36

Romance Completed 78127

Tania termenung Jauh...Semuanya berlalu dalam Masa yang singkat..dalam Tak sedar  hidup dia berubah secara drastik..

Dia bukan lagi dikelilingi dengan dendam dalam hati...sedekat hidup dia dengan Johan, Tania rasa selamat...Dan hati Tania tenang. Dia rasa dia dah dapat jawapan tentang perbincangan lewat Malam dengan Johan...Tania ukirkan senyum dalam hati..tapi dalam Masa yang sama dia  lihat Johan yang sedang duduk tidak jauh dari pandangan Mata Tania..

Disisi tangan Tania terdapat air yang dibuat Khas untuk Johan...bersama beberapa Jenis makanan petang untuk lelaki itu.. dia ingin sampaikan sesuatu Dan dia harap Johan boleh terima..

Dia sebenarnya sedang mengumpul sisa - sisa kekuatan...bagi Tania kalau boleh dia mahu kembali kepada Masa silam..Dia mahu selesaikan sesuatu dari kehidupan dia dulu...Dulu dalam  kehidupan dia, dia belum Ada kekuatan untuk selesaikan semuanya.. Jadi bila diberikan peluang, dia àkan hadapi segalanya ...Kali ini Tania akan hadapi..

" Saya buatkan air untuk awak Johan..Dan beberapa makanan petang!" Tania gigit bibir sambil talam yang berada ditangannya diletakkan di atas meja..

Johan hanya menerhati segala tindakan Tania..Selepas dilihat Tania melihat kearahnya barulah kedudukan kaki Johan dialihkan melihat ke isterinya..

" Awak buat semua ini? Hmmmmm, " Mata Johan melihat kearah Tania sambil menunggu jawapan..

" Saya cuma buat air...yang selebihnya pembantu sediakan!" Tania berterus terang bagi Tania tinggal dirumah itu semua keperluan àkan disediakan pembantu.

Itu adalah pertama Kali dia membancuhkan air untuk Johan. Jika sebelum ini sewaktu mereka duduk dirumah sewa Tania dulu..Dia yang selalu membancuh air untuk Johan...Tapi sejak disini, semuanya dilakukan oleh pembantu.

" Kenapa Tak suruh pembantu?" Johan bertanyakan alasan, tapi bila melihat usaha Tania dalam melayannya, Johan dapat rasa Tania semakin menerima dirinya dalam hidup dia..

" Saya nak bincangkan sesuatu dengan awak..Saya harap awak boleh setuju dengan apa yang Saya nak sampaikan!" Tania labuhkan duduk dihadapan Johan.Tidak menunggu Johan memberikan arahan terlebih dahulu. Kali ini dia nekad..dia mahukan persetujuan Johan..

" Hmmm Macam penting, awak cakapkan?" Johan menghirup air yang dibawa oleh Tania sambil menunggu dengan sabar setiap butir bicara dari isterinya..

" Saya nak kembali kerja ....hmmm rasanya Saya dah lama ...bercuti!" Reaksi Johan Tania lihat berubah, bila Hal berkaitan dengan kerja diungkit..Johan pernah suara Kan hasrat untuk Tania menghabiskan Masa di rumah..Dia Tak mahu Tania terlibat sama dalam bidang tugasnya..

Tapi ...Johan tahu itu sesuatu yang sukar untuk Tania disebabkan perkenalan mereka dulu..Tania bukan seorang yang hanya tumpu pada satu kerja, Tania sebenarnya seorang yang tidak mahu Masa satu harinya terluang tanpa Faedah..

Johan memberikan pandangan tajam...namun setelah lama terdiam, Johan tersenyum..reaksi Johan dari perubahan wajahnya buatkan Tania semakin tertanya - Tanya sama Ada permintaan dia nanti akan dimakbulkan atau sebaliknya..

" Awak nak berikan jawapan sekarang ker?" Tania semakin tidak sabar menanti namun perasaan hati Tania semakin berdebar - debar..Entah apa lagi kejutan akan dibuat Johan dalam hidup Tania..dia Tak sangka lelaki yang dia selamatkan dulu boleh bertukar jadi suami dia..Semua itu bagaikan sekelip Mata Dan mimpi bagi Tania..namun mimpi yang menjelma dalam hidup Tania masih awal untuk dia buat kesimpulan sama Ada mimpi itu indah atau sebaliknya..

Johan dilihat Tania hanya ketawa melihat wajah Tania yang dalam keadaan tertanya - Tanya.." kenapa buat muka macam itu Tania, macam Tak sabar nak Saya bagi jawapan..hmmm.. tapi Saya nak Tanya awak dulu sebab apa awak nak bekerja..kenapa dekat rumah ini awak Tak Ada kerja?"

" Awak nak Saya buat kerja rumah ini semua ker..Saya boleh tapi sebenarnya Johan...Saya bosan!" Tania berterus terang..Tania dapat rasa Johan hanya sekadar main - main dengan soalan..Sejak Tania tinggal dirumah itu, banyak larangan yang dia kena patuhi sepanjang menjadi isteri Johan..Dia Tak sangka status diri dia akan berubah sebegitu..Dia ingatkan Johan hanya sekadar Ahli perniagaan..ternyata tangapan Tania bercanggah..Johan lelaki yang Mempunyai harta Dan kuasa..

Kuasa Johan merangkumi kehidupan mereka. Disebabkan itu Tania terpalit sama dalam situasi itu..Sejak tinggal disitu, Tania tidak dibenarkan membuat sebarang kerja, hanya yang dibenarkan..melayan keperluan peribadi Johan sewaktu lelaki itu pergi Dan pulang bekerja.. Segalanya dirumah ifu diuruskan pembantu..

" Betul ker awak nak Saya tolong pembantu? Tapi ....bukan awak ker Johan yang Tak benarkan.......Tania mengecilkan Mata melihat kearah Johan, dia mengigitkan mulut seakan tidak berpuas hati.. tumpuan Tania hanya kepada Johan..

" Itu perkara lain...ini hal lain." Johan memberikan alasan.." hmmmmm!, Saya boleh benarkan tapi bersyarat..." Johan koyak senyum..tiap Kali dia lihat lihat wajah Tania resah..waktu itu juga wajah cute Tania akan muncul..

" Syarat!"  Tania dapat rasakan diri dia terpaksa putus asa..Dia faham, syarat Johan Kali ini pun takkan berikan kelebihan pada Tania..

" Kenapa macam Tak teruja jer nak tahu tentang syarat itu..benda mudah jer Tania, Dan kelebihan pada awak tu nanti, mudahkan kerja Saya!"

" Mudahkan kerja awak!" Tania berfikir jawatan apa yang àkan diserahkan kepada dia...Dan idea di kepala Tania datang bergolek..Tania sempat mengigit bibir sebelum bicara lancar Tania menuju ke ketelinga Johan..

" Awak nak Saya bekerja jadi PÀ awak..? Tapi bukan awak dah Ada PA ke sebelum ini?" Tania pasti tekaan dia tentang Kali ini adalah 100% betul..Tiada jawatan lain yang Tania boleh fikir Jika melibatkan kerja dia boleh senangkan kerja Johan..

" Sipi! Bukan PA tapi pembantu peribadi Khas..Jadi tempat Susan Dan pekerjaaan dia masih sama..hanya awak Tania yang akan berubah..saya akan siapkan bilik awak dalam bilik Saya..

" Bilik awak? Johan Tak payah..awak bagi jawatan Saya macam dulu..Saya rasa Tak Ada yang masalahkan..Lagipun Bos Saya dulu seorang yang awak peecayakan..Jadi Tak Ada apa yang perlu awak risaukan Dan berubah...!" Tania mencari jalan untuk yakinkan Johan..Dia seboleh- bolehnya tidak mahu hubungan dia dengan Johan diketahui oleh Umum.

".Sir John," Tania masih ingat lagi..Biarpun dia tidak mengenali Johan tapi kisah dia Dan kezaliman lelaki itu selalu dia Dengar dari orang sekeliling.. Tania Berharap dia tidak berjumpa dengan lelaki itu...mendengar nama lelaki itu dulu pun dia gerun..dia Tak sangka lelaki yang bernama sama dengan Johan itu orang yang sama..

Lebih menakutkan Tania, lelaki itu jadi suami dia..tapi Yang pelik bagi Tania..sepanjang mereka tinggal bersama, Johan Tak pernah tunjukkan perangai sisi kiri dia...jadi Tania Tak boleh nak Komen apa - apa lagi setakat ini.

" Tania awak kena kenal Saya sebagai majikan awak sebagai Sir John..bukan Johan..Di Syarikat awak tetap pekerja bawahan Saya Dan Saya berikan peluang keemasan untuk awak bekerja di bawah arahan Saya tanpa prejudis...Kalau awak rasa tawaran Saya ini menbebankan awak....tawaran itu Saya tarik balik.." Johan tenang Dan tersenyum kecil dibibir melihat reaksi Tania..Dia tahu Tania mesti dalam dilema untuk membuat pemilihan..

" Tiada Cara lain...Maksud Saya kalau meja Saya itu keluar dari bilik awak Johan..Nanti apa pekerja lain cakap pasal Saya...sebelum ini Bos Saya Kan....

" Tawaran Tamat..Johan bangun untuk meninggalkan Tania ...Tania yang melihat hanya membeliakkan Mata dengan tindakan Johan..

" Sir ....Saya setuju!" Cepat Tania memberikan jawapan..

Johan koyak senyum dalam hati...Walaupun pun dalam hati Johan berat untuk membenarkan Tania bekerja tapi bila dia fikirkan diri Tania sebelum ini....hati lelaki dia Tak sampai hati..langkah Johan dihentikan bagi mengahadap Tania kembali..

" Good! Esok Kita akan mulakan kerja..Johan kembali melangkah Dan kembali duduk ditempatnya sebentar tadi..

" Eeeesok...esok! Kenapa cepat sangat..lagipun Saya atau awak belum sediakan apa - apa Kan.." Tania terkejut dengan reaksi Johan..

" Saya uruskan tentang Hal itu..janji awak Ada depan Mata Saya!" Johan koyak senyum..

" Semudah itu! Huh..Tania mengeluh dalam hati..Dia Tak sangka semudah itu berurusan dengan Johan..Jika dia tahu perangai Johan masih sama seperti sebelum ini...dah lama dia patutnya urakan hasrat hatinya..

" Kenapa awak mengeluh...rasanya kerja dibawah Saya Tak sukar Mana...Awak cuma kena ikut arahan, jadi kerja awak àkan mudah..!"

" Saya bukan mengeluh pasal kerja..tapi pasal hidup Saya sebelum ini..Saya kena berhadapan kembali dengan hidup silam Saya Johan..Banyak yang awak Tak tahu tentang hidup Saya sebelum ini..untuk pengetahuan awak lelaki yang Cari Saya dulu..dia Munshi bekas suami Saya.. Selama hidup Saya Cuba lari dari dia..tapi tidak Kali ini Johan..Saya kena hadapi dia Dan hidup dengan awak adalah permulaan hidup Saya...

" Munshi!....maksud awak Tania, awak nak jumpa dengan Munshi!" tiba - tiba perasaan Johan tidak tenang..Segala yang pernah dibicarakan dulu oleh Munshi kembali terbayang dalam fikiran Johan..." Kalau Saya tahu itu niat sebenar awak Tania untuk kembali bekerja...Saya takkan benarkan..Saya tahu macam Mana perasaan Munshi pada awak...Dan Saya takut andai satu hari, bila awak sedar...hati awak àkan berubah." Johan meneguk air dengan tenang sambil pandangan Mata tidak berganjak dari melihat ke arah Tania..dalam hatinya bergolak kuat dengan kenyataan..

Dia Tak boleh berpatah balik dengan keputusan yang dia telah buat...Menjauh fikiran Johan berfikir jauh dari pandangan Tania..dia pasti Dan Cuba berfikir dengan matang untuk memastikan Tania Dan dia tidak tersilap langkah..

Dia takkan ulangi kesilapan yang sama seperti perkahwinanya dengan Joanna..Dan dia juga tidak mahu Tania mengulangi nasib yang sama..Nasib yang akan membuatkan kehidupan mereka berdua menderita..

Bersambung........

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience