46

Romance Completed 78127

Ethan! Dari wajah pucat lelaki itu Tania dapat rasakan Ada sesuatu yang dilakukan oleh dirinya telah menjadikan satu kesalahan Besar..

" Ethan apa yang Salah?" Sekali lagi Tania bertanya bila Ethan tidak menunjukkan sebarang reaksi..

Johan mengerutkan kening bila sesuatu berjaya Menarik perhatian matanya..Tanpa menghiraukan segala percakapan Aminah..Johan berlari mendapatkan Pengurus Pulau yang Baru sahaja dimarahi sebentar tadi..

Setelah terlihat kelibat lelaki itu ditepi kolam, Johan berlari Anak dengan segera.Ada sesuatu yang menganggu fikirannya..Kehilangan Tania...Dan jawapan bagi kehilangan itu..

" Hei, hei dalam beberapa jarak Johan telah berada dihadapan lelaki itu..

" Sir John...? Yes..! Lelaki itu kelihatan gugap dengan kehadiran Johan di hadapannya yang merenungnya tajam..

" Kapal dekat tengah lautan itu, siapa Ada disitu?" Tanpa menunggu Johan telah memulakan persoalan yang bersarang kuat difikiran..

" Kapal?" Pengurus tercengang dengan soalan spontan dari Johan..

" Yes! Apa kapal tu buat dekat situ Dan siapa yang berada disana?" Darah Johan semakin menyirap dengan kelakuan alpa dari Pengurus Pulau..

" Ermmm, kalau kapal dekat tengah lautan itu, maksud Sir John...memang Tak Ada siapa - siapa..Kapal tu Kita àkan guna untuk aktiviti esok sebelum Kita semua pulang..Lagipun itu rutin aktiviti Club yang terakhir. Seperti peraturan sebelum ini...

" Sediakan bot Malam ini!"

Tanpa menunggu Pengurus Pulau menghabiskan kata Johan telah mencantas percakapan Pengurus yang masih Blur dengan segala yang Baru terjadi..

" Maksud Sir John....???

" Sediakan Bot Dan Saya akan kesana ? Satu lagi, kerahkan orang - orang awak untuk ikut Saya sekali... Bicara Johan tegas dalam nada yang meninggi...Sejak kehilangan Tania, kemarahan nya memang tidak dapat dikawal..Ini adalah Hari pertama Tania hilang dalam kawalan Mata diri Johan Dan orang - orangnya..

Itu adalah sesuatu yang buruk dalam sejarah hidup Johan..lebih - lebih lagi bila Tania adalah seseorang yang penting..

" Tania, Aku harap engkau Ada disitu....!"

Johan menyarungkan Jaket Kulit Hitam ketubuh..Beberapa orang pembantu telah menuruti Johan kearah Bot kecil..

Aminah Dan Joanna Hanya menjadi pemerhati dalam kejadian itu...Sebelum berangkat Joanna ingin memeluk Johan, namun tanpa sebarang riak Johan mengundurkan diri Dan segera turun ke jeti tanpa memandang kearah Joanna..

Joanna hanya kaku di tempat dia menunggu..dia dapat rasakan Johan semakin akan menghilang dalam hidup nya sedikit Demi sedikit...
Dari riak wajah Dan Mata Johan, dia dapat rasakan Johan begitu risau akan kehilangan isterinya, Tania..

" Adakah...Tania itu begitu berbaloi Johan!" Sambil mengigit bibir kecilnya, Joanna hanya melihat tubuh Badan Johan menghilang dalam kegelapan Malam meredah lautan yang dalam..

" Joanna.. jangan putus asa disebabkan Hal ini..Kita Tak pasti apa yang menunggu Johan di kapal itu!" Aminah senyum sinis sambil memberikan pandangan yang jauh kearah lautan..

" Mommy...? Joanna masih Ada peluang dengan Johan!" Satu persatu air Mata Joanna mengalir..melihatkan pemergian Johan meredah Lautan mencari seseorang yang bukan dirinya..buatkan Joanna sebak..

Kenapa dulu Johan tidak berkelakuan begini pada dia..Kenapa sekarang lelaki itu berubah.. Joanna merebahkan kepalanya di bahu Aminah, menandakan dia amat bersedih..

" Mommy Tak sabar menunggu, apa yang akan Johan dapat lihat..lebih - lebih lagi perkara yang Johan akan ketahui melibatkan Tania.." tangan Aminah membelai Joanna yang menyandarkan kepala dibahunya..

" Mommy, kenapa dengan Tania?"
Joanna Cuba memahami maksud Aminah dengan memberikan pandangan yang tajam kepada wanita itu...dia berharap segala yang dikatakan Aminah tidak sia - sia..

" Kamu Rasa kalau Johan jumpa Tania dekat kapal itu, apa pendapat Johan tentang Tania?"

" Pendapat Johan tentang Tania? Maksud Mommy?" Joanna tercengang, fikirannya tidak dapat memahami maksud sebenar soalan Aminah..

" Pendapat Johan tentang Tania itu perkara kedua Joanna...tapi perkara pertama yang menganggu fikiran Mommy, siapa yang tolong Tania untuk sampai ke Kapal itu...perjalanan untuk ke kapal itu jauh..Kamu Rasa bagaimana?" Senyuman Aminah semakin lebar..

" Tania Dan kapal itu....? Tapi siapa.....! Joanna melopong Dan segera menekup kembali mulutnya..." Maksud Mommy Ada lelaki yang tolong Tania..? Memang takkan Ada perempuan yang berani untuk keseberang Sana Mommy..Lebih - lebih lagi  gadis - gadis Dan wanita dalam Club ini.." Joanna semakin teruja bila jawapan pada soalan tadi semakin dekat difikiran Joanna..

Kali ini Tania takkan lagi terlepas..Dia masih ingat lagi bagaimana kemarahan Johan pada dirinya bila isu pasal lelaki dibangkitkan..Johan bagaikan seorang Alpha bila melibatkan perempuan yang menjadi miliknya..

" Jadi kamu akan Ada peluang Joanna.Daripada kamu bersedih,lebih baik kamu rapikan diri Dan tunggu Johan Cari kamu nanti!" Aminah berbisik memberikan Semangat..

" Mommy àkan Bantu Joanna Kali ini?"

Aminah hanya tersenyum dengan penuh bermakna..Senyuman Aminah memberikan jawapan jelas pada Joanna..

Tanpa mempedulikan pertanyaan Tania, Ethan segera kearah suis lampu Dan segera  segera menutup kembali lampu dibahagian lain kapal..dalam.sekelip Mata suasana kembali bergelap..

Dalam situasi begitu Tania semakin cuak Dan takut dengan sikap Ethan...

" Ethan!"

" Shhhhhhhhhh!". Ethan menunjukkan isyarat agar berdiam..

Wajah Tania terus - terusan pucat, bagaikan Ada sesuatu yang tak kena dengan Hal tadi..

Ethan datang kearah Tania dalam keadaan yang berhati - hati." Sebentar lagi ...atau Saya pun Tak pasti Tania, tapi kelakuan awak tadi buatkan Kita dalam bahaya.

" Apa yang Saya buat sampai keadaan Kita dalam bahaya Ethan?" Sehabis baik Tania cuba perlahankan suara untuk memastikan tiada apa lagi yang berlaku yang membolehkan mereka berdua selamat..

" Awak buka lampu kapal ini....Saya takut Ada orang yang lihat lampu dari kapal ini.Awak pun tahu peraturan Pulau ini, Dan Keselamatan pulau ini..kalau mereka tahu Kita berdua Ada disini..bersembunyi!"

" Ethan Maaf Saya Tak tahu...Saya cuma teruja sebentar tadi...tangan Tania telah mengigil..

" Lagipun Tania ..Kita berdua..Dan jika Ada yang tahu Kita disini, macam Mana dengan Johan!" Ethan memberikan pandangan keluar dari dinding kapal..Matanya terarah melihat kearah Cermin dinding yang terdapat disitu..

" Johan....lupakan pasal Johan àkan jumpa Kita dekat sini..cuma fikirkan orang lain, pihak Keslematan pulau..Kalau mereka jumpa Kita, apa yang menanti Kita Ethan?" Dalam keadaan yang sukar, Tania dapat rasakan kemarahan Johan jika mereka berdua ditangkap dikapal itu..

Tapi jauh disudut hati Tania, dia mahu perkara itu berakhir..Tanggapan Johan Dan kemarahan Johan dibuang ketepi..dalam situasi begitu Baru Tania tersedar ketelanjuran diri akibat siang tadi..membawanya kepada masalah Malam ini..

" Saya Tak sepatutnya gagal mengawal perasaan Saya tadi Ethan..kalau Tak, awak Dan Saya Tak akan terperangkap dalam situasi ini..awak takkan dapat kesusahan macam ini..

" Benda dah terjadi Tania..lagipun tadi siang, awak teruk sangat melayan perasaan awak itu...Saya Tak sampai hati tinggalkan awak.Saya Rasa awak macam dibuli."

" Hei!"...Tania kembali tersenyum..Nampak sangat Saya dibuli Ethan..Saya tahu perkara itu, tapi Saya Tak boleh buat apa - apa..Salah Saya sebab Masuk dalam dunia ini..Tapi awak mesti percaya tentang takdir..Setiap Kali pemilihan dibuat dalam hidup Saya..itu bukan pilihan Saya, tapi takdir yang ditentukan..

" Termasuk Malam ini..awak nak kata itu takdir?" Ethan tersenyum senang dengan luahan Tania..

" Malam ini...dengan awak Ethan, itu pilihan Saya..Jika sesuatu terjadi Malam ini Saya takkan benarkan sesuatu terjadi pada awak..Saya akan pastikan awak Tak bersalah!" Tania tekad..

" Pilihan yang bagus Tania.Tapi semua itu bukan ditentukan oleh awak nanti..Ahli- Ahli Club yang àkan tentukan..awak Tak perlu risau, benda itu Saya boleh handle sendiri."

" Saya memang Tak berguna Ethan...Sebab Saya awak terlibat sama..Maaf sekali lagi!"

Kedua - duanya duduk dalam kegelapan saling menghadap kearah Tingkap kapal..termenung sambil menanti untuk segalanya berakhir tanpa mereka berdua dikesan..

" Tania! Macam Mana awak jumpa Johan? Jujur Saya cakap awak sebenar nya Tak layak untuk dia? Maksud Saya....

Tania mengalihkan pandangan pada Ethan Dan tersenyum.." Saya tahu!" Tiada perasaan sebal dirasakan Tania tentang pengakuan Ethan..

" Jangan Salah faham maksud Saya tadi..Tapi awak Tania lain..Johan, Saya kenal dia macam Mana." Beast" dia tak akan lepaskan musuh dia senang - senang tanpa musnahkan hidup orang lain..Sedangkan awak...

" Sedangkan Saya..? Apa Ethan kenapa awak Tak teruskan." Tania mahukan jawapan.

" Naif" Ethan memberikan jawapan serius Dan mengalihkan pandangan pada tingkap kapal kembali..

" Saya tiada pilihan Ethan.Hidup Saya sebelum ini sukar dengan dendam. Saya pernah ditinggalkan tanpa apa - apa, sebatang Kara Dan hidup sendiri Dan paling yang Saya Tak boleh lupa Saya digunakan oleh lelaki." Air Mata Tania kembali mengalir bila mengenangkan nasibnya bersama Munshi.

Entah kenapa bila bersama dengan Ethan dia kembali mengenangkan nasibnya dulu Dan buat pertama Kali sejarah itu kembali disingkap..

" Apa yang jadi?" Ethan dapat rasakan kehidupan Tania sukar dulu hingga buatkan Tania tenang dalam tangisan..

" Saya terpaksa berkahwin dalam usia yang muda, bawah umur...awak Rasa Saya Hina Ethan, tapi Saya tiada pilihan lain..Lebih sukarkan hidup Saya, lelaki yang Saya kahwini adalah lelaki yang anggap Saya sebagai musuh..Awak boleh bayangkan kehidupan Saya waktu itu.

Pelajar, isteri Dan musuh pada lelaki yang hanya kahwini Saya disebakan harta..Awak takam dapat bayangkan Ethan, hidup dalam neraka..Dalam kehidupan perkahwinan Saya..Saya cuma harapkan segalanya berakhir dengan cepat untuk Saya bebas..

Tapi perjalanan itu sukar..."

Ethan meraupkan wajah mendengar penjelasan Tania tentang hidupnya..dia dapat rasakan kesukaran hidup Tania.Lebih - lebih lagi terpaksa hidup Dan berdepan dengan musuh.. " kenapa awak Tak tinggalkan dia?"

" Saya cuma 16 tahun waktu itu Ethan, bila Saya dipaksa berkahwin..Saya sebatang Kara, kedua - Dua IBU bapa Saya meninggal kemalangan..Saya cuma Ada bapa sedara, Dan dia tiada boleh buat apa - apa tentang Hal itu...."

" Jadi awak berkahwin dalam usia itu...Dan hidup dengan lelaki yang anggap awak musuh?"

" Yes! Awak boleh anggap Saya sebagai apa sahaja Ethan..Saya tahu diri Saya jijik..Tapi hidup dalam kehidupan itu..Saya memang Tak Ada pilihan.Saya sebatang Kara..Saya Ada Sedara tapi mereka perlu teruskan hidup...Saya keseorangan dalam menempuhi hidup itu..Tahun - tahun yang berlalu waktu Saya hidup dengan dia, adalah pengalaman Hitam dalam hidup Saya..Saya Tak mahu ingatkan pasal pengalaman itu..

" Macam Mana awak boleh bebas dari dia..?" Ethan semakin Semangat untuk mengetahui rahsia hidup Tania yang sebelum ini dirasakan Naif..Namun Ada sejarah Hitam yang dipendam Dan disimpan selama ini..

" Lelaki itu dapat semua harta Keluarga Saya yang kedua arwah Keluarga Saya tinggalkan..pada waktu wasiat itu dibacakan Dan diserahkan pada dia..Itu adalah Hari pembebasan Saya." Tania senyum kelat, Serta merta wajah Munshi yang tenang melafazkan perkataan cerai itu kembali dalam ingatan Tania..

" Dan awak Tania......?"

" Saya hanya sebatang Kara Ethan, hidup Saya Tak beerti buat lelaki itu.Saya cuma musuh dalam hidup Saya..Selepas dia dapat apa yang dia mahukan, Saya diceraikan pada Hari yang sama.Saya Muflis, tanpa sebarang harta. Dia mahu lihat Saya merana..Mungkin itu kepuasan buat hidup dia..

" Macam Mana awak boleh lepas kesini?"

" Bapa Sedara, satu- satunya Ahli Keluarga yang tinggal..Dia yang bawa Saya kesini untuk lupakan semua yang terjadi.."

"Saya minta maaf Tania..Saya ingatkan awak gadis yang Baru mulakan perjalanan hidup..Saya Tak tahu kehidupan awak seperit itu di Masa lalu..

" Saya dah kenal keperitan hidup itu tu macam Mana Ethan..tapi mengenai perasaan..Saya àkan Cuba kawal perasaan Saya untuk tidak lakukan Hal sama Macam kehidupan Saya dulu.."

" Awak kena kuat Tania..Saya akan sokong awak..Tapi Johan awak kena hati - hati dengan dia..Banyak kehidupan orang - orang sebelum ini yang Johan dah musnahkan..Setahu Saya Sir John yang dikenali takkan mendapatkan sesuatu tanpa pulangan..Maksud Saya...

" Saya tahu... Saya akan bersedia Ethan..Nampaknya Keluarga Johan juga sukar terima Saya dalam hidup mereka..Tapi samaada awak percaya atau tidak..pemilihan Johan dalam hidup Saya, kebetulan Dan bukan Saya yang pilih.."

" Apa maksud awak kebetulan Tania? Tentang Johan?" Riak wajah Ethan risaukan kehidupan Tania..

Tania hanya tenang melihat kearah Ethan..Entah kenapa lelaki yang Baru dikenali oleh Tania, membuatkan dia menceritakan kisah hidupnya..

Vroooommmmm Vrommmmmmmm

Belum sempat Tania mulakan ceritakan tentang Johan..kedengaran bunyi bising dilaut yang menganggu perbualan Tania Dan Ethan..

Ethan dengan pantas mengarahkan matanya kearah Tingkap bersama dengan tindakan pantas mengarah kesana..

Beberapa buah Bot telah semakin mendekati kapal mereka...Ethan telah pasti kedudukan dia Dan Tania telah diketahui..Namun yang masih mengusarkan Ethan samada orang - orang dalam bot itu datang dari pulau atau sebaliknya.

"Tania...Kita perlu bersembunyi.."

" Saya ikut awak Ethan"..Tania dengan pantas mengikut langkah Ethan yang terarah ke bawah dek kapal..

" Cepat!" Jarak perjalanan dapur Dan dek sedikit jauh Dan sempit, menyukarkan perjalanan Tania mengikuti namun bagi Keselamatan mereka berdua, perjalanan perlu diteruskan oleh Tania dengan cepat..

Kedengaran bunyian bot semakin kuat menghampiri membuatkan perasaan Tania semakin berdebar - debar, bagaimana jika Johan muncul disitu. ? Apa perasaan Johan Dan reaksi Johan bila dia Dan Ethan berdua dikapal..

Tapi...." Semua ini disebabkan Johan, segala yang berlaku disebabkan Johan.Esok adalah Hari penentuan bagi Tania..Jika Malam ini dia terselamat dari dijumpai, dia Dan Ethan akan pulang kedaratan bukan lagi tinggal dipulau, Dan persembunyian dia Dan Ethan selamat..

Tapi Jika sebaliknya...Tania perlu berhadapan dengan Johan..tanpa melibatkan Ethan dalam Hal ini..Dia perlu pastikan Ethan selamat dalam kedua - Dua situasi..Itu janji Tania dalam diri..

Disebalik wajah Cemas Dan pucat Ethan..Tania menyimpan satu perasaan serba salah yang berat..

" Ethan!" Langkah kedua - duanya terhenti sambil Tania melihat kearah Ethan tepat..

" Kita perlu cepat bersembunyi sebelum mereka jumpa Kita disini!" Ethan Cemas dalam Masa yang sama dia Gugup dalam situasi itu...lebih - lebih lagi jika Johan àkan muncul dalam situasi itu..

" Saya àkan pastikan awak takkan terlibat sama dalam Hal ini Ethan..Sebab Saya awak terlibat sama."

" Kita fikirkan dulu Hal itu kemudian.Paling penting Kita kena sampai tempat tu selamat sebelum orang - orang di bot tu jumpa Kita."

"Ok"

Bot dimatikan enjin sebelum Johan Dan Pembantu yang membantu dalam pencarian itu memulakan tugasan masing - masing..

" Tempat ini gelap, Tak mungkin Ada orang dekat sini.Lagipun untuk sampai kesini ....perlukan sesuatu!" Seorang pembantu melihat Johan dengan tajam, dia merasakan usaha mereka kesitu adalah sia - sia.

Phewittttttt! Seseorang bersiul nyaring dari kejauhan Kapal..

" Disini!" Seseorang yang memanggil di kejauhan membuat tumpuan orang - orang dikapal itu beralih tumpuan..

" Jumpa!"

Bersambung.......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience