19

Romance Completed 78127

" Uittttt Tania," Tania yang Baru tiba di restoran ditarik kuat oleh Raudah keruangan stor restoran. Masa menunggu ketibaan Tania yang lama membuatkan perasaan tidak sabar Raudah menebal..

"Oittt! Oittt engkau ini dah kenapa?" Tania kalut bila Raudah buat sikap kecohnya. Dirinya yang ditarik dibiarkan..

" Cerita semalam, lelaki itu apa jadi?" Mata Raudah terbuntang Besar melihat kearah Tania.

" Larrrr pasal semalam. Baik, Tak Ada apa - apa yang jadi. Dia Ada dekat rumah. Kalau nak kenal dengan dia jom datang rumah,boleh kenal - kenal" Tania menyakat.

" Ishhhh" Raudah tahu Tania hanya bergurau. " Mana engkau jumpa dia?" Raudah Cuba siasat.

" Dekat jambatan. Raudah Kita bincang dekat bilik persalinan boleh Tak. Ini tengok Masa, lagi setengah jam jer syif dah nak Mula. Lagipun Tak Ada apa pun yang nak disorokkan..

" Danny? Diakan dah lama suka dekat engkau?"

Tania tergelak kecil..

"Mengarut! Takkan terjadi.... Baju kerja diambil Tania dalam loker Dan disarungkan ketubuhnya sambil mulut Rania masih bicara" Pintu dah kuncikan Raudah.."

" Dah! Aku dah kuncikan tadi... Cepatlah cerita pasal lelaki engkau jumpa semalam..

" Hmmmm, Johan. Tak Ada apa pun yang Menarik tentang dia. Tapi semalam dia Cuba bunuh diri dekat jambatan tu..

" Bunuh diri!" Sekali lagi Raudah terkejut Dan matanya membulat lebih Besar memandang ke arah Rania. " Maksud engkau semalam engkau selamatkan dia?'

" Hmmmm, macam itulah ceritanya.

" Kenapa Tak hantar dia balik lepas engkau selamatkan dia?"

" Johan dalam tekanan, Tania rasa dia dah kahwin, sebab isteri dia tinggalkan dia. Dia Tak Ada siapa - siapa..Dia macam... Putus harapan Macam itu, hilang arah dengan pegangan. Lagi satu Raudah, dia faham cakap Melayu...

" Shit! Melayu ker Tania? Islam.." wajah Raudah semakin terkejut.

" Johan!" Fikiran Tania Mula mengingati wajah lelaki itu...
Melayu tu mungkin keturunan dia campur. Muka dia lebih ke Itali. Tapi Tak tahulah tentang agama dia? Kita Tak tahu apa yang jadikan.." Tiana rasa dia Tak perlu menilai tentang Hal itu. Asalkan dia boleh selamatkan Dan membantu, itu lebih dari cukup untuk tenangkan hatinya.

" Tania! Aku tahulah engkau ini Suka tolong orang. Engkau Suka jadi sukarelawan. Tapi kerja sukarelawan yang engkau buat tiap - tiap minggu tu Tak cukup ker? Bila Pula Masa engkau nak rehat nanti. Engkau aktif sini Sana jadi sukarelawan..Apa yang engkau dapat?"

" Kepuasan!" Lagipun Raudah.. dulu hidup akupun pernah jadi Macam itu. Merempat. Jadi Aku faham apa yang mereka rasa. Jadi Tak Salah kalau Aku bahagia dalam Cara Aku sendiri.

" Hidup engkau dengan pertubuhan itu dah kunci hidup engkau Tania. Engkau sampai Tak Ada kehidupan. Belajar, kerja, sukarelawan.. sekarang Johan. Bila engkau nak berehat.?" Kadang - kadang Raudah kasihankan tentang perjalanan kehidupan Tania.

Entah apa yang dirahsiakan Tania dalam hidupnya sebelum ini, hinggakan jalan hidup begitu dipilih..

" Waktu Tidur! Masa tu jerlah Aku berehat!" Sekali lagi Tania bergurau. Dengan kehidupan begitu dia lebih gembira.

" Eeeeeeee.. engkau ini Aku cakap main - main.”

" Dah lah jom Raudah Mula balik kerja, Sian dekat Tan jap lagi kena handle seorang - sorang. Nanti mengamuk pula dia." Tania mengajak..

" Iyelah Jom!"

***

Johan memerhati sekeliling rumah menjadi tempat singgahnya untuk mencari teman..Apartment wanita yang Baru dikenalinya Malam tadi..

Ruangan apartment itu hanya menempatkan 2 buah bilik..walaupun sudut setiap ruangan kecil tapi dia dapat rasakan selesa untuk tinggal disitu.. kemas Dan kesemua barangan disusun rapi.

Mata Johan terarah kearah bilik Tania..Dalam hatinya Cuba untuk menuju kesitu, namun langkah kakinya memberat untuk dia menapak kedalam sekadar untuk meninjau..

Pintu dibukakan untuk melihat ke dalam bilik Tania...tepat jangkaan Johan pintu tidak berkunci! Senyuman terukir di wajah Johan..." Silly Girl" sempat Johan bicara sebelum pandangan Mata dijamukan dengan ruangan bilik Tania..

Senyuman melebar semakin terukir di bibir Johan bila dilihat keadaan bilik Tania yang sedikit berselerak.. berselerak dalam tahap minimum..

Johan dapat melihat kekecohan Tania pagi tadi.. belum sempat dia untuk menyapa Tania, gadis itu telah pergi, keluar dalam keadaan tergesa - gesa..

Sebaik Johan keluar dalam biliknya, telah tersedia makanan di atas meja bersama nota dari Tania.." Sorry Saya lambat pagi ini, jadi ini yang sempat Saya sediakan.. Selesakan diri awak, jangan buat bukan - bukan. Awak akan pulih!     " Tania"

***

" Apron dibadannya ditanggalkan Tania dari Badan. Langkah menghala kearah bilik Persalinan bagi menukar pakaian."

Selesai menyalin pakaian Tania keluar dari bilik Persalinan Dan bertembung dengan Danny di laluan menuju ke pintu hadapan..

" Beautiful..? Awak nak pergi Mana?"

" Danny! Langkah Tania terhenti.Dia tidak sangka dalam keadaan kecemasan begitu dia bertemu dengan Danny.." Saya ambil Off petang ini Saya Ada urusan." Tania cuma bereaksi biasa..

" Boleh Saya tahu awak Ada Hal apa?" Danny berketuruan Mat Salleh merupakan  rakan sekerja Tania di restoran itu Dan Danny Crush dengan Tania..

" Tak Ada apa hal Danny, cuma Pak Long Saya kebetulan Ada disini. Jadi Saya nak jumpa dia." Tania terpaksa memberikan alasan Pak Longnya memandangkan semua pekerja di situ mengenali Pak Long Kamil.

" Awak nak Saya temankan?" Danny mempelawa dirinya.

" Tak perlu! Awak boleh teruskan kerja, Saya okay, betul." Sebolehnya Tania mahu mengelak, dia tidak mahu hubungan itu disalah erti oleh Danny, kerana dia masih belum bersedia.

Tania laju melangkah meninggalkan Danny yang dia tahu masih memerhati dirinya..

" Tania pergi dulu"..

" Okay! Tapi still hati - hati Tania..Raudah menitipkan pesan, namun pemergian Tania tidak dapat diberikan perhatian lagi memandang Kan pelanggan mulai memenuhi kedai mereka.

***

Tania pulang kerumah petang itu bagi melihat keadaan Johan. namun sebaik tiba dapat dilihat Tania pintu rumah itu terbuka tidak berkunci..

Timbul perasaan pelik dalam hati Tania.. Dia segera masuk kedalam rumah ingin mencari Johan, sebaik sahaja dia berada di bilik Johan.... Seorang lelaki telah keluar dari biliknya..

Tania terkejut melihat lelaki asing yang berada dihadapannya. Begitu juga dengan lelaki itu..

" Siapa awak, apa awak buat dekat sini?" Tania bertanya namun bila dilihat Tania sesuatu ditangan lelaki itu Tania Mula panik..

" Awak pencuri...?"

Sebaik menyedari Tania Mula mengetahui tentangnya, lelaki itu melarikan diri..

Tania tanpa berfikir panjang terus mengikuti langkah lelaki itu kerana ditangan lelaki itu terdapat kotak yang merupakan miliknya.. disitu terdapat sesuatu yang penting bagi Tania..

Bum! Tania yang sedang mengejar pencuri terlanggar seseorang.. Johan..

" Johan!" Tania cuba mencari pernafasan bila lelaki yang dilanggar tadi adalah Johan..

" Awak kenapa?" Johan terkejut melihat pernafasan Tania yang tercungap - cungap seakan berlari.. Mata Johan sempat melihat lelaki yang berlari terlebih dahulu dari Tania..

" Pencuri! Dia ambil sesuatu yang penting dari Saya?"

" Lelaki tadi? Shirt!, Pegang ini?" Sesuatu diserahkan kepada Tania sebelum Johan dengan pantas menghilangkan diri dari pandangan Tania.

***

" Awak okay?" Tania mendapatkan Johan.

" Hmmmm! Nah barang awak tadi!"

Tania yang melihat kearah kotak itu terus membukanya dengan cepat Dan mengambil sesuatu sebelum kotak kembali diberikan kembali kepada Johan.

Semua perlakuan Tania diperhati oleh Johan tapi sesuatu yang pelik terjadi...

" Oisshhhh awak dah selamatkan Saya?" Senyuman kelegaan terukir di bibir Tania. " Terima kasih!" Satu Gelang dipakaikan dipergelangan tangannya Dan tidak akan ditanggalkan lagi.

" Awak suruh Saya kejar pencuri tadi sebab Gelang ini..Johan menunjukkan kearah Gelang Silver yang tidak bernilai ditangan Tania.. Saya ingatkan awak risaukan pasal benda ini." Gelang berharga yang masih elok berada dalam kotak ditunjukkan Johan kearah Tania.

" Gelang itu mungkin berharga bagi awak tapi bukan Saya!"

" Jadi awak Tak perlukan benda ini?" ternyata Johan sekali lagi tersalah tafsir pasal Tania.

" Awak boleh ambil, Ikut awak nak buat apa, Saya Tak perlukan Gelang itu.. pandangan Dan wajah Tania berubah bila dia terkenangkan sesuatu.. Gelang itu mengingatkan dia pada seseorang Dan sejarah hidup dia sebelum ini..

" Nah! Awak simpan mungkin awak akan gunakan dia bila awak perlukan nanti."

" Tak perlu cukup dengan benda ini." Tania menunjukkan Gelang ditangannya.

" Awak tahu kenapa pencuri itu ambil benda ini?" Johan memandang Tania tajam dengan kedegilan gadis itu.

" Sebab dia Tak jumpa sesuatu yang bernilai dalam rumah ini?" Tania Cuba mengagak.

" Hiishh! Sebab Gelang ini Tak ternilai harganya, cuma Ada satu dekat dunia ini!" Johan pasti tentang Hal itu Dan dia pasti  Tania pastinya seseorang yang penting dalam hidup pemberinya.

" Apa yang awak tahu tentang Nilai?..Tak Ada yang lebih bernilai dalam hidup Saya kecuali kenangan indah, sebab waktu itu sahaja hidup Saya bahagia!" Kemarahan Tania melonjak Naik bila segalanya tentang nilai di isukan kembali dalam hidupnya..

Kedua - duanya terdiam..

" Awak nak luahkan sesuatu?" Johan memulakan bicara bila situasi tegang Mula  menghimpit mereka berdua..

" Bukan Saya yang nak bunuh diri semalam. Lupakan pasal Hal tadi, saya Tak bermaksud nak cakap macam itu." Tania Mula menyedari tindakannya akan lebih memburukkan keadaan.

" Hmmmmm, Saya cuma nak tolong macam awak buat dekat Saya semalam. Kalau Tak Saya takkan Ada disini.."

Tania mengigit bibir.. dia terlepas laku Dan dia sangat - sangat menyesal. Dia Tak sangka keadaan akan berubah..

" Saya dah lupakan Masa silam Saya Dan Saya dah mulakan hidup Baru. Saya pun nak awak ambil langkah macam Saya. Tak seorang pun dekat dunia ini perlu harungi hidup keseorangan.. Saya akan bantu awak semampu Saya Johan Dan Saya ikhlas."

" Saya harap!" Perlahan suara Johan menjawab..

" Tadi awak keluar awak Tak kunci pintu?" Tania Mula bertanya kepada Johan bila keadaan mereka berdua kembali tenang..dari barangan yang dibeli sebentar tadi Tania dapat jawapan kemana sebenarnya tadi Johan menghilang.

" Saya Tak tahu macam Mana nak kunci." Jawapan Johan tenang tanpa sebarang reaksi tipu dari wajahnya..

" Sebelum ini kalau awak keluar.....?

Bersambung.....

Luv PB

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience