22

Romance Completed 78127

" Awak takut!" Tangisan  tidak lagi  kedengaran dari Tania, namun esakan Tania buatkan hati Johan tidak tenang..

" Diakah lelaki yang dia tunggu, tapi kenapa dia Macam sesuatu..!"Johan masih terbayang apa yang terjadi sebentar tadi.. Nampak sungguh penderitaan dari tangisan Tania.. Dia Cuba membantu tapi dia tidak fahami apa masalah yang dihadapi...

Disangkakan gadis bernama Tania hidup dalam suasana yang tenang... tapi dia Tak sangka, gadis itu juga Mempunyai masalah dalam hidup.. Seandainya Tania mahu bertaut kehidupan kepadanya..dia sejuta Kali akan sudi.. Tapi sikap Tania yang masih merahsiakan semuanya membuatkan dia buntu untuk membantu..Dia tidak tahu punca sebenar Tania menanggis Hari ini..

Esakan Tania telah berhenti hanya tinggal sisa tanggisan yang masih tinggal di wajah Tania.

" Saya masuk tidur dulu." Wajah Tania memerah mungkin disebabkan malu atas tindakan diri yang Baru lepas laku tadi .. Tanpa disangka Tania dia menggunakan bahu Johan bagi memulihkan semangatnya.

" Awak perlu berehat, jangan fikir benda yang rosakkan ketenangan hidup awak." Sambil memberikan pandangan Mata yang bermakna kepada Tania.

Namun Mata Tania segera dilarikan untuk pandangan Mata mereka bertaut..

Sementara di Bangunan Asing di daerah Negara yang sama...

" Dia lari....!" Perasaan sakit hatinya menunjah dalam di lubuk hatinya...Kenangan kembali bila dia melihat seseorang yang disimpan dalam hati melarikan diri.. Masa terlalu singkat, tapi dia tidak tersalah pandang.. dia masih gadis yang sama dulu..

Senyuman terukir di bibir Munshi...hembusan asap rokok di lepas keluar.." Budak..engkau disini..

" Tak sia - sia aku datang kesini.." Kita akan berjumpa lagi Tania.. Cuma Kali ini engkau  takkan lagi dapat mengelak dari jumpa aku... Aku akan kejar engkau..Budak engkau tunggu..

***

Tania mengigit bibir bawah dirinya..kebiasan bagi Tania bila dia resah dalam diri..Sepucuk Nota telah berada di tangannya..Nota berwarna Merah jambu dibuka untuk dibaca Nota yang tercatat di atasnya..

" Saya pergi! Masa Saya untuk kembali telah sampai..Jaga diri..Terima kasih segalanya..."

             ................Johan.

" Johan!" Tania tersenyum kecil..Walaupun dalam jarak yang singkat dia mengenali Johan, dia tiada masalah dalam hubungan mereka berdua.. Sekurang - kurangnya dia belajar sesuatu dari Johan.. Walaupun berapa berat masalah, hidup perlu diteruskan..

Walaupun dia pernah diuji dulu dengan kehidupan, sekurang - kurangnya kehidupan kini lebih bermakna bagi Tania. Tanpa pasangan dia masih lagi boleh menjalani kehidupan dengan bebas tanpa lagi cengkaman hidup dari seseorang..

Sesungguhnya dia penat hidup dalam bayangan ketakutan Dan resah sepanjang hari..Kini dengan kehidupan Baru, dia boleh bernafas lagi Dan Berharap seseorang yang dia pernah terserempak dulu tidak akan lagi muncul..

Restoran.. Dua bulan selepas pertembungan tidak sengaja Tania Dan Munshi..

" Hei engkau nampak penat Hari ini, semalam engkau lewat lagi ker dengan Sukarelawan engkau tu?" Raudah berpaling kepada Tania, memandangkan pelanggan petang itu tidak ramai dia memulakan borak kosong dengan Tania.

" Aku Tak pastilah, tapi Badan aku ini penat sikit minggu ini. Mungkin tesis yang aku buat minggu ini terlebih stress sikit..Masa yang diperuntukkan singkat, jadi sebab Masa yang Ada singkat.semua kena selesai minggu ini.." Tania memberikan sebab.

" Balik awal Tania, rehat.. pelanggan Hari ini pun Tak adalah ramai sangat. Lagipun Danny dengan Tan boleh tolong, terutama Danny..engkau cakap jer tentu dia berbunga - bunga, hati kembang setaman." Raudah mengusik Tania.

" Huishhhhh!jangan sebut yang bukan - bukan. Takkan Ada apa - apa yang berlaku, Dan tiada harapan," Tania berbisik kepada Raudah untuk perbualan mereka berdua tidak didengari sesiapa..

" Engkau tunggu apa lagi Tania? Danny tu pun bagus budaknya. Engkau nak apa pada lelaki, cubalah kenal hati budi dulu. Manalah tahu kalau - kalau kamu berdua serasi.."

"Shhhhhhh! Jangan nak mandai - mandai rekeman erkk! Amaran keras!" Tania menjegilkan Mata. Diakui dalam hati, Danny lelaki yang baik tapi tentang  perasaan sukar hendak diolah.. Dia masih menanti keajaiban dalam menanti seseorang.. seseorang yang akan jadi pelengkap hidupnya..

Jam 05:15 petang..

" Tania Ada seseorang nak jumpa engkau di depan.? Nampaknya engkau Macam kenal dia!" Tan mendapatkan Tania yang ketika itu sedang menyiapkan minuman Mocha Latte seorang pelanggan..

" Okay, tapi boleh Tak siapa - siapa layan dulu. Tan banyak sangat tempahan Hari ini, pelanggan minta 50 Mocha Latte..Tania takut Tak sempat nak layan pelanggan Baru..Cuba tengok apa pelanggan tu nak..?

" Hisshh! Gigi Tan berlaga.." Tan dah Cuba Tania tapi pelanggan itu mahukan engkau. entah apa lah resepi tangan engkau tu. Ramai yang nak engkau buat air mereka..Kali ini punya pelanggan pun Tan rasa disebabkan itu..Pergilah tengok - tengok dulu. Mesin ini Tan cover!" Tan ringan tangan untuk memberikan bantuan pada Tania. Baginya kerjasama antara pekerja akan mengurangkan bebanan kerja mereka.

" Tania janji selesai urusan pelanggan itu..Tania kembali." Tersenyum Tania dengan pertolongan dari Tan. Lelaki cina itu selalu memberikan bantuan, kerana itu mereka yang bekerja di situ Mempunyai hubungan rapat, kerna mereka saling Bantu membantu..

Tania mengelap tangannya dengan tuala putih sebelum dia keluar untuk mendapatkan pelanggan yang menunggunya..

Tania mendapatkan Raudah di kaunter." Mana pelanggan yang Tan cakap tadi?" Mata Tania meliar melihat sekeliling ruangan restoran.

" Tu dekat sana tu." Raudah menunjukkan kearah pelanggan yang ditanyakan Tania.

Sayangnya dari pandangan Mata Tania dia hanya dapat melihat pelanggan lelaki itu dari arah belakang.. Seorang lelaki yang berpakaian kemas, berkod. Itu adalah pandangan biasa di restoran tempat Tania bekerja.

Golongan korporat sering hadir kesitu untuk menempah, membeli atau makan di restoran itu. Setiap Kali terdapat pelanggan Baru, pelanggan akan kembali berikutan keenakan kopi di restoran mereka yang berlainan dari kedai yang terdapat disekitar..

" Aku pergi dulu, kejap lagi aku kena Bantu Tan dekat belakang.Engkau dengan Danny boleh handle ker berdua?" Tania takut kehilangan dirinya yang mengambil Masa yang lama di belakang disalah ertikan.

" Lorrrr, jangan fikir bukan - bukanlah, aku tahu engkau sibuk siapkan tempahan itu. Kalau aku tak sibuk depan ini aku tolong engkau Tania. Tapi tengoklah berapa ramai orang dekat sini?" Raudah mengeluh, sejak 3 jam dari tadi, dia belum sempat untuk duduk. Satu badannya telah terasa sakit.

" Engkau memahami?" Pen Dan kertas diambil Tania Dan arah kakinya Mula melangkah kearah pelanggan yang dimaksudkan.

" Maaf menunggu lama, Encik nak order Sapa. Saya Ttttttan......seraut wajah lelaki dihadapannya dipandang Tania. Pen di tangannya terjatuh begitu juga dengan kertas yang berada ditangannya.

Reaksi Tania terkejut..walaupun wajah lelaki itu telah berkumis lebat. Dia takkan sesekali lupa wajah itu...sssàyà....saaaya

Tania masih tergagap - gagap.. seseorang yang dihadapannya sangat sukar dimengertikan kehadiran lelaki itu disitu..Adakah lelaki itu muncul untuk mencarinya...?

Atau mereka terserempak Kali ini hanya satu kebetulan..

" Kata - kata Tan terngiang - ngiang ditelinga Tania.." Tania Ada seseorang Cari..? Tania .... Cari.." Maknanya..? Wajah lelaki itu dipandang, dengan senyuman dari bibir lelaki itu yang nipis.. Tania. Gugup.
" dia ...dia...tahu aku kerja sini..??????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience