihat tajam kearahnya.

Segera pandangan Mata Tania beralih kepada Rina, jantung Tania dirasakan berdebar dengan Renungan membunuh dari Johan..

" Tania ...Tak sangka Hari ini engkau akan belanja kami... Kenapa tadi engkau Tak maklum awal,  boleh Kita datang sekali.. Lagipun Johan Dan Matthew dah kenal lama.." Rina yang Paling teruja dengan perhubungan Matthew Dan Tania, dengan status Matthew Dan Tania. Mereka sesuai bersama.

" Rina...Kita kebetulan jumpa mereka berdua disini, mungkin Matthew Dan Tania mahukan privacy..tapi Tak sangkakan Tania?" Johan meneguk minuman kosong di depan Mata, sambil pandangan Mata pada Tania masih belum dilepaskan.

Mathhew yang melihat reaksi Johan tidak sedap hati...dia tahu Johan marahkan Tania pasal Hal dulu...sewaktu Tania tipu Johan, Bahawa mereka berdua Ada hubungan.

Jika tidak dikawal kelakuan Johan di situ, Matthew takut Johan buat benda yang Gila..belum pernah seseorang tipu dia terang - terang..tapi Tania, dia dah melampaui batasan menaikkan kemarahan Johan dengan tindakan sebelum ini..

" Itu takdir Kita berempat disini...kebetulan semua Ada  disini, apa kata Kita orderkan makanan, Tak baik Kita lambat - lambatkan makan!" Tiada idea lain yang boleh difikirkan Matthew untuk isu itu tidak dibangkitkan oleh Johan, jadi Tanpa banyak pilihan, itu yang dirasakan Matthew bersesuaian untuk menamatkan perbualan..

Bila dilihat Johan Dan Rina sibuk dengan menu..Matthew mendapatkan Tania..

" Bagi awak punya dompet Tania, Saya nak Cari sesuatu!"

" Awak nak Cari apa?" Tania percayakan Matthew. Jadi Tanpa banyak soalan, dompet diserahkan pada Matthew

Matthew mencarikan sesuatu dalam dompet Tania, dan firasat Matthew kuat percaya Tania Ada sesuatu yang àkan Bantu Tania Dan dia keluar dari situasi itu..

Macam jangkaan Matthew, Tania memang  Tak tipu dia. Hanya Ada  beberapa ratus sahaja wang tunai  di dalam dompet Tania, akhirnya perkara yang dicari Matthew berjaya dijumpai.

" Masalah Kita dah selesai Tania! Matthew tersenyum meleret dengan segala yang ditemui tadi...

Mereka bertiga makan dengan tenang ...sedangkan Tania, pening memikirkan, bagaimana dia akan membayar semua makanan untuk Hari ini.

Namun sebaik sahaja selesai, Matthew mengeluarkan sesuatu Dan serahkan pada pelayan..

" Black Card?" Siapa punya?" Rina tahu Tania yang dikatakan akan membayar makanan mereka untuk tengahari itu, tapi Kad diletakkan oleh Mathhew. Jadi Rina keliru..

Dia percaya jika kad itu adalah milik Mathhew kerana Johan juga memiliki kad yang sama...tapi Jika Tania? Itu perkara yang sukar untuk Rina terima.

" Tania!" Bersahaja Matthew menjawab sambil menyerahkan kepada pelayan untuk bayaran Hari itu diselesaikan. Setelah selesai Kad diserahkan kembali kepada pemilik.

" Macam Mana awak tahu Kad itu Ada dalam dompet Saya Matthew? Saya sendiri boleh lupa pasal Hal itu!" Sekali lagi Tania terselamat dalam keadaan yang memalukan dirinya tadi. Dengan bantuan dari Matthew segala yang memalukan tadi telah selesai.

" Saya tahu....awak lupa siapa yang berada dengan awak bila Jonathan serahkan benda itu, dan bila awak kembali kesini!"

" Saya tahu...tapi Saya Tak pernah guna pun benda itu sebelum ini. Saya dah lupakan tentangnya...Saya Tak nak termakan budi...andai Saya dengan Johan satu Hari nanti....!"

Tania!" Belum sempat Tania habiskan percakapan, Matthew telah memintas percakapan Tania.. " Tolong jangan cakap Hal itu lagi, awak kena sabar sampai Johan sembuh..selepas ifu..Baru awak buat keputusan!"

" Awak rasa Johan akan sembuh Dan ingatkan Saya? Kenapa awak harap sesuatu yang mustahil Mathhew.. Saya dapat rasakan Cinta dia pada Saya dah mati, terpadam bersama memori dia.. Rina perkara baru dalam hidup Johan, Cinta yang Johan Cari dalam hidup dia..." Suasana kembali tenang dirasakan Tania bila perasaan yang dipendam diluahkan pada seseorang..

" Apa yang awak sorokkan Tania? Apa yang Ada dihati awak sebenarnya..awak boleh tipu dunia, Tapi hati awak..awak yang tahu apa awak Rasa?"
Soalan Matthew buatkan Tania termenung Jauh...sejauh Mana hubungan dia Dan Johan...sampai bila?...

Setelah bernafas panjang...Tania luahkan segala yang dulu dia tidak pernah diluahkan..

" Ya Saya Tak boleh tipu awak Matthew..walaupun Saya bencikan Johan, ..walaupun pahit untuk Saya telan dengan kejadian yang berlaku dalam hubungan kami..dia tetap lelaki yang  pernah Saya cinta..

Saya pernah Berharap segalanya mimpi Mathhew...Saya terjaga Dan dia masih bersama saya, sayangi Saya macam dia pernah buat dulu...Dan semua perkara itu adalah bukan realiti..

..... Saya mahu dia ingat Saya, kenal siapa Saya, Dan ingat perbuatan dia dulu....tapi Mustahil. Bila Saya kenangkan dia dalam keadaan itu, Johan...Saya lebih  rela dia lupakan saya, Matthew...

Saya Tak sanggup sekali lagi berhadapan dengan Johan, jika ingatan dia pulih....mengenali saya, Masa silam kami, Anak kami...awak Rasa macam mana Johan àkan terima realiti...?

... Matthew, jika semua itu belaku...awak Rasa Johan, akan Cari Saya?"

Soalan terakhir Tania buatkan Matthew terdiam..dia sendiri Tak pasti apa reaksi Johan bila semua yang dilupakan sebelum ini kembali....Adakah Johan akan mencari Tania ataupun Johan akan menghilang?

" Saya Tak pasti Tania?"

Reaksi Matthew buatkan Tania tersenyum.." awak Tak perlu fikirkan Hal itu Matthew, biar takdir yang tentukan perjalanan hidup kami."

Tanpa disedari pemanduan Matthew telah sampai di Syarikat tempat Tania bekerja..

Dari tadi Rina dapat melihat Ada sesuatu yang tidak kena dengan Johan sebaik sahaja Johan menghilang selepas mereka berempat makan tengahari bersama..

Johan kehilangan fikiran Dan tumpuan, bila Hanya dilihat Rina, hanya bersendiri dalam dunianya...segala yang dicakapkan Rina, bagaikan masuk telinga kiri, Dan keluar ke telinga Kanan Johan..

Johan lebih banyak termenung..

" Awak turun dulu Rina..Saya Ada kerja nak diselesaikan!" Tiba sahaja mereka disyarikat, Johan masih dalam keadaan mood yang sama.

" Awak nak kemana Johan? Boleh Saya nak tahu?" Rina belum menunjukkan reaksi untuk dia keluar dari bahagian penumpang..

" Urusan personal! Awak Tak perlu tahu.Awak Tak perlu tunggu Saya petang ini. Mungkin Saya àkan habis lewat."

" Tapi?" Pada mulanya Rina tidak mahu mengalah, tapi bila terlihat di depan matanya, Tania telah tiba Dan Baru sahaja keluar dari perut kereta Matthew, perasaan curiga nya dibuang jauh..

Mati - mati dia ingatkan Johan pergi Cari Tania...Rupa - Rupanya dia yang tersalah serkap jarang pada Johan..

Rina kembali tersenyum.." okay!" Rina kelauar dengan gembira sambil berjalan dengan ceria kearah Tania.. Kelihatan Tania sedang melambai gembira kearah Matthew yang Baru menghantarnya..

" Tania " Rina mendapatkan Tania.
Belum sempat Tania berpaling, Ada sebuah kereta yang dipecut laju dihadapan  Mata Rina Dan Tania..

Sempat Tania melihat kearah pemandu. Mata tajam Johan memandang lagi kearahnya.. Tidak seperti tadi, pandangan Mata Johan benar - benar buatkan dia kecut perut. Bagaikan Ada yang tidak kena dengan kelakuan Johan...Itu jelas pada pandangan Mata Tania sendiri..

" Kenapa dengan Johan?" Tania bertanya kepada Rina, yang kebetulan juga turut perasan perubahan ketara pada sikap Johan..

" Masalah peribadi..dia Tak bagi campur!" Rina memberikan jawapan.

" Mungkin mood period!" Tania mengusik Rina untuk menceriakan kembali Hari Rina yang sugul dengan kelakuan Johan..

" Tania, nanti Rina beritahu Johan?" Rina mengugut dalam nada mengusik, sambil dengan manja memaut lengan Tania melangkah bersama ke Syarikat.

Dalam hati Tania berdoa, mood period Johan kembali bukanlah  disebabkan oleh dia." Amin"

" Ini yang nak tunjukkan sangat pada aku, Matthew...suami Tania? Ini yang Aku kena lihat dengan Mata hati?"
Satu laporan dilemparkan Johan dia atas meja rumah Matthew.

Matthew kebetulan masih bertenang bersama senyuman yang masih kekal dibibir.. dia masih bijak mengawal keadaan..

" Johan ini Baru frasa pertama, Lihat, siasat, fikir Dan keputusan. Itu Baru engkau akan dapat jawapan ?"

" Jawapan? Kad Kredit Tania tu milik Jonathan. Datuk?" Johan mendecit geram sambil dengan sinis melihat ke arah Matthew dengan serius..

Dia kesitu selepas mereka berempat selesai makan..
Rina Dan Tania telah dihantar mereka berdua ke Syarikat untuk tidak timbulkan syak..

" Hmmmm..memang Jonathan yang beri pada Tania..tapi Tak bermakna Tania dengan Jonathan? " Matthew memberikan jawapan yang ringkas..

" Jadi siapa lagi suami Tania yang lebih Berkuasa dari Aku selain Datuk?" Johan semakin geram dengan permainan Matthew.. Dengan segala jawapan yang diperolehi tadi, jawapan sebenar tentang Tania masih belum berjaya diperolehi.

Dia ingatkan usaha dia Dan Mathew tengahari tadi,  dapat bongkarkan rahsia siapa sebenarnya, suami Tania...Terkejut  beruk Johan bila maklumat yang diterima adalah Jonathan.. Datuk dia sendiri..

Paling Johan Tak sangka betullah seperti yang dikatakan Matthew, Tania bukan calang - calang wanita..dia cukup kaya, tapi apa alasan Tania bekerja di Syarikatnya sedangkan dia boleh sahaja tidak bekerja Dan dengan goyang kaki sahaja, keseluruhan hidupnya ditanggung..

Namun itu bukan jawapan yang diharapkan Johan..dia telah ditipu oleh Tania berkenaan hubungan Tania Dan Matthew..sedangkan wanita itu telah bersuami..
.Itu jelas nampak di Mata Johan, mereka berdua tiada hubungan..

Selepas itu Hal berkenaan Datuk..sekali lagi Johan belum dapat jawapan dalam pencariannya..Semua idea yang terjadi, adalah dari Matthew..

" Itu Kita kena usaha lagi Johan, untuk jawapan....tapi dalam pencarian itu, takut kalau suami Tania akan muncul, waktu itu Kita akan Ada masalah? Dia lelaki yang Berkuasa Johan, memiliki semua!"

" Aturkan semua itu Mathhew, kenapa engkau takut? Kita lihat siapa yang lebih Berkuasa!" Pantang Johan bila Matthew memuji lelaki yang tidak dikenali oleh Johan, lebih Berkuasa dari dirinya.

Hal itu membuatkan keinginan Dan  Semangat Johan semakin kuat..apa yang dia perlu dia lihat dengan Mata hati..Dan  Tania.. Sesuatu tentang Tania Menarik untuk diketahui...

Bersambung.....???

Share this novel

Sara Amylia Kamarozaman
2020-04-22 01:31:13 

PB smbung plaese....hahahahah....


NovelPlus Premium

The best ads free experience