58

Romance Completed 78127

"Kamu kemana Munshi, lewat balik Malam ini?"  Datuk Megat menunggu agak lama di ruangan tamu menunggu dengan sabar. Bunyian kenderaan Munshi sebentar tadi telah dimaklumkan pembantu. Disebabkan itu dia kembali terjaga Dan mendapatkan cucunya..

" Tak kemana, Ada urusan dengan pembekal, cuma borak kosong..suara Munshi lemah, mungkin disebabkan kepenatan.."  Kenapa Datuk tunggu Munshi ?"

" Ada Hal Aku nak maklumkan kamu. Esok ikut aku jumpa seseorang Munshi. Perkara yang Kita bincangkan sebelum ini. Esok dia kembali kesini, jadi banyak yang Kita kena bincangkan. Harap perkara ini Tak terlewat Munshi dengan tarikh kamu berdua dah setuju."

" Datuk uruskan segalanya, Munshi ikut cakap Datuk." Semakin lemah keadaan Munshi,bila perkara itu dibangkitkan lagi. Entah siapa yang àkan diperkenalkan Datuknya pada dia nanti, dia pun Tak pasti.

Selepas ketiadaan Tania, hati Munshi tertutup untul menerima Mana - Mana wanita dalam hidup dia. Segala kehidupan dengan Tania dulu bagaikan peristiwa yang bagaikan diulang tayang dalam hidup Munshi.. Dia masih rasakan kehadiran Tania dalam hidup dia, tapi untuk menjangkau Tania kembali dalam hidupnya adalah sesuatu yang mustahil.

Tania dirasakan Munshi telah menemui kebahagian dalam hidup Dan jauh pergi dari hidupnya....Jauh bersama Johan,. Untuk kembali kesini adalah mustahil.

' Baguslah kalau macam itu..Esok Kita jumpa Keluarga mereka semua." Datuk Megat telah ketawa riang dengan reaksi Munshi yang tidak lagi membantah. Jodoh yang dicari kini bukan dari keluarga calang - calang. Bakal isteri Munshi sahaja bekelulusan dari luar negara untuk setanding dengan Munshi..

" Tania engkau dekat Mana?" Jila mengelabah dalam Masa yang sama dia cemas. Entah kenapa dia boleh terlupa tentang mesyuarat yang syarikatnya àkan adalakan petang nanti. Dia hampir terlupa Hal berkenaan makanan petang yang sepatutnya diuruskan olehnya.

"Restoran, bekerjalah. Kenapa bunyi Macam mengelabah jer engkau ini?"

Tania mengukirkan senyuman sebaik sahaja terdapat pelanggan yang keluar masuk dihadapannya.

" Oh.. Bagus engkau masih di restoran. Syif engkau habis jam 3 Kan. Aku nak order makanan dekat restoran tempat kerja engkau tu.Petang ini Syarikat Aku Ada mesyuarat. Aku lupa nak pesanlah Tania. Habiskan Aku!"Panjang lebar Jila membebal yang membuatkan Tania dapat menangkap apa yang dilakukan Jila waktu itu. Membebel sambil tangan menghempas pen ditangan.

" Restoran akua mana Ada deliver. Hari ini dah full orang booking, semua staff dah keluarlah Jila." Tania Cuba mengusik.

" Apa? Alah Tania tolonglah Aku.. Macam Mana Aku nak jawab nanti. matilah Aku Kali ini. Bo's Besar Pula tu datang petang ini. Tolonglah Tania."

" Engkau nak order apa sebenarnya dekat sini? Nanti Aku Tanya Bo's Rizal kalau dia boleh ambil tempahan lagi last minit.."

" Huh,, Thank Tania engkau lah penyelamat Aku!" Jila sedikit lega dengan bantuan dari Tania.

" Masalahnya siapa nak deliver dekat Syarikat engkau tu? Dekat sini dah Tak Ada orang."

" Ya Tak ya juga?" Jila mengigit bibir sambil fikiran ligat memikirkan sesuatu.. Tania! Engkau Ada.. Please?"

" Huh! Aku ?"

" Aku nak letak Mana ini Jila? Dekat sini boleh ker?"

" Boleh..Boleh.. engkau letak jer dekat situ, kejap lagi pandai - pandailah orang dekat sini adjust.. Janji kerja aku setel Tania.. Nasib baik engkau Ada." Jila bersyukur kerana Ada Tania membantu, sambil Jila menyusun beberapa fail mesyuarat di tempat sepatutnya..

Tania hanya mencelah melihat keadaan sekeliling..Suatu kenangan  berjaya Masuk ke dalam fikiran otak Tania.. Perkara yang sama seperti dulu, tapi dia tidak sempat untuk bekerja dalam bidang yang sama..

" Penatlah Aku kena buat semua kerja ini. nasib akulah malang, bulan ini aku kena  Jaga bilik ini.." Jila mengeluh sambil tangan pantas menyiapkan kerja.

" Banyak sangat ker kerja dekat Syarikat ini. Syarikat ini Tak lah Besar Mana Kan, sederhana aku Rasa!" Tania memberikan pendapat..

"Tak Besar Mana engkau cakap! Syarikat tempat aku ini cawangan dia Tania. Main Syarikat aku ini Ada di  Cheras. Engkau bayangkan Besar Tak besarnya Syarikat ini, anak Syarikat dia pun kalau Tak silap aku dah capai beratus." Jila menjegilkan Mata, serius dalam semua perkara yang dimaklumkan pada Tania.

" Beratus? Kira Besar jugalah Syarikat engkau inikan . Agaknya Macam Mana owner Syarikat tu nak handle " Tania tersenyum kecil, dia teringatkan Johan.. Syarikat Johan lebih berganda jumlah  dari Syarikat yang disebutkan Jila sebentar tadi.. namun disebalik kekayaan yang dimiliki, mereka berdua tidak menemui bahagia dalam hubungan.. Tania masih perlukan Masa lupakan semua perkara yang pernah terjadi..

" Ini bukan Syarikat akulah Tania, aku kerja je sini!" Jila membetulkan Tania..

" Ishh Mana tahu kalau engkau dapat pikat  owner pemilik Syarikat ini..Tak perlu dah engkau nak kerja teruk Macam sekarang!" Tania mengusik Jila..

" Ohh.. aku jer lah yang kerja teruk dekat sini...engkau tu kerja dekat restoran itu..apa engkau dapat Tania...banyak lagi kerja lain engkau boleh dapat.. setakat nak  ambil skill memasak tu, Aku pun boleh ajar engkau lah. Free je Tak perlu bayar..'

" Eleh... Ada hati nak ajar aku.. Kek pun engkau Tak lepas lagi Jila.. Aku suruh buat Kek Batik, Kek buntat engkau buat..."

" Alah itu bukan salah Aku..dah Sukatan tu Tak betul aku nak buat macam mana.' Jila menjebik mengenangkan kek yang pernah dibuat menjadi bantat, tidak Naik..

" Bukan Salah engkau...habis tu salah aku lah..Berapa Kali Aku pesan ikut Sukatan yang Aku bagi tu..guna peralatan yang betul, ini engkau pakai main belasah jer..Mana Tak menjadi..Habis membazir.." Tania berceloteh panjang dengan sikap Jila.

" Iyelah..iyelah salah aku..bukan Aku Tak nak belajar, tapi engkau dah Ada tinggal dengan Aku.. Jadi kalau Aku nak makan kek dengan biskut..engkau boleh buatkan."  Jila merengek manja..

" Pandai engkau..ni Mana aku nak letak benda alah ini?"

" Engkau pergi bilik depan sebelah Kanan letak resit tu dekat situ. Atas meja, nanti Aku setelkan hari ini sebelum petang.' Jila menambah sebelum dia menyibukkan diri membuat kerja.

Tania ingin melangkah pergi, namun kerusi yang menjadi kerusi ketua dalam mesyuarat Menarik perhatiannya.. Tania tangkas Menarik kerusi Dan duduk di atas kerusi dengan berlagak menjadi bos..

" Jila....jila, engkau Rasa Aku layak Tak duduk kerusi ini?" Tersenyum bangga Tania, dia Cuba Membayangkan jika menjadi ketua dalam mesyuarat yang diperngerusikan oleh dirinya..

Jila bagaikan Tak percaya dengan apa yang dilakukan Tania. Dalam Masa yang sama, Jila tergelak Besar..

" Tania...berani engkau duduk atas kerusi itu..Kalau orang nampak macam Mana? Aku yang kerja sini pun Tak berani duduk kerusi itu.. Eee engkau ini nakal..Selamatlah mesyuarat itu lambat lagi.." Jila mengelengkan kepala melihat kelakuan Tania..

" Aku uji jer kerusi ini..entah bila lagi agaknya Aku dapat duduk kerusi ini Kan.." Tania bangun dari tempat duduk.. sebelum dia meninggalkan kerusi yang telah didudukinya , kedudukan kerusi kembali dibetulkan..

Jila yang melihat kelakuan Tania hanya mengelengkan kepala.." Engkau ini dah lain Macam Aku tengok, nakal engkau tu sekarang Makin menjadi, agaknya sebab Tak habis lagi Aura luar negara engkau tu..Kalaulah pun  Rina balik sini, jumpa Pula dengan engkau Tania.. huru hara aku Rasa.

Tania cuma tergelak kecil sebelum keluar dari pandangan Mata Jila.." aku pergi dulu Jila, Aku tinggalkan resit tu dalam pejabat engkau." Tania mengenyitkan Mata sebagai tanda mengusik, sebelum berjalan kearah arah yang ditunjukkan Jila sebentar tadi..

Pintu bilik Jila dibuka...sebaik tubuh Tania Masuk ke dalam bilik, dia dapat rasakan tubuh seseorang berjalan ditepi bilik Jila.. perasaannya tiba - tiba menjadi tidak sedap, namun perasaan itu tidak  dipedulikan, Dan dibuang jauh..

Sebelum keluar dari bilik itu Tania memberikan pandangan di sekitar Cermin kaca di bilik itu..setelah mengamati seketika, Tania pasti perkara tadi adalah mainan perasaannya..

" Saya Masuk dulu, awak panggilkan semua orang untuk datang mesyuarat sekarang.." setelah memberikan arahan, Munshi terus menuju kearah Lift untuk menuju ke tempat perjumpaan bersama wakil Dan pengurus setiap cawangan.

Hati Munshi tenang dalam waktu itu..Dia perlu bergegas untuk temujanji bersama Datuk, kerana seseorang akan diperkenalkan kepadanya nanti..

Walaupun Munshi tiada keterujaan untuk menemui seseorang yang Datuk Megat maksudkan, namun dia masih menghormati keputusan Datuknya, Dan tidak mahu Datuknya berkecil hati.

" Baik!" Pembantu tidak membantah arahan Munshi. Dengan segera dia melangkah untuk meneruskan kerjanya.

Munshi terus melangkah kearah Bilik Mesyuarat, namun sesuatu menganggu fikirannya.. perasaannya tiba - tiba terasa  berdebar - debar dengan kuat...dia mengerutkan kening, tidak pasti apa yang dia rasakan di hati..

Dia meneruskan perjalanan ke bilik Mesyuarat, sepanjang laluan dia tidak menemui sesiapa.. Mungkin para pekerjanya tidak mengetahui kehadirannya disitu..berikutan Masa Mesyuarat yang telah diawalkan olehnya.

Suasana sunyi membuatkan langkah Munshi terus diarahkan ke tempat duduknya.. Namun sesuatu menganggu fikirannya..perasaan berdebar - debar Munshi semakin kuat...beberapa Kali dihidu, dia pasti itu adalah bauan dari wangian Badan Tania..

Munshi pasti, dia tidak tersalah tentang bauan itu...dia amat pasti..Munshi mengarah ke pintu keluar dengan langkah yang laju... Dia mahu mencari sesuatu...

Satu persatu pintu bilik dibuka Dan ditutup oleh Munshi mencari seseorang..Satu bilik dibuka Munshi secara rawak Dan kelihatan beberapa pekerja telah berada disitu..

Semua Mata terkejut dengan kehadiran seorang lelaki yang muncul dihadapan mereka..Salah seorang dari mereka mengenali Munshi, Rahmah..

" Tuan Munshi!" Rahmah terkejut dengan kehadiran Munshi pada waktu itu. Dia tahu Munshi adalah pemilik Syarikat di Mana mereka bekerja. Dia adalah cucu kepada Pengerusi Syarikat, milik Datuk Megat,

Semua Mata memandang kearah Rahmah yang memberikan hormat pada Munshi..

Semua terkejut dengan perubahan sikap Rahmah.. dari Cara Rahmah menghormati lelaki dihadapan mereka.. Mereka dapat mengagak siapa lelaki itu Dan kedudukan lelaki itu dalam mesyuarat.

" Siapa yang Baru  keluar dari dalam bilik Mesyuarat..?" Pertanyaan Munshi membuatkan kesemua pekerja saling memandang antara satu sama lain.. Sebelum semua pandangan terakhir dialihkan kepada Jila..

" Jila!' Rahmah terpaksa memanggil Jila, kerana semua disitu tahu Bahawa Jila adalah orang yang ditugaskan menguruskan Bilik Mesyuarat pada bulan ini.

Dan dia adalah orang terakhir yang meninggalkan bilik itu sebelum bersama mereka..

Melihatkan ketegangan di wajah Munshi buatkan Rahmah mengucap panjang dalam hati. Dia amat Berharap Jila tidak melakukan kesalahan yang besar.

Sikap Munshi yang tegas dalam pekerjaan Dan pekerja dibawahnya pernah didengari Rahmah dulu..Dia hanya Berharap Munshi tidak mencari pasal dengan Jila..

Munshi melihat kearah Pekerja yang dimaksudkan, Wajah Munshi yang sebentar tadi tegang Mula menunjukkam riak mengendur sedikit Demi sedikit.. reaksi di wajahnya juga turut berubah..

Dia mengharapkan seseorang yang dirindukan berada disitu. " Tapi dihadapan Mata Munshi, orang itu bukan seseorang yang dia harapkan..

" Awak yang berada dalam bilik tadi?" Suara Munshi tenang namun dia mahukan kepastian dengan sangkaan dari fikirannya tadi..

" Saya yang jaga bilik Mesyuarat bulan ini Tuan.. Munshi." Tergagap - gagap Jila menjawab persoalan Munshi..

Dalam fikiran Jila, dia Mula memikirkan perkara buruk yang telah dilakukan tadi, atau yang menjadi kesalahan dari pandangan Mata Bos Besar mereka.  Seingat Jila dia tidak melakukan sesuatu yang melampau batas.

Tapi ketegangan di wajah Bos mereka tadi buatkan Jila Tak senang duduk..

" Saya puas hati!" Tiada alasan lain yang boleh diberikan Munshi Setelah dia terperangkap berada disitu..." Selain bilik ini Ada bilik lain?" Munshi masih mengharapkan sesuatu yang dalam fikirannya adalah benar seperti jangkaan.

" Hanya disini tempat pekerja, sebelah luar pejabat Dan Bilik Mesyuarat." Rahmah menerangkan semua ruangan yang berada disitu.

" Pekerja lain selain dari semua yang berada disini?" Munshi masih belum mendapat jawapan yang diinginkan..

" Hanya kami sahaja Tuan Munshi.. Untuk bulan depan, kakitangan akan bertukar. Kami kembali kepada Jabatan kami!" Rahmah sekali menerangkan segala maklumat  yang ingin diketahui oleh Bos Besar mereka..

" Okay! Saya Ada di bilik Mesyuarat. Pastikan semua yang hadir terus kearah bilik." Munshi memberikan arahan Dan dalam Masa yang sama dia mengundurkan diri..

Dapat dirasakan Munshi perasaannya sekali lagi hampa...

Sebaik sahaja pintu bilik Mesyuarat itu kembali dibuka...wangian itu masih tetap sama menusuk ke dalam Liang rongga Munshi.. Munshi Cuba untuk menenangkan diri dari kejadian itu.. semakin dia rindukan Tania, semakin perasaan hatinya berat untuk menerima seseorang..

Munshi berbelah bahagi dengan perasaan sendiri dengan kejadian tadi..Sebentar lagi dia àkan menerima cadangan dari Datuk Megat untuk bertemu dengan calon yang àkan memenuhi ruangan setiap hidupnya...

Namun..

Dalam Masa yang sama, dia dikejutkan dengan bauan Tania yang kembali disitu.. apakah itu kebetulan atau tuhan ingin menunjukkan dia sesuatu..

Bersambung...!!

Share this novel

Sara Amylia Kamarozaman
2020-04-16 21:06:38 

sambung lg plaese...x sbar nk tggu lg...


NovelPlus Premium

The best ads free experience