25

Romance Completed 78127

" Selamat Pagi," melihatkan wajah kusut Johan yang Baru bangun dari tidur buatkan hati Tania tenang....

Telah tiga Hari dia tidak keluar dari rumah bila menyedari kehadiran kereta asing yang memantau rumah Dan pergerakannya..Sepanjang tiga Hari ifu dia hanya makan makanan yang berada dirumahnya..

Tapi yang tidak disangka Tania, jumlah stok makanan dalam simpanannya yang bertambah dari sebelumnya. Seingatnya dia tidak membeli makanan itu Dan dia tidak pernah menyemak jumlah makanan di rumahnya sebelum ini.

Jika tidak disebabkan darurat, dia tidak akan tahu ruangan store rumahnya dipenuhi dengan makanan berkhasiat.

Kelihatan di meja makanan Tania telah sediakan sesuatu yang berkhasiat untuk Johan.
Namun Renungan Tania membuatkan Johan mengerutkan kening.. Penatnya di badannya beransur - ansur hilang..namun dia masih merasakan badannya masih lemah.. jadi tanpa berlengah makanan yang terhidang disuapkan ke dalam mulutnya.

" Kenapa tenung Saya Macam itu?" Johan tidak memberikan tumpuan, dia anggap Renungan Tania mungkin disebabkan wajahnya yang kusut pagi tu..

" Awak ker yang penuhkan makanan dalam bilik stor Saya..? Tania teragak - agak bertanya. Dia Cuba menjaga perasaan Johan.

" Ada yang salah ker?' suapan makanan diteruskan. Pagi itu Johan benar - benar rasakan perutnya lapar.

" Awak dah keluar dari sini.....jadi awak Tak perlu membazir." Tania Cuba menyampaikan maksud, Dan besar harapan Tania Johan tidak tersalah anggap.

" Hmmmmm, sekarang Saya kembalikan...Jadi Tak salah semua itu!" Johan tersenyum Berharap Tania akan terima bantuannya.

" Disebabkan awak kembali Hari ini, saya terima." Tania amat girang dengan kehadiran Johan. Walaupun dia tidak pasti mengapa tapi dapat dirasakan Tania, Hal itu adalah sesuatu yang baik.

Selesai makanan mereka habiskan masa bersama di ruangan tamu dengan bicara kosong ...Hal - Hal yang terjadi sepanjang Tania ditinggalkan Johan..

Perbualan berpanjangan bila Hal sukarelawan dibangkitkan......

Johan melihat Jam didinding, selepas itu dia melihat kearah Tania yang sedang menumpukan perhatian kepada komputer..

" Ehemmm!" Johan memberikan Hint bila dilihat Tania bagaikan ralit dengan sesuatu..

Tania berpalingkan wajah menunggu reaksi Johan.. kening dikejutkan Tania menunjukkan dia sedang Fokus dengan apa yang sedang dibuat kini.." awak nak cakap apa?'  soalan Tania terus kepada Johan..

" Awak buat apa?" Johan merapat kearah Tania.

" Cuma layari internet...kepala Tania berpaling dari arah Johan. Kembali memberi tumpuan pada komputer..

Beberapa laman web menjadi perhatian Johan. Kening lelakinya berkerut melihat satu persatu laman web yang dilayari oleh Tania.." awak Cari kerja?"

" Hmmmmm! Saya Cari yang boleh boleh Saya bekerja separuh Masa." Beberapa lagi laman web dilayari.

" Awak dah daftarkan pekerjaan?" Soalan Kepada Tania, namun Tania masih sunyi..

" Tania, awak dah daftar laman web pekerjaan..." Kini jarak mereka semakin dekat..

" Saya dah daftar tapi dengan kelulusan Saya Dan awak tahukan orang - orang macam Saya ini susah untuk dapat kerja disini...Jadi Saya cuma menunggu." Tania berterus terang..

Konsep pekerjaan di negara itu lebih memberikan keutamaan pada warganegara, jadi pegangan status Tania sebagai pelajar disitu sukar untuk mendapatkan pekerjaan..

" Pekerjaan sebelum in ? Awak berhenti?" Johan menunjukkan reaksi terkejut dari penjelasan Tania. Dia dapat rasakan kesukaran Tania tentang Hal itu...tapi Tak sangka tiga Hari Tania tidak keluar dari rumahnya disebabkan masalah ini.

" Hmmmm Saya dah berhenti...Tania senyum kelat." Pandangan wajahnya menunjukkan perasaannya yang masih keliru dengan keputusanya sebelum ini...Dia ingatkan dia akan mudah mendapat pekerjaan lain, ternyata dia tersilap..

" Awak sayangkan kerja awak Kan....jadi kenapa awak berhenti?" Johan dipenuhi tanda Tanya. Telah 2 tahun Tania bekerja di restoran itu tanpa masalah.. entah kenapa tiba - tiba Tania berhenti secara mengejut.

" Anggap  rezeki Saya Tak Ada disitu!" Ringkas jawapan Tania..

Johan faham Dan Cuba memahami Tania.. tapi apa yang pasti, segala yang berlaku pada Tania berpunca di restoran.. " Kita kembali ke restoran, Kita selesaikan masalah." Johan memberikan cadangan..

" Tak perlu Johan..bukan yang macam awak sangkakan.. semua yang jadi bukan disebabkan masalah Saya dengan restoran..bukan dengan majikan ataupun pekerja disitu..Mereka semua baik dengan Saya.. tapi Saya..keputusan itu Saya yang pilih."

Kening Johan berkerut Cuba memahami keadaan yang berlaku."..jadi kalau bukan restoran maksud awak pelanggan..?" Tania hanya mendiamkan diri membuatkan persoalan dalam benak Johan terjawab..

Saya Ada Hal perlu Saya uruskan...sekejap lagi Saya kembali..Johan mengundurkan diri dengan persoalan dalam hati.. dia tahu dia tidak akan dapat jawapan dari Tania..Dia perlu lakukan sesuatu tentang Hal itu..

Johan mengundurkan diri kedalam bilik..dia Cuba selesaikan kekusutan yang bersarang dalam kepalanya sebelum dia pergi sekali lagi dari Tania..

Kring ! Kring.. " Hello!"suara lelaki menjawab panggilan dari Johan..

" Ermmm, apa yang engkau dapat?"

" Masih Samar - Samar, tapi sejak dia keluar dari restoran Hari itu dia tidak keluar dari rumah..Dalam kiraan 3 Hari.."

" Hmmm! Tahu disebabkan apa?Ada apa - apa yang terjadi di restoran?"

" Belum dipastikan lagi, tidak jelas..." suara lelaki yang memberikan jawapan..

" Jangan kembali ke tempat dulu, Cari jalan lain.. jangan bagi dia syak lagi. Ketatkan kawalan sekeliling dia hingga semua benda itu selesai."

" Baik Sir!'

" Satu lagi, siapa dengan engkau semalam? Semalam Aku lepaskan dia.. lain Kali takkan Ada peluang, Aku dah berikan arahan..

" Maaf ...!" Tut! Tut! Tut! Panggilan ditamatkan..

Nick mendapatkan Andrew yang berada disebelahnya. Mereka berdua berada di sebuah Bar..

Splash! Satu cawan alkohol disimbah kearah muka Andrew tanpa amaran..

' fuck! What?'

" Lain Kali mulut engkau tu Jaga - jaga. Engkau tahu siapa yang datang semalam!" Nick tidak dapat menahan geram..

" Lelaki Bo...! Buk satu tumbukan diberikan kepada Anfrew oleh Nick.." Jauhi dia engkau Tak tahu dengan siapa Kita bekerja. Lelaki yang sembur semalam, diakah Sir! Sir Johan." Nick menyepak belakang Badan Andrew untuk dia ingat tentang kesalahannya semalam..

" Dia...Sir?' raut wajah yang masih tidak percaya dengan apa yang telah dilakukan semalam.. Dia dapat rasakan nyawanya di hujung tanduk jika sekali lagi......

"Ingat Andrew, tiada yang kedua!"

Plak..Johan mendapatkan Tania selepas dia habis membuat panggilan kepada pembantunya.. ternyata dia masih belum mendapat berita dari kejadian yang berlaku pada Tania..

" Ada yang membalas!" Johan mendekatkan diri pada Tania sambil tubuh disandarkan pada meja.

" Setakat ini belum Ada yang membalas." Tania berterus terang walaupun dia masih tidak berpuas hati masih tiada peluang..

" Saya Ada kawan kalau awak berminat!" Johan Cuba menolong..

" Terima kasih,... Tapi awak rasa Saya layak ker?" Tania mengecilkan Mata Cuba mendapatkan jawapan jujur dari Johan.

" Saya Tak kata awak akan terus dapat kerja tu, tapi awak lalui proses sama semua proses permohonan kerja." Johan melihat reaksi Tania..

Kelihatan Tania mengigit bibir, menandakan waktu itu jiwanya resah.. sesuatu yang dipelajari oleh Johan tentang Sifat Tania..

" Maksud awak Saya kesana untuk temuduga....?" Jelas Mata Tania berminat, memandangkan tiada satu pun pekerjaan yang memanggilnya. Dia tidak akan lepaskan peluang yang diterima..

" Sama dengan pemohon yang lain. Saya cuma carikan awak ruang, awak kena usaha sendiri untuk temuduga itu..Jika awak berminat Kita pergi esok!'

" Esok....kenapa cepat sangat...cup! Okay!' Tania tidak mahu membantah memandangkan Johan telah menolongnya dia tidak akan dia - siakan..

" Bagus! Esok Saya temankan awak disana tapi ingat jangan sekali - Kali gunakan nama Saya. Semasa temuduga awak kena uruskan dengan usaha awak sendiri.."

" Baik... Tapi apa nama Syarikat awak tu...?

" Warner John Corporation!" Johan laju menyebut sebaris nama Syarikat tu..

Mata Tania terkebil.. maksud awak Syarikat Warner....? Mulut Tania melopong..Syarikat tu 3 Syarikat teratas di duniakan?" Kali ini giliran mata Tania Pula membulat membesar.

" Hmmmm! Awak cuma pekerja disana, sama macam pekerja yang lain."

" Saya Tak layak Johan, Saya Tak mampu.." Tania merendah diri..

" Awak boleh Saya dah aturkan esok untuk awak.. macam Mana awak rasa selamat dengan Saya, macam itu awak kena percayakan Saya Tania.' Johan tiada pilihan, Masa dirinya disitu telah suntuk, dia tiada jalan lain.. untuk tinggalkan Tania sendiri di situ akan membuatkan dia risau...Jadi jalan yang terbaik, Tania perlu dekat berada disampingnya..

Hal berkenaan kerja adalah satu permulaan..

" Saya percayakan awak!" Jawapan Tania membuatkan Johan tersenyum dalam diri.

Peluh memercik di tubuh Tania, segala perasaan bercampur dalam diri.. Dia gementar sebaik sahaja namanya di panggil untuk temuduga seterusnya.. Warner, sebuah Syarikat yang Besar, Bangunan pencakar langit.. Jika tidak disebabkan Johan dia tidak akan sesekali menjejakkan kaki disini malah bermimpi untuk bekerja di Syarikat itu..

Tiba giliran Tania..

Kelihatan 2 lelaki Dan seorang perempuan menemuduga dirinya..Semua soalan dapat dijawab oleh Tania dengan tenang..

Namun status pemakaian tudungnya menjadi isu debat dalam ruangan bilik temuduga.. Pegawai lelaki menyokong pemakaian tudung oleh Tania, namun Pegawai perempuan menyifatkan pemakaian tudung adalah budaya yang dielakkan sepatutnya dalam suasana pejabat mereka..

Disebabkan 2 menyokong pemilihannya dan seorang membantah pemilihannya bekerja disitu..akhirnya keputusan Tamat dicapai Dan Tania diterima bekerja disitu..

" Miss Tania Tahniah awak terpilih bekerja disini..Di sini Ada kontrak yang perlu awak tandatangani Dan beberapa syarat yang awak perlu patuhi.." senyuman Tania mekar dibibir sebaik terpilih..

" Terima kasih!" Tania tidak henti - henti mengucapkan perkataan itu.. Namun dapat dilihat Tania, Pegawai perempuan itu seperti tidak berpuas hati dengan pemilihannya..

Betty! Nama Pegawai wanita yang menunjukkan muka terhadapnya..

Bagi Tania itu semua lumrah Alam.. dimana - Mana tempat pergi tentu Ada segelintir manusia yang tidak Suka dengan kejayaan seseorang.. Itu Tania pasti..

" Miss Tania, boleh Saya dapatkan kembali syarat - syarat itu." Scot, seorang lelaki pertengahan umur berbangsa iris menyapa membuatkan lamunan Tania terhenti..

" Oh sebentar! Tania Mula membaca beberapa syarat yang terkandung dalam kontrak itu. Semasa pembacaan Betty telah menghilang dari bilik itu. Hanya tinggal Tania,Scot Dan Matthew.. Seorang lagi lelaki tidak dapat dipastikan oleh Tania, bangsa asal lelaki itu berikutan wajah lelaki itu telah bercampur dengan pelbagai keturunan.. untuk Tania mengagak bangsanya sesuatu yang sukar..

Beberapa syarat membuatkan Tania mengerutkan dahi...setiap Kali syarat itu seakan menjeratnya Tania berpaling kearah Scot, Dan sesekali pandangan kearah Matthew.. " Maaf Encik Scot...Tania mengigit bibir,menandakan dia resah..

" Ada apa - apa yang Saya boleh Bantu?" Scot memberikan senyuman namun Mata saling berpandangan dengan Matthew..

" Apa maksud Saya akan diberikan rumah tinggal? Bermakna sepanjang Saya bekerja disini, Syarikat akan tentukan Mana saya tinggal?" Ayat yang digunakan buatkan Tania kurang faham..

" Semua pekerja disini disediakan tempat penginapan untuk meningkatkan prestasi bekerja dikalangan pekerja. Semua Kos akan ditanggung Syarikat." Semaja menjawab Scot kelihatan berpeluh dihadapan Tania. Walaupun ketika itu suasana sejuk berhawa dingin, jelas pada pandangan Mata Tania.

" Hmmmm..Ada kegusaran di hati Tania, namun penerangan dari Scot buatkan hatinya was - was sebentar tadi menghilang.."

" Lepas ini Aku kena berpindah kesini?" Tania mengetap bibir..walaupun hatinya berat untuk berpindah tapi itu sesuatu yang baik dalam hidupnya menjauh dari Munshi.. dia akan bekerja di negeri lain. Bukan lagi ditempat Munshi boleh mencarinya.. " Setuju Tania..tapi Johan..?" Hati Tania berbelah bahagi..

Syarat seterusnya dilihat....Kontrak seumur hidup, hanya akan diberhentikan bila mendapat Surat dari Syarikat..bermakna?"

" Jika Saya nak berhenti.....?"

" Tentang syarat itu tiada masalah Cik Tania.Itu cuma sebagai syarat, menurut Syarikat ini jika Cik Tania mahu berhenti, perlukan notis sebulan sebelum Syarikat keluarkan Surat Kebenaran." Giliran Matthew menerangkan kepada Tania..

" Oh...saya terlebih fikir..syarat seterusnya dibaca...blah ..blah ..blah... Satu syarat yang Menarik perhatian Tania..Semua pekerja dilarang untuk ke tingkat 83.." apa Ada dekat situ?" Pelik..namun syarat itu Tania tidak kisah, lebih jauh diri dia menjauhi golongan Atasan, hidupnya akan tenang..

Syarat ini 100% setuju..Tania berbisik dalam hati.. Tiada apa yang akan dibuat ditingkat tu...sebaiknya dia akan jauhkan diri..

" En. Scot Dan En.Matthew Saya berminat bekerja disini.. tapi bagaimana dengan Visa Saya? Akan Ada apa - apa masalah pada Syarikat nanti?" Tania berterus terang tentang status dirinya yang hanya berada di negara itu sebagai pelajar..

" Syarikat akan uruskan..kami Ada kerjasama yang baik tentang perkara itu..Scot tersenyum bila dilihat Tania tenang menandatangani Surat perjanjian yang mengikatkan dirinya bekerja di Syarikat rakan Johan..

" Macam Mana dengan temuduga tadi" Reaksi Johan tenang berjalan bersama dengan Tania..

" Alhamdulillah, Saya dapat tapi....Langkah Tania terhenti melihat kearah Johan..

" Tapi kenapa?" Johan berpeluk tubuh menunggu bicara Tania selanjutnya..

" Syarikat ini sediakan rumah untuk Saya? bermakna Johan...sekali lagi  Tania mengetap bibir......

" Kita akan jumpa sekitar sini kalau itu maskud awak!" Johan faham maksud Tania.

" Awak Tak kisah pasal Hal itu..nampaknya Saya yang terlebih fikir tadi." Senyuman Tania kembali mekar..

" Tak perlu banyak fikir, kalau Saya Ada Masa Saya datang dekat awak. Kita jumpa luangkan Masa bersama." Johan membuang pandangan..

Kedua - duanya terdiam..

" Bila awak Mula pindah?"

" Hujung bulan ini, tapi tadi Saya dah dapat kunci. Saya boleh berpindah bila - bila Masa..Pelikkan?" Tania membuang pandangan seakan masih tidak percaya dengan apa yang berlaku.. sekelip Mata hidupnya berubah.. dia harap selepas ini Munshi tidak akan dapat lagi mencari dirinya.. Dia layak mencari bahagia sendiri..

" Hmmmm.esok Saya tolong pindahkan."

" Ehhhh... Tak perlu Johan..Saya Tak nak susahkan awak lagipun awak dah dapatkan kerja untuk Saya ini pun Saya dah cukup gembira..Awak kunci hidup Saya..Tania tersenyum.

" Kunci?" Johan pelik..

" Awak Tak perlu faham semua itu..Saya Ada alasan sendiri..

Johan tersenyum dengan perubahan sikap Tania..Dia tenang dapat membantu Dan Berharap hidup Tania akan pulih...

Scot membuat panggilan selepas selesai urusan bersama Tania..

" Semuanya selesai..dia akan mula bekerja awal bulan hadapan!" Suara Scott yang tadi gementar mendapatkan persetujuan Tania, kini telah pulih..

" Dia Tak syak apa - apa?"

" Sedikit, tapi kami berikan penjelasan details." Scot meneruskan perbualan..Betty Sir...

" Pecat dia! Rude!"

Pandangan Mata Scott terarah kepada Matthew.. " Betty!" Scott bicara dengan lemah..

" Tiada apa yang kita boleh lakukan..Kali ini dia yang Cari pasal sendiri.." Matthew menjungkitkan bahu menandakan dia tidak mahu masuk campur hal itu..

Bersambung......

Ahli Nujum..Lisa..Nora..Aqila Mustaqim..n siapa - siapa yg telah Komen novel PB sblm ini atau Kunci.. Tqvm.. PB sangat hargai..pada yang tidak disebutkan sorry, PB Tak ingat byk....TQ follower Baru n lama, still beri sokongan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience