37

Romance Completed 78127

Sirrr...Sir John, mulut Susan berkumat kamit memanggil beberapa Kali nama Johan..namun lamunan Johan yang panjang masih belum boleh disedarkan..Bila tiada pilihan, Susan terpaksa mengetuk meja untuk menyedarkan Johan..

" Hmmmmm..Oshhhh Goshhhh! Susan Saya ingat siapa tadi...bukan sebelum ini Saya dah arahkan ketuk pintu dulu sebelum Masuk?" Kening Johan bertaut sebelum dia tersedar tentang kesalahan dirinya..

Sirrr..sirrr..Saya dah panggil beberapa Kali, tapi Sir John yang jauh mengelamun.Saya cuma nak letak Kan benda ini. Ini semua fail - fail yang Sir mintakkan tadi...Maaf kalau Saya ganggu!" Susan masih bersikap professional dalam situasi menghadap Johan.Dia tahu lelaki muda dihadapannya sedang mengelamun sesuatu..sesuatu yang Susan rasa penting dalam hidup Sir John..

Mungkin peribadi..telah Susan sebab dia telah lama mengenali John..tidak Ada sesuatu yang menganggu hidup bosnya kecuali masalah peribadi..Bagi urusan kerja, Susan tahu Sir John yang dikenalinya cukup tenang..

Johan kembali mengingati lamunan dia sebentar tadi..bila melihat reaksi Susan..dia amat pasti sebentar tadi dia telah tidak tersedar dengan lamunan sendiri." Awak boleh keluar Susan.'.wajah Johan serta merta kembali berubah tenang bagaikan tiada yang berlaku. Dalam suara lelaki yang serak basah, Gaya suara Johan masih tegas bila memberikan arahan.

" Okay Sir!....Susan mahu melangkah keluar..Tapi Ada sesuatu yang menganggu perasaannya.. Untuk itu Susan kembali berpaling menghadap Johan walaupun jarak penglibatan mereka berdua Mula sedepa.

" Sir Johan, awak mahu Saya buatkan Kopi..walaupun bantuan Saya kecil Sir, tapi itu àkan membantu!" Sebaik habis berjaya, Susan melihat kearah wajah Johan yang mulai berubah reaksi..

Johan mengangguk.. Dan kembali tenang menyandarkan kembali Tubuhnya ke belakang mencari posisi yang selesa." Susan No Sugar!" Sebaik Johan memberikan jawapan, Mata lelakinya dilelapkan mencari kedamaian sendiri..

" Okay.."

Bicara Susan hanya kedengaran ditelinga Johan...Namun Johan tidak hiraukan, hanya satu perkara bermain di fikiran Johan waktu ini..

Cara Johan untuk singkirkan Munshi dari hidup Tania Dan dia mahu Hal itu kekal selamanya...Dia tidak mahu Tania sebolehnya seinci berada dengan Munshi walaupun secara kebetulan atau sengaja..Dia tidak mahu..

Dia mahu nama Munshi tiada dalam sejarah hidup Tania...Dia mahu hanya dia satu - satunya lelaki yang wujud dalam hidup Tania..Selamanya..

Dia hanya mahukan Tania mengingati dirinya seorang Dan Hanya dia!

****

Di rumah Agam Keluarga Johan..

" Puan Tania, Puan Aminah nak berjumpa dengan Puan!" Seorang pembantu A yang berumur awal 50 an mendapatkan Tania..

Tania yang hanya duduk menghabiskan Masa di balkoni bersama Datuk tersentak dengan bicara Pembantu A. " Mommy Aminah datang sini? Mommy nak jumpa Saya?" Kening Tania bertaut pelik, dalam Masa yang sama Mata Tania pantas memberikan pandangan kepada Datuk yang turut terkejut dengan kehadiran Anak perempuannya pagi itu.

Namun Datuk Jonathan segera mengubah reaksi wajahnya kembali tenang Dan mendapatkan Tania dengan senyuman." Panggilkan Aminah kesini A, kami tunggu dia disini!" Datuk Jonathan memberikan amaran dengan tegas.

Dari ekoran Mata Datuk Jonathan dia dapat melihat Tania mulai Cemas dengan situasi itu..Pengalaman Tania sebelum ini dengan Aminah bukanlah satu Pengalaman yang mendamaikan, lebih - lebih lagi Datuk Jonathan dapat melihat dengan jelas layanan Anak perempuan nya pada isteri pilihan Johan. " Angkuh!" Itu ungkapan pertama Jonathan..namun perkara itu dibiarkan sebelum sampai satu Masa yang sesuai..

" Nanti A!" Tania memberhentikan perjalanan pembantu A yang ingin memulakan langkah..Pembantu telah berpaling namun masih mendiamkan diri menunggu arahan seterusnya dari Tania..

" Datuk Tak baik kalau Tania biarkan Mommy Aminah menunggu..Tania pergi sapa Mommy." Tania memberikan cadangan. Dia tidak mahu Mommy Aminah buruk sangka dengan sikapnya.

" Really...sebelum ini Anak Datuk Ada buat baik dengan kamu Tania?" Soalan pedas Datuk Jonathan kepada Tania yang ternyata merupakan jawapan spontan kepada bicara Tania sebentar tadi.

" Biarkan dia, A panggilkan Aminah kesini.Ini arahan!" Bersama dengan ketegasan Datuk memberikan jelingan tajam kepada Pembantu A, sambil Tania kecut perut mengecil duduk disebelah Datuk.

Beberapa minit kemudian muncul Aminah dengan wajah yang ketat...

" Hmmmmm!"bicara sindiran dari Aminah sambil mendapatkan tempat disebelah Tania..

Tania yang masih terkedu hanya mendiamkan diri tidak tahu bagaimana Cara atau perkara apa yang perlu dilakukan oleh dirinya bagi menyambut kehadiran Mommy Aminah yang telah muncul dihadapan mereka..

Aminah hanya mendiamkan diri, selepas pembantu B meletakkan makanna Dan minuman di hadapan dirinya barulah Aminah beraksi dengan menyentuh air yang dituangkan pembantu kemulutnya.

" Cuaca pagi ini cerah Aminah, tapi Tak sangka Daddy dikejutkan dengan kehadiran kamu disini..Apa semalam kamu ingat Daddy dah mati?" Suasana hening sebentar tadi bertukar suasana bila Datuk Jonathan memberikan kata sinis.

Namun dari pandangan Mata Tania, reaksi Aminah masih tenang..dengan penuh Gaya versatil wanita berpengaruh, Aminah hanya memberikan senyuman sinis, sebelum pandangan Mata Aminah beralih ke arah Tania..

" Daddy jangan perasan kalau Aminah kesini sebab Daddy..Aminah cuma jenguk Tania bukan Daddy. Johan masih Anak Aminah Daddy, jangan Daddy lupa..?" Kata - kata Aminah penuh sindiran kepada Daddynya, bagaikan Ada rahsia diantara mereka berdua yang masih belum mampu diluah.

" Tania?" Datuk Jonathan kelihatan tersenyum sungging dengan reaksi dari Anak perempuannya. " Sejak bila kamu terima dia jadi menantu kamu!" Datuk Jonathan gelak kuat dengan kenyataan paling mengarut yang pernah didengar dari Aminah..Dia dapat rasakan sesuatu akan dirancang oleh Aminah kepada Tania.

Dia kenal Aminah anaknya..Dan dia tahu anaknya bukan seseorang yang cepat putus asa. Sebelum ini Aminah pernah putuskan hubungan Anak Dan bapa dengan dirinya selepas dia memilih Johari dalam hidupnya..selepas itu anaknya sekali lagi membuat perangai dengan memilih seorang lelaki lain dari hidupnya Dan meninggalkan Johari..namun disebabkan Johan, yang ketika itu dalam kandungan Aminah..

Hal itu menjadi mustahil..disebabkan itu juga Aminah menjadi seorang yang tidak tetap pendirian..dia menjadi seorang yang tidak terurus dalam hidup..Dia mahukan kekasihnya Dan mahu tinggalkan Johari di akhir keputusan hidupnya..

Namun takdir tidak memihak kepada hidup Aminah....

" Johari, jangan paksa Saya lagi.Kita Tak boleh hidup bersama...Saya dah buat kesilapan Besar dalam hidup Saya sebab pilih awak...Saya Tak boleh patah balik dalam hidup Saya dengan awak..maaf...Saya cintakan Anthony!"

" Aminah!" Johari menjerit Besar bila perkataan itu didengar dari telinganya sendiri..Dia Tak sangka perempuan selama ini yang dia Cinta sebenarnya bukan seorang yang Setia..Pengorbanan diri dia selama ini Hanya sia- dia..

Johari menapak beberapa langkah kebelakang.Tangan diraup keseluruh muka..Jika sebelum ini dia masih mampu bersabar dengan Aminah dengan segala karenah isterinya dan Keluarga mentua yang mengongkong hidup mereka, tapi sepanjang hidup itu Aminah Tak pernah mengaku yang dia cintakan lelaki lain selain darinya..tapi lelaki bernama Anthony kini berbeza di hati Aminah..

" Awak dah buat keputusan!" Johari pasrah setelah segala usaha yang dicurah segalanya tidak berhasil bagi menyelamat perkahwinan mereka...Lebih mengejutkan Dan menyakitkan hati Johari..matanya melihat kearah perut Aminah..

Disitu dia berjumpa dengan Aminah, lebih menyedihkan Johari..dia mendapat berita Bahawa Aminah ke situ untuk mengugurkan kandungan zuriat mereka untuk bersama dengan Anthony, lelaki yang Aminah Cinta.

" Lepaskan Saya Johari, saya dah Tak cintakan awak!" Dengan lancar Dan tegas Aminah meluahkan perasaan hatinya yang sebenar, telah sebulan dia terlanjur dengan Anthony dalam hubungan Cinta mereka tanpa Aminah tersedar dia sebenarnya sedang mengandungkan zuriat suaminya Johari.. Anak yang Tak pernah Aminah sangka hidup dalam rahimnya.

Johari Menarik nafas panjang, segala kekuatan dirinya dikumpul dalam diri...Dia melihat wajah Aminah dengan tenang, dengan penuh kecintaan untuk isterinya. Dia tahu tentang kecurangan Aminah sebulan yang lalu, hubungan Aminah dengan Anthony, lelaki yang dulu pernah ingin dijodohkan oleh Jonathan dengan Aminah..

Entah dimana silap, Aminah Dan dia bercinta Dan berkahwin..Namun kebahagian itu tidak berpanjangan..Dia mengahnwini seorang perempuan yang berharta..Kehidupan sederhana yang mampu diberikan Johari kepada Aminah nampaknya tidak dapat memuaskan hati isterinya..

Sedikit - Demi sedikit hidup mereka diuji..Semakin lama Aminah semakin runsing dengan kehidupan mereka yang sederhana..dia mahukan sesuatu yang lebih dalam hidupnya..Untuk memuaskan hatinya bantuan Ibunya dipohon untuk menyalurkan Kewangan...

Pertemuan Aminah Dan Anthony memburukkan lagi kehidupan mereka berdua..Ternyata Anthony yang ditemui semula Aminah kini masih bujang Dan masih mahu menagih kasih dari Aminah..

Pada mulanya segala tidak seperti yang dirancang..Namun selepas beberapa lagi Siri pertemuan Aminah Dan Anthony membuatkan perasaan Aminah kembali kepada Anthony..itu semua dengan kekayaan Dan kekuasaan Anthony dalam kehidupan..Segala permintaan Aminah ditunaikan..hinggakan dia terlupa yang adalah isteri kepada seorang lelaki.

Dan hubungan itu berlarutan hinggalah kedua - duanya terlanjur..

" Johari..hubungan Kita dah tiada apa - apa lagi.Saya dah Tak cintakan awak Dan awak dah tahu tentang kecurangan Saya..tapi Saya Tak menyesal Johari." Aminah melirik tajam kearah lelaki dihadapannya.. sebelum dia teruskan lagi bicara..

Johari hanya terdiam menunggu bicara habis dari mulut Aminah..selepas itu dia akan buat keputusan terbesar dalam hidupnya..

" Sekarang awak lihat Saya dimana..Saya sebenarnya Tak sanggup untuk maklumkan awak perkara ini..Saya Tak mahu awak bersedih dengan keputusan Saya..Tapi awak intip Saya sampai kesini..Jadi awak jangan salahkan Saya dengan keputusan yang akan Saya buat sekejap lagi....Dan pengetahuan awak Johari, keputusan ini Saya takkan tarik balik..Saya perlu hidup dengan Anthony, Dan peluang ifu Saya takkan sia - siakan lagi..

" Sebab itu awak nak gugurkan kandungan itu....Anak Saya Aminah!" Air Mata Johari jatuh..dia Tak sangka perempuan yang dikahwini sepanjang mereka hidup bersama boleh bertindak sekejam ini..

" Saya Tak Ada pilihan..Cinta Saya pada Anthony... Awak kesini adalah pilihan awak sendiri Johari..Saya takkan tarik balik apa yang akan Saya buat hari ini!" Aminah semakin tegas, hidup bersama Anthony adalah matlamat hidup utama dirinya selepas dia tersedar sesuatu..

" Aminah tolong...Saya akan jaga Anak Kita..hanya sembilan bulan awak kandungkan dia..Saya akan jaga dia!" Johari merayu Berharap rayuan dia Kali ini berhasil..Dia tidak kisah jika Aminah tidak mahukan dirinya lagi..tapi anaknya yang Baru hidup dalam kandungan Aminah..Dia Tak sanggup untuk membunuh satu nyawa dari hidup dia..

" Ceraikan Saya Johari! Awak tahu Saya takkan sia - siakan setiap detik hidup dengan awak lagi..hidup Saya cuma untuk Anthony..Dan benda dalam Rahim Saya ini menbebankan...Awak tahu Saya Macam Mana..ini semua Salah awak..jika awak Tak siasat Saya, hati awak takkan sakit Macam sekarang bila awak tahu kenyataan apa yang terjadi!" Aminah menjeling kearah Johari.Dia sangat bencikan Johari kerana menganggu urusan dirinya waktu ini..

Aminah Cuba melangkah pergi bila sekali lagi namanya dipanggil untuk ke wad untuk persediaan pembedahan..Namun Baru sekali kakinya melangkah..

Suara Johari bergema dalam getaran..yang dimana Aminah tahu Mata lelaki itu telah berair bila dia berpaling sebentar tadi..

" Aminah Aku Johari cer........" Belum sempat Johari meneruskan perkataannya..Seseorang berlari bersama tempikan dibelakangnya tergesa - gesa hingga berlanggar dengan bahu Johari..

Arah tujuan seseorang itu mendapatkan Aminah bersama tempikan yang kuat.." Aminah Jonathan kemalangan!"

"Aaaaaaapa.....! " Dunia Aminah dirasakan berputar..beberapa Kali perkataan itu Cuba dicerna dalam mindanya..dia terkedu pucat pada seseorang dihadapannya...Lelaki, dari perkenalan dirinya Dan Anthony..

" Anthonnnnny..! Anthony kemalangan!" Sebaik perkataan itu diucap, tubuh Dan wajah Aminah pucat lesi..
." Kemalangan?? Anthony!"

Bersambung......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience