72

Romance Completed 78127

Tania terbatuk - Batuk kecil..Mata perlahan - lahan dibuka..hanya langit luas terbuka yang menemani menjadi pemandangan... bersama daun pokok tebal memenuhi semua ruangan....kepala Cuba dipusing kekanan, " Ouchhh! Terasa sakit... kesakitan yang dirasa Tania bagaikan nak mati..

" Tania kuat!" Cuba dipujuk diri, sambil fikiran Tania melayang memikirkan apa yang sedang berlaku ...

Dia Dan Johan tergelincir .....Dan jatuh!

Tangan Dan kaki cuba digerakkan, terasa kesakitan menyucuk di keseluruhan Badan..Luka - luka kecil telah memenuhi ruangan jari Dan tangan, bersama darah yang mengalir..

Dia Cuba ,.....mencuba Dan masih mencuba..dengan sedikit kekuatan yang Ada..tangan beransur - ansur dapat digerakkan...Tania bertenang Dan mencuba lagi mengerakkan bahagian tubuh yang lain..

Walaupun dirasakan kesakitan, namun usahanya berhasil..

Usahanya tidak sia - sia...Setelah suku badannya berjaya digerakkan, Tania mencuba sesuatu yang lain...disitu Hanya dia sendiri..untuk selamat dia jangan berputus asa...

Dia perlu mencari seseorang...

Tania Cuba Bangunkan tubuh bersama dia menahan kesakitan..dia masih ingat lagi, sebelum dia terjatuh...dia Ada bersama Johan..

" Johan!" jika Johan tidak mencarinya, sama Ada Johan..? Atau dia..Tania gunakan kekuatan yang tinggal untuk lihat sekeliling..walaupun kaki dirasakan masih lemah,dia perlu cepat bertindak..jarak mereka jatuh tadi sangat curam..Dia terselamat, tapi bagaimana dengan Johan..

" Johan!" Kaki dilurutkan Tania bila dia tidak boleh tegap berdiri dengan Dua belah kaki. Dia perlu mencari segera Johan, sebelum datang bahaya yang lain..

Di situ dia tidak tahu bahaya yang menunggu mereka berdua...

" Johan!" Air Mata Tania yang Cuba ditahan Gugur, dia menyesal kerana bersikap Degil tadi..ego..Jika dia ikut cakap Johan untuk berbincang..semua ini takkan terjadi. Dia pun masih Tak tahu apa perkara yang Johan hendak bincangkan..menyesal sekarang, Tania tahu tiada makna....semua perlu diselesaikan kemudian..

Paling utama dia perlu mencari Johan dengan segera..

......5 meter dari tempat Tania terjatuh tadi..Dia melihat sekujur tubuh masih terbaring tidak sedarkan diri..Johan!"

" Johan! Tubuh lelaki itu digerakkan untuk melihat keadaan.. Namun Johan masih belum bergerak Dan sedar...

Tania tidak menunggu lama, Johan dibaringkan dalam keadaan lebih selesa..Tubuh ditarik untuk Tania mendengar degupan jantung di dada..Masih berdetak, tapi kenapa Johan belum sedar..

Baju ditubuh Johan dibuka...terketar - ketar jari jemari Tania..dia takut jika sesuatu menimpa Johan..Air Mata Tania tumpah, dia tidak dapat tahan lagi...
Disebabkan dia, Johan cedera...lebih takutkan Tania, kecedaraan Johan parah..

" Johan..
Awak jangan tinggalkan Saya...awak boleh lupa Saya Johan ...tapi jangan tinggalkan Saya...Johan...! Tania meraung dalam Masa yang sama suaranya bergetar.... bila dilihat tubuh Johan masih tidak bergerak...

Dia Cuba menumbuk, memberikan pernafasan pada Johan mulut ....menekan dada, tapi Johan, masih berkeadaan tidak sedarkan diri...

" Johan...awak Tak boleh tinggal saya dekat sini....awak kena selamatkan Saya..!"Tania pujuk hati sendiri... Johan masih belum bergerak,...Tania mengigil takut...kalut dengan situasi dia untuk selamatkan Johan...

Tanpa berlengah, Tania koyakkan baju Johan di dada..dia tiada pilihan, dia tiada kepakaran perubatan, tapi yang dia tahu, dia perlu berikan bantuan pernafasan pada Johan untuk bernafas..

Tubuh Johan Tania iringkan ke sebelah Kanan, bahagian belakang di tepuk kuat..bila tiada perubahan, posisi ditukar kesebelah kiri...dia perlu cepat..

Sesekali telinga Tania dilekapkan pada dada Johan, untuk mendengar irama pernafasan Johan....yang kedengaran di telinga Tania, bunyian jantung Johan yang lemah... Tania kebuntuan idea, dia tiada pilihan..

Sekali lagi Johan dibaringkan, Kali ini dengan kekuatan, dada Johan di tekan berkali - Kali untuk membantu..Tania dah Naik Gila, jika sesuatu terjadi pada Johan, dia akan menyesal sepanjang hidupnya.. Itu bukan perkara yang dia mahu sekarang...

Dia mahu Johan kembali, kembali dalam hidup dia.." Johan please, tolong bernafas...Saya janji saya maafkan awak..Saya janji saya Tak abaikan awak lagi...Johan, tolong sedar.. air Mata laju mengalir bersama tindakan Tania pada dada Johan masih belum berhenti....Saya kembali Johan ..Saya ..

" Uhuk! Uhuk! Uhuk...! Johan terbatuk kecil
Sambil bernafas dengan tercungap bagaikan sedang berlari...yang dirasa Johan, seseorang telah memeluk dirinya..Johan masih tergamam.. Seseorang sedang menanggis mendapatkannya Dan berbicara sendiri, butiran yang Johan memang Tak Dengar apa..

" Apa yang jadi...? Wanita yang memeluknya dijauhkan jarak..dia masih Tak tahu siapa yang berada disisinya tadi.

" Saya takkan tinggalkan awak lagi Johan!" Tania masih belum berhenti menanggis, Johan hanya tergamam melihat kearah Tania..

Luka - Luka kecil di Badan mereka berdua tidak dihiraukan Johan..dia masih belum dapat berfikir,bagaimana dia Dan Tania boleh berada disitu.. Johan Cuba gerakkan kaki, tapi ternyata kakinya masih kebas..

Tanpa hiraukan Tania.." Kita dimana?"

" Bawah curaman !" Tania serba salah..

" Apa yang jadi tadi!" Johan mahu mengingati apa yang terjadi tadi..

" Saya dengan awak terjatuh bawah sini...awak Tak ingat Johan..apa yang jadi?"
Tania semakin susah hati dengan reaksi Johan Setelah tersedar..

Johan hanya mendiamkan diri seakan berfikir sesuatu.....dia cuba ingat perkara sebelum mereka terperangkap disini..dari ingatan Johan..semua disebabkan Tania..

"Kalau awak Tak Degil tadi..semua ini takkan terjadi!" Keras suara Johan menyalahkan Tania..

Tania hanya terdiam..memang salah dia tadi, larikan diri dari Johan..

" Apa Kita nak buat Johan..Kita nak tunggu bantuan sampai sin" Tania mengalah, jika dia juga tunjukkan sikap sama pada Johan, masalah mereka disitu tidak àkan selesai..

Johan melihat kearah bajunya yang telah dikoyakkan..

" Apa awak buat tadi?" Johan memang kelihatan marah bila dia sedar bajunya telah koyak Dan separuh darinya telah terbuka ditubuh..

" Saya koyakkan baju tu sebab nak selamatkan awak...Tania serba salah, dia dah Tak tahu Cara bagaimana nak selamatkan Johan..Itu jalan terakhir yang dia pilih..

Dia banyak lihat dalam Tv, Cara itu yang banyak digunakan pasukan penyelamat bila selamatkan nyawa mangsa..bila dia dalam situasi begitu, " kecemasan" Dan Johan adalah mangsa, Cara itu dia guna.

" Awak selamatkan Saya sampai awak koyakkan baju Saya? Apa Cara awak guna?" Kemarahan Johan pada Tania semakin menjadi - jadi..

' pernafasan awak lemah tadi...jadi Saya terpaksa bagi bantuan pada dada awak!" Tania terdiam menunggu reaksi Johan..

" Huh!"

Tiada ulasan hanya keluhan dari Johan...

" Berapa lama Kita dah tersadai dekat sini? Sekeliling dilihat Johan masih cerah...mungkin masih di awal petang..fikir Johan sambil menunggu jawapan Tania...Tania yang sedar dulu dari dia, jadi berapa jam dia tidak sedarkan diri, mesti Tania boleh agak - agak Masa..

" Mungkin dah satu jam Kita dekat bawah ini...awak Rasa Kita akan selamat Johan!" Mata Tania kembali berair, dia sebenarnya takut bahaya yang mereka akan jumpai disitu..mereka berdua telah tercedera, lemah...Tania takut, bila - bila Masa sahaja bahaya akan muncul di depan mereka berdua..

" Kita Cari jalan keluar dulu, Baru Saya boleh buat keputusan!" Johan memandang Tania sekilas...selebihnya dia mendapatkan beg sandangnya yang telah berada di tanah..

Dia terlupa tangannya cedera di hempap sesuatu...
" Ouchhhhhhh!" Johan memgibas - gibas tangan yang dalam kesakitan..sambil mengeluarkan kata - kata kesat akibat kesan kesakitan..

" Awak nak ambil apa Johan,Saya boleh tolong..."Tania menghulurkan bantuan..perasaan Salah Tania menebal. Jika bukan disebabkan sikap dia tadi, mereka berdua tidak akan terperangkap..semua itu kuat bermain - main dalam fikiran Tania..

" Ambilkan Saya baju dalam beg itu....pandangan Mata Johan seperti mengeluh...melepaskan sesuatu, sambil menahan kesakitan di tangan...

" Baju yang Mana?" Tania mencari di dalam beg Johan..bagi kelesaaan Johan, satu T- Shirt putih Tania dipilih..

Putih pilihan Tania dalam hutan Macam ini, dia ingat mereka dekat Check Point? Tempat selesa...Johan mengeleng kepala dengan pilihan Tania..

" Bukan yang itu, Cari yang berwarna gelap!" Johan memberikan arahan tanpa mengulas panjang..

" Nah!" Satu T-shirt diserahkan Tania, dari reaksi tadi..dia tahu Johan masih Tak puas hati dengan dia...mungkin marah disebabkan sikap Tania, mereka berdua tersesat disini.

" Pakaikan!" Johan tiada pilihan, dia perlukan bantuan orang lain dalam urusan untuk membantunya..Tangannya masih sakit Dan berdarah..Untuk dia membuat sendiri memakaikan baju di tubuh, dia Tak mampu..

Mereka Hanya berdua disitu menunggu untuk bantuan sampai menyelamatkan mereka, nak Tak nak bantuan Tania juga yang dia perlukan..

Perlahan - lahan Tania melangkah kearah Johan...sejak mereka berdua berpisah, dia tidak lagi menyentuh tubuh Johan, mahupun Johan...memandangkan Johan hilang ingatan, apa reaksi Johan pada sentuhan dia..

" Sasssaya....Saya bukakan baju awak ini dulu...." Tania kebelakang tubuh Johan selepas baju T-shirt diletakkan kembali di atas beg..tangan Tania terketar - ketar mengeluarkan baju Johan dari tubuh..Baru sebentar tadi dia merasakan kesedihan jika Johan pergi dari hidupnya..

Kejadian tadi benar - benar bukakan hati Tania, Johan seseorang yang penting dalam hidupnya..

" Air Mata Tania gugur satu persatu bila dia menanggalkan baju dia tubuh Johan, untuk mengelak Johan mengesyaki sesuatu, cepat - cepat baju yang lain diambil untuk disarung kembali ke tubuh Johan...tapi satu perkara yang membuatkan Hal itu tidak berjaya..

Baju Baru yang ingin ditukarkan kepada Johan perlu melalui kepala Johan, sedangkan ketinggian Tania dan sisa air Mata yang masih tertinggal, membuatkan Tania serba salah..

" Apa tunggu lagi? Johan memandang ke tepi untuk Tania berada di hadapannya.. Tania ambil Masa yang lama untuk sarungkan kembali satu baju ke Tubuhnya...membuatkan perasaan Tak puas hati dalam diri Johan semakin membuak..

Dia Tak sangka dia boleh mengikut cadangan Matthew, dan bersetuju tanpa berfikir panjang.... segalanya menjadi kucar - kacir, lebih teruk mereka berdua terperangkap Dan dia Pula cedera...

Jauh dari orang - orang yang belum tahu akan kehilangan mereka..

" Saya masukkan tangan awak dulu..Tania bergerak ke depan Johan sambil menundukkan wajah..

Bila wajah Tania dekat begitu dengan wajah Johan..perasaan Johan berdebar - debar...mungkin dengan suasana hanya mereka berdua disitu, Dan di dalam suatu keadaan yang tidak menenangkan...

Tania menyarungkan tangan terlebih dahulu di tshirt milik Johan..Bila ingin menyarungkan kepalanya, Tania terpaksa menaikkan wajah..dan disitu Johan dapat lihat jelas wajah Tania, dimana Mata Tania masih berair Dan membengkak..

" Saya belum mati lagi!" Reaksi spontan Johan bila dilihat semua yang berlaku pada Tania..

Tanpa menunggu bicara Johan selanjutnya, Tania memeluk Johan erat.." awak Tak boleh mati Johan, awak yang kena selamatkan Saya..awak jangan sebut pasal mati." Semakin kuat Tania menanggis, bersama pelukan yang erat tidak mahu dilepaskan..

Johan hanya kaku dengan reaksi Tania...dia hanya membiarkan dahulu...sehingga Tania bertenang...bila esakan semakin perlahan..Johan bersuara..

" Kita kena Cari tempat selamat untuk malam ini...awak akan selamat, mereka àkan Cari Kita!" Johan memujuk, bersama pelukan Tania dibalas...

" Jangan tinggalkan Saya lagi...saya akan kekal disisi awak Johan..saya takkan lari lagi!" Tangisan Tania masih belum redha, semakin erat pelukan diberikan..

Johan hanya membiarkan Tania...dia masih Tak tahu butiran percakapan Tania
berkenaan apa..apa yang dia tahu dia sekadar menenangkan Tania..

Bila tiada kemajuan untuk Tania bertenang...wajah Tania dipegang untuk melihat kearahnya..." Kita berdua akan selamat dari semua ini. Kita kena bergerak sekarang, Cari tempat yang lebih selamat,!" Johan memujuk, bila dilihat Semangat Tania semakin beransur - ansur hilang...

" Okay!" Lemah suara Tania,bersama tubuh yang dileraikan dari Johan..

Perjalanan yang memenatkan, akhirnya mereka berdua tiba disebuah gua..Johan terlebih dahulu meninjau kearah dalam, dia melihat jika Ada bahaya..bila dirasakan selamat..dia mendapatkan Tania...

" Kita berehat dahulu disini Malam ini. Esok Kita fikirkan Cara lain.."

Tanpa bantahan Tania menurut, hanya mereka berdua sahaja disini...Tania memang tidak tahu menahu tentang hutan..Jadi hanya pada Johan dia bergantung harap...

Unggun api dibuat oleh Johan dulu memandangkan Hari yang semakin petang...di Malam Hari suasana akan semakin gelap Dan bahaya Malam àkan muncul..itu yang Johan takut, tempat itu merupakan tempat Baru bagi mereka berdua..

Hari telah Malam...pasukan penyelamat masih belum muncul..Unggun api telah menyala dengan kuat, bersama Johan dan Tania masing - masing berhadapan...lena dengan fikiran masing - masing yang melayang...

" Berapa lama lagi pasukan penyelamat akan jumpa Kita?"

" Kalau ikutkan perancangan..semua àkan berkumpul jam tujuh Malam di Check Point Lima..jadi mereka akan sedar kehilangan Kita jam 8.00 Malam.." Johan meneka....

' Jadi Malam ini Kita àkan tidur sini?" Tania mengeluh berat..di gua kecil tempat mereka berteduh ini hanya terdapat Batu...Jika Tania tidur dilantai, tanah Merah gua seakan debu...memang Tak sesuai untuk berbaring. Menyesakkan nafas..

" Awak Rasa dalam hutan ini ada hotel Lima bintang untuk Kita menginap Malam ini?" Johan memerli dalam wajah yang serius..Mereka masih terselamat itu sudah cukup..

" Saya minta maaf pasal apa yang jadi...Saya pun Tak sangka Johan!"

" Sudah, cukup Tania ! Kita perlu berehat Malam ini..Kita berdua dah tercedera..harap pasukan penyelamat àkan jumpa Kita esok!"

" Hmmmmmm!" Tania bersandar di dinding gua.. suasana Malam bersama Johan dirasakan asing walaupun dia Dan Johan suami isteri.. Johan masih belum kenal dia siapa, tapi Tania mahukan Johan kembali... Kenapa susah untuk Johan ingat dia?

" Awak dah dapat tahu siapa isteri awak Johan!" Perbualan dilanjutkan, namun reaksi Johan masih berdiam...

Mata Johan masih dipejamkan tidak memberikan sebarang reaksi dalam persoalan Tania..

" Johan!" Tania masih mencuba...

Perlahan - lahan Mata Johan bukakan melihat kearah Tania tenang.." kenapa awak nal tahu?dia sendiri Tak pernah Cari Saya. Saya Tak ingat dia?" Pandangan Mata Johan masih redup memandang kearah Tania..

" Kalau seseorang mengaku pada awak, yang dia isteri awak. Apa reaksi awak Johan?"

" Sssàyà.....Saya Tak tahu....." Kali ini pandangan Mata Johan dilarikan dari Tania..Dia tahu siapa? tapi kenapa tiada satu pun kenangan antara mereka berdua terulang dalam fikiran Johan...Hanya yang selalu terbayang difikirannya wajah seseorang yang hadir...bauan..namun sebaik wajah itu ingin dilihat dekat...bayangan wanita itu hilang..Johan sendiri Tak tahu...keliru...

Tania hanya mampu mengetap bibir bersedih..dia mahu teruskan perbualan..berterus terang dengan Johan siapa dia, hubungan mereka... tapi melihatkan reaksi Johan.perkara itu perlu ditangguh terlebih dahulu..

" Saya balutkan tangan awak dulu... Johan!" dalam suara yang tersekat - sekat, Tania mengumpul kekuatan.. untuk menghadapi Johan dia perlu kuat...ingatan Johan hanya menunggu Masa untuk pulih, dia perlu bersabar..

Johan tidak membantah...tangan segera dihulurkan kepada Tania..Mata dipejamkan kembali.Hanya balutan Tania yang dirasakan bergerak membalutkan seluruh tangannya..

Setelah selesai Johan tidak dikejutkan oleh Tania..dia biarkan Johan berehat...dia akan menjaga sekeliling dahulu...hanya mereka berdua, perkara itu yang dirasakan Tania baik untuk mereka berdua..

Sesuatu dikeluarkan oleh Tania dari beg sandang bahunya.. Nasib baik semua barangan disumbat kedalam begnya.Mini first Aid, Dan beberapa makanan segera..Dua bungkus Maggi dikeluarkan Tania..tapi dia Tak tahu untuk masak Macam Mana.

Tiada pilihan lain, Tania membuka Maggi Dan diletakkan perencah..tiada Cara lain, Maggi itu dimakan seperti keropok..

Bunyian krup krap krup krap dari gigitan Maggi yang dimakan Tania membuatkan Johan membukakan Mata..Dia melihat kearah Tania..

" Saya lapar...Saya Ada satu lagi kalau awak nak Johan.." Tania mempelawa, dalam situasi itu apa - apa sahaja berguna bagi mengalas perut..

" Awak tolong buatkan!" Tangan Johan yang berbalut ditunjukkan kepada Tania..Balutan Tania pada tangannya buatkan Johan lebih selesa..

Satu lagi paket Maggi dibuka Tania..Dalam Cara yang sama, paket Maggi digoncangkan bersama perencah sebelum hasilnya disuapkan ke mulut Johan satu persatu..

Tania duduk disebelah Johan sementara menunggu kunyahan Johan habis, barulah suapan seterusnya diberikan...

" Saya àkan bertunang dengan Rina minggu depan... Jadi Tak banyak yang Saya boleh ubah jika isteri Saya belum mengaku siapa dia? Saya Tak kenal dia...Jika dia muncul..awak Rasa Tania apa perlu Saya buat?"

Tania terdiam..dia serba salah...kalau dia mengaku pada Johan sekarang, boleh ker perkara itu diubah...Dan Johan àkan percayakan dia..sedangkan Johan cintakan Rina..Dan apa yang berlaku dalam hubungan dia Dan Johan, Salah faham Tak banyak yang membantu Tania..

" Apa perkara yang awak ingat tentang isteri awak Johan? Sesuatu mengenai dia?"

" Wangian dia? Dan Rina Mempunyai wangian yang sama..Tapi Ada seorang lagi ? Tapi dia Tak mengaku! Jadi Saya keliru..awak Rasa Saya perlu lupakan siapa isteri Saya Dan Bina hidup Baru dengan Rina..?"

" Johan Saya..... sebenarnya....Saya...Saya..!"

" Apa Tania? Apa yang awak nak cakap?" Johan masih menunggu kenyataan itu keluar dari mulut Tania sendiri..selepas itu dia akan fikirkan selanjutnya tentang perkara itu..

" Saya nak berehat dulu, kalau awak perlukan apa - apa panggil Saya!" Tania ingin bergerak..

" Nanti.."Johan memandang Tania tajam..tubuh Johan diarahkan mendekati Tania.." kenapa awak takut Saya akan mati Tania?"

" Johan...Saya!" Tubir Mata Tania berair..

" Awak maafkan Saya? Sebab apa?"

" Saya.." Tania tunjukkan wajah, air Mata Tak mampu lagi ditahan..

" Awak mahu saya selamat!"

Hanya tangisan Tania yang kedengaran...

" Awak mahu Saya jadi penyelamat awak!"

Semakin kuat Tania dengan tangisan...Tania tahu, Johan telah mendengar semua yang diucap tadi, sewaktu dia kehilangan Johan tadi...dan perkara itu lebih pilukan hati Tania...

" Dan awak takkan lari lagi...Sebab apa semua itu Tania? Apa yang awak nak beritahu Saya?"

" Tania Tak boleh rahsiakan lagi..tubuh Johan Tania peluk tidak mahu dilepaskan.." Saya isteri awak Johan! Saya isteri awak..cukup apa yang awak cakap tadi...Saya disisi awak sekarang!" Air Mata Tania mengalir laju...dia tahu Johan telah dapat agak sesuatu tentang dia..sejauh Mana ingatan Johan pasal dia, tidak penting bagi Tania..Janji Johan tahu dia adalah isterinya, bukan orang lain..

Johan memejamkan Mata dengan rapat..dalam Masa yang sama dia tenang..Isteri yang dicarinya telah mengaku dan disisinya..walaupun Ada soalan, itu akan diselesaikan kemudian..dia mahu menghayati detik - detik dia berdua bersama Tania..

" Kenapa awak Tak mengaku selama ini, Saya didepan Mata awak?" Pelukan Tania dikemaskan bersama bauan Tania dihidu Masuk ke dalam rongga bauannya..

" Saya takut awak Tak kenal Saya! Salah faham antara Kita? Saya Tak berani!" Semuanya yang berlaku sebelum ini perlu dilupakan Tania..baik untuk Tania begitu juga Johan..semua perlu dipadamkan Dan mereka berdua Bina hidup Baru..

" Saya belum dapat sepenuhnya bayangan awak Tania..tapi Saya akan usahakan Hal itu..Saya Tak mahu awak tinggalkan Saya lagi!"

" Saya tahu...jangan paksa diri awak Johan..awak perlukan Masa untuk sembuh, Saya àkan sentiasa disisi!" Tangisan Tania reda, dia lega dengan Johan mengaku siapa dirinya..biarpun bukan sepenuhnya,itu cukup buat Tania..

"Berapa lama Tania?Kita berdua jadi suami isteri?"

" 4 Tahun!" Kedua - duanya masih berpelukan, hanya suara yang menemani..

" Awak Tak pernah Cari Saya dalam 3 tahun ini? Saya ingatkan Saya hanya seorang..hanya Jonathan, Johari!" Johan mahukan kepastian dengan segala yang berlaku...

dia hanya kenali orang yang berada berdekatannya..sedikit Demi sedikit imej hubungan dia Dan mereka bertiga, muncul..semakin lama imej itu lebih jelas...hari ke hari....tapi berbeza dengan kes Tania, dia tidak didedahkan langsung dengan Tania, Dan lebih burukkan keadaan..Tania yang mengelak berdekatan dengan dia..

" Saya àkan jelaskan hal itu kemudian Johan..

" Kenapa Hal itu tidak dijelaskan sekarang! Apa lagi yang awak sembunyi?"

"Saya àkan jelaskan nanti, tapi awak perlu pulih dulu...ingatan awak pada Saya belum jelas..awak Tak takut kalau Saya bukan seperti yang awak impi?"

Johan tenung Tania mendalam...awak bukan yang Saya impi? Macam Mana kalau Kita jelaskan hal itu....
Pelukan semakin dieratkan Tania, bersama nafas Johan yang semakin mmeberat ke wajahnya...
Tania tidak mampu lagi untuk berpaling ke belakang...segalanya jelas tentang Masa depan dia bersama Johan..

Mereka berdua berpelukan sepanjang Malam, melepaskan segala yang terbuku, rahsia Dan dendam yang tersimpan...sebelum tiba Hari Baru esok, dimana hidup dan nasib mereka berdua akan ditentukan....

Terselamat ataupun sebaliknya...

" Macam Mana Johan boleh hilang?"Matthew orang pertama yang dihubungi oleh pendaki disitu..bersama Ahli bomba, pasukan polis..pasukan Am, semua telah berada di check Point kelima..namun jumlah pasukan penyelamat masih kurang, memandangkan lokasi yang jauh di dalam hutan.. jadi pasukan diletakkan jauh di kaki Bukit bagi mengerakkan usaha mencari..

Berpuluh khemah telah berada di lokasi Dan Matthew turut berada bagi mendapatkan berita terkini...

" Explain? Seseorang perlu terangkan apa yang terjadi? Cenuram di Mata Matthew sungguh tinggi Dan curam...Jika Johan terselamat Kali kedua...nasib Johan sememangnya baik..

" Matthew, Johan Dan Tania hilang serentak...Ahli kumpulan lain sahkan Hal itu..Mana mereka pergi?" Kerisauan di wajah Rina jelas, dalam fikiran Rina hanya Johan....mereka àkan bertunang..jika berlaku sesuatu pada Johan, macam Mana dia nak hadapi semua perkara yang telah terjadi..

Lagi curigakan hati Rina, kehilangan sama Tania..

" Tania pun turut hilang?" Matthew terus mendapatkan pasukan penyelamat yang mendapatkan dia tadi...tanpa menunggu lebih lama, kata - kata kesat telah dihembur Matthew..

Entah di Mana silapnya berita yang diterima, dia hanya dimaklumkan tentang kehilangan Johan seorang..Dan bukan Tania.. Matthew semakin panas...
" Berapa lama lagi Saya nak tunggu? Tiada ke usaha nak Cari mereka. Lagi satu kenapa awak semua Tak maklumkan Saya Tania juga turut hilang..sekarang jumlah mangsa adalah Dua, bukan seorang!"

Masing - masing pasukan penyelamat Dan pendaki terkejut dengan berita yang Baru mereka terima..Mereka telah dimaklumkan tadi hanya seorang..bukan Dua.

" Mana Encik Matthew dapat berita ini?" Pembantu Pendaki kedepan menghadap Matthew.

" Awak dah Kira semua jumlah peserta yang tiba disini?" Matthew tidak dapat mengawal kemarahan bila Hal penting begini diambil mudah..

" Encik Mokhtar, betul Kita kehilangan Dua mangsa pendaki!" Seorang lagi pembantu Pendaki muncul, membuatkan semua yang berada disitu berpandangan sendiri..

" Tunggu apa lagi? Kerahkan segera pencarian mereka berdua!" Matthew semakin berang, bila pasukan yang datang Malam itu Tak banyak membantu..hanya menunggu..

Bagaimana mereka usahakan orang sebegini disini..Matthew tiada pilihan, dia perlu hubungi seseorang untuk segerakan usaha menyelamatkan Johan Dan Tania..

Diharap usaha Matthew tidak sia - sia....

Bersambung.......????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience