85

Romance Completed 78127

Johan melihat Tania dengan tenang dalam tidur...Entah kenapa perasaannya sukar untuk digambarkan....

Sesuatu memori yang diungkapkan bersama semakin menjauh...berbagai persoalan bermain dalam fikiran Johan..

Segala bayangan datang Dan pergi sesuka hati..Namun gambaran yang  jelas masih belum lagi muncul..Satu persatu Johan mencari Kebenaran, namum yang hadir hanya awan putih yang berkumpul di kepala...

Telah lama dia bersama dengan Tania, namun bayangan sepenuhnya siapa yang dia Cinta belum lagi muncul....

Rina menghubunginya lagi...

Ternyata hubungan dia bersama Rina sebelum ini baik - baik sahaja tanpa sengketa sebelum kemunculan Tania....

Pipi. Tania yang telah terlena tidur diusap lembut oleh Johan...berat dirasakan hati untuk berpisah...
Namun dari nada suara Rina sebentar tadi...

Johan masih keliru...

Rina Ada jawapan siapa dirinya sebelum ini...Manakala Tania, adalah sesuatu dari kisah silamnya yang dia sudah tidak ingat apa - apa...

Siapakah yang dia perlu beri peluang untuk berterus - terang dengan semua apa yang terjadi...

Untuk mencari jawapan....Johan membuat keputusan untuk bertemu dengan Rina..

" Saya Tak sangka awak akan datang Malam ini Johan..Saya sangat hargai dengan kehadiran awak...apa Saya nak terangkan disini àkan ubah hidup awak...Dan awak akan tahu siapa awak sebelum ini..,"
Rina keluarkan sesuatu dari Sampul...beberapa keping gambar dikeluarkan...Satu persatu diletakkan tertib di atas meja...

Pelayan sebentar tadi telah diarahkan Rina  untuk tidak menganggu urusan mereka berdua sebelum perkara itu dibentangkan kepada Johan...

" Apa ini?" Beberapa keping gambar diletakkan Rina diatas meja....Dan bibir  Rina terukir senyum dengan reaksi Johan yang mengerutkan wajah...

" Johan lelaki ini awak kenal....?" Gambar di sebelah kiri Johan diambil dan diletakkan ditangan Johan....

Johan yang telah mengambil sekeping gambar tadi lama diperhati mengalihkan pandangan kepada gambar yang ditunjukkan Rina...Gambar perempuan dalam tangan Johan masih tidak diletakkan di tangannya...

" Ini Datuk Jonathan...." Suara Johan halus menerangkan kepada Rina siapa lelaki dalam gambar itu...

" Good...! Awak tahu dia dimana sekarang ini?'

" Saya kenal dia..memori bersama dia masih Segar dalam ingatan Saya....walaupun pada mulanya ia sukar tapi Saya ingat semua berkenaan Datuk...Dia penyelamat Saya!" Johan menerangkan kepada Rina...Segala usaha Rina untuk dia kembali mengingati zaman silamnya, Johan puji dalam hati...

" Ini siapa Rina?" Johan menunjukkan sebuah foto seorang perempuan kepada Rina..Dari riak wajah....wanita itu nampak muda walaupun usia wanita itu sudah meningkat, bagi pandangan Johan.."

" Ini Aminah....Mommy awak Johan...! Satu keping gambar lagi diserahkan Rina kepada Johan, diselitkan bersebelahan dengan gambar wanita itu..." ini...."

" Ini Ayah Saya Rina, Saya kenal dia...Dia yang bawa Saya kesini.." dengan lancar Johan menerangkan tentang Johari, Ayahnya...sepanjang dia berhubungan bersama Rina, dia masih belum lagi membawa Rina berjumpa Keluarganya...Semua disebabkan masalah kesihatan dirinya yang berlanjutan bertahun...

" Oh awak dah kenal....Jadi Saya Tak perlu terangkan pasal gambar ini...Tapi gambar ini Johan..Dia Mommy yang lahirkan awak, Anak Jonathan..Satu - satunya anak perempuan yang Jonathan Ada." Rina teresenyum dengan lembut sambil menunggu reaksi dari Johan...

Bila dilihat Johan telah bertenang....Rina mengeluarkan sesuatu dari Sampul yang lain...

" Saya takkan paksa awak Johan untuk ingat semua ini...Tapi awak kena tahu punca..jadi Saya carikan untuk awak...Tapi Johan apa yang Saya nak tunjukkan pada awak selepas ini...Saya nak awak bertenang...segalanya mungkin sukar pada  mulanya...Jika ingatan awak kembali...Baru awak buat keputusan dengan waras..."

Disebalik ketenangan di wajah Rina, hati kecilnya telah bersorak riang...perkara yang akan dimaklumkan kepada Johan akan membuatkan dia mendapatkan sepenuh kemenangan...Bukan sahaja dia berjaya dapatkan Johan..
Dia juga dapat menawan hati Johan semula...

" Apa perkara yang awak mahu Saya lihat?" Kelihatan Johan semakin tidak sabar..banyak teka teki yang perlu diselesaikan untuk Kali ini...Bantuan dari Rina dirasakan Johan sangat membantu..

" Awak kena banyakkan sabar Johan..saya lakukan ini untuk awak..awak dapat tahu siapa awak sebelum ini...Saya harap awak akan segera sembuh Dan tahu Kebenaran yang Ada didepan Mata awak....."

" Terangkan Rina, apa yang awak sembunyi?" Jiwa Johan tidak tenang.Dia dapat rasakan hatinya berkocak hebat dengan semua yang disembunyikan dari pengetahuannya....
Kenapa orang - orang disekeliling dirinya masih merahsiakan siapa Aminah....Dan apa yang terjadi sebelum ini...

Satu keping gambar dikeluarkan Rina...secara perlahan- lahan dan dengan berhati - hati satu gambar diletakkan betul - betul dihadapan Johan...

" Bila gambar itu dilihat....perasaan Johan tidak menentu...Itu adalah gambar yang sama dengan bayangan Johan sebelum ini..Wajah murung Tania di atas katil hospital...Kesedihan di Mata Tania, nampak jelas..

" Mana awak dapat gambar ini?" Suara Johan berubah garau...dia Cuba mengawal segala emosi yang bercelaru dalam diri....segala bayangan yang muncul tadi adalah benar....tapi apa sakit Tania..?"

" Tania sakit apa Rina? Kenapa dia di hospital?" Johan rasakan Rina seakan bermain dengan Masa untuk mengatakan cerita sebenar...

" Johan,bertenang kalau awak macam ini..kesihatan awak àkan terjejas...Ada perkara lain yang awak perlu tahu dari hanya gambar ini sahaja yang satu!" Rina memainkan peranan bila emosi Johan semakin Tak stabil...

" Tania sakit apa?" Suara Johan keras bersama kemarahan kepada Rina tidak berterus terang...

Orang sekeliling restoran telah memandang kearah mereka berdua...Membuatkan Rina terkedu seketika...Untuk mengawal keadaan, tangan Johan Rina gengamkan ditangan...

" Johan awak kena bertenang...Tania Tak sakit apa - apa... Tapi....ayat seterusnya dirasakan susah untuk dia maklumkan kepada Johan...dia mahu Johan menanti jawapan dalam sedikit lewat lagi...dia mahu segalanya dibongkar...

" Tapi apa?" Johan semakin tidak sabar ingin dapatkan jawapan....Jika Rina berikan jawapan lanjut dari perkara itu...pasti bayangan peristiwa itu akan muncul satu persatu...biarkan kabur, namun semua itu àkan jelas...

" Tania...Tania gugurkan kandungan!" Walaupun amat payah tapi Rina berjaya membuatkan Johan terkejut dalam wajah yang tidak percaya...

" Apa.............Tania..Tak mungkin Rina!" Beberapa kali tangan di  wajahnya diraup..Johan masih tidak percaya dengan apa yang Baru berlaku..." Tania takkan lakukan perkara sekeji itu...Tak mungkin!" Wajah Johan telah Merah dengan menahan segala perasaan dalaman yang telah berkeceramuk...

" Saya Ada bukti lain Johan....Dan bukti ini Saya takut awak akan lebih tidak terima..." Satu lagi keping gambar dikeluarkan Rina Dan kelihatan Tania Dan Matthew saling berpandangan...
Tanpa menunggu perubahan dari wajah Johan...Rina meneruskan penerangan kepada Johan....

" Saya dah siasat tentang perkara ini Johan, dengan maklumat lanjut. Matthew adalah Salah seorang Doktor menyelaras Dan Doktor yang merawat Tania waktu dia gugurkan kandungan dulu...Saya masih siasat Anak itu Anak siapa...tapi kalau dari gambar ini Dan perkenalan Tania Dan Matthew...awak Rasa hubungan mereka berdua lebih sebagai apa!"

Kata - kata Rina memberikan tamparan yang hebat kepada Johan...Kepala Johan berpusing bersama kesakitan untuk dia ingatkan sesuatu....bayangan seorang perempuan Dan seorang lelaki sedang berasmara jelas dalam bayangan di fikiran Johan..

Dia dapat gambaran penuh bagaimana dia menangkap pasangan itu sedang melepaskan nafsu masing - masing di rumah di tepi tasik...kehadiran dia tidak disedari Dan dia  melihat segalanya, sehingga perkara mengaibkan itu berakhir....

" Jadi Anak itu bukan Anak dia....Dan Tania rahsiakan semua Hal dari dia disebabkan Hal ini....Siapa lagi perempuan dari zaman silam dia....kalau bukan Tania...? Matthew.....Mathhew dah lama kenal dengan dia Dan Tania.....? semuanya dirasakan Johan tidak Masuk akal....

" Tania.....! Curang!" Walaupun bayangan wanita itu tidak jelas....tapi siapa lagi kalau bukan Tania...Jadi itu yang dirasakan oleh Tania selama ini, begitu juga dengan Matthew...Kisah mereka berdua..Namun Johan masih belum pasti siapa kekasih Tania...

" Johan awak okay!" Rina berwajah cuak bila Johan tiba - tiba sakit kepala...Terpaksa dia membawa Johan di ruangan menunggu direstoran..Setelah keadaan Johan kembali tenang Dan lelaki itu hanya mendiamkan diri..barulah Rina dapatkan Johan...

" Johan kalau awak belum bersedia Kita Cuba lain Kali.....!" Rina Cuba memujuk, ternyata dia juga cuak dengan apa yang tidak terjangka berlaku pada Johan...

" Jangan Rina....Saya nak lihat semua itu Hari ini.....bayangan Tania Dan hidup Saya semakin jelas...Saya mahu tahu apa lagi yang dia ingin sembunyikan..."

Melihatkan reaksi Johan, Rina semakin boleh tersenyum melebar...Hari untuk Tania tamatkan bahagia semakin dekat...Tidak sia - sia usaha dirinya masih menaruh harapan yang tinggi  pada Johan..

" Kalau awak dah Katakan begitu, Kita akan teruskan Johan....untuk awak pulih seperti sebelum ini....Saya akan sentiasa berada disisi awak..." Senyuman Rina semakin mekar Dan Jelas..misinya hampir berjaya....Dan peluang mendapatkan Johan semakin Besar..

Bersambung.......??????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience