12

Romance Completed 78127

Tania dapat rasakan seseorang telah berbaring disebelahnya, selimut yang menyelimuti Tania diselak dan dapat dirasakan Tania ada tangan kekar yang melingkar di pinggangnya, bersama tubuh yang dirapatkan dengan Tubuhnya..

Bauan Badan lelaki kuat dihidu oleh Tania...

Tania bukakan Mata perlahan - lahan. Sepanjang satu Hari, Munshi menghilangkan diri..mungkin merajuk kerana dimarahi Datuk pagi tadi..

Butir bicara Tania tidak tahu.disebabkan apa....Kerana selepas pertemuan tadi, Tania sibuk menguruskan permintaan Munshi..Namun sebaik sahaja Nasi lemak Dan Ayam berempah siap..

Munshi masih belum munculkan diri...Hilang..yang membuatkan Tania hampa, namun perasaan itu hanya terpaksa dikubur dalam diri Tania...

Setelah lewat Malam barulah lelaki itu pulang...

Kini Munshi terbaring disebelahnya....

" Saya dah masakkan Macam permintaan awak siang tadi. Awak hilang!" Dalam berbisik Tania meluahkan kehampaan dalam hatinya.

" Saya dah makan di luar!" Kedengaran halus suara Munshi membalas. Ringkas, namun dirasakan Tania, Pelukan semakin dirapatkan Munshi dengan keseluruhan Badan didekatkan.

" Kenapa Tak maklumkan Saya...kalau Tak..

" Sssssssh! " Munshi menyuruh Tania berdiam. Dia mahu menikmati saat- saat mereka bersama berdua...
Munshi tidak mahu menjawab segala persoalan Tania tentang apa yang terjadi siang tadi.

Tania yang memahami hanya mendiamkan diri Dan memejamkan Mata kembali..

" Engkau penat layan Aku?" dalam kesunyian Munshi bertanyakan soalan.

Tania yang mendengar Mula membukakan kembali Mata Dan memusingkan kepalanya sedikit bagi menghadap wajah Munshi..

" Kenapa dengan Hal itu?" Tania pelik..

" Engkau penat balik kesini setiap minggu?" Mata Munshi bulat dibukakan melihat kearah Tania..

Tania cuma mengigit bibir sambil tangannya bermain dengan rambut yang terlepas ditelinganya.. Dia masih Tak tahu untuk memberikan jawapan apa pada Munshi..

Semestinya dia penat...tapi Munshi benci dia...dan seluruh hidup lelaki itu ingin menyeksanya.. Jika dia tersalah cakap...dia juga yang akan dipersalahkan..jalan yang terbaik bagi Tania.. dia hanya perlu berdiam Dan bertenang.

Dengan sekulit harapan Malam itu mood Munshi Tak dirosakkan.

Kedua - duanya kembali berdiam Dan berbaring untuk melelapkan Mata...

" Kenapa bangun tadi...kedengaran suara Munshi semakin kasar Dan pernafasan yang semakin deras dipedengaran Tania..

" Ermmmmm...Saya nak tahu apa yang jadi"

" Datuk marah Aku tadi , sebab dia risaukan engkau, dia risaukan engkau penat !" Sesekali Munshi mengeluh..

" Datuk marah awak sebab Saya?" Fikiran Tania kembali berfikir tentang Datuk Megat.." Tak sangka Datuk seorang yang prihatin.." Mata Tania dipejamkan Berharap perbualan Malam itu akan berakhir.

" Aku tahu engkau penat..Tapi esok engkau akan tinggalkan Aku lagi. Katil ini akan kosong.. Itu suatu tempoh yang lama Tania." Suara Munshi semakin deras ditelinga Tania, Dan dia tahu apa yang Munshi maksudkan..

****

" Saya pergi dulu!" Wajah Munshi kembali  ketat dalam minggu ini. Hal itu kerana Tania akan kembali ke Asrama. Tania Cuba mengambil hati Munshi, namun bila tiada reaksi. Tania mencari pendekatan lain.

Namun masih tidak berjaya..

Bila tiada perubahan, Tania melangkah keluar dari bilik tidak mahu Masa bersendirian Dan emosi Munshi terganggu..

Munshi Mempunyai beberapa karektor yang sukar untuk Tania faham..Satu yang Tania pasti, Munshi Suka memaksa Dan akan bertindak kejam jika permintaannya tidak dituruti...

Dengan itu Tania mengambil langkah selamat. Turuti segala perintah Munshi sehabis baik.

Sebaik Tania menaiki kenderaan Pemandu Datuk, En. Ahmad diarahkan Datuk untuk menghantarnya kembali ke asrama, Munshi masih belum kelihatan Dan itu adalah kebiasan bagi Tania..

Munshi masih belum bersetuju dengan keputusan Datuk untuk Tania tinggal di Asrama. Kerana itulah tiap Kali Tania pulang, dia akan memberontak.

Dari kejauhan Munshi melihat kearah kereta yang membawa Tania." Satu setengah tahun lagi Munshi.. hanya tinggal Masa itu, Dan engkau akan dapat segalanya dari dia.

Engkau Tak boleh jatuh Cinta pada dia. Tapi engkau boleh gunakan dia. Engkau perlu musnahkan hidup dia. Apa yang engkau buat sekarang ini adalah tepat." Munshi mengingatkan pada dirinya sendiri tentang matlamat berkenaan hidup  bersama Tania.

" Aku harap aku Tak tersasar dari landasan, Aku cuma harap Datuk Tak dapat hidu apa - apa!"

Sebaik pandangan kereta yang membawa Tania hilang dari pandangan mata, barulah tirai langsir di biliknya ditutup kembali.

***

Tania berbaring di katil yang terdapat di Dorm Asramanya. Baginya itu adalah keselasaan sejati Dan kebahagian hidupnya kini. Walaupun Masa disitu singkat, tapi tiap minit Dan saat disitu, Tania amat hargai.

" Hoi! Engkau dah kenapa Tania, masuk - masuk terus berbaring?" Apsal penat sangat ker bekerja dekat rumah Datuk engkau tu." Jila duduk dibirai katil Tania sambil menjuihkan mulut kearah Rina.

" Pergilah dulu Tania! Busuklah."satu tamparan dari Rina diberikan pada Tania.

Walaupun terasa sakit dari tamparan itu, hidup Tania benar - benar bahagia.

" Iyelah ! Iyelah Aku Mandi dulu.Arghhhhh dah lamanya Aku rindukan tilam Aku ini. Malam ini Aku dapat tidur Lena tanpa Ada gangguan." Tania mendepakan tangan menandakan hatinya benar - benar tenang  .

" Siapa yang ganggu engkau Tania Malam - Malam?" Rina turun dari katil bila dilihat sikap Tania pelik.

" Cengkerik!" Laju Tania menjawab bersama tangannya pantas mengambil tuala Dan menuju ke destinasi tempat mandian.

"Cengkerik...?" Rina Dan Jila saling berpandangan sebelum ketawa meletus dari bibir mereka.

Selesai mandi Tania kembali mendapatkan katilnya. Jika dituturkan hati dia mahu berbaring disitu sepanjang hari untuk menggantikan harinya yang membenarkan melayan karenah Munshi.

" Tania engkau nak Dengar Tak cerita pasal kakak senior tu. Aku dapat cerita yang Baru?" Gula - Gula lollipop dimasukkan Dan dikeluarkan oleh Jila dari mulutnya.

" Apa jadi dengan kakak tu? Aku rasa Aku Tak kenal kot. Kan Rina?" Tania yang telah berbaring kembali duduk bagi memulakan  gosip bersama Jila Dan Rina.

Pelajar - pelajar lain yang turut berada di dalam dorm juga turut  sama dalam sesi gosip itu bersama mereka.

" Dari yang Aku Dengar, Budak yang dia lahirkan tu dah mati sebelum dia bersalin. Jadi waktu dia buang Budak tu dalam tandas, Budak tu dah Tak Ada nyawa." Jila semakin Semangat untuk bercerita bila bilangan pendengar semakin bertambah.

" Kesiannya!" Tania menunjukkan simpati.

" Apa Pula kesian!" Jila membantah.

" Betul lah kesian,dia mengandung Anak yang mati.Kesian lah tu hidup dia." Rina memberikan sokongan kepada Tania.

" Tak Ada yang kesian dekat kak tu. Lepas Budak tu bersalin di buang Budak tu dalam toilet, lepas tu dia Flush!"Jila menceritakan Hal sebenar.

" Flush!" Rina Tak dapat bayangkan apa yang telah terjadi. Lebih - lebih lagi bayi yang Tak berdosa. Walaupun bayi itu dah mati,tapi Rina bayangkan jika situasi itu dia adalah bayi itu.

Mengetahui kehadirannya di dunia tidak dijangka oleh orang tuanya. Mati adalah terbaik sebelum dia dilahirkan.

" Betul ker engkau ini Jila. Mana tahu kalau dia lahirkan bayi tu termasuk dalam lubang jamban ." Tania mengagak.

" Tak bukan itu yang jadi. Bayi itu dia lahirkan dekat lantai tandas. Lepas bayi itu lahir dia panik, Budak tu dia masukkan dalam lubang tandas itu. Lepas itu dia tinggalkan Budak tu macam tu jer!" Jila semakin bersemangat.

" Mana engkau dapat cerita penuh ini Jila?"Rina mencelah.

" Cikgu Linda, dia ikut sekali pergi balai polis tu. Siapa lagi nak temankan Kakak senior tu, Cikgu Linda Kan guru kelas dia." Jila menghabiskan bicara.

" Lelaki yang buat dekat itu macam Mana? Dah dikenalpasti ker siapa?" Rina meneruskan soalan, penceritaan semakin Menarik.Jumlah pelajar yang hadir semakin bertambah - tambah. Suasana semakin gamat di Dorm Mawar.

" Tania engkau kenal lelaki itu!" Mata Jila mengarah kearah Tania..

" Aaku!" Ada nada terkejut dari suara Tania. Begitu juga dengan reaksi Rina Dan beberapa orang yang lain .

" Betul ker engkau ini Jila?" Pandangan Mata Rina Pula terarah kepada Tania..

" Husin!" Jila menyebut sebaris mama..

" Husin !" Bergema suara orang ramai  dalam dorm Mawar menyebut sebaris mama itu.

" Tania bukan Husin ini dulu tahun lepas nak mengurat engkau?" Bicara Rina tengelam dalam fikiran Tania.

Husin sebaris nama yang mulai diingati Tania. Wajah Dan kelakuan lelaki itu mula mendekat dalam memori Tania.

Namun dari ingatan Dan sebaris nama itu, Tania Mula mengingati sebaris nama seorang lelaki yang pernah mencuit hatinya..Dan nama itu semakin dilupakan dari ingatannya.

" Shah." Entah Mana dia sekarang???"

Bersambung......

Komen, Vote, Rate... rewards..

     LUV PB :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience