82

Romance Completed 78127

" Ikut dia!" dengan wajah yang tenang, tangan dilabuhkan Johan di sofa lembut yang menjadi tempatnya berehat..

Sebahagian kecil memori telah diingat oleh Johan, namun permainan hidup membuatkan dia lebih berwaspada..

Siapa Tania....? Dia masih dilema...sama Ada Tania seseorang yang benar dalam hidup dia dulu....atau sesuatu terjadi di dalam hubungan mereka..

Semua perkara masih menjadi Tanda Tanya dalam.hidup Johan....dia tidak boleh mengambil tindakan mudah...hubungan erat bersama Tania harus Johan akui dalam diri dia...Namun itu bukan ticket sepenuhnya untuk dia bulat - bulat terima siapa Tania....dia perlu berhati - hati... Sesuatu yang rapat Dan berdekatan dengan Johan sukar untuk dia percaya

Sebaliknya Johan perlu siasat secara terperinci...hilang dari segi ingatan di fikiran bukan sesuatu yang mudah...segala memori hidup sebelumnya hilang...

Sikap acuh - Tak acuh Tania kepada dia buatkan Firasat Johan kuat...hubungan dia Dan Tania sebelum ini tidak seindah sekarang....Ada sesuatu yang disembunyikan dari dia....

Munshi ! Lelaki yang Johan temui dulu dimajlis, Tania tidak pernah mengaku...Tak pernah mengenali..sedangkan Johan tahu, hanya beberapa Hari sebelum ini..Tania Ada berjumpa Munshi di restoran...Dan bila pertanyaan Johan dilunjurkan kepada Tania..Tania memberikan jawapan tidak...

Johan hanya tersenyum mendengar jawpaan...dia tahu tentu Ada sesuatu yang disembunyikan Tania dari pengetahuannya...Dan Johan memilih untuk melihat sejauh Mana permainan Tania sebelum segalanya terungkai...

" Dia àkan menemui seseorang Hari ini..Jangan biar dia sedar dia diikuti..pastikan semuanya selamat!" Panggilan ditamatkan Johan sambil dia termenung panjang...

" Tentu kehidupan dia dulu Dan Tania tidak bahagia...Dan Tania bukan cintakan dia... Jika dia adalah Cinta Tania....dia akan dicari sebelum ini oleh Tania, tidak Kira apa yang terjadi...

Mereka satu negara...tapi kenapa Tania berpaling Dan elak dari dia....Malam dia bersama Tania, jelas di Mata Johan, Tania bencikan dia....
Hangat tangan Tania di pipi masih terasa...Apa yang disembunyikan Tania..? Kenapa dia kembali...?
Adakah sebab hubungan dia bersama Rina...?
Disebabkan diri dia....? Perkara itu Tak mungkin bagi Johan...
Segala yang terjadi di gua jelas...Tania masih belum mahu mengaku....hanya Johan yang utarakan perkara sebenar, kerana dia mahukan jawapan sebenar dalam hubungan mereka berdua...

Jauh Johan termenung.....lamunan Johan dikejutkan dengan satu panggilan ...

" Johan! Suara wanita menanggis teresak - esak dalam panggilan

" Siapa? Suara wanita separuh usia membuatkan kening Johan berkerut..Pertama Kali dia mendapat panggilan dari nombor yang dirahsiakan..Dan dari perbualan, wanita itu menagggis..

" Mommy Johan!.Mommy...Johan Mommy rindu Johan..Kenapa tinggalkan Mommy, Mana Johan menghilang....?" Aminah menghemburkan segala pertanyaan dalam pernafasan yang teresak - esak...Menghadap Johan mengingatinya Dan salah faham antara mereka berdua berakhir...

"Mommmmy?" Perkataan itu pelik dirasakan disebut dilidah Johan...Sepanjang dia mengenali Jonathan sebagai Datuk Dan Johari sebagai Ayah...tidak Pula seorang dari mereka memaklumkan berkenaan Ibunya..
Mengenangkan Hal itu Johan mengambil keputusan pantas..

" Maaf Salah nombor Puan...tiada siapa yang bernama Johan dalam panggilan ini." Panggilan ditamatkan Johan...tanpa membuang masa, telefon dibuang ke dinding sambil Johan mendapatkan pembantunya..

Seseorang muncul dihadapan Johan dengan segera....
" Nik, belikan telefon Dan nombor Baru untuk Saya....tapi, pastikan nombor Baru tu didaftarkan atas nama awak Nik..Saya Tak nak Ada yang tahu Saya dimana!"

" Okay, Bos..Saya uruskan perkara itu segera!" Nik Baru mahu mengundurkan langkah namun dia sekali lagi dipanggil..

" Macam Mana semua Nik..apa yang Saya suruh siasat tu macam Mana..Ada perkembangan Baru?"

" Segalanya berjalan lancar...tiada yang syak apa - apa!"

Johan senyum sinis memandang kearah Nik..."Bagus, pastikan dia Tak syak apa - apa...berikan dia kebebasan yang dia mahukan, Kita lihat permainan dia Nik!"

" Baik! Jika tiada Hal lain, Saya pergi dulu Sir Johan...

Bersama senyuman dibibir Johan pemergian Nik ditemani dengan ekor Mata dari Johan...," Semua alasan berjumpa dengan Jila, Tania...Tapi kenapa engkau jumpa dengan orang lain, Dan rahsiakan Hal itu....adakah sebelum ini Kita benar - benar kekasih...
Afaupun..... Kita sebenarnya adalah musuh?"

****
" Okay! Ada apa  kesini?" Matthew tersenyum sambil melihat ke arah wajah Tania yang sedang dalam keadaan bermasalah...

" Pasal Johan! Macam Mana dengan perkembangan Johan, Matthew...ingatan dia?" Wajah Tania pucat bersama dengan ketakutan dengan perasaan yang disimpan berkenaan Johan...

" Kenapa dengan Johan?"

" Jawap soalan Saya dulu...peluang untuk Johan sembuh 100%...mungkin ataupun mustahil..berikan Saya jawapan yang tepat Matthew!" Tania mengigit bibir sambil menunggu dengan sabar....diharap Tania jawapan yang diterima nanti akan diterima Dan dicerna untuk dia lalui kehidupan bersama Johan seterusnya..

Kedengaran dia pendengaran Tania, Matthew hanya mengeluh sambil melangkah kembali kearah tempat duduknya di dalam Klinik sementara Matthew...

Klinik Khas yang dibangunkan bagi merawat Johan....

" Awak tahu yang Saya Tak boleh berikan jawapan tepat tentang Hal itu..." Kening Matthew dinaikkan..
" Saya cuma Pakar dalam bahagian perubatan..mungkin Saya Arif dalam bidang kedoktoran, Tak ramai yang jadi Doktor macam Saya ini Tania...Saya Salah seorang Doktor terbaik dunia...kepakaran Saya merangkumi semua bahagian kedoktoran, termasuk dalam kes Johan..
...Dunia kenali Saya sebagai seorang Doktor genius, doktor dermawan Dan beberapa panggilan...teori Saya bagi pelbagai penyakit àkan menjadi rujukan bagi Doktor yang lain....tapi dalam semua kecemerlangan yang Saya miliki...

Saya tetap kalah dengan takdir manusia...Saya cuma boleh memberikan teori Dan pendapat...ujian yang berjaya..tapi manusia Tania, mereka takkan terlepas dengan takdir...

Saya boleh gerenti Johan tidak akan pulih sepenuhnya dari ingatan dia yang hilang...tapi Tania, jika takdir dalam hidup Johan berpihak kepada dia...Tak Ada siapa yang boleh halang.!" Matthew menghentikan percakapan.

Tania yang mendengar semakin pucat Dan resah...

" Jadi apa Saya perlu buat Matthew? Apa Saya perlu lakukan untuk Johan Tak ingat lagi perkara yang menyedihkan bagi kami berdua...Saya masih Tak dapat lupakan perkara menyedihkan itu, tapi Saya Tak mahu Johan turut menderita...." Tania semakin resah...jika sekali lagi Hal sama itu terjadi Dan Johan kembali mengingati perkara menyedihkan dalam hidup mereka...Tania takut tindakan Johan jika rahsia itu terbongkar..

" Tania...Kita Tak boleh ubah jika itu yang terjadi...tapi satu Saya nak berikan pesanan..Lupakan semua segala perkara menyedihkan itu...kisah lama padamkan terus dari kehidupan awak berdua..Bina hidup bahagia bersama Johan. Pastikan perkara itu tidak diungkit sama sekali..

Melihatkan sejarah Johan Tania...setiap apa yang mencetus Johan untuk dia mengingatkan suatu perkara...ingatan dia akan kembali..walaupun hanya bayangan pada mulanya, lama - kelamaan ingatan itu akan jadi realiti...

Sama macam kes Johan mengenali awak Tania...!" Kegusaran di wajah Matthew juga jelas.

" Maksud awak Matthew....Johan ingat tentang Saya disebabkan Ada yang mencetus ingatan Johan tentang Saya? Tapi siapa?" Seingat Tania disitu Tak ramai yang mengetahui hubungan dia dan Johan..
hanya Matthew Dan Johari, bapa mentuanya...Jadi siapa yang ingatkan Johan tentang dia?"

" Siapa Matthew?" Tania tidak sabar untuk mengetahui..patutlah Johan ingat dia, bayangan dia muncul dalam fikiran Johan...Ada yang mencetus fikiran Johan untuk hubungan mereka..

Jika tiada yang mencetus ingatan Johan...Mungkinkah mereka berdua àkan bersama lagi??? Tania semakin takut dengan kenyataan...kehidupan bersama Johan dipenuhi dengan jurang..

" Munshi! Awak kenal dia?" dari riak wajah Tania yang resah menampakkan jelas Tania mengenali sebaris nama itu.

Tania hanya memejamkan Mata Dan memicit dahi yang dirasakan Tania semakin memberat...dalam fikiran yang masih berserabut Tania menyandarkan tubuh untuk dia kembali bertenang..

Munshi sebaris nama yang masih menganggu hidupnya...Apa Salah dia dengan Munshi sehingga hidupnya masih dikaitakan dengan lelaki itu..

Setelah Tania bertenang, barulah dia kembali membukakan Mata bagi menghadapi Matthew...dengan soalan yang perlu dirungkai dalam hidup dia.

" Saya Tak pasti kalau awak terlupa atau Saya Tak pernah ulang tentang hal ini..tapi kalau Munshi yang awak maksudkan Matthew...Dan jika Saya tidak tersalah dengan sebaris nama...Munshi yang awak maksudkan...bekas suami Saya!"

Kenyataan Tania membuatkan Matthew bersandar kebelakang...dia juga sedikit terkejut dengan kenyataan Tania.." Jika Munshi bekas suami Tania..Dan dia yang pencetus Johan untuk mengingati Tania...Matthew dapat rasakan Ada sesuatu yang masih belum selesai dengan hubungan Tania Dan Munshi...!"

" Tania boleh Tak kalau awak jawab soalan Saya berkenaan Munshi?" Matthew mengerutkan wajah melihat kearah Tania..walaupun wajah Matthew tenang namun masih reaksi resah dalam butiran percakapannya..

" Saya akan jawab Matthew!" Perlahan Tania memberikan persetujuan...

" Ada perkara yang masih Tak selesai antara awak dengan Munshi? Maaf kalau Saya bertanya?" Keresahan di wajah Tania semakin jelas...

" Saya Tak mahu rahsiakan Hal ini Matthew dari awak...tapi tolong jangan maklumkan pada Johan...Saya takut dia akan ambil tindakan jika dia tahu Hal ini..." Tania mengetap bibir bila dirasakan perkara itu berat untuk diluahkan..

" Awak boleh percayakan Saya!" Matthew memberikan kerjasama...

" Sebenarnya....sebenarnya Matthew, Saya jumpa Johan Dan berkahwin dengan dia sebab Saya larikan diri dari Munshi....Kami dah berpisah atas pilihan Munshi...saya dah keluar dari hidup dia Dan jauh dari sini..Tapi dia masih kejar Saya...Dan saya kenal Johan....Johan selamatkan saya dan untuk elak Munshi ganggu Saya lagi...kami berdua berkahwin"

"Oh...!" Matthew kehabisan kata - kata dengan penjelasan dari Tania...melihatkan Matthew terdiam, Tania tiada pilihan lain..dia perlu habiskan percakapannya untuk Matthew faham situasi dia Dan hubungan bersama Johan..

" Saya sayangkan Johan..Ikhlas.Saya cuma harap kami berdua boleh bahagia." dalam tenang Tania resah...segala kata - kata Matthew terngiang - ngiang..

Bolehkah dia padamkan segala kenangan pahit Dan terima Johan seadanya...?

Lupakan segala perbuatan Johan pada dia yang lalu...?

Terima Johan yang belum sepenuhnya ingat siapa dia...?

Bina hidup Baru dengan memori yang Baru..

" Awak dari Mana?" Johan menunggu Tania di dalam ruang tamu sambil tangannya bermain bersama dengan telefon bimbit...

" Saya jumpa Jila!" Tania terpaksa menipu, dia tidak mahu Johan tahu dia menemui Matthew...Ada perkara yang perlu dirahsiakan dan perkara mengenai ingatan Johan adalah perlu..

" Hmmmm..saya harap awak temui jawapan dengan Jila, dan Saya harap awak  sembang panjang dengan dia." Johan meninggalkan Tania bermasa satu senyuman sinis pada bibir...

Tania yang melihat merasakan Ada sesuatu yang tidak kena..kuat merasakan dia tidak sedap hati...

" Awak Tak pergi mana2 arini."

"Hmmmmm...Ada perkara yang perlu Saya siasat Dan Saya masih belum dapat jawapan..banyak sangat mainan!"

Termangu seketika Tania...semua dirasakan tawar..reaksi Johan dirasakan lain..bagaikan Ada yang tidak kena..??

" Johan!"

Johan menghilang dalam kegelapan Malam dengan diekori dengan pandangan Anak Mata Tania yang masih banyak persoalan dengan perubahan diri Johan yang tiba - tiba.......

Bersambung......????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience