99

Romance Completed 78127

Tania tenang berada disisi Johan, suasana masih sunyi, hanya yang kedengaran suara mesin pernafasan yang fungsinya membantu Johan atau sebaliknya...
Bacaan yang tidak difahami dilihat disudut kiri Johan, beberapa Bacaan terlihat jelas....Johan sedang bermimpi di dalam Lena yang panjang...

Plak!"

Pintu dibuka dan kelihatan Dua wanita yang cukup dikenali berada bersama..Ketiga - tiga mereka saling berpandangan Gugup, Dan terkejut dalam Masa yang sama...

" Engkau buat apa datang sini?" Tajam mata Rina memandang kearah Tania...di belakang Rina kelihatan Aminah yang telah menampakkan wajah yang bengis.

" Siapa yang benarkan engkau masuk sini?"
Kini giliran Aminah Pula yang bertanya berang kepada Tania..

Tania hanya mendiamkan diri, dia Baru tiba disitu.... Jejak sahaja kakinya ke negara itu, dia terus pergi menemui Johan..mahu melihat situasi Johan bagaimana....Segala maklumat telah Tania dapatkan dari Johari...

Dia tidak menyangka mereka bertiga akan terserempak pada pagi ini...Setibanya dirinya disitu, Tania melihat tiada orang lain disisi Johan, dia menapak  secara perlahan kearah Johan...Namun belum sempat dia berada disisi lelaki yang sedang terbaring , dia telah dikejutkan dengan situasi itu...

Langkah Tania terpaksa berhenti, hanya Renungan Tania yang masih menemani Johan dalam pembaringan...

Malas lebih merumitkan keadaan Tania mengundurkan diri. Dia tidak mahu masalah itu semakin rumit, dia àkan memberikan Masa kepada Rina....sebelum dia dapatkan Johan kembali...masih banyak perkara yang perlu Tania luahkan, namun bukan sekarang..

" saya keluar, maaf sebab Saya kesini!" Sekilas pandangan, Tania melihat kearah Johan dengan simpati...dia tidak mahu mengeruhkan keadaan lagi..keadaan dirasakan Tania semakin rumit....

Namun belum sempat Tania melangkah pergi...

" Engkau.....!"

Rina memeranjatkan Aminah dengan suara yang keluar dari mulutnya yang kuat...
" Engkau mengandung Tania? Engkau......" Rina kehilangan kata - kata, kuat dalam firasat hati menyatakan bayi yang dikandung Tania, Anak Johan...tapi dia masih tidak percaya, sengaja Tania kesitu untuk memainkan muslihat...

Tak mungkin Johan Dan Tania....namun semua kemungkinan boleh berlaku..

Aminah terkejut Dan dalam Masa yang sama tergamam melihat keadaan tubuh Tania...Dari tadi dia hanya sekilas melihat tubuh Tania dari belakang...Tiada yang berbeza dari tubuh Tania dari sebelum ini...

Namun sebaik sahaja Tania beralih  kebelakang...., Aminah tergamam dengan apa yang didilihat di depan matanya... perut Tania yang membuncit, Dan kelihatan kandungann Tania hanya menunggu masa..Seakan lagi beberapa bulan lagi bayi itu akan dilahirkan...

Timbul perasaan sakit hati dalam diri Aminah..lebih menyakitkan, jika bayi yang dikandung Tania Anak Johan...Jika itu terjadi, dendam dia kepada Jonathan masih belum Lunas..Dia perlu mencari jalan lain...

" Tania buat -buat tidak  mendengar, sebaliknya dia segera keluar dari bilik rawatan yang menempatkan Johan..Masa disitu tidak dirasakan sesuai oleh Tania...Jika kehadiran dia tidak diperlukan lagi, dia àkan pergi...

Aminah Dan Rina tidak mengejar...Mereka hanya melihat tubuh Tania dibawa pergi dari situ....perasaan membuak -buak kemarahan menjala di tubuh Rina Dan Aminah.. Mereka berdua tidak berpuas hati Dan saling berpandangan sesama sendiri..

" Tania!"
Mathhew memberhentikan langkah..
Dia tidak salah melihat, gadis yang beberapa meter didepan matanya adalah Tania..
Akhirnya Johari berjaya menemui Tania...Kini dengan kehadiran Tania. Matthew berharap agar Ada sinar untuk Johan bangun kembali..

" Matthew!"
Tania dengan perlahan menyebut nama Doktor lelaki di depan matanya..Dia sebenarnya ingin pergi dari situ segera..Namun dengan pertembungan itu, dia takut Mathhew akan lakukan sesuatu yang àkan membuatkan banyak pihak yang salah faham...

" Awak dah jumpa Johan!' dengan penuh teruja Matthew terus kepada soalan langsung berkenaan Hal berkaitan Johan..Dia tahu kehadiran Tania disitu bagi menolong....

" Belum...Tapi Saya dah masuk wad Johan tadi...Tapi Saya Rasa Masa masih tidak sesuai..Lagipun Saya Baru tiba Matthew Dan Saya terus bergegas kesini."
Tania berterus terang, dia kesitu untuk mencari makanan bagi mengalas perutnya yang tiba -tiba lapar..Dia melilau seorang diri tanpa arah tujuan....
Tak sangka dia disitu,dia dipertemukan dengan Matthew..

" Tania, terima kasih sebab awak datang kesini..Semuanya perlu Ada usaha untuk Johan sedar kembali!"..

" Saya tahu! Tapi apa yang patut Saya lakukan Matthew untuk Johan sedar kembali?"

" Sentiasa beri Semangat pada Johan Tania, pastikan Johan tahu awak Ada disisi dia..Johan sebenarnya patah hati Dan Kali ini keadaan Johan serius, dia tidak mahu lagi untuk kembali.."

" Apa maksud awak, Macam Mana Johan boleh jadi serius macam itu....sebelum ini dia sihat Dan jalani hidup seperti biasa?".

" Perkara yang Kita takuti telah  terjadi, tiada apa yang Kita boleh ubah,walaupun Kita dapat rahsiakan perkara itu sebelum ini...takdir telah tertulis...

"Hmmmmmm! Matthew jika Johan sedar...dia àkan ingat siapa Saya?"

" Saya Tak dapat berikan jaminan tentang Hal itu...Saya masih tiada  jawapan dari  kesihatan Johan, keadaan Johan rumit....
Walaupun Saya yang rawat Johan, Tapi Saya Tak tahu apa yang  terjadi Tania....

Tania kelihatan mengangguk faham...dia juga jelas sebentar tadi dengan tubuh Badan Johan...Biarpun Baru beberapa Hari dia tidak menemui Johan, dia telah nampak perubahan yang menyakitkan hati Tania...

" Kenapa awak Tak lihat Johan lagi? Mari saya temankan!" Matthew mempelawa dalam Masa yang sama dia juga ingin melihatkan serba sedikit keadaan Johan untuk laporan..

" Matthew....pegangan Tangan Matthew di baju ditepis nipis oleh Tania..Menghadapi sekali lagi Dua makluk tadi juga buatkan  dia tidak mampu berdiri, Inikan Pula dia perlu kembali... Sesak pernafasan Tania...

" Kenapa apa yang Salah? Saya Tak tersentuh tangan awak Kan?"

" Tak, bukan itu maskud Saya...cuma...Tadi Saya terserempak dengan Rina Dan Aminah...

" Jadi?" Matthew kerutkan kening, masih tidak faham apa yang berlaku sebenarnya ..

" Saya akan kembali menemui Johan, tapi bukan sekarang!" Tania mengigit bibir dengan teragak - agak...Biarpun dia ingin menemui Johan segera, tapi keadaan memaksa...janji untuk tidak timbulkan masalah, dia perlu beralah..

" Hmmm! Kedengaran  Keluhan dari Matthew.. sampai bila awak nak larikan diri....sekarang keadaan Johan tenat...
Awak nak menyesal di kemudian hari? Awak masih isteri Johan Tania, awak lebih berhak pada Johan...."

" Saya faham....tapi bukan maksud Saya nak lengahkan, tapi keadaan Tak mengizinkan!"

" Kenapa ..... disebabkan Aminah...atau Rina?" Matthew senyum sinis...Tania dirasakan lebih berhak kepada Johan, sedangkan Dua wanita yang dikhuatiri tidak selesa oleh Tania...sebenarnya dalam realiti kehidupan sebenar Johan, hanya wujud untuk  sementara...

" Awak takkan faham!"

" Ya Saya takkan faham, tapi pertolongan awak saya perlu....Tak Ada apa yang Kita boleh ubah untuk Johan pulih...tapi Kita berusaha, Rina dan Aminah disini Mempunyai fungsi yang Sama seperti awak Tania...menyedarkan Johan...

Kenapa awak perlu takut? Ugutan!

Tania Kita kena sedarkan Johan kepada realiti, Johan kesuntukan Masa...Jika dia masih berkhayal dengan dunia yang dia cipta sendiri dalam fikiran dia..,awak àkan kehilangan dia..Dan bayi dalam kandungan awak takan berayah...Awak nak nasib awak menimpa bayi dalam kandungan ini...dia perlukan bapa Tania!"

Bahu Tania dipegang kejap Matthew, Dan Tania bersama pandangan yang tajam melihat....

" Saya jumpa Johan!" Tania akhirnya membuat keputusan..Matthew menarik nafas lega.....segala usaha telah dibuat Matthew, namun Johan masih belum pulih dalam koma...

Semua orang telah dipanggil untuk berjumpa Johan, dan dalam waktu terdekat ini, tiada lagi yang berhasil...Tania adalah peluang terkahir Matthew, sebelum dia akan laksanakan perubatan terkahir dengan menjalankan pembedahan kepada Johan...

" Bagus!" Matthew mekarkan senyum, persetujuan Tania dirasakan seribu rahmat..

Tania berjalan beriringan bersama Mathhew...Aminah Dan Rina telah dilihat tidak berada disisi Johan....Hal itu menjadi mudah untuk Matthew Dan Juga Tania dalam menghadapi situasi itu...

Setelah menjalankan pemeriksaan Dan pemerhatian biasa. Matthew meninggalkan Tania untuk berjumpa Johan berseorangan....dia memberikan ruang sebelum dia kembali..

Perbuatan pertama, Tania duduk disisi Johan melihat sekujur tubuh yang terbaring Lena...Tiada sebarang reaksi, hanya pernafasan Johan yang kecil berbunyi...

Perlahan - lahan kaki dibawa berdekatan dengan Johan....Pertama Kali setelah berpisah lama, tangan Tania menyentuh wajah Johan yang masih menutup mata.....Sayu, dia belum bersedia untuk menghadapi situasi sama seperti dulu, bila Dua pasang tubuh terbaring lesu dalam pembaringan...

" Johan....Saya datang! Kenapa awak Tak bukakan mata..Awak bencikan Saya sebab itu awak Tak nak lihat Saya!" Tania mengeluh berat....kelihatan Johan masih tidak berinteraksi...Tania melabuhkan duduk di tepi Johan, berdekatan untuk tubuh lelaki itu mengetahui kehadiran dirinya disitu...

" Apa perlu Saya buat untuk awak bangun Johan? Tania mengetap bibir..lama direnung wajah Johan sebelum dia fikirkan sesuatu..

Tanda mendekatkan wajah sebelum dia merapatkan wajah dan merapatkan wajahnya di telinga Johan..

" Johan Saya dah buat keputusan, Saya akan kembali pada Munshi jika awak Tak sedar lagi. Bayi yang Saya kandungkan ini, takkan kenal awak lagi..tapi dia akan kenal Munshi sebagai ayahnya. Awak pilih Johan, samada awak nak bersama Saya Dan anak Kita atau awak mahu tidur selama - lamanya!"
Tania tersenyum sinis, dia sendiri tidak sangka akan mengeluarkan kata - kata begitu kepada Johan...Namun untuk mengembalikan Johan untuk sedar, dia terpaksa buat pilihan..

Tania menoleh kearah Johan untuk melihat reaksi, namun masih belum Ada sebarang gerakan....Hal yang membuatkan Tania semakin binggung Cara apa lagi dia boleh lakukan bagi Johan sedar...

Melihatkan Johan yang tiada sebarang reaksi, Tania mencari jalan lain...satu ciuman dihadiahkan di pipi Johan, dahi dagu juga dibibir...namun segalanya tidak berhasil...

Bermacam - macam Cara telah Tania Cuba...bila melihatkan keadaan  Johan masih tiada gerakan, Tania berputus asa...

Badannya yang kepenatan didudukkan dulu  di kerusi di tepi Johan...Namun bila dirasakan keadaan semakin tidak selesa kerana keadaan diri yang sarat mengandung, Tania tiada pilihan...dia perlu berehat dulu untuk mengembalikan tenaga...

Bila dilihat Tania tiada sesiapa disitu, Tania membaringkan tubuh disebelah Johan, dengan tubuh Johan tidak diganggu....dia hanya memerlukan rehat sementara...sejak sampai disitu dia belum mendapatkan rehat untuk tubunya...Dan dalam beberapa saat, Tania telah terlena...

Johan mengerakkan tangan bila dirasakan Ada seseorang yang berada disebelahnya....dia mendengar Dan mendengar dengan  jelas suara Tania yang seakan berbisik..dia tidak pasti bagaimana Ada suara itu, tetapi dalam maksud yang disampaikan Tania dia jelas....

Namun Ada sesuatu yang dia tidak faham dengan semua yang terjadi....
Tania menyebut tentang Munshi dan Anak.......

Bila Dua perkara itu disebut, Johan jadi tidak keruan..perasaan dalam dirinya bercampur, dia teruja dengan perkara berkenaan anak yang dimaksudkan tadi....tapi perasaan keterujaan Johan bersama kemarahan bila nama Munshi disebut, dia takkan mudah membenarkan perkata itu terjadi...

Dia masih ingat lagi bagaimana keterujaan Munshi ingin memiliki kembali Tania...Namun dia bijak mengatur strategi untuk Tania menjadi miliknya seseorang...Dan dia tidak àkan mudah melepaskan....

Johan berhenti melakukan aktiviti yang dia Suka lakukan ketika ini..dia jelas suka bermain dengan anak yang sering melayan karenahnya... dirasakan Johan, dunianya indah...

Namun bila Tania muncul dengan perkara yang memeranjatkan Johan...
Membuatkan Firasat Johan kuat untuk dia  kembali...

" Kembali!"
Kuat Johan menuturkan perkataan itu sambil dia melihat kearah bayi yang sering menemani dan bermain dengannya disitu....Dunia dirasakan indah, namun dia perlu menyelesaikan sesuatu terlebih dulu...

Seakan mengerti dengan tingkah laku Johan, Anak kecil hanya bermain sendiri dan sesekali dia melihat memandang kearah Johan yang sedang keresahan...

Johan memandang sekilas ke Anak kecil..Dan bila dia masih mendengar kata - kata Tania yang menyakitkan hati....darah Johan semakin panas...

" Tania awak jangan pergi pada Munshi, tunggu saya...Saya cuma berjumpa dengan Anak Kita..Saya akan kembali...Johan Cuba menjerit berhubung dengan Tania, namun bicara suaranya tidak keluar, dia Cuba mengerakkan Badan...walaupun dia tahu Tania sedang terbaring di sebelahnya dia tidak dapat bergerak ataupun mengerakkan anggota..

Keadaan dirasakan payah oleh Johan...

Bila melihatkan keadaan itu, Anak kecil yang menemani Johan sebelum ini tersenyum ....dengan menganggukkan wajah, Anak kecil itu menghilang dari pandangan, membuatkan Johan semakin tidak keruan...

" Jangan Pergi!" Johan mengalihkan pandangan kekiri dan kekanan untuk mencari....bila dilihat pandangan matanya semakin jelas dan terang pada satu cahaya.....tiba - tiba Johan tersedar....

Johan membukakan mata perlahan - lahan, dia jelas melihat Tania sedang terbaring Lena ditepinya...

Semua yang terjadi seakan mimpi..Alangkah segala yang terjadi tadi adalah realiti....dia adalah yang Paling bahagia jika mereka berdua dikurniakan dengan zuriat...Namun semua itu hanya di dunia Maya, Dan realiti Johan masih terbaring di atas katil dengan Tania disebelahnya...

Dia Cuba mengukirkan senyuman, namun tiada yang dapat diukir dibibirnya...segalanya dirasakan payah...bila dia dengan usaha telah terasa penat, Johan hanya membiarkan ...kehangatan tubuh Tania mendamaikan sebelum mata Johan melihatkan sesuatu...

Sesuatu yang dari tempat mereka berdua berada......

Dan pintu bilik terbuka....

Dalam kesamaran cahaya Malam, jelas dipandangan Mata Johan, susuk tubuh seseorang menghampiri mereka berdua..Kelihatan di wajah seseorang sedang merenung tajam kearah Tania yang terbaring....

Dan Johan mendengar suara.....

" Sudah , biarkan dulu..Jonathan Ada disini..kalau Kita nak jauhi perempuan ini
dari Johan, ini bukan Masa yang terbaik!"

Suara Aminah memujuk Rina, jelas dipendengaran Johan...

" Rina masih Tak puas hati Mommy, Tak habis - habis dia nak menyendeng pada Johan, lihatlah apa dia buat sekarang ini...siapa yang benarkan dia tidur disebelah Johan..perempuan Tak malu!"

" Rina" fikiran Johan Cuba Membayangkan suara perempuan yang berada disitu dengan menyalahkan Tania....bila difikirkan beberapa Kali, Johan mendapatkan jawapan...sebaris nama yang bernama Rina telah dilupakan dalam ingatan Johan..Dan kini nama Dan perwatakan wanita itu muncul kembali..Johan masih mahu mendengar semua..

" Biarkan dulu, nanti Kita rancangkan sesuatu, sebelum ini rancangan Mommy hampir berjaya untuk pisahkan mereka berdua Rina..jika bukan kerana Johan yang salah memilih semua ini takkan terjadi...

" Rina ikut cakap Mommy!"

Akhirnya kedua- duanya menghilang dari pendengaran Johan bila seseorang berdehem kuat kearah mereka berdua....Dan kedengaran suara lelaki..

" Apa kamu berdua buat di bilik Johan..Tak nampak Ada Tania...Kenapa menganggu? Keluar!" Suara keras lelaki, dan dipendengaran Johan dia tidak Salah meneka, hanya seseorang yang mampu mengeluarkan Aura untuk menghalau Aminah dari situmm.tidak lain orang itu adalah Datuk Jonathan ..

Kedengaran kasut tumut berlalu pergi....kedengaran tapak kasut lelaki semakin dekat...Perlahan - lahan suara kasut itu menghampiri dan melalui bayangan yang mata dibukakan sedikit, jelas tangan Jonathan sedang membelai kepala Tania yang sedang terlena...

Sesuatu dilihat Johan jelas....Jonathan memandang kearah Tubuh Tania sebelum satu senyuman di wajah tua Jonathan terukir....sesuatu yang Johan tidak faham akan maksudnya...

Setelah melihat kearah Johan Dan menganggukkan sesuatu, Jonathan juga mengambil langkah keluar untuk tidak menganggu...

Johan membukakan Mata perlahan - lahan selepas dipastikan segalanya telah tiada sesiapa disitu... Fikiran Johan  masih memikirkan sesuatu, sepanjang dia disitu, bagaimana dengan keadaan Tania...

Johan merenung kearah Tania...Dan dapat dilihat dengan jelas, wajah Tania yang dilimpahi cahaya Malam....masih tetap amggun dalam kecantikan tersendiri...jika tubuh boleh digerakkan Johan ingin memeluk Tania dan tidak mahu lepaskan dia lagi...

Bila berada disamping Tania, Johan dapat rasakan keselesaan dengan kehadiran Tania disisi...

Tania bangun bila dirasakan matahari telah telah menerjah tingkap bilik...bila dia gerakkan tubuh dia telah telah tersedar dari Lena yang panjang....sebaik membukakan Mata, Tania melihat wajah Johan disisi, dia tersenyum...Johan masih  belum tersedar, ini peluang keemasan yang dirasakan Tania untuk rapat bersama Johan...

Jika lelaki itu tersedar, Tania takut segala yang terjadi sekarang hanya sementara...dengan Johan melayan dirinya dingin seperti sebelum ini..

Segera wajah diraupkan Tania, membetulkan kembali segalan yang terkusut Malam tadi...Setelah berpuas hati barulah Tania mendapatkan Johan yang masih terlena..

" Saya bersihkan muka terlebih dahulu Johan...kalau awak masih lagi belum berjaga selepas Saya selesai Johan, Saya akan buat seperti yang Saya cakapkan semalam..semua berkenaan dengan Munshi!"

Satu senyuman terukir dibibir Tania, dirasakan semuanya yang diluah terasa Lucy dipendengaran, dengan Tania berjaya meluahkan segala yang tersimpan dalam hati tanpa takut segala tindakan Johan nanti...

Satu ciuman di dahi Johan dihadiahkan bila dia Mula mengatur langkah meninggalkan Johan...

Sebaik sahaja dirasakan Tania telah menjauh Dan keadaan dirasakan selamat, Johan mengikut senyum nipis di bibir sambil membukakan Mata, melihat tubuh Tania menghilang kedalam bilik air...

Dia sekali lagi Cuba mengerakkan tangan dan Kaki...Jika tadi mampu untuk mengerakkan anggota, Tania akan terima hukuman dengan segala kata- katanya tadi....segalanya tentang Munshi adalah benar seperti yang didengar sebelum ini..Dan Johan tidak mahu perkara itu dimainkan lagi dalam hidup mereka berdua..Untuk itu dia perlu segera pulih..

Sedang Johan sedang bergelut dalam mengerakkan anggota Tubuhnya...datang seorang lelaki yang membuka pintu secara mengejut, tanpa melihat dia bawakan sesuatu ditangan...

" Tania!" Suara lelaki itu memanggil, namun jelas dari pemakaian lelaki itu, kelihatan dia adalah seorang Doktor..

Sesuatu diletakkan di meja...Setelah dilihat Ada seseorang di dalam bilik air, Matthew mendapatkan Johan, fail di hujung kaki Johan diambil...dia Mula memulakan tugas harian setiap pagi, memeriksa keadaan kondisi Johan....

Namun bacaaan di monitor memeranjatkan Matthew...Ada perubahan yang  sangat ketara Dan Besar...Matthew merapatkan tubuh kearah bacaan, sambil dia memandang kearah Johan...dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihat, jika dengan bacaan begini sepatutnya Johan dah Mula......

Semakin rapat Matthew melihat kearah Johan...dia masih tidak percaya dan mahu menyelidik sesuatu dengan mendengar sendiri degupan jantung Johan di dada, sebelum ada dia membuat keputusan terakhir...

Bila wajah Dan telinga Matthew semakin rapat...

" Don't!" Johan bersuara yang membuatkan tubuh Matthew terperanjat dan beralih selangkah kebelakang...

" Johan..? Engkau dah sedar?" Matthew segera mendapatkan Johan...dalam kalut mendapat berita gembira itu, Matthew tetap menjalankan tugas dengan semua pencaindera Johan diperiksa...
" Johan bersabar dulu, bagi Aku jalankan tugas periksa semua keadaan diri engkau dulu..selepas itu Kita sembang panjang!"

" Hmmmmmm.." Johan membenarkan.." Matthew kenapa Aku gagal gerakkan tubuh aku!" Soalan yang disimpan dari tadi...sememangnya Johan menunggu Matthew hadir disisi dari pagi tadi..

" Itu normal, tubuh engkau akan bergerak seperti biasa nanti..berikan anggota tubuh itu  Masa!"

" Berapa lama?"

" Dalam Dua atau tiga Hari?" Matthew memberikan senyuman sinis kepada Johan..Melihatkan keadaan Tania Dan Johan semalam mengingatkan Matthew tentang sesuatu...segala yang difikirkan dalam fikiran Matthew tepat, dengan kehadiran Tania disisi Johan, kesembuhan Johan beransur baik...lebih memeranjatkan Johan telah kembali sedar dan jauh dari bahaya..

" Engkau akan sembuh selepas beberapa nutrien makanan dimasukkan kedalam tubuh...biarpun ambil masa, semuanya akan menjadi mudah Johan."

" Bagus!" Johan semakin kesuntukan masa...Jika dia terlewat Dan Tania keluar dari bilik air, segalanya akan terlewat untuk Johan rancangkan sesuatu....
"Matthew Ada sesuatu yang perlu Kita rahsiakan..Jangan benarkan sesiapa tahu yang Aku sudah sedar dari koma. Ada Sesuatu yang Kita  perlu dirahsiakan berdua!"
Biarpun tubuh Badan Johan masih belum dapat bergerak, namun percakapan Johan jelas..

" Apa maksud engkau Johan? Tania belum tahu pasal Hal ini?' Mathhew tergamam, sepanjang Malam Tania disisi...Macam Mana Tania tidak sedar, atau Johan masih mainkan peranan..

" Belum...Tania belum tahu...tapi rahsia ini untuk Keselamatan Tania...

" Apa dia?" Matthew tercengang, disini apa yang boleh terjadi dengan Tania...kawalan disitu ketat dengan Matthew sentiasa berada disitu...
" Johan Macam mana dengan Jonathan, dia pun Tak boleh tahu yang engkau dah sedar..Engkau tahu macam Mana keadaan Jonathan bila dia lihat engkau koma.Hidup dia seakan musnah!"

" Aku tahu tapi perkara ini penting Matthew, Kita Tak boleh tersilap langkah..Kita perlu buat semua ini secara teratur Dan engkau kena percayakan aku!"

Matthew mengigitkan bibir dengan tangan dimasukkan kedalam poket kot...sebelum dia sempat memberikan jawapan kepada Johan, terdengar pintu bilik air dibuka Dan muncul Tania...

" Matthew...! Tadi awak cakap dengan siapa?" Tania melihat kearah Matthew, pandangan lelaki itu telah beralih kepada Tania...

Bila dilihat keadaan Matthew tadi, kelihatan lelaki itu sedang menghadap Johan....Namun jelas  kelihatan Johan sedang tidur dengan tenang...

Bersambung.....????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience