100

Romance Completed 78127

' awak bercakap dengan siapa?" Tania menoleh kekiri dan kekanan, namun mata Tania masih melihat kearah belakang, takut Ada tetamu disitu..

Huh! Matthew termangu...hmmmmm!
Awak Dengar apa?' Matthew melihat sekeliling...

" Tadi bukan awak bersembang?" Tania juga menjadi keliru...terlihat di mata Dan sisi mereka berdua tiada sesiapa ...

" Oh...Hmmmm! Awak mungkin Dengar Saya bacakan bacaan kesihatan  Johan, bacaan di monitor, memang jadi tabiat saya!"  Matthew mencipta alasan, tapi dia lega bila Tania menerima alasan yang diberi... namun tanpa disedari Tania,  Mata  Matthew sempat menjeling kearah Johan yang telah mematikan diri....pandai Johan dengan lakonan..akhirnya Matthew senyum sendiri...

" Oh!" Mungkin Saya yang salah Dengar...Saya ingatkan awak bercakap dengan Johan.....tapi bila difikirkan semua itu Matthew, itu satu perkara  yang mustahil sekarang .....Agaknya sampai bila Johan àkan tidur begini Matthew" dengan sayu Tania melihat kearah Johan yang masih tenang dalam Lena yang panjang...

" Johan àkan pulih, mungkin dalam sehari Dua ini!"

" Saya pun harapkan Macam itu Matthew..Saya harap Ada keajaiban dalam hidup kami...itu pun kalau Johan masih ingatkan Saya!"

" Johan tentu ingat awak....!" Matthew berkeras...

" Mungkin...tapi awak sendiri Tak pasti Matthew...Kita Tak boleh menolak takdir.."

Bicara terkahir Tania membuatkan Matthew terdiam...ternyata Tania telah menerima takdir dengan semua yang terjadi...tapi dia masih tidak tahu bagaimana perasaan Johan pada dia...Jika Tania tahu Johan telah sedar dan masih menyayangi Tania, itu berita gembira buat Matthew....

Tapi dari bicara Johan tadi dan beberapa plan yang dirancang membuatkan hati Johan gusar...Matthew memandang Tania tanpa dia tersedar…

" Kenapa pandang saya Macam itu,?" Tania menunjukkan wajah segan, manakala tanpa disedari, Johan melihat keraah Matthew tajam...pandangan Mata Matthew kepada Tania membuatkan perasaan Johan membara tiba - tiba....Niat Matthew pada Tania dia juga tidak tahu, sebenarnya...

" Apa perasaan awak kalau Johan sedar dan pulih dari ingatan dia...Awak maafkan dia dengan perbuatan Johan lalu?" Matthew tidak bermaksud untuk memaksa Tania menjawab....tapi memandangkan Johan telah sedar, Dan Tania tidak tahu keadaan Dan kondisi Johan sebenar, Ini merupakan peluang yang baik dirasakan oleh Matthew...

Jawapan Tania àkan menjadi kunci dalam kebahagian mereka berdua nanti...Johan mendapat jawapan dari semua kesalahan lalu, dan Tania mendapat Cintanya kembali,. Jika jawapan Tania adalah seperti yang difikirkan....Matthew sangat gembira, Hal itu dirasakan satu kejayaan dalam hidupnya juga...

" Saya Tak pasti Matthew....Johan telah buat keputusan untuk kami berpisah sebelum ini....dia memilih untuk jauh dari Saya Dan tidak mempercayai Saya..dia pilih untuk bahagia dengan orang yang dia Cinta...Awak Rasa Saya Ada peluang untuk kembali?"

Tania senyum terguris...Ada satu perasaan yang tajam yang telah tersimpan lama dalam hatinya...

" Kalau Johan Tak bermaksud dalam perbuatan  yang dia buat kepada awak  selama ini Tania...awak masih terima dia.....awak pun tahu, dia Tak ingat siapa awak Dan hubungan dia yang lalu...Mungkin itu kesilapan terbesar Johan dalam hidup dia?"
Hati Matthew resah, dari pandangan mata Tania...Seakan Tania kesitu hanya  disebabkan sesuatu, bukan sepenuhnya disebabkan Johan Dan alasan Tania hanya dia yang tahu...sesuatu yang semakin gusar dalam fikiran Matthew,jika perkara itu adalah benar...

"Entahlah....tapi  Kami berdua dah buat keputusan Matthew...Apa lagi yang nak dibincangkan? Berapa lagi Saya mahu menunggu, awak pun tahu apa yang jadi sebelum ini, walaupun kami berdua kembali bersama, tapi awak Rasa semua orang akan bahagia...Saya cuma harap hubungan kami baik, selebihnya Saya tidak berikan harapan besar..segalanya berkemungkinna.!"

Keluhan Tania didengari Johan berat...mendengarkan Tania sukar untuk kembali Dan masih tidak tetap dengan jawapan tentang hubungan mereka berdua...Johan takut..seandainya Tania buat keputusan untuk tidak kembali...apa yang perlu dia buat....sebolehnya Johan tidak mahu lagi berpisah dengan Tania walaupun apa juga keadaan yang terjadi .....semuanya perlu dilupakan dan hanya Masa depan yang membantu hubungan mereka berdua untuk bahagia... ..

Johan tidak menolak untuk Tania membenci, tapi dia takkan benarkan Tania membenci drinya selamanya..Dan entah apa yang dia pernah buat pada Tania dulu...dan Fikiran Johan Mula memainkan peranan kembali mengingati satu persatu perkara yang pernah dilakukan , termasuk sejarah Hitam mereka berdua Dan perkara di Mana dia memilih Rina...

Hati Johan remuk....bagaimana dia tergamak untuk menuduh Tania dulu Dan selepas itu....andai dia belum terlewat, ingin Johan kembali Dan membetulkan kesilapan yang telah dilakukan dulu dan dia mahu Tania kini....

Lamunan Johan terhenti bila

" Jadi awak kesini Tania?" Matthew mahukan kepastian , namun Kebenaran tentang perkara itu Dan perasaan itu perlu diluah untuk Johan faham apa perkara sebenar yang telah terjadi....dengan perkara itu didedahkan diharap Matthew, Johan dapat memainkan peranan bagi mendapatkan Tania kembali...

Johan milik Tania Dan Tania milik Johan....

" Saya kesini hanya untuk sembuhkan Johan untuk dia kembali seperti Johan yang dulu...Saya bukan seorang penghukum Matthew untuk semua perkara  yang telah  terjadi...

Saya  terima semua yang terjadi dalam  nasib Saya....Jika kehadiran Saya kesini  dapat membuatkan Johan pulih, itu lebih baik...Dan Saya Tak harapkan sebarang balasan untuk Johan terima saya...Saya tak àkan sesekali menyesal..."

Tangan Johan dipegang lembut oleh Tania...Seakan tangan itu tidak mahu dilepaskan lagi...tapi jelas perkara itu hanya sementara dan dia tidak mahu terlebih berangan....Andai Johan sekali lagi pergi dari hidup Tania selamanya....dia telah bersedia...

" Tania...!" Matthew sayu..hinggakan dia tidak mampu berkata apa - apa lagi ...

" Mungkin sekarang awak Rasa nasib Saya malang Matthew..tapi mungkin Ada sinar selepas ini dalam hidup Saya...
Sesuatu yang Kita idamkan Matthew, Tak semuanya Kita akan dapat..cukuplah dengan kenangan manis Saya dengan Johan dalam ingatan saya....itu cukup untuk buat Saya bahagia.."

Tiba - tiba terdapat pergerakan di dalam kandungan Tania...yang membuatkan Tania sedikit tidak selesa..namun dia biarakn tangan Johan menyentuh kandungannya..... walaupun Johan masih belum sedar...dia mahu Johan merasa Dan tahu sesuatu yang menjadi milik mereka berdua....

Matthew yang melihat tindakan Tania hanya tersenyum.....Tania Mempunyai usaha untuk Johan kembali sedar....sedangkan Johan yang telah tersedar masih matikan diri membiarkan segala kelakuan Tania ke Tubuhnya..

Pendengaran Johan jelas mendengar semua luahan hati Tania....perkara yang dia terlepas pandang sebelum ini....

"Saya semakin sarat.....kandungan Saya àkan dilahirkan bila - bila Masa...Jika Saya melahirkan dan Johan masih dalam kondisi begini....Macam Mana Saya nak terima Dan lalui semua ini...!"

" Tania Johan sekarang selamat..awak Tak perlu fikirkan sangat pasal Johan..Apa kata awak berehat, dari bacaan semua monitor...keadaan Johan dah stabil...Awak boleh ke hotel, atau awak nak tinggal dirumah Saya, Tania...."

Matthew terpaksa berterus terang...... dari semalam Tania masih belum meninggalkan tubuh Johan...dia risaukan Johan, tapi dalam Masa yang sama dia masih belum melupakan semua yang terjadi...dia lebih berhati - hati Dan tidak meletakkan sepenuhnya hubungan untuk menganggu hubungan mereka berdua untuk kembali...

" Tak perlu Matthew, Saya àkan berehat nanti...Saya perlu temankan Johan disini.."

" Baiklah....tapi awak kena Jaga kesihatan awak Tania...itu sahaja harta yang Johan berikan kepada awak..Awak tahu Jonathan , bila dia tahu awak mengandung...dia yang Paling gembira...sekurang - kurangnya Anak Johan keturunan dia."

" Datuk?....Tania terkejut?

Macam mana Datuk tahu Matthew...sedangkan Johan sendiri pun Tak tahu pasal benda ini?"

Tanpa mengerutkan wajah  sambil pandangan melihat kearah Matthew....perkara itu sepatutnya dirahsiakan ...pilihan telah dibuat Tania awal - awal lagi....dia hanya kesitu untuk mencuba nasib untuk membuatkan Johan tersedar dari Lena....dengan sejarah hidup mereka berdua, Dan kehidupan yang pernah mereka lalui...banyak yang àkan Tania kembali singkapnya...

Jadi telah difikirkan di minda Tania beberapa idea untuk dia gunakan bagi membangunkan Johan...nampaknya masih belum Ada yang berhasil....Masa semakin suntuk dan Tania semakin kekudangan Masa...

" Johan yang mendengar hanya terhenti dari sebarang riak....Tania sembunyikan sesuatu yang penting dari dia...." Benci sangatkah Tania kepada dia, hingga perkara itu dirahsiakan......dan kenapa Tania mengambil keputusan untuk beralah ....dia sedar semua kesalahan dia dulu, tentang Anak mereka ....dia telah menerima hukuman dengan segala memori di fikiran dia terpadam... Dan dia menjadi seorang yang hilang arah tujuan....dia masih  rasakan kesakitan dengan kehilangan yang berlaku....dengan dulu  dia tidak mengenali Tania, Dan dia juga menuduh Tania dengan perkara yang dia sendiri tidak pasti.....

Perbuatan yang sangat Johan sangat kesali....Dan dia harapkan kemaafan Tania dari segalanya....

Kini  dia telah kembali...Dan kandungan Tania...biarpun Jonathan jauh dari mereka berdua, tapi berita itu lebih cepat sampai kepada Jonathan dari dirinya....sesuatu yang Johan kecewa dengan diri sendiri...Kenapa sesuatu yang penting seeperti itu dia terlepas pandang...sedangkan dia Baru menemui Tania berdua sebelum dia membuat keputusan bersama Rina...

Lebih sakitkan Johan...jalan yang dia pilih waktu itu, Kali terakhir mereka berjumpa...berpisah dari Tania...namun Tania masih membuat pilihan untuk bersama, ternyata Hal itu menyelamatkan hubungan mereka berdua kini...Jika keputusan sebaliknya, Johan Tak pasti sepenuhnya apa yang àkan terjadi... mungkin dia àkan menjadi Gila..

" Tania Saya bawakan sarapan awak kesini..awak perlu makan dulu, berkenaan Johan awak jangan risau...nanti dia disini Saya uruskan.."

" Matthew terima kasih...Saya Dan Johan Tak tahu Macam Mana nak balas jasa awak pada kami berdua!"

" Saya digaji Jonathan Tania. Ini memang tugas saya..Saya tinggalkan dulu awak disini bersama Johan..Nanti saya kembali!"

Tania hanya mengangguk dan tangan yang memegang Johan dilepaskan..dia mengiringi Matthew keluar dari bilik hingga tubuh lelaki itu hilang...

Tania kembali mendapatkan Johan...Sekali lagi tangan Johan dipegang... dengan Tania memicit secara lembut anggota tubuh Johan yang dapat dicapai oleh dirinya, biarpun Johan masih tidak sedar tapi Tania rasakan urutan itu perlu....
" Kan bagus kalau awak sedar sekarang Johan..Kita boleh bersembang, Tak adalah Saya cakap sendiri seorang..Saya pun tak tahu apa perasaan sebenar awak pada Saya atau Rina sekarang ....

awak terlalu Gila - gilakan Rina dulu...awak sampai tinggalkan saya..Jadi kalau  Saya ambil keputusan nanti...awak jangan salahkan Saya Johan...semuanya untuk kebaikan Kita...

Oh pasal Munshi! Tania tersenyum pulas.." awak nak tahu sesuatu tentang Munshi? Saya terlalu takutkan dia dulu Johan, hinggakan Saya hampir larikan diri dari Munshi...disebabkan itu Saya lari kepada awak..semua perkara ini saya Tak pernah beritahu awak dulu waktu Kita masih bersama.. awak Tak pernah Tanya Saya pasal kisah silam Saya bersama Munshi...Jadi apa kata Saya beritahu sekarang pasal Munshi Johan semua perkara...

Tania termenung panjang, Johan masih tiada reaksi..

" Huh" Tania mengeluh nampaknya dia tiada pilihan lain...

" Munshi mahu Saya kembali pada dia Johan... saya pun Tak pasti selama ini dia Cari Saya disebabkan dia mahu Saya maafkan dia...kalau Saya bukan isteri awak Johan, mungkin Saya Tak sesukar ini untuk terima dia kembali...ternyata Munshi telah berubah...Munshi pulangkan kembali rumah Saya Dan segala harta Keluarga Saya yang sebelum ini jadi milik dia...

Dia sebenarnya merana disebabkan perbuatan dulu pada Saya...dia bukan seperti awak Johan, beberapa Kali awak sakitkan hati Saya....awak bunuh Anak Kita tapi Saya maafkan, disebabkan awak hilang ingatan...sebab itu Saya terima awak kembali dalam hidup Saya...awak tahu disebabkan apa?..

Semua sebab Matthew jelaskan semua tentang apa yang jadi....awak menyesal dengan perbuatan awak pasal Hal Saya, tapi Saya dah pergi jauh dari hidup awak Johan Dan Saya Tak tahu awak kemalangan hingga awak hilang ingatan...semua yang terjadi disebabkan awak teraniaya disebabkan laporan palsu Dan awak percayakan orang lain dari Saya  Johan...

Air mata Tania diseka dengan cepat....dia tidak mahu emosi diri diganggu bila dia sedang berterus terang kepada Johan...

" Saya pernah benci awak dulu atas semua yang jadi...Dan bila Kita jumpa kembali Johan, Saya cuma harap semuanya mimpi..Macam Mana awak Tak berikan Saya untuk hidup tenang dalam hidup...kenapa awak muncul...

Matthew jelaskan semua pasal awak...awak hilang memori pasal Kita berdua Dan peristiwa Hitam dalam hidup Kita berdua terkubur.... Saya rasakan semua itu tidak Adil...kenapa saya perlu terima hukuman dengan kejadian Hitam sendiri, sedangkan awak tuhan tarik kejadian itu dari memori...awak Rasa perkara itu Adil Johan..? Tania merenung Johan dalam, bila perkara itu diingatkan dia marah kembali...

Dan....kenapa Saya perlu terima awak kembali Johan berkali - Kali...

Saya yang tersilap mengikut perasaan...Saya bencikan awak tapi Saya Tak boleh terima awak dihukum dengan kesalahan yang bukan dari niat awak sebenarnya...awak lakukan semua itu sebab awak teraniaya..

Dan sekali lagi Johan, Saya buat kesilapan terima awak kembali....Saya Tak tahu Macam Mana awak tahu tentang Saya? Siapa yang ingatkan awak tentang Saya...Jika perkara itu tidak terbongkar mungkin awak takkan terbaring disini..
Saya dah Cuba jauhi awak...
Tapi awak kembali....

Saya penat untuk buat awak percaya Saya ...sekali lagi awak percayakan Rina Dan awak jatuh Cinta pada awak...awak tinggalkan Saya Dan Malah awak nak Kita berpisah......kalau itu yang awak nak waktu Saya benci awak Johan, Saya takkan teragak - agak untuk berikan keputusan...tapi bila sekali lagi perkara itu awak lafazkan, Saya Tak boleh benarkan awak tahu tentang sesuatu....?

Saya mengandung Johan, dan Saya takkan lagi maklumkan pasal Hal ini pada awak..Saya takkan benarkan awak tahu...awak pernah buat Saya menderita bila Saya mengandungkan Anak pertama Kita....Dan Saya takan lakukan kesilapan yang sama..

Semuanya berjalan lancar...Saya cuma tunggu bayi ini dilahirakan sebelum Saya buat keputusan ..

Johan! Saya cuma harap awak àkan bahagia bersama Rina...tapi jangkakan Saya silap, awak masih terbaring disini, dan jika awak tidak sedar Johan, awak àkan berada dalam keadaan serius....Saya Tak mahu sesuatu yang buruk lagi terjadi...walaupun awak bencikan Saya waktu awak sedar...Saya àkan terima Johan...Janji awak sedar dan pulih....

Bila dilihat Johan masih tidak bereaksi Tania kehilangan idea....Jadi Tania hanya berdiam diri sebentar sebelum dia meninggalkan Johan untuk bersarapan dengan makanan yang dibawa oleh Matthew.....

" Datuk!'

Jonathan dihadapan Tania..

" Macam Mana dengan Johan Hari ini?"

" Tadi Matthew Ada kesini, segalanya tentang kesihatan Johan tiada masalah...tapi untuk perkembangan Johan sedar...masih tiada sebarang reaksi."
Tania juga buntu begitu juga Datuk Jonathan...Tempoh Masa untuk Johan lagi beberapa Hari...

" Hmmmm! Nanti Tania ikut Datuk, kamu perlukan rehat untuk tubuh kamu, untuk kandungan kamu Tania..Itu Anak Johan dan kandungan kamu mesti selamat! Kamu dah makan?"

" Sudah Mathhew telah hantarkan kesini!"

" Bagus, nanti Tania temankan Datuk Kita makan tengahari bersama.Datuk dah suruhkan pembantu masakkan makanan berkhasiat...Kamu banyak guna tenga Tania untuk kesini, jadi kamu kena banyakkan berehat! Tinggal dengan Datuk sementara kamu disini."

" Baik... Tania tiada masalah Datuk, tapi Tania rasa kalau Tania nak temankan  Johan...sehingga Johan sedar!"

" Kamu temankan Johan petang nanti, Datuk àkan arahkan pembantu bawa kamu...kami temankan Johan waktu makan Tania, Siang kamu rehatkan diri..Kamu pun kena jaga kesihatan!" Datuk memujuk, dan Tania dilihat faham àkan niat Jonathan..

Setelah Mathhew kembali barulah Tania dan Datuk Jonathan berpisah dari Johan...hanya tinggal Johan Dan Matthew sahaja disitu....

Setelah dipastikan semuanya selamat Matthew mengunci pintu sebelum mendapatkan Johan...

" Bagun, semuanya telah selamat!" Matthew duduk di sebelah Johan sambil sesuatu dikeluarkan dari  beg kertas.

Perlahan - lahan Johan bukakan Mata..

" Datuk Bawa pergi Tania?" Mata Johan mengarah ke pintu..

" Tania tinggal dengan Datuk..disitu dia àkan selamat..sekarang Jonathan Tak benarkan Aminah datang kesitu, selepas kejadian yang menimpa engkau dulu!"

" Oh...aku Tak tahu pasal Hal itu..dah lama aku Tak kesini...banyak yang aku terlepas pandang.." Johan mengeluh, perkara yang diluahkan Tania tadi masih belum habis difikirkan..Dia masih termangu dengan semua yang jadi...

" Sekarang engkau dah pulih, perkara ini yang engkau perlu fikirakan sekarang..Kandungan Tania? Engkau Baru tahu pasal Hal ini Kan..hubungan kamu berdua, engkau kena jelaskan Johan..Perkara ini bukan main - main.."

Dahi Johan berkerut memandang kearah Matthew seakan dia tidak faham..

" Maksud aku hubungan engkau dengan Tania Dan Rina? Engkau hampir - hampir tinggalkan Tania dengan memilih Rina.Semua yang engkau buat dulu Tak Adil."

" Aku dah tahu apa yang aku buat Matthew, Tania dah beterus terang semua...engkau Rasa bila aku sedar dari ingatan aku, Tania àkan aku lepaskan ! Aku takkan biarkan, lagipun Tania sarat mengandungkan Anak aku...Jika bukan disebabkan rancangan Kita, dah lama aku dapatkan Tania...."

" Baguslah engkau dah sedar Johan, dah lama Tania menderita...dia terima engkau maafkan engkau, tapi engkau tetap sakitkan hati dia..
Tapi apa yang jadi disebabkan  engkau hilang ingatan, engkau lupa siapa Tania...jadi bukan salah engkau sepenuhnya..

" Aku harap fikiran Tania  Macam engkau Matthew, Dan dia tidak àkan fikirakan sesuatu yang lain...

" Maksud engkau? Apa yang Tania fikir?"

" Munshi? Aku takkan benarkan lelaki itu muncul lagi dalam hubungan kami berdua!"

" Itu perkara yang betul Johan, dan engkau pun patut lakukan benda yang sama tentang Rina...Aminah Dan Rina sekarang aku lihat dah Macam belangkas berdua...Agaknya entah apa yang mereka rancangkan sekarang?"

Segala yang dikatakan Matthew meninggalkan tanda Tanya kepada Johan dan begitu juga kepada Matthew sendiri..

Sepanjang hari Ada sahaja yang menemui Johan melihat keadaan Johan terkini...Matthew mengubah Cara rawatan dengan setiap hari jika dia ingin menemui Johan, pintu àkan dikunci sepenuhnya Dan pelawat tidak dibenarkan berada untuk berada bersama...Semua disebabkan Ada pernacangan yang akan dibuat bersama Johan...

" Rina dah Tak sabar Mommy, perempuan itu semakin melampau..setiap Malam dia temankan Johan, ini dah masuk Hari ketiga...Johan masih Tak Ada perubahan, kenapa Jonathan masih lagi benarkan?"
Lelaki tua yang dirasakan Rina tidak berguna..dia dihalau pergi oleh Jonathan dulu bila kehadiran dia tidak membantu Johan untuk sembuh...

" Mommy sedang fikirkan sesuatu, bukan mudah Kita nak hilangkan orang - orang Jonathan...lagipun Johan dikawal rapi!"

" Kenapa Kita perlu takut Mommy..Kita cuma halau Tania dari Johan..dengan keadaan Tania yang sarat, Tak mungkin dia àkan berkeras.."

" Iye tapi Jika  Kita halau Tania, perkara ini Jonathan tahu... Jonathan àkan serta merta ambil tindakan..Kita perlu fikirkan jalan untuk Jonathan tidak syak ifu semua perbuatan kita....kalau dia tahu,entah apa tindakan Joanthan nanti?"

" Jadi apa Kita perlu buat?"

" Sesuatu dibisikkan oleh Aminah kepada Rina...pada mulanya wajah Rina berkerut, namun bila diberikan alasan yang logik barulah kepala Rina dianggukkkan bersama debaran...jika perbuatan mereka berdua dapat dihidu entah apa hukuman yang àkan mereka dapat nanti... Tapi segalanya Ada risiko..

Tania berbaring disebelah Johan, Ini merupakan Hari Keempat dia disitu..masih menemani Johan...hanya tinggal dua Hari sahaja Masa Johan yang tinggal sebelum sepenuhnya Johan àkan selamanya akan berada di dalam tidak sedar selamanya..

Matthew lebih kerap berada di dalam bilik Johan, namun keadaan Johan masih sama, tiada perubahan...

Setelah keadaan ditenangkan, Tania mencium Johan dipipi Dan memeluk sebelum dia terlena..

Pernafasan Tania yang halus membuatkan Johan mengerakkan tubuh perlahan - lahan...dia tersnyum memandang Tania...dulu Tania malu - malu bila berada disampingnya...Kini Tania secara berdepan tidak segan silu menunjukkan sayang..Johan lebih bahagia begitu, walaupun segalanya àkan berkahir nanti...

Bila keadaan sunyi...terlihat sepasang tubuh manusia sedang menghala kearah pintu bilik mereka berdua..

Johan kekal ke posisi sebelum ini, dengan pandangan mata dikecilkan mahu melihat apa tujuan gerangan orang yang sedang berada di biliknya di tengah malam...

Rina Dan Aminah....

Dilihat jelas oleh Johan, sesuatu dimasukkan oleh Rina di dalam Jug Air ditepinya...Johan memerhati dan melihat segala muslihat jahat dijalankan. Aminah kekal berdiri di pintu menunggu Rina menghabiskan tugas sebelum pintu bilik Johan diketuk dari luar dan muncul pembantu Jonathan untuk menghalau tetamu...

Dia hanya diarahkan Jonathan untuk membenarkan Tania seorang sahaja berada disitu...kerana pertukaran Syif bekerja, Aminah Dan Rina bijak mencari peluang menyelusup masuk tanpa disedari..

" Keluar, bilik ini tidak dibenarkan untuk dilawati...sila tinggalkan bilik ini!" Tegas seorang pembantu mengusir kearah Rina Dan Aminah...

" Kami sudah selesai berurusan dengan Johan, ketepi!" Dengan angkuh Aminah melangkah Dan dibelakang Rina mengekori...

Bila mereka berdua telah jauh...senyuman sinis terukir di bibir Aminah.." semuanya berjaya Rina, jadi sekarang Kita hanya perlu tunggu esok...esok àkan Ada berita bahagia..."

Mereka berdua keluar dan hilang di kepekatan Malam...

Pagi....

Tania bangun dari tidur  di sebelah Johan...perkara pertama yang dia buat,  melihat kearah Johan sambil tersenyum...memori yang cukup indah...dengan keadaan Johan, Tania boleh meluahkan semua....

Tapi Johan masih dalam keadaan yang sama bagi pendapat Tania....Johan masih tidur dengan tenang, seperti tiada masalah yang berlaku....
" Awak masih disini Johan kekal disisi saya, awak ingat saya lagi...?

"Tania"

"awak mesti ingat nama ini Johan...walaupun nanti Saya àkan tiada lagi disisi awak, awak mesti Cari Saya..awak Dan Saya Ada sesuatu yang merupakan milik awak selamanya!"
Satu ciuman dihadiahkan Tania di pipi..

perkataan  sama yang  diulang Tania setiap hari..Jika suatu hari nanti mereka berdua berpisah, Dia mahu Johan tetap ingat dia, dan mencari mereka , itu jika lelaki itu telah tersedar..

Jika sebaliknya Tania àkan menunggu untuk Johan muncul...

Tania hilang dari pandangan...Johan termangu seketika, Setelah dipastikan selamat, secara perlahan - lahan Johan bukakan Mata...

Semua bicara Tania masih terngiang - ngiang...lembut perbuatan Tania buatkan Johan tersenyum.... dia tidak mahu berahsia lagi, dia gembira dengan kehadiran Tania....
tapi Pergerakan anggota tubuh Johan masih terbatas..dia perlu Menunggu anggota Tubuhnya pulih sepenuhnya...

Kaki Johan boleh digerakkan sedikit, hanya tangan Johan yang masih belum boleh digerakkan...semuanya memerlukan Masa, itu yang dikatakan oleh Matthew..

Sekilas mata Johan beralih kearah Jug disisi katil...sesuatu yang dimasukkan semalam memberikan isyarat kepada Johan bawahan apa yang dimasukkan ke dalam air itu tidak baik...

semalam dia telah menunggu untuk Matthew tiba, namun lelaki itu masih belum muncul hingga pagi....dia ingin memberikan amaran terlebih dahulu...
Dan Johan masih menunggu dengan sabar...

Plak!"
Pintu bilik air dibuka Dan muncul Tania yang membasuh muka...

Tania segera kearah Johan, dia memandang sekilas, air  didalam Jug dituanh  dituang ke dalam cawan..Dia begitu dahaga, tanpa tersedar Johan telah membeliakkan Mata dengan perbuatan Tania...

Tania tidak tersedar dengan reaksi Johan yang cuba memberikan amaran...Bila Tania mengambil gelas dan mahu menuangkan air di  gelas kemulutnya...Ada seseorang yang menepis tanpa Tania sedar..!

Pang!" Serpihan cawan bertaburan di lantai bersama pandangan matanya Tania melihat kearah seseorang..

Tania dikejutkan dengan tangan seseorang...lebih memeranjatkan Tania, tangan yang menepis air minuman itu tadi...

" Jjjjjjjjohan!" Mata Tania terbeliak besar..." Johan....awak dah sedar!"

Johan kelihatan termengah - mengah dengan tubuh yang mahu didudukkan..dengan pandangan mata yang tajam Johan melihat kearah Arah.
." jangan minum air itu!" Pernafasan Johan laju...Selamat sebentar tadi dia sempat menghalang, jika tidak dia Tak tahu apa yang àkan terjadi....

" Air!" Pandangan mata Tania cepat terarah ke arah air yang telah tertumpah dilantai..
" Kenapa dengan air ini?" dari bertanyakan bagaimana Johan telah tersedar perkara itu yang Menarik perhatian Tania...Dia nampak Johan memberikan perhatian kepada perkara itu...

" Tunggu Matthew!" Jawapan Johan ringkas Dan Tania yang melihat semakin terkejut....dalam keadaan Johan yang telah sedar, keadaan mereka berdua..membuatkan Tania tidak selesa...segala keterujaan Tania jika Johan tersedar telah hilang..dia Tak sangka Johan àkan sedar tapi mereka berdua dalam situasi begini...

Bila kedua - duanya terdiam...Johan memandang kearah Tania.
." awak Tak suka kalau Saya sedar?"

" Bukan....Johan...! Maksud Saya air..apa yang awak tahu Johan? Saya masih terkejut dengan semua yang jadi! Awak koma tapi kenapa awak tahu pasal air ini..apa yang bermasalah?"

" Kesini Tania!" Dari menjawab solaan Tania Johan mengarahkan Tania kearahnya...

" Awak nak buat apa?" Tania masih berbelah bahagi...hubungan dia sebelum ini dengan Johan keruh...dia ingatkan usaha dia selama ini tidak berjaya, untuk memulihkan Johan.....Tak sangka Hari ini dia dikejutkan..

" Awak masih isteri Saya...awak Rasa apa Saya nal buat? Awak Tak gembira!"

Tania menganggukkan kepala, bila bicara isteri disebutkan Johan...tanpa berlengah Tania memeluk Johan, tangisan tidak mahu dikawal lagi...biarpun Kali ini Johan tidak mengingati dia lagi...dia mahu Masa dia bersama Johan dalam pelukan dirakam Dan disimpan dalam memori Tania sendiri..

" Saya minta maaf!" Pelukan Johan dikemaskan kedalam pelukan Tania, dia sememangnya menyangangi Tania,namun masalah ingatan membuatkan dia mengambil tindakan yang tidak sepatutnya...

" Awak ingat Saya lagi? Awak ingat siapa Saya Johan!" Tangisan Tania semakin kuat, jika benar Johan ingat siapa dia sebenar, dia takkan lepaskan Johan lagi..Johan masih milik dia.....

" Awak Tania isteri Saya ....saya takkan sesekali lagi lupa Tania..Jangan pergi lagi dari hidup Saya...jangan lari, Saya dah terima semua hukaman atas perbuatan saya..Saya Tak mahu kehilangan awak Kali kedua, termasuk Anak Kita."
Tangan Johan memegang kearah kandungan Tania....walaupun secara perlahan Dan lambat...Johan tetap berusaha...

" Macam Mana awak tahu?soalan itu dibiarkan Tania dulu.....Ada sesuatu yang lebih penting......Johan awak dah sedar...Saya nak panggilkan Matthew Dan Datuk.." Tania teruja dengan Johan telah sedar Dan ingat kembali siapa dia..Namun dalam hati Tania, dia turut risau, semua disebabkan keadaan kesihatan Johan...Dan yang Paling Arif adalah Matthew....

Tania Cuba melangkah menjauh....Dan Johan mengemaskan pelukan...

" Jangan pergi dulu, Saya nak rasa milik Kita!" Pandangan Mata Johan melihat kearah kandungan Tania, bersama senyuman sekali lagi kandungan itu disentuh...bersama sentuhan Johan mengalirkan air mata...

" Banyak yang Saya dah terlepas..awak mengandungkan Anak Saya Tania! Tapi Saya kejam pada awak...bukan Kali pertama, tapi ini Kali kedua Saya tinggalkan awak lagi. maafkan Saya Tania, Saya Tak tahu...saya Tak ingat awak dan juga Saya....kalau Masa boleh diputar, Saya takkan lakukan hal yang kejam itu! Saya cintakan awak Tania....waktu itu saya Tak berfikir secara waras...Saya ditipu hidup - hidup dengan laporan, hinggakan Saya syak awak dianiaya..tanpa sedar, Saya bunuh zuriat sendiri....Saya seorang bapa yang kejam!"
Johan menyesal, namun dari Kebenaran Dan kenyataan, tiada apa lagi yang boleh diubah...

Tania masih tergamam, dia jelas dengan semua yanb terjadi...namun dia tidak boleh salahkan Johan, Ada penyebab yang menjadikan hidup mereka berdua menderita..
." Semuanya dah terjadi Johan, Hal itu semua tak boleh diulang, lupakan apa yang jadi... " Ada Sesuatu yang ingin diluahkan Tania, namun semuanya dipendam terlebih dahulu...

" Saya takkan sia - siakan awak lagi Tania....awak cuma milik Saya!"

" Johan .....pasal Kita berdua...Saya belum putuskan lagi...Kita perlu beriakan ruang untuk Kita berdua bertenang....banyak yang terjadi...Saya kesini hanya untuk sedarkan awak sebelum Masa untuk awak pulih  itu Tamat!"

" Apa yang awak nak putuskan ...Awak ingat Saya àkan benarkan awak dengan Munshi?"

" Awak tahu...? Tapi Macam Mana? atau....awak dah sedar lama Johan Dan awak Dengar semua?"

Bila Johan masih terdiam dan melihat kearah Tania dengan tenang, Tania telah tahu sesuatu...

" Jadi ! Awak dah lama sedarkan Johan....Tapi awak rahsiakan Hal ini dengan Matthew?...awak sengaja biarkan Saya ditipu...luahkan semua benda, sedangakan awak dah ingat Saya.....awak biarkan Saya ingat awak masih koma...Johan!"
Akhirnya Tania menjerit, dia sesak dada bila tahu tentang Kebenaran...

Johan telah mengekek ketawa dengan reaksi Tania yang kalut bila dia tahu semua perkara yang terjadi..

" Saya Ada rancangkan sesuatu Dan semuanya berkaitan dengan Mathhew...dalang semua yang buatkan hidup Kita berdua merana telah masuk perangkap.." tangan Johan masih belum melepaskan pegangan di tubuh Tania...Walaupun Tania berkeras dia tidak àkan mudah lepaskan...

" Apa maksud awak Johan?" Tania cuba lepaskan pegangan tangan Johan, dan Johan masih tidak membenarkan dia pergi...bila kehabisan daya Tania membiarkan..

" Awak àkan tahu nanti!"
Pandangan Mata mereka berdua bertaut dalam seribu Macam perasaan...Tania tiada lagi takut untuk menghadapi Masa depan...sekarang Johan adalah suami yang mengenali dirinya yang dulu...Dan perasaan diri Tania semakin pasti..

Ehem!

Hmmmm....

Muncul Dua orang yang penting dalam hidup Johan...Datuk Jonathan Dan Juga Matthew.....

Namun sedikit pelik di Mata Johan kenapa reaksi Datuk tidak terkejut melihat dia telah tersedar dari koma....dari lirikan mata Matthew dan Datuk Jonathan, Johan telah faham segalanya..

" Jadi engkau dah maklumkan pada Datuk, Matthew pasal aku?" Kali ini Johan tidak tersilap, dari riak wajah tenang Datuk, semua jawapan Johan perolehi..

Matthew telah mengangkatkan bahu..

" Aku yang bayar gaji Matthew, jadi dia perlu maklumkan aku dulu..Engkau dah lama tidur Johan..Sudah sampai Masa engkau bertindak, urusan Syarikat perlu diuruskan juga nanti!"
Setelah semuanya selamat, Jonathan boleh tersenyum dengan tenang..dia sangat percaya dengan kehadiran Tania dapat memulihkan Johan untuk sedar...Dan pencarian Jonathan tidak tersilap...

" Engkau memang Tak boleh dipercayai!" Johan bergurau, namun perkara yang terjadi membuatkan Johan lega..

Mathew hanya menaikkan bahu, dia Mempunyai sebab semua perkara yang terjadi..
Mata Metthew memandang ke arah Tania yang telah terdiam disisi Johan, sebelum pandangan Matthew terarah ke lantai...
" Apa benda itu Johan? Kenapa gelas jatuh kelantai...Dan Tania ....awak dah tahu pasal Johan?Macam Mana awak tahu? Bukan sebelum ini Johan rahsiakan perkara ini....Johan apa sebenarnya yang terjadi?"

" Aminah Dan Rina.....mereka letakkan sesuatu dalam air itu..engkau tahu maskud akukan Matthew..ambil sample air itu dan engkau bawa ke makmal...seseorang perlu didakwa Matthew!"

Johan mengingati setiap tindakan yang pernah dilakukan Aminah pada dia...sebelum dia koma akibat kemalangan, dia mahu menemui Aminah, dalang yang mengupah orang untuk laporan berkenaan Johan dipalsukan..

Dia menemui Aminah dalam keadaan yang marah di dalam hati...dia tidak memikirkan Hal lain, perasaan dendam Dan kemarahan berkeceramuk dalam diri Johan...Tania telah meninggalkan dia jauh, Anak yang belum sempat dilahirkan Baru ditanam...kubur anaknya masih merah..dalam kesedihan Dan kemarahan Johan tidak berfikir secara waras lagi....

dalam Johan tidak sedar dia telah membiarkan perasaan kemarahan semakin tidak terkawal, untuk melepaskan kemarahan, kereta dipandu laju Dan akibatnya dia kemalangan, hinga hilang ingatan sebelum sempat Aminah ditemui, bagi menjelaskan semua perkara....

" Mereka dah melampau, Kali ini apa mereka àkan rancang lagi, perkara apa yang mereka masih belum puas...kamu Johan dengan Tania, kamu masih nak biarkan?"
Datuk Jonathan benar - benar marah, dalam kemarahannya diluahkan muncul Johari..

" Apa yang Aminah buat Ayah...? Johan kamu dah sedar?" Johari mendapatkan Johan, melihatkan Johan telah duduk disisi Tania, Johari gembira...semua usaha dia, Jonathan Dan Matthew berhasil...kedatangan Tania banyak membantu Johan untuk pulih...

" Johari..kali ini Ayah takkan berdiam diri lagi, Aminah dah melampau....entah apa dia letakkan di dalam air Jug Johan...kalau dia bencikan dengan Ayah, kenapa Johan yang perlu terima perangai buruk dia!"
Jonathan tidak peduli, Aminah Dan Rina perlu diajar secukupnya...telah lama dia berikan peluang kepada mereka berdua, kini masanya telah tiba....

" Matthew pastikan Kali ini mereka berdua tidak terlepas...apa yang mereka berdua Hari ini, akan diberikan pengajaran.!"

Johari hanya menganggukkan kepala, kedegilan Aminah sukar untuk diubah...segala yang diterima Aminah nanti, Johari terpaksa redha...

" Johari tolong lepaskan Saya...saya Tak bersalah! Johari....

" Ayah...Mak tolong Rina..Rina Tak bersalah, perempuan tua ini yang perangkap Rina..
Begitu juga dengan Tania....dia yang perangkap Rina...."
Kedua IBU Dan bapa Rina hanya mampu mengelengkan kepala beberapa kali....mereka tahu itu semua salah yang dilakukan sendiri oleh Rina, sedangkan dia boleh berfikir secara waras...Ini dia ingin menganiayai Tania, sahabat dia sendiri...Mata tua mereka berdua melihat kearah Tubuh Rina Dan Aminah dibawa pergi untuk hukuman sebelum tubuh itu menghilang.....

Tanpa disangka Rina àkan menerima nasib sebegitu kerana tersalah dalam percaturan hidup...

Apa pendapat awak tentang Tania? Dia dengan Johan àkan bahagia....melihatkan anak Johan Dan Tania yang comel....Saya Rasa Macam nak kahwin sekarang!" Jila termangu di tepi Munshi, Tania baru lepas bersalin dengan Johan disisi...wajah keduanya kelihatan gembira Dan tenang dengan semua yang terjadi...

" Awak dah jumpa jodoh? Perkahwinan bukan mudah yang Macam awak impikan..Fikirkan kembali jika awak dah bersedia Jila...Baru awak buat keputusan!" Kelihatan Munshi mengeluh, dia masih ingat lagi kisah dia Dan Tania...perkahwinan mereka berdua yang dalam usia yang masih muda...membuatkan dia bertindak dalam keputusan yang tidak matang..

" Saya dah jumpa calon yang sesuai dan dia telah melamar Saya...Saya Rasa, Saya perlu terima!" Jila tersenyum bahagia, ternyata perkenalan dengan seorang lelaki di bank tempat dia menghadapi masalah Hari itu menghasilkan bibit- bibit cinta..

pada mulanya Jila Tak pasti tentang perasaan sendiri, dia Tak pasti berkenaan perasaan hati tentang Munshi....tapi Setelah dilihat keikhlasan lelaki yang dikenali sebagai Sazali, hati Jila terbuka menerima lelaki itu menjadi teman Dan hidupnya selepas itu dijalani dengan tenang..

Setelah Jila pasti dengan perasaan sendiri, perlahan - lahan perasaan kepada Munshi menghilang, dan barulah Jila faham, perasaan sebenar Jila pada Munshi...perasaan yang hanya kerana taksub dengan jawatan yang disandang Munshi Dan kekayaan lelaki itu, bukan Cinta sebenar dengan perasaan sebenar Jila pada Sazali...

" Saya doakan awak bahagia " Munshi tersenyum ...tanpa disangka sejak Tania kembali kepada Johan, Munshi tenang menghabiskan Masa bersama Jila..

" Awak Macam Mana? Awak dah jumpa calon untuk gantikan tempat Tania?"

" Saya masih mencari...tapi Saya Rasa pencarian itu semakin dekat dengan jawapan!"

" Jila tersenyum ...sekurang - kurangnya Munshi àkan kembali bahagia..Jila Ada mendengar tentang desas desus Munshi berkenaan dengan orang Baru di pejabatnya, Dan dari Sumber yang didengari, semua itu adalah benar...bila Munshi memberikan jawapan seperti yang  Jila mahukan, hati Jila tenang..Kini sahabatnya bersama Tania, telah menjumpai pasangan untuk mereka bertiga hidup bahagia...

" Awak buat apa Johan? Mulut Tania ternganga bila melihat kearah Johan..." Bayi tu dah habis membuang, apa awak tunggu lagi, pergilah basuh..?"
Tania geram melihat reaksi Johan, namun kemarahannya dipendam bila dia masih dalam Hari berpantang Setelah melahirkan..

" Saya nak lihat dia menanggis kuat lagi...Comel!"
Johan masih memandang anaknya yang kecil, esakan anaknya terhenti - henti..sengaja mahu Menarik perhatian Tania...

"Awak...nanti melecet lah buntut Anak Kita ini...Awak pergilah basuh Johan..Kesian dia?" Tania menepuk anaknya perlahan - lahan bagi mengurangkan rengetan....Usikan Johan akhir - akhir ini semakin menjadi - jadi..

" Nantilah sekejap lagi Saya belum puas..lihat Tania dia sengaja menanggis....bila dia Dengar suara awak dia berhenti..pandai....dia sengaja nak tunjuk manja..Nanti Ayah kerjakan dia sebab nak manja dengan Mama..Mana boleh bayi, Mama Ayah punya!"
Johan membawa bayi ke bilik air untuk dibersihkan...sambil belum puas bermain dengan anak mereka...

Tania hanya memandang dengan senyuman..Tania sebenarnya lega bila Johan boleh menerima Anak mereka....Sejak Johan kembali dengan ingatan yang asal, Tania tidak lagi ditinggalkan pergi menjauh dari hidup Johan...Mereka seperti pasangan Baru  bercinta, Dan setiap detik hidup bersama Johan dirasakan Tania indah bersama penyambung waris mereka berdua ....

                             .......Tamat......

Share this novel

Aqila Mustaqim
2020-06-08 00:04:39 

Cerita awak selalu sangat dramatic. Aqila suka. But I miss you at


NovelPlus Premium

The best ads free experience