98

Romance Completed 78127

" Apa .....? Awak nak Cari Budak Tak guna tu...Huhh!" Aminah mengeluh bersama jelingan yang tajam kearah Johari..

" Apa yang awak bencikan sangat dengan Tania? Apa yang awak Tak puas hati? Lagi satu Aminah, awak jangan ingat Saya Tak tahu apa yang jadi sebelum ini?"
Bicara Johari penuh bermakna dan Mempunyai maksud tersendiri yang dia faham, dan dia juga berharap Aminah faham bicara yang bersama dengan arahan...

" Apa yang jadi?" Aminah masih tidak mahu menurunkan egonya...dalam keadaan panas, Johari meninggalkan dia tadi....Dan bicara berbaur amaran...Aminah tidak gentar dia sebaliknya Makin menunjukkan sikap enggan bekerjasama, malah menunjukkan jelas pada Johari, segala yang berlaku bukan dari kesalahan diri dia sendiri tapi dalam fikiran Aminah dia tetap salahkan Tania menjadi punca utama keretakan hubungan dia Dan Johan....
walaupun dia tahu semasa Johan bersama Johanna, dia juga telah mereka plan lain untuk rancangan hidupnya berjaya..

" Awak tahu apa yang jadi Dan Kali ini....Jika perkara yang sama berlaku lagi , Saya akan halang semua Dan Saya takkan teragak - agak untuk ambil tindakan Kali ini bagi menyelamatkan keadaan...Bagi sesiapa menghalang, jangan salahkan Saya  jika orang yang melakukan ini semua terima balasan..

Bila bicara terakhir Johari keluar, jelingan mata Johari menusuk ke pandangan mata Aminah...Belum pernah Aminah melihat Johari seserius itu, sepanjang mereka bersama Johari lebih banyak memencilkan diri dalam mencampuri urusan Aminah...Tapi kali ini bicara Johari yang tegas dengan pandangan Mata tajam bersama wajah yang diseriuskan, buatkan Aminah tidak dapat bernafas..

Terasa darah di Tubuhnya gagal mengalir dengan laju seperti kebiasaan, kesejukan tiba - tiba meresap ke dalam tukang temulang Aminah....dia dapat rasakan Kali ini jika dia melepasi sempadan, dia àkan menerima balasan...balasan yang setimpal dengan setiap perbuatannya...

" Jjjjjoahari.....Johari!" Aminah masih termangu Dan termenung...Entah kenapa berat untuk mulutnya membalas..

Johari telah hilang sekali lagi dari pandangan mata..membuatkan keluhan Aminah semakin berat untuk mengejar...Entah kenapa bicara Johari tadi semakin terngiang - ngiang di pendengaran telinga...Dia tidak sangka dia àkan dikejutkan dengan ketakutan pada Aura suaminya, Aura dari seorang lelaki yang begitu sayangkan dia dulu..

" Apa perkembangan Johan Hari ini?"
Jonathan kembali mendapatkan Matthew, sebentar tadi dia Baru menenangkan fikirannya..Walaupun waktu ini dia sedang bersarang dengan tanda Tanya mengenai Johan, namun Jonathan pasrah setiap yang terjadi mungkin memberikan maksud yang sesuatu...mungkin apa yang terjadi untuk menguji Johan untuk cucunya semakin menjadi matang...

Biarpun bukan mudah ujian Kali ini untuk dihadapi Johan, namun ifu semua adalah perjalanan hidup Johan sebelum dia berjaya dengan semua ujian..

" Tiada banyak perkembangan yang Saya boleh bagi pada  Datuk untuk Hari ini, nampaknya Johan seperti tiada apa - apa masalah dari segi kesihatan...cuma Minda dia yang Tak mampu untuk dia kembali....mungkin Johan masih dalam fikiran dia sendiri...Saya masih menyiasat apa yang berlaku!"
Matthew juga tidak boleh buat apa - apa...Jika Johan mahu pulih, dia perlu Bantu dirinya sendiri untuk sedar...

" Tiada Cara lain Matthew?"
Kerisauan Jonathan berlanjutan dengan semua yang terjadi...dia telah mengerakkan segala usaha untuk mencari Tania, namun masih belum berhasil..Jejak Tania seakan hilang....dengan pengaruh dia juga masih tidak berjaya.. Tania seakan hilang di dalam dunia..

Jonathan kuat merasakan Ada seseorang yang menjadi halangan untuk dia mencari Tania....seperti segalanya tentang Tania dirahsiakan dan Tania hilang tanpa jejak...

" Tuan Munshi, Hari ini Kita dapat kesan lagi maklumat Cik Tania cuba diceroboh masuk, kali ini pangkalan data lokasi  dimana Cik Tania berada disiasat. Mereka mencari maklumat di mana negara Cik Tania terakhir dilihat...dari pemerhatian kami, Kali ini penjejak Mempunyai data yang canggih dan menggunakan teknologi terkini...."

" Jadi ?" Munshi memotong percakapan pembantu yang melaporkan kejadian ifu kepada dia, Dan dia memberikan sepenuh perhatian dari segala riak reaksi pembantunya...segala yang berkaitan dengan Tania dianggap penting oleh Munshi...dia tidak àkan biarkan Tania dijejak oleh sesiapa dengan keadaan Tania sekarang....

Jika Tania memilih untuk memunculkan diri sedikit Masa nanti....dia tiada halangan...semua pilihan terletak ditangan Tania sendiri..

" Kami berjaya pintas...Dan usaha pengodam itu setakat ini masih belum berhasil, namun Kita masih belum sepenuhnya boleh beroperasi disebabkan kemusnahan yang dilakukan oleh pengodam...Orang - orang Kita sedang memperbaiki sistem sedia Ada...tapi....."
Kelihatan jelas pada pandangan Munshi, pembantu yang dikenali sebagai Hanif itu menundukkan wajah, dia adalah Pengodam Utama yang berjaya digaji oleh Munshi untuk menguruskan berkenaan maklumat berhubung teknologi..Hanif sangat membantu berhubung maklumat berkenaan teknologi untuk Syarikat milik Munshi lebih berkembang..

Dengan perusahaan yang melibatkan dunia, Munshi Dan Datuk Megat tidak dapat mengelak dari terlibat sama dalam isu maklumat Syarikat dicuri oleh pengodam asing untuk membuatkan kejatuhan Syarikat pesaing - pesaing..

" Jadi...?" Kening Munshi berkerut dengan dia menatap Habis dengan tepat..

" Jika pengodam - pengodam tadi kembali dalam Masa 24 jam sebelum sistem Kita benar - benar pulih...Saya takut...jika team Kita Tak dapat bertahan....." Hanif ingat lagi, Baru beberapa minit lalu mereka masih dikejutkan dengan pengodam yang telah dapat memusnahkan hampir 20% dinding pelindung yang dicipta mereka sebelum ini...

Mengikut perkiraan Hanif jika perkara itu berlanjutan, bukan sahaja maklumat Tania yang àkan terdedah...dia takut maklumat Syarikat yang dilindungi selama ini juga  mungkin terdedah...dia sendiri tidak faham kenapa pengodam yang sedang berlawanan dengan mereka tidak berhenti - henti ingin mengodam pelindung di maklumat itu, pelindung maklumat yang menempatkan tentang Tania...

Sedangkan banyak maklumat lain yang lebih penting....Dan jika benar seperti firasat seperti yang difikirkan Munshi...

" Kita cari jalan lain, Saya Tak mahu maklumat tentang Tania terdedah!"
Firasat Munshi  kuat mengatakan semua yang berlaku disebabkan Ada seseorang yang ingin menemui dimana Tania....dia tahu apa yang terjadi, jadi dia buat sesuatu untuk semua maklumat Tania dipadamkan.. Tania tidak àkan ditemui selagi Tania yang memberi keizinan...

" Kita perlu lakukan sesuatu, tapi Kali ini dinding pelindung yang àkan Kita pasang adalah yang Paling kukuh dan terkini dalam sejarah...sistem itu belum dibangunkan sepenuhnya Dan masih dalam kajian, tapi itu adalah Cara terakhir Encik Munshi!"
Hanif kelihatan gelisah...Kuat fikiran Hanif, beberapa jam lagi dari sekarang semua pengodam- pengodam profesional àkan sekali lagi menganggu mereka..Jika dinding maklumat mereka tidak dijaga dengan baik, nescaya risiko maklumat Itu terbocor àkan tinggi..

" Apa yang  perlu tunggu lagi, lakukan sekarang..Bina benteng pertahanan itu kukuh Dan jangan biarkan musuh - musuh Kita berjaya mendapatkan maklumat di mana Tania, dan jadikan Tania berada di beberapa buah negara...Sampai bila - bila pun biarkan mereka tidak àkan  menemui Tania!"

" Tuan, jika dinding Keselamatan  terakhir itu dipasang...Saya takut bukan sahaja maklumat berkenaan Tania sahaja yang akan terdedah jika Kita gagal....tapi maklumat Syarikat juga àkan jatuh pada tangan yang salah!"
Hanif bertegas pada Munshi untuk menyelamatkan Syarikat, maklumat berkenaan Tania perlu dilepaskan...risiko itu lebih ringan dirasakan Hanif jika rancangan itu tidak berjaya...dari sebaliknya..

" Berapa peratus jika Keselamatan itu dipasang...Impak pada Syarikat?" Munshi masih belum memikirkan kata putus..banyak risiko yang perlu ditanggung jika maklumat Syarikat terdedah..

" 85% àkan berjaya....Dan jika berjaya sepenuhnya Kita hanya perlukan 6 jam untuk stabilkan sistem sebelum semuanya teratur Dan segalanya dijamin..Semasa pengujian hanya 5% sahaja yang berjaya memasuki sistem Kita, dengan kejayaan pengodam 20 %. Selebihnya Kita berjaya patahkan" Hanif berterus terang..

" Jadi masih berbaki 15%? yang akan berjaya jika Masa 6 jam itu dipasang sepenuhnya?" Munshi berkira- kira, segala kemungkinan perlu difikirkan..Hal itu bukan sahaja melibatkan Tania kini, namun melibatkan Tania, maklumat yang telah dinyahkan Munshi dari dunia...Dengan kata lain , Tania tidak wujud.Tania hanya berada di negara yang dia berada kini, namun maklumat Tania diluar sebenarnya tiada..

" Ya Tuan!"

" Teruskan.....Segalanya Saya àkan tanggung nanti!" Munshi telah mengambil keputusan, segala yang terjadi dia àkan tanggung sendiri tanpa melibatkan Tania..Namun Besar di sudut hati Munshi, mereka akan mendapat kejayaan dengan maklumat tetap dirahsiakan..

" Kenapa muka engkau pucat?"
Dengan segera tangan Jila menyentuh dahi Tania, takut jika kesihatan Tania terdapat masalah..

" Aku Tak cukup tidur semalam, hati aku Rasa Tak sedap...Macam Ada yang terjadi sesuatu yang buruk..Aku pun Tak tahu apa yang aku fikir!" Tania mengigitkan bibir, perasaan semalam hingga Hari ini dia menjadi gelisah..bagaikan Ada sesuatu yang tidak kena...Tidak banyak orang yang dia kenali disitu, hanya Jila dan Munshi..Kedua- duanya sihat, begitu juga dengan Datuk Megat...tapi siapa yang menganggu fikirannya..

" Engkau ingatkan Johan!" Cepat Jila menjawab sambil memandang Tania serius, reaksi wajah Tania jelas..

" Tidak! Buat apa aku nak ingatkan dia, buang Masa aku."
Jelas difikiran Tania dia tidak memikirkan lagi tentang Johan. Lelaki itu telah menemui kebahagian, Kali terakhir dia menemui Johan, itulah Kali terakhir Tania membukakan hatinya..Selepas berpisah pintu hati Tania ditutup buat selama- lamanya dengan hilangnya  bayangan Johan dari pandangan mata Tania..

" Semalam bukan Johan berkahwin Tania? Walau Macam Mana engkau nak lari dari perkara itu, perkara itu engkau Tak boleh ubah. Johan tetap suami engkau Dan Ayah Anak dalam kandungan ini, manakala pasangan Johan, Rina..dia sahabat Kita dulu...Walaupun engkau nafikan, jalinan itu tetap ganggu engkau sedikit sebanyak Tania...

Aku Tak bermaksud nak buatkan engkau tekanan dengan masalah ini..Tapi engkau kena redha perkara ini, Dan kalau engkau Tak berdaya untuk hadapi semua ini, bahu aku Ada untuk engkau Tania.."
Bicara Jila lembut dia tidak mahu Tania terasa hati dengan segala yang dia Katakan ..Semuanya benar Dan telah terjadi, mungkin sekarang Rina tengah bahagia dengan Joha ..Manakala Tania sendiri, kerana disebabkan itu Jila temankan Tania disini untuk elakkan emosi Tania terganggu..

" Jila aku Tak penah fikirkan pasal Hal itu..mungkin aku penat sebab bayi dalam kandungan ini, bukan pasal Johan."
Tania berkeras, dia tidak mahu lagi dikaitkan dengan Johan lagi, apa yang dia mahukan hidup jauh dari Johan...yang difikirkan Masa depan Tania bersama anaknya..itu yang Paling utama..

" Tania aku nak yang terbaik untuk bayi ini Dan engkau satu - satunya sahabat aku..Setiap yang engkau kata aku percaya " Jila menganggukkan wajah bersetuju, sementara Tania yang mendengar terasa lega...

" Mari Kita Cari Rina." Aminah memandang kearah Johari, dilihat Johari sedang lakukan sesuatu Dan sibuk dengan telefon di tangan..

" Untuk apa?" Panggilan dihentikan dan dia mendapatkan Aminah, isterinya..Topik berkenaan Rina menjadi fokus mereka berdua dalam perbualan..

" Sembuhkan Johan, itu pun awak Tak boleh fikir? Look! awak lihat apa yang jadi,  Johan koma disebabkan apa? Ini semua salah Daddy ..kalau Jonathan Tak masuk campur dalam Hal itu, Tak bawa Johan lari dari Majlis itu, semua ini takkan berlaku..Johan Tak mungkin koma!Rina sahaja yang boleh sembuhkan Johan untuk ingat kembali siapa dia'

Segala kata - kata dari Aminah, Ada Kebenarannya..tapi masih Ada sesuatu yang menganggu Johari....Tania..dia juga harus mencari Tania sesegera mungkin.
Walau sesusah Mana pun dia harus berusaha..

" Saya Tak bangkang segala idea awak ifu Aminah, semuanya berkemungkinan untuk sembuhkan Johan..Awak tahu berapa lama sahaja Masa yang tinggal untuk Cari Tania..Dan Rina Kita àkan bawa mereka berdua berjumpa Johan...Berharap Johan àkan sedar."

" Hmmmmmm!" Sebaik sahaja mama Tania dibicarakan oleh Johari.Mood Aminah berubah, entah kenapa sebaris nama itu begitu dibenci Dan dianti sekarang...

Namun Rina...kehadiran Rina yang àkan kembali bersama - sama menghadap Johan adalah satu perkara yang menerujakan Aminah...Susuk tubuh Rina, kerjaya... perwatakan Rina..rasanya dia tidak àkan bersusah payah untuk mempengaruhi Rina untuk bersengkokol dengannya nanti....Ada plan yang perlu mereka berdua bincangkan, dengan harapan musuh mereka berdua yang merupakan orang yang sama pasti mendapat pembalasan sedikit Masa lagi...

Tania hadir disebuah restoran yang pernah dia bekerja dulu, dia sangat mengidamkan sesuatu yang berada disini...dilihat kemeriahan dan kedamaian disitu, jiwa Tania menjadi tenang sebelum Tania dikejutkan dengan kehadiran seseoarang..

" Ayah!"
Tania tergamam melihat Johari, kening berkerut melihat kehadiran Johari dihadapannya...Sedangkan tidak sepatutnya mereka berjumpa disitu..Tapi bila difikirkan kembali, Johari disitu bagi menghadiri perkahwinan Johan bersama Rina, jadi tiada yang mustahil..

" Boleh Ayah duduk?" Johari menunggu dan jelas dipandangan matanya keadaan Tania yang sarat...segera fikiran Johari dapat menangkap kenapa Jonathan mengambil keputusan untuk membatalkan pernikahan yang berlalu beberapa Hari lalu.. semuanya bersebab, Dan Johari tidak pernah membantah segala keputusan dari bapa mentuanya...dia tahu Jonathan jelas dengan dunia..

" Tannnnia....Tania....Ayah..duduklah." Bila dilihat Tania tiada kelibat Aminah disisi Johari, dia Menarik nafas lega...Sekurang - kurangnya dia boleh bernafas dengan baik, memikirkan tentang kelakuan Aminah dulu kepadanya Dan kekejaman Aminah, Tania mahu mengelak menjauh dari berjumpa dan bertentang mata dengan orang - orang yang membencinya...Pengalaman hidup begitu memenatkan Dan dipenuhi kebencian, hidup dirasakan Tania merana..

" Ayah minta maaf pasal semua!"
Tangan Johari Menarik kerusi dan dengan tenang tubuh didudukkan di atas kerusi. Dia perlu sehabis tenang berhadapan dengan Tania..

Melihatkan keadaan Tania, dia semakin Tak tahu apa yang telah  terjadi pada kehidupan Johan sebelum ini...Dia hanya mendapat arahan dari Jonathan untuk mencari Tania disini, dan Tania perlu dibawa segera bertemu dengan Johan...

Mujur segalanya dipermudahkan...

Tania tergamam..Lelaki yang dipanggil Ayah itu menunduk melihat kearahnya, membuatkan Tania tidak fahami sesuatu..."Untuk apa?"
" Kenapa Ayah minta maaf pada Tania? Ayah Tak Ada salah!" Perlahan - lahan Tania bicara, dia tidak mahu menganggu emosi Johari, dan dia mahu perbualan mereka berdua ditamatkan segera....segalanya tentang Johan telah dibuang, dia tidak mahu lagi diungkit untuk perkara yang menyedihkan.. tiada apa yang perlu dikesalkan lagi..

" Tania dah berapa bulan?"
Johari tahu, jelas dipandangan mata lelakinya, Tania cuba  menyorokkan perutnya, namun perkara itu tidak boleh dirahsiakan lagi, Johari telah melihat semuanya...Namun yang dia tidak faham, bila Johan dan Tania tinggal bersama Dan berjumpa....Kali terkahir dia tinggalkan Johan, Tania masih gagal dihubungi kerana peristiwa silam diantara Johan Dan Tania...

" Lagi Dua bulan!" Tania tersenyum, jawapan pendek yang diberikan kepada Johari..dia Tak mahu perbualan diteruskan dan dia cuba mengundurkan diri....jika lebih lama, dia takut segalanya tentang dia àkan diketahui oleh seseorang..
" Tania terpaksa pergi Ayah, Tania Tak boleh lama disini, Tania Ada urusan lain."
Baru Tania Cuba untuk bangun, tangan Johari memegang tangannya lembut...sentuhan yang membuatkan Tania tersentap Dan tergamam...

Sepanjang Tania menjadi isteri kepada Johan, hanya Johari Dan Datuk Jonathan yang melayan dia selayaknya..

Johari dengan kelembutan seorang Ayah...walaupun layanan Johari lembut, namun Masa mereka berdua sangat jarang, hanya beberapa Kali sahaja mereka berdua ditemukan..Dan setiap Kali pertemuan Johari dirasakan Tania ikhlas..

" Ayah!" Tania berpaling, dia dapat rasakan Ada sesuatu yang menganggu Johari..Melihatkan wajahnya yang sugul dan bersedih, Tania tidak sampai hati untuk mengahmpakan Johari...perasaan Tania sukar...dia Cuba bertindak kejam dengan tidak mempeduli, namun jelas di sanubarinya mengatakan, Johari tidak salah dengan semua yang berlaku diantara dia dan Johan..
Tania kembali duduk dihadapan Johari, dengan pegangan  Tania Pula yang memegang dan seakan memberikan kejutan kepada Ayah mentuanya..

" Tania, Ayah nak  minta tolong Tania Kali ini...pasal Johan Ayah dah lama Cari Tania, syukur Kita dapat jumpa Hari ini!"
Kesedihan Johari tidak dapat dibendung, dengan kedua - Dua tangannya dia meraup  wajah yang dalam kesedihan, dia ingat dengan tidak menjumpai Tania lagi beberapa Hari sebelum ini, harapan untuk Johan kembali sembuh tipis ..dia Tak sangka Hari ini segalanya dipermudahkan..

" Ayah nak Tania tolong apa?" bila nama Johan disebut, tubuh Tania bergetar...apa yang jadi pada Johan...takkan selama beberapa Hari perasaan hati Tania tidak sedap disebabkan Johan?"

" Johan koma Tania, tolong jumpa dia, itu sahaja harapan terakhhir Tania..?" Keluhan berat dikeluarkan Johari bila perkara itu diluahkan....dia hanya Berharap dengan bantuan Tania, Johan boleh kembali sembuh....kuat hati Johari mengatakan Johan àkan sembuh dengan keadaan Tania yang kini berbadan Dua..

Tania berdiri...sesuatu yang mengejutkan berlaku...kenapa dia yang dipanggil untuk menemui Johan sedangkan Johan telah beristeri Baru...Mana Rina? Sakit dihatinya masih belum sembuh, Jika Rina yang sangat diinginkan Johan.Jadi tiada masalah untuk Tania tunaikan permintaan Johan...Dia Dan Johan sudah tidak Ada kena mengena...Tania telah buat keputusan..

" Maaf Daddy, berkaitan Johan Tania rasa Tania tiada hak untuk campur tangan lagi...Johan sudah beristeri dan kami berdua  yang pilih jalan ini...Selepas bersalin Tania dah buat keputusan, kami berdua telah bersetuju untuk berpisah."
Tania nekad...

" Tania.. semua yang jadi salah faham, Johan belum bernikah dengan Rina, Majlis dibatalkan..Daddy yang batalkkan Majlis itu pada mulanya, tapi Datuk  Jonathan, dia bawa Johan pergi!"

Mereka berdua tak jadi berkahwin!" Johari berterus terang dengan segala yang jadi, dia tidak mahu lagi Tania salah faham...Mendengarkan sahaja Tania telah mengambil keputusan untuk berpisah membuatkan perasaan tenang dalam diri Johari berkocak hebat....dengan keadaan Tania yang sedang mengandungkan zuriat keturunan mereka, entah apa yang pernah dilalui Tania, hingga jalan itu dipilih...

" Tak jadi ?....Tania terkejut! .....Jadi Datuk Bawa Johan pergi kemana?" Perasaan Tania takut...takut sesuatu yang buruk terjadi kepada Johan...segala kata - kata Matthew terngiang - nigiang ditelinga Tania...namun perasaan marah dalam diri Tania masih berbisa dengan sikap Johan dulu...dia masih dalam dilema untuk memilih membuat keputusan..

" Tania Johan jika dia tidak sedar dalam tempoh Seminggu.....Johan àkan selamanya tidur dalam hidup dia....Dia takkan bangun  lagi Dan pulih!'
Bicara Johari menyesakkan pernafasan Tania, Inilah perkara yang Paling dia takuti dulu....dia pernah diberikan amaran oleh Matthew..Segalanya telah Cuba dielak untuk Johan menerima tekanan yang àkan memberikan kesan kepada pemikiran lelaki itu nanti....Dan nampaknya perkara itu tidak berjaya..

" Apa yang sebenarnya berlaku Ayah? Macam mana boleh berada dalam keadaan itu. Apa penyebabnya?" Tubuh dirasakan Tania benar - benar lemah dengan mendapat berita tentang keadaan Johan sekarang.....dia Cuba untuk bangkit selepas dikecewakan dengan kehilangan Kepercayaan Johan kepadanya..

Dia dibuang Dan ditinggalkan dalam merahsiakan sesuatu untuk kebaikan Johan, Masa depan lelaki yang dicinta...

Bila dia Mula terbiasa melepaskan Johan untuk pergi Dan bahagia, meninggalkan sejarah Hitam mereka berdua untuk sebuah dunia Baru....Kini sekali lagi mereka berdua diuji...

" Tolong Tania selamatkan Johan, sekurang - kurangnya Kita berusaha untuk dia kembali!" Johari memegang Tangan Tania erat seperti meminta simpati...Sedangkan Tania, hatinya masih berbelah bahagi untuk membantu Keluarga itu lagi..

" Kenapa Tak Cari Rina?" Akhirnya soalan itu ditanya untuk perkara itu jelas di dalam fikiran Tania..

" Dia juga àkan berada disana Tania...segala usaha untuk Johan kembali sembuh sedang diusahakan termasuk Jonathan bawakan semua kenalan Johan untuk dia sedar...." Johari telah mampu tersenyum nipis bila dilihat Tania Mula memberikan kerjasama..

" Ayah, Macam Mana kalau Tania Tak dapat bantu untuk Johan kembali....Tania tiada kekuatan untuk jumpa Johan...Lihat Johan dalam keadaan itu....semuanya Tania mahu elak dari Hal itu terjadi." Tania menanggis, dari kejadian itu Mula dimaklumkan dia telah sebak dengan segala yang berlaku pada Johan.. dia bencikan Johan dengan semua yang terjadi tapi dalam memujuk hati sendiri dia tahu, semua yang terjadi kerana Johan tidak dapat memulihkan kembali ingatan  di memorinya..Dan disebabkan itu Johan diepermainkan dengan situasi...

" Kita Tak Ada Masa untuk fikirkan itu semua Tania...Johan sudah tiada Masa. Matthew dah terangkan semua, dimana Johan hanya tinggal beberapa lagi sahaja sebelum semua peluang untuk Johan pulih berakhir.....Tolong Tania, Ayah merayu....selamatkan Johan!'

Linangan Air mata Johari yang menitis membuatkan Tania serba salah....dia Cuba sehabis baik untuk buat keputusan terbaik...dia mengandung zuriat Johan dan  sedang sarat....

Jika dia kesana, adakah dia àkan selamat...Dan dia pasti tidak  àkan terjadi lagi bahaya yang àkan berlaku  pada kandungannya,

sedangkan  Tania tahu bahaya sebenar...Aminah tentu sahaja berada disisi Johan...Dan Juga Rina..... Majlis perkahwinan yang tidak berlangsung bersama Johan....
Adakah dia berdendam.?

Semuanya difikirkan Tania dengan tenang..
Mereka semua masih tidak tahu apa yang terjadi kepada Tubuhnya...Jika mereka tahu, dengan sejarah Aminah.... sanggupkah Tania menghadapi kehilangan sekali lagi dengan merisikokan dirinya Dan bayi kepada bahaya..

Bersambung....?????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience