81

Romance Completed 78127

" Kenapa Tuan panggil Saya dekat sini?" Jila didepan Munshi, entah kenapa tiba - tiba dia dipanggil ke Syarikat Utama dalam serta merta...Jila Cuba mendapatkan maklumat tepat kenapa dia dipanggil dari Ketua bahagian dia syarikatnya, namun tiada siapa yang tahu kenapa dia dipanggil disitu...Banyak desas desus yang didengar...Syarikat Utama tiada perempuan, semua pekerja adalah lelaki...Jadi kenapa dia dipanggil masih menjadi persoalan Besar dalam hidup Jila...

Sebuah kereta yang dipercayai milik Syarikat telah menunggunya di luar...Sebaik menerima panggilan penting, Jila Mula membawa diri...jarak perjalanan yang tidak berapa singkat buat Jila tertanya - Tanya..Sejak Malam dia keluar makan Malam bersama Munshi, Tak banyak lelaki itu berceritakan tentang Hal mereka berdua...hanya bertanya mengenai Tania..Jila dapat agak Malam itu Tania Dan Munshi Ada sesuatu...

Pada mulanya Jila ingatkan Tania memainkan peranan bila dia nampak Munshi di Hotel tempoh Hari...Dari reaksi Tania bila Munshi disebutkan, jelas diri Tania tidak tenang... Jila buangkan jauh perasaan curiga tentang Tania..

Namun bila Rina datang Malam itu mengadu sesuatu tentang Tania...perasaan kuat Jila kembali, dia percaya Tania Mempunyai perasaan hasad dengki kepada pasangan rakan...Contoh terdekat, berkaitan Munshi Dan Johan...Perasaan curiga dikuatkan dengan telahan Dan rayuan Rina yang membongkarkan Sifat sebenar Tania.." perampas!" tanpa Jila menyiasat kenapa?"

Tanpa usul periksa dia mebuduh Tania merampas Munshi dari dia, walaupun hubungan mereka berdua masih kosong...Dan lebih membuatkan Jila semakin serba salah dalam hati, dia percaya dengan tuduhan Rina mengenai Johan dirampas oleh Tania...Sedangkan kenyataan Dan kisah yang sebenar...Munshi Dan Johan pernah beristerikan wanita yang sama, iaitu sahabatnya, Tania...

Walaupun sukar Jila menerima kenyataan bila perkara itu diceritakan sebenar Oleh Tania...tapi dia dapat Kebenaran dari segala yang diluahkan Tania...

Berkenaan Munshi, Tania tiada menunjukkan yang dia berminat dengan lelaki itu lagi...Dan nasihat yang dilupakan oleh Jila dari Tania..Tania  menyuruh agar dia berhati - hati dengan Munshi semasa perjumpaan Malam itu .. Nasihat itu terngiang - ngiang masih di telinga Jila, itupun selepas dia tersedar dari kesilapan dia dalam menilai siapa sebenarnya Tania ..Nampaknya Tania lebih kenal Munshi dari dia sebelumnya..

" Cik Kita dah sampai, Saya turunkan Cik disini dulu. Terus ker lift Dan tekan tingkat  8. Disitu pejabat En. Munshi!" Pemandu yang membawa kereta bersuara yang  menghentikan lamunan Jila..

" Huh.....Jila masih terpinga - pinga, namun arahan seperti angin berlalu dari telinganya..
" Aaapa...? Jila mengerutkan keningnya untuk bicara dari pemandu itu diulang..

" Haishhhh, Siang - Siang jangan berangan kuat sangat..Tuan Munshi Tak suka. Begini Cik, Masuk dekat pintu depan tu, lepas tu ambil Lift..tekan tingkat 8, dekat situ bilik Tuan Munshi..Dengar!" Pemandu mengelengkan kepala melihat riak Jila yang masih termangu...

" Okay...!" Jila bersuara lembut sambil Klip Tali pinggang di tubuh dibuka..Dia memandang sekilas pintu yang di maksudkan pemandu tadi..Setelah dipastikan pintu yang dimaksudkan barulah Jila bergerak untuk melangkah kearah yang ditunjukkan..

" Terima kasih!" Sempat Jila mengucapkan perkataan itu atas bantuan Kali kedua pemandu dalam membantunya menemui Munshi...

" Sekejap lagi awak tunggu dekat sini, ingat  no plat kereta ini.Sekejap lagi selesai urusan dengan Tuan Munshi, saya hantar awak balik!" Tingkap kereta  dibuka sambil pemandu tersenyum menunjukkan kerjasama Dan memberikan arahan untuk Jila..

" Okay!" Jila semakin Gugup di dada...Telah berapa minggu dari pertemuan Malam itu dia tidak menemui Munshi..tapi kenapa dia panggil aku?"

Tanpa membuang Masa langkah kaki Jila melangkah...

Jila dihadapan Munshi.

Dari dia tiba dibilik itu, Munshi telah maklumkan pada Raykal untuk membenarkan Jila masuk bertemu selepas gadis itu tiba....Ada sesuatu yang membelenggu fikiran Munshi...Diharap kehadiran Jila berjaya merungkai persoalan  yang membelenggu fikirannya..

" Tuan panggil Saya?" Jila Cuba menenangkan diri dari situasi di Syarikat Baru yang Baru dia masuki Hari ini...Segalanya lelaki..

Dari kaunter pertanyaan, bahagian Kewangan, bahagian pemasaran, tender..semua pekerja Munshi di syarikat ini semuanya lelaki...Jila tidak dapat menenangkan dirinya bila Mata - mata lelaki yang disekeliling memandang kearahnya..Dia rasakan dia sebenarnya duduk di Alam lain, dengan persekitaran Syarikat Dan suasana yang dirasakan Jila asinng...

" Duduk!" Munshi mempelawa sambil wajah Jila dipandang Tepat...

" Ini..awak kenal siapa ini? " Satu Kad diserahkan Munshi kepada Jila..Bila Mana dikadkan itu baca..Jila menunjukkan reaksi terperanjat..

" Rina?" Jila menunjukkan wajah terkejut.. " macam Mana Tuan Munshi boleh dapat Kad ini? Tuan kenal dia?" tanpa menunggu  bicara selanjutnya Jila teruskan pertanyaan mengenai Rina..

" Dia datang kesini pagi tadi...saya cuma nak tahu awak kenal dia?"

" Saya kenal! Tapi apa kaitan dengan Tuan Munshi..Dia peguam..atau Tuan pun guna khidmat guaman Syarikat dia?" Hanya itu yang terpampang di fikiran Jila..Dia tidak memikirkan sesuatu yang lain..

" Nope! Dia datang sini untuk dapatkan bantuan Saya...tapi Saya Tak boleh beritahu lanjut...Saya arahkan awak kesini semua disebabkan Hal Tania..." Apa hubungan awak dengan Tania, Jila Dan berkenaan Tania..berapa lama awak Dan dia tinggal bersama?"

" Hal berkaitan Tania..? Maksud Tuan Munshi?...
tenigiang - ngiang bicara Tania bila Mana mereka sepatutnya berjumpa bertiga untuk Tania jelaskan semua perkara...Namun Rina terlebih dahulu melarikan diri dari perbualan...Hanya Jila yang menanti sehingga Tania bongkarkan semua perkara..

Tidak syak lagi..
Semua yang dikatakan Tania adalah benar..sepanjang hidup Tania, lelaki bernama Munshi masih memburunya, dia mahu kembalikan perhubungan mereka berdua..Namun Sayang.. Tania menolak pelawaan Munshi untuk kembali Dan memilih Johan sebagai pasangan hidup...

Jadi selama ini dia yang tersalah faham berkenaan isu Munshi...Jila dapat menerima semuanya penjelasan dan dia sangat malu untuk satu kemaafan dari Tania...Jadi Jila hanya mengundurkan diri dari Tania tanpa bicara apa - apa...Tania dilihat Jila ingin menyatakan sesuatu kepada dia, namun dia halang...dia perlu bersendiri untuk memujuk hati sendiri..

" Kenapa Tania kembali kesini? Dan sejak bila?" Mata Munshi tenang dengan pandangan tertumpu kepada Jila....Salah seorang perkerjanya..Dan jika Jila tidak berikan kerjasama, Munshi tidak akan teragak - agak untuk mengambil tindakan tentang sesuatu...

" Sssàyà.....Tuan Munshi kenapa Tania? Tuan masih sayangkan dia?" Kemelut yang bersarang di benak Jila perlu dikeluarkan..Dia mahu mendapatkan Kebenaran sebelum semuanya dirungkai...lebih pedih jawapan dari Munshi akan mematahkan hatinya menjadi serpihan yang berkecai...Jika benar, hanya dia sahaja yang ingin memiliki Munshi...sedangkan hati Munshi telah terpaut...Dan hati itu dia kenal terpaut pada Siapa...

" Saya Tak perlu jelaskan lagi Jila...Pertama Kali Saya jumpa awak Dan Saya Cari awak dulu...Saya sebenarnya mencari Tania...dia yang saya perlukan dalam hidup Saya!"

" Kalau Tuan Cari Tania....kenapa Tuan Cari Saya?" Jila tidak faham dengan maksud Munshi..

" Tania Ada kesitu Hari itu?" Munshi menunggu jawapan dari Jila..

" Dia yang hantar makanan waktu itu..Kebetulan katerer yang Saya tempah sebelum ini gagal dihubungi...jadi saya buat tempahan pada Tania!"

" Maksud awak...Tania Ada restoran?" Munshi melepaskan peluang keemasan waktu itu...Jika dia tanyakan Hal itu kepada Jila tanpa sembunyi...mungkin dia akan menemui Tania dulu....dia terlalu alpa dengan perasaan hatinya sendiri..

" Tania bekerja di restoran....dia pekerja disana..jadi petang tu kerana di habis kerja awak Dan Masa yang suntuk, Saya ajak Tania kesini sambil bawa makanan kepada Kita..!"

Tapi sebelum petang dia dah pergi dari sini...Mana mungkin Tuan Munshi dapat ......

" Wangian dia...wangian dia yang memenuhi ruangan bilik Mesyuarat itu Hari itu...Dan bauan itu kuat di tempat duduk Saya...!"

Jila teringatkan sesuatu..." Tania duduk tempat Tuan waktu itu!" Akhirnya Jila teringat tentang perbuatan Tania yang dilarang...Gelak ketawa Tania masih jelas..

" Jadi disebabkan itu!" Munshi meraup wajah..dari bauan itu dia menjadi seseorang yang gementar dalam diri..Berharap untuk Tania muncul setiap Masa di depan dia...tapi semuanya mustahil... Seminggu digunakan Munshi untuk merawat perasaan sendiri..

" Tuan Tak boleh buat apa - apa berkaitan Tania, dia bersama Johan sekarang ini..Tania tidak lagi tinggal dengan Saya." Melihatkan reaksi Munshi, Jila faham perasaan Munshi pada Tania...dia tidak salahkan Munshi Dan Tania lagi...dia sebenarnya orang ketiga dari hubungan mereka, walaupun  hubungan Tania Dan Munshi telah berakhir...

" Macam Mana Tania boleh terima Johan sedangkan mereka telah berpisah Dan Rina...Bukan Rina Dan Johan bercinta..Kenapa Tania masih pilih Johan!" Perasaan marah tiba - tiba hadir dalam diri Munshi mengingatkan layanan Johan pada Rina..gelak ketawa mereka berdua..Sedangkan Tania merana.. semua disebabkan oleh dia..

Jika dia Tak benarkan Tania pergi...segalanya àkan berubah..dia lupakan dendam mereka Dan Tania lebih bahagia.. Namun semua itu terlewat untuk dia sedar...Dia sedar hanya selepas kehilangan Tania...

" Ada Sesuatu yang Tuan Tak faham tentang Johan...perkara ini Tania dah jelaskan pada Saya..sebelum ini saya juga Salah faham pada dia...Sebenarnya Tuan, Johan suami Tania, hilang ingatan!"

" Apa? Johan....! Hilang ingatan... tapi...? " Satu persatu kembali terbayang dalam fikiran Munshi...wajah pelik Johan di dalam majlis...perkenalan semula dengan Johan...Tania..." Patutlah Johan macam Tak kenal Saya...Dan Tania...?" Munshi berwajah keruh sambil mengerutkan wajah di depan Jila....Dia yang sebenarnya pencetus untuk Johan mengingati Tania semula..dia yang menyebabkan hubungan Tania Dan Johan kembali...Jika diikutkan bicara Rina...dia Dan Johan bercinta sewaktu Joha hilang ingatan, Dan Tania pergi dari hidup Johan tinggal bersama Jila..

Jika dia Tak ingatkan Johan....Ada kemungkinan Tania Dan Johan takkan bersama lagi....Dan dia masih Ada peluang...

" Damn....!" Akibat marah, Munshi menjatuhkan semua barangan yang berada di atas mejanya...

Jila terkejut Dan tergamam melihat reaksi Munshi....belum sempat Jila memberikan pertanyaan apa yang berlaku..

" Keluar!" Suara lantang Munshi bersama Mata yang tajam memandang kearah Jila....

Bersambung...??????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience