84

Romance Completed 78127

" Macam mana dengan Mesyuarat pagi tadi semuanya selesai?"
Baki makanan di pinggan hanya dikuis dengan lemah oleh Tania...dari tadi dia tunggu Johan bersuara, namun semua perbualan antara mereka berdua hanya sepi..tidak menampakkan yang mereka berdua kearah perbualan tentang isu perhubungan diantara mereka berdua..

" Segalanya berjalan dengan lancar!" Suapan diteruskan Johan tanpa bertanyakan kembali soalan kepada Tania..

Melihatkan reaksi Johan yang masih menyepi membuatkan Tania semakin resah..tapi hati Tania mahu tahu apa yang berlaku pagi tadi antara Rina Dan juga Johan....dia mahukan Johan berterus terang àkan Hal yang sebenar...

" Pagi tadi awak terus ke mesyuarat? Saya Tak nampak awak dekat pejabat...."luahan kata Tania dirasakan tawar...

" Hmmmm...Saya dah maklumkan pagi tadi.. takkan awak dah lupa?"
Makanan di pinggan Johan telah habis dijamah, namun dari reaksi perbuatan Tania...dilihat Tania masih bermain - main dengan makanan...dia dapat rasakan Ada yang tidak kena..

Johan sandarkan diri sambil Mata memerhati gerak Geri isterinya yang berkelakuan aneh sejak petang tadi...

Melihatkan sikap Johan yang tenang, membuatkan kegelisahan dalam diri Tania  semakin kuat....dia perlukan penjelasan, tapi dia Tak tahu bagaimana Cara untuk buat Johan berterus terang dengan apa yang berlaku pagi tadi...

" Awak dah dengar gosip pagi ini...tentang Kita?" Senyuman Tania semakin tawar..Dia Tak tahu Cara untuk kaitkan hubungan Rina Dan Johan...Jadi dengan kejadian pagi tadi, dia terpaksa buka...Walaupun dirasakan Tania, perkara itu lebih kebudak - budakan untuk diadu...tapi itu salah satu Cara untuk Hal ifu dikemukakan kemudian...

" Hmmmmm..Awak dah lupa Saya mesyuarat sepanjang Hari ? Perkara apa?" Pernafasan Johan kedengaran kuat dilepaskan....Sedikit dari perbualan antara dia Dan Tania semakin dirasakan Johan seperti Ada halangan untuk Tania berterus terang...
Tania dirasakan Johan lebih suka dengan merahsiakan perkara dari bercerita perkara sebenar...
Dan sikap Tania yang seakan sembunyikan sesuatu, melemaskan Johan..

" Pasal hubungan Saya dengan awak......Dan juga Rina." Senyuman tawar dilepaskan Tania...ternyata dari luahan Tania, dirasakan Johan Tania menyembunyikan sesuatu yang berat...

" Kenapa dengan hubungan Kita?" Johan kerutkan kening memandang Tania..Kali ini tumpuan sepenuhnya diberikan untuk Tania menjelaskan dengan lebih terperinci apa yang dimaksudkan dengan hubungan mereka..

" Saya rampas awak dari Rina?" Luahan itu  dirasakan Tania dapat melepaskan sebahagian bebanan berat dalam diri...Tania harap Johan dapat berterus terang dengan apa yang terjadi pada hubungan dia Dan Rina..

Kelihatan reaksi Johan...lelaki itu hanya ketawa kecil...

" Cukup untuk awak Dan Saya tahu apa yang terjadi...Kenapa nak peduli semua cerita itu....!"

" Tapi Ada yang buatkan cerita itu seakan benar Johan...Malah awak pun terlibat sama dalam Hal ini!" Tania gengamkan tangan..dia perlu luahkan segalanya kepada Johan...Johan perlu tahu apa yang dia Rasa...Hubungan Johan Dan Rina bermain di fikirannya sejak perkara itu dikhabarkan kepadanya pagi tadi..

" Awak nak Saya buat apa?nak tutup semua mulut pekerja - pekerja itu semua atau awak nak Saya buang mereka....atau awak nak Saya jelaskan pasal hubungan Kita pada mereka semua!"

" Bukan itu maksud Saya Johan..tapi awak?   disebabkan awak spekulasi Saya rampas awak dari Rina seakan perkara itu benar!"

" Saya....! Apa maksud awak Tania?"

" Saya boleh terima semua yang mereka kata pada Saya...mereka Saya anggap Tak tahu perkara sebenar....tapi awak, Johan...Awak?"

" Kenapa dengan Saya?" Semakin pelik sikap Tania di depan Mata Johan...

" Kenapa awak Tak berterus terang dengan  Saya....pagi tadi awak bergegas keluar dari rumah ini sebab awak jumpa Rina..Apa  sebenarnya yang terjadi Johan?"

Reaksi Johan dilihat Tania hanya mendiamkan diri...tidak sepatah dari perkataan yang keluar dari mulut Johan menafikan perkara itu.

Jadi apa yang diceritakan oleh Aliah adalah benar...Johan dan Rina.....masih berhubungan....kenapa dia Tak pernah syak selama ini..perasaan sebenar Johan..adakah Johan juga cintakan Rina..

" Beritahu perkara sebenar!" Suara Tania jelas dalam situasi hubungan diantara Johan Dan dia yang dirasakan seperti terasing...

" Saya keliru......" Akhirnya Johan memberikan jawapan...

Tania hanya memejamkan Mata..dia lelah Dan penat dengan semua yang terjadi.. jawapan jujur dari Johan mampu mengoncangkan hatinya...

" Awak sayangkan Rina...?" Biarpun payah ungkapan itu diluah tapi perkara itu perlu keluar sendiri dari mulut Johan..dengan mendapat jawapan Tania dapat rasakan hatinya puas..

" Saya Tak boleh lupakan dia....!"

Ungkapan Johan mengejutkan Tania..Tubuhnya dirasakan lemah bersama lutut yang dirasakan lembik dengan kenyataan yang keluar dari mulut Johan....Baru beberapa minggu lalu, Johan mudah memutuskan Rina bila mereka berdua bersama kembali..
Dan dalam satu keadaan yang sama....Johan Tak boleh lupakan Rina...

" Awak sayangkan dia .......Dan begitu juga awak sayangkan Saya?" Air Mata Tania gugur satu persatu..dalam Tak sedar Tania telah menanggis teresak - esak di tempat duduknya tadi....Johan hanya sekadar memerhati di kejauhan....

Reaksi Tania menanggis dihadapannya...membuatkan bayangan kabur satu figura bermain di fikiran Johan...Johan hanya tergamam dengan kejadian bayangan itu...dia jelas melihat Tania menanggis..namun jelas dalam bayangan Johan, Tania berada di sebuah katil....Gaya seperti hospital..
Dia hanya memerhati Tania dari kejauhan dengan riak Tania menanggis dalam Versi yang sama...

Perlahan - lahan Johan melangkah kearah Tania.....semakin dia dekat...bayangan itu semakin jelas....tanpa disedari oleh Johan tubuh Tania telah dibawa ke dalam pelukan..sesautu yang dia rasakan tidak berjaya dilakukan dulu..

apa yang dirasakan dalam hati Johan, dia mahu semua bebanan dalam  tangisan Tania dilepaskan kepadanya..dia mahu meringankan bebanan Tania...

" Ssshhhhhhhhh! Semuanya dah berakhir!"

Tania membukakan Mata melihat kearah Johan dengan perasaan  pelik.." apa maksud Johan dengan perkara yang berakhir?"

" Apa maksud awak Johan!" Pelukan ditubuh Tania dilepaskan..Dengan segera Tania menyeka hujung tubir matanya yang masih bersisa dengan air Mata dengan tangan..dia mahu dapatkan penjelasan dari Johan..

" Saya Tak pasti, tapi itu seakan perkataan yang Saya mahu ucap pada awak dulu.." Johan memandang Tania dengan pandangan yang tajam...dia sendiri Tak pasti kenapa dia bertindak begitu...Apa yang dia tahu, dia mahu bebanan Tania diberikan kepadanya...

" Aaaaawak ....awak...nnnnnampak apa Johan?" Tania terkejut dalam Masa yang sama dia sangat takut jika ingatan Johan  tentang peristiwa  Hitam itu kembali...

" Saya nampak awak menanggis seperti ini, Tania....tapi dalam situasi berbeza...saya cuma pandang awak dari jauh tapi saya Tak berani untuk dekat dengan awak......awak dalam pakaian hospital Dan duduk di sebuah katil...
Pandangan Mata Johan semakin menyembunyikan sesuatu, namun dari reaksi wajah dia mahu penjelasan sepenuhnya dari Tania...

" Apa sebenarnya yang berlaku Tania?" Johan meregangkan pelukan dengan kedua - Dua tangannya memegang bahu Tania untuk penjelasan...
Tania hanya terkaku seketika dengan pandangan Mata terkebil - kebil memandang kearah Johan...peluh telah membasahi tubuh Tania dengan kejadian itu....Sungguh dia Tak sangka tangisan dia Hari ini akan membawa Johan ke ingatan sebelum ini..

Peristiwa Hitam dalam hidup mereka berdua..

" Tania.....! Suara Johan memanggil seakan mahu mengutarakan pertanyaan lanjut...Namun..

Belum sempat Johan bertanya lanjut Tania telah memeluk erat kembali Johan dalam pelukan...Kepala sengaja dibenamkan Tania di dada Johan untuk mengelak...

Johan hanya membiarkan Tania berehat sebentar di dadanya sambil pelukan dikemaskan...Dia hanya membiarkan...Berharap dia  Dan Tania àkan berbincang tentang perkara ini di lain waktu...memandangkan mereka berdua masih Ada Masa untuk mengetahui tentang perkara sebenar, apa yang sebenarnya terjadi....

Setelah beberapa minit kedengaran pernafasan Tania yang semakin memberat..Satu kucupan dilepaskan Johan di kepala Tania, sebelum tubuh Tania yang telah tertidur dicepung untuk dibawa kebilik....

Tubuh Tania diangkat keatas katil Dan secara perlahan - lahan tubuh itu diletak lembut.

Johan memerhati setiap seluruh pelusuk wajah Tania...dia ingin ingatan Dan bayangan wajah itu menjelma dalam fikirannya.Dia mahu kembali mengingati memori mereka berdua sebelum ini...Namun perkara itu adalah mustahil.

Hanya dalam beberapa situasi barulah bayangan itu muncul..Namun tidak sepenuhnya bayangan itu jelas...Lebih - lebih lagi bayangan untuk Hari ini...Tania dalam keadaan bersedih,Dan dia juga dapat rasakan perasaan yang sama..!

" Apa yang terjadi..?"  Perkara itu membuatkan Johan semakin bersemangat untuk mengetahui kisah disebaliknya..Namun dia perlu bertenang untuk ingatan itu kembali pulih....

Kring! Kring!....

Bunyian telefon mengejutkan Johan dari lamunan.... panggilan telefon yang terpampang di skrin menampakkan nama Rina.....

" Hello!" Johan memulakan perbualan..

" Johan I nak jumpa You...Ini tentang Masa silam You Johan...Kita perlu jumpa sekarang!" Kedengaran suara Rina Cemas dalam Masa yang sama Mempunyai isi..

" Masa silam Saya?" Johan bangun dari duduk dengan reaksi terperanjat..apa yang diperkatakan Rina benar - benar mengejutkan Johan....lebih mengejutkan Johan perkara apa yang àkan disampaikan Tania?"

Bersambung.......?????

Share this novel

Sara Amylia Kamarozaman
2020-05-08 15:25:41 

apa hal la kau nie rina...ad je plan kau kan...aq yg bace plak yg emo...geram tau x...mcm la si rina nie thu sgt...ape benda yg nk d reka cite plak tu...aish...


NovelPlus Premium

The best ads free experience