86

Romance Completed 78127

" Saya mahukan gambar ini Rina...!" Setelah berpuas hati Dan menghabiskan lewat Malam bersama Rina melihat pemandangan Malam yang sunyi.... akhirnya perasaan berkeceramuk dalam fikiran Johan dapat ditenangkan kembali..

" Awak nak buat apa dengan gambar ini Johan...Gambar itu takkan membantu kalau awak nak buat keputusan dalam hidup awak nanti.."

senyuman Rina mekar dibibir....Johan dibawa kesitu oleh Rina...dia mahu Johan kembali bertenang..

" Johan apa kata kalau semua Hal itu awak lupakan ...Kita Bina hidup Baru...

Renungan mata Rina Dan Johan lama....bila dirasakan Johan mendapat jawapan dari soalan sebelum ini...Rina semakin berpuas hati...

Renungan Mata Johan beralih dari Rina  ke pemandangan lampu di pekat Malam...
" Saya perlu selesaikan dulu masalah sebelum ini Rina...saya dah lama menanti...banyak pihak yang dah mainkan  Saya dalam Hal ini...Saya perlu buat keputusan akhir....Saya harap awak boleh bersabar dalam Hal ini.."

Biarpun suara Johan lembut Dan halus, namun ketegasan dalam bicaranya buatkan semua yang ditunggu Rina selama ini berbaloi, untuk dia mendapat jawapan dari keputusan yang àkan dipilih Johan nanti ....

Dia hanya perlu bersabar sedikit lagi
untuk dia mengecapi bahagia yang dinanti...
Bahagia bersama dengan Johan..

" Johan Saya boleh tunggu awak Dan bersabar untuk awak pulih...Saya masih Rina yang sama sebelum awak sedar dari semua ini...

Cuma satu Johan yang Saya masih keliru..Jika Saya Dan awak akan bersama nanti....bagaimana dengan Tania...dia masih...?

" Saya selesaikan semua Rina..awak Tak perlu risau...pasal Tania Saya akan uruskan....Tak sempat Rina menghabiskan ayat, Johan telah menyampuk..

kelihatan senyuman Rina semakin mekar...berbunga - bunga dalam hati...

Setelah bertenang beberapa jam lagi...setelah Johan waras dalam fikiran barulah Johan Dan Rina berpisah disitu...

dalam sekelip Mata ...Johan ditinggalkan keseorangan..

Rina telah hilang dari pandangan mata Johan...Namun Johan masih termenung Jauh..Segara gambaran kasar tentang pasangan dalam bayangan Johan yang masih kabur kini....dia telah dapat jawapan...

Kebencian Tania dulu?
Kenapa Tania lupakan dia.....
Segalanya dirahsiakan....
Matthew....semuanya adalah bersebab...
Hubungan dia Dan Tania telah berakhir...terjadi sesuatu dalam hidup dia dan mereka telah hilang dalam hubungan itu....

Untuk apa lagi dia mengaku hubungan mereka masih sama....
Kenapa sekali lagi dia dipermainkan....
Buat pertama Kali setelah Johan hilang ingatan, air mata lelakinya gugur satu persatu...

Tiada sebarang reaksi sedih....hanya air mata yang gugur beberapa Titis..menunjukkan kesedihan  Johan dalam hati ...

Setelah hati Johan kembali tenang, sekeping gambar yang diambil dari Rina diteliti...wajah kesedihan Tania...Mata Tania yang mengundang sesuatu...namun semua yang terbentang dalam hidup Johan Dan Tania adalah dusta..

Dengan kekuatan yang tinggal, Johan kembali ke dalam perut kereta..sekali lagi dia termenung lagi dalam mencari sesuatu yang hilang dalam hidup dia...Kenapa dia perlu lagi menipu diri sendiri.Sedangkan dia telah dapat jawapan....walaupun masih kabur namun segala yang terbentang dalam dunia realiti semakin jelas..

Untuk apa Kita tipu hubungan Kita berdua Tania....Kenapa rahsiakan perkara mengaibkan itu....kenapa tidak berterus terang pasal semua...atau awak takut akan kehilangan Saya Dan semua kemewahan yang awak miliki sebelum ini..."
Senyuman di bibir Johan menjadi sinis..Dia dipermainkan hidup - hidup.Spekulasi yang semakin jelas menjadikan Johan semakin kuat Dan tidak lagi memandang kebelakang...

Disebalik sikap Johan yang selama ini hanya tenang...akibat dari Impak Besar yang diterima Hari ini, sikap Johan berubah..dia dapat rasakan Aura Sir John yang pernah dibawa dulu kembali dalam dirinya...dia tidak lagi mahu menjadi seorang yang kalah dalam membuat keputusan....dulu dia adalah seorang yang tegas Dan mengikut peraturan...

Dia adalah pemenang bagi setiap permainan, samada dalam hidup ataupun dalam dunia perniagaan..Kenapa sikap itu telah hilang dulu dia sendiri Tak pasti...Tersedar dari hilang ingatan, dia menjadi Johan yang Baru....Namun kini, hal itu tidak akan terjadi lagi..

Dalam hidup dia dulu di bawah pengaruh Jonathan...hanya yang perlu dia tahu..dia hanya hidup untuk diri dia sendiri..hatinya ditutup untuk sayangkan seseorang melebihi diri sendiri...

Setiap keputusan yang dibuat perlu memikirkan kepentingan diri Dan bukan orang lain....Keluarga bukan sesuatu yang penting bagi Johan dulu...hidupnya hanya untuk Jonathan, untuk mengembangkan legasi kekayaan keturunan mereka...
Pasangan yang dipilih hanya untuk mereka mendapatkan zuriat untuk meneruskan keturunan Jonathan...

Itu yang dipilih dulu...Dan dalam isu tentang Johan....dia tiada masalah untuk memilih Rina untuk menyambungkan keturunannya memandangkan keturunan Rina tiada masalah dari pandangan Fikiran Johan...

Sebelum itu, dia perlu selesaikan terlebih dahulu urusan dia bersama Tania...

Jam menunjukkan arah 6.15 pagi, Tania yang Baru selesai menunaikan solat terdengar pintu bilik dibuka...setelah memberikan Salam Tania berdoa, Setelah selesai bayangan Johan berdiri dibelakang nya jelas....

" Awak dah balik?" Seperti kebiasan sejak beberapa Hari lalu, setiap pagi Tanialah yang memulakan perbualan bagi mereka berdua.

Jelas di pandangan mata Tania, Johan masih berdiam..namun wajah Johan dilihat kosong tanpa memberikan sebarang reaksi...

Tania menyedapkan hati sendiri, mungkin kelakuan Johan pagi itu disebabkan keletihan...dia tidak mahu menganggu emosi Johan, mungkin Johan Ada suatu urusan penting diluar Dan Fikiran Johan masih tidak tenang...

Namun perasaan khuatir dalam hati Tania semakin tidak enak...Johan tinggalkan dia sewaktu dia sedang terlena Malam tadi...dia terlalu kepenatan, Dan mengingatkan Johan yang kembali mengingati diri dia di hospital dulu semakin membuatkan hati Tania tidak tenang...
dia tidak mahu fikiran Johan memikirkan apa yang terjadi...dia tidak mahu fikiran Johan pulih Dan mengingatkan memori Hitam dalam hidup mereka berdua...

" Johan kalau awak Rasa awak penat, awak berehat dulu....saya sediakan sarapan, sekejap lagi Saya kejutkan awak!" Jam dinding dilihat Tania sekilas.Walaupun Masa subuh telah menginjak,. Namun tiada masalah jika Johan merehatkan diri terlebih dahulu dalam Masa 10 minit, sebelum kewajipan yang wajib itu Johan tunaikan...

Tania mulakan langkah, namun langkah terhenti dengan bicara Johan yang mengejut...
" Saya Ada sesuatu Tania yang saya mahu awak perjelaskan tentang hubungan Kita..!"

"Plashk!"
Satu keping gambar dilemparkan Johan diatas katil...Tania yang masih tidak tahu apa - apa, segera kembali mendapatkan Johan...gambar di atas katil diambil..

Setelah dilihat wajah perempuan dalam gambar itu, Tania tergamam...tanpa disedari kesedihan menjalar di dalam diri Tania yang membuatkan air matanya gugur tanpa tersedar....

Segala memori pada Hari itu jelas...Wajah dia yang sugul setelah meratapi kematian anaknya sendiri disebabkan paksaan...lelaki yang memaksanya waktu itu berdiri dihadapannya kini..

Bertahun Tania cuba mengharungi peristiwa perit itu, dia cuba mengawal perasaan Dan hati dengan segala terjadi...
dia Cuba terima hakikat dia kehilangan separuh dari tubuhnya, dia bawa diri menjauh dari lelaki yang dia Paling benci....dia menjauh dari dirinya dulu...

Namun setelah semangatnya kembali pulih, sekali lagi dia diuji...di hadapan lelaki yang dia Paling benci dulu, lelaki yang dia tidak maafkan...Kini disebabkan Johan hilang ingatan,Dan dia tahu Kebenaran dari semua yang terjadi...Johan dipergunakan..

Dia kembali memaafkan kesilapan Johan, menerima Johan kembali...Dan Paling memeritkan Tania..dia Cuba melupakan peristiwa Hitam walaupun setiap malam, dia masih mimpikan perkara yang sama...dia masih mimpikan dia menjadi seorang IBU Dan bayangan tangan bayi yang memanggilnya...

" Mana awak dapat gambar ini Johan!" Air mata Tania tidak dapat ditahan lagi..mengalir dengan laju dengan perasaan yang hancur....Segala kesedihan yang dia Tak pernah luahkan pada Johan kembali muncul....

Tangisan Tania menjadi teresak - esak dengan peristiwa yang dikembalikan dalam ingatan..." Siapa bagi awak semua ini, jawab Saya Johan?" Tania dipenuhi dengan emosi...Jika dulu dia halau Johan dari dekati dia....Kini dada Johan menjadi mangsa Tania bila perkara Hitam itu dibawa kembali dalam hidup mereka berdua...

Perkara yang mahu Tania rahsiakan dari Johan....

" Awak Tak perlu buat drama disini Tania.Kenapa...awak takut rahsia awak selama ini terbongkar? rahsia perbuatan terkutuk awak dulu!' pegangan tangan Tania di dada Johan dihempas kasar...

Tania tergamam..." Perbuatan terkutuk? Apa maksud awak Johan?" Tania masih berteka - teki...tangan yang dilemparkan Johan tadi dialihkan bagi menyeka air mata....Bukan dia yang melakukan perbuatan terkutuk itu tapi Johan...tapi kenapa perkara itu jadi sebaliknya...

" Saya dah tahu semua Tania..!" mata Johan yang memandang kearahnya tidak menunjukkan riak simpati..

Melihatkan reaksi Johan, Tania menjadi terpinga - pinga..air mata disekat ketepi dengan tangan sekali lagi, masih tidak berhenti mengalir ..perasaan takut Tania semakin menjadi - jadi dalam hati.." Johan apa yang awak tahu?" Tania semakin tidak sedap hati....dia dapat rasakan Ada sesuatu yang tidak kena....dia takutkan Johan mengingati perkara itu, dari dia takut pada dirinya sendiri...apa yang àkan dia hadapi selepas ini...

" Awak nak Saya terangkan pasal kelakuan curang awak pada Saya?"

" Awak cakap apa Johan?" Tania masih terpaku dengan segala yang Baru terjadi..Dia curang? Jadi Johan..." Gambar di atas katil diambil Tania Dan dikejap dalam tangan...

Johan masih merenung tajam kearah Tania..

" Mana awak dapat gambar ini?"

" Rina..kenapa awak nak kata benda ini semua tipu....masih jelas dalam fikiran Saya Tania...awak dengan lelaki..awak dengan Matthew...Dan Anak yang awak gugurkan itu Anak lelaki Mana?" Suara Johan lantang Dan bergema di dalam keheningan pagi yang membuatkan Tania tergamam....

Segala bicara Johan tentang Rina....Mathhew, lelaki ...Anak dalam kandungan dia...situasi di dalam gambar...jelas pada Tania yang Johan masih tidak mengingati apa - apa...Cuma Rina yang membuat semua spekulasi Dan masalah lebih rumit dalam hubungan dia Dan Johan..

" Johan awak lebih percayakan Rina dari Saya...Saya isteri awak Johan sedangkan Rina, awak kenal dia disebabkan awak hilang ingatan....

" Diam!" Awak jangan cakap lagi Tania..walaupun Saya Baru kenal Rina, tapi dia tak simpan rahsia dari Saya...Malah dia tolong Saya ingat siapa Saya sebelum ini...

Sedangkan awak?"

Awak jumpa Matthew sedangkan awak tipu saya awak keluar dengan Jila...Apa penjelasan awak Tania....awak ingat Saya bodoh sebab hilang ingatan..awak ingat awak boleh curang belakang Saya Setelah apa yang jadi...

" Tidak Johan.....saya jumpa Matthew....! Pasal Jila...telah beberapa Kali Cuba diluahkan Tania, namun dia tidak berjaya...terlalu susah untuk perkara itu diluah..memang salah dia tidak berterus terang..tapi dia Tak sangka, Johan dapat hidu..

Sedangkan sewaktu itu hubungan dia dengan Johan bahagia..dia Tak syak Johan àkan pasang pengintip untuk intip setiap langkah Dan pergerakan dia...Ternyata anggapan Tania selama ini pada Johan adalah salah.. Johan sentiasa berjaga - Jaga..

" Johan maafkan Saya..." Tangan Tania cuba untuk mencapai tangan Johan...Namun Johan segera menepis secara kasar...

" Jangan Tania...awak Rasa Saya akan maafkan awak Setelah apa yang berlaku...Saya dah dapat jawapan Tania tentang Kita berdua....Dan Saya telah buat keputusan....

Tania yang mendengar hanya tercengang.." keputusan apa yang Johan àkan buat..Apa yang berlaku ini..!" Tubuh Tania mengigil, air mata tidak henti mengalir...dia tidak tahu lagi Cara bagaimana untuk memujuk Johan...Jika dia berterus terang, dia takut Johan tidak boleh terima kenyataan....

Dan Jika dia berdiam....?" Tanpa Semangat dalam diri, Tania pejamkan Mata. Dia Tak boleh lagi mengawal perasaan diri yang terkejut dengan situasi anggapan Johan pada dia yang telah berubah...

Segalanya buruk mengenai Tania pada pandangan Johan..Jadi bagaimana dia mahu jernihkan keadaan itu, keadaan hubungan mereka berdua..

Dalam Tania berdiam Dan memejamkan Mata....Terdengar suara Johan yang jelas di pendengaran telinga Tania...

" Tania Saya Tak boleh teruskan lagi penipuan dengan semua yang terjadi....!"

Tania yang mendengar membukakan Mata perlahan - lahan..keadaan diri telah boleh ditenangkan..

" Tania Binti ........

Tania tercengang dan dengan mata yang membulat mendapatkan Johan..Dia tahu apa yang àkan dilakukan Johan sebentar nanti....dia tahu apa keputusan Johan...tapi sebelum Johan membuat keputusan, dia àkan menghalang...

Tangan Tania cepat menutup mulut Johan dengan jari - jemari yang runcing untuk Johan tidak meneruskan niatnya...Dan Kali ini dia berjaya...

Segala tindakan Tania membuatkan Johan tergamam Dan terdiam..dia hanya membiarkan Tania Dan hanya memerhati segala tindakan Tania selepas ini...

" Jangan teruskan Johan...Jangan lafazkan apa yang awak fikirkan sekarang ini..Saya àkan pergi dari hidup awak tapi saya Tak mahu hubungan Kita putus..." Mata Tania memandang Johan dengan 1001 perasaan yang hanya di simpan oleh dirinya seorang....air mata Tania dirasakan mengalir laju...
Dia tidak sanggup berpisah dengan Johan lagi...dia telah berjanji, namun kerana terpaksa semua itu harus direlakan...

" Saya àkan berkahwin dengan Rina!" tanpa reaksi be salah semua itu dijelaskan untuk pengetahuan Tania...itu keputusan bulat yang telah dia buat masak - masak oleh Johan..

Bila lafaz itu disebut oleh Johan, dunia Tania dirasakan bergegar...
Tubuh Tania dirasakan lemah...
Dia terpaksa bermadu dengan Rina?
Tangan Tania yang menekup bibir Johan tadi terlerai dengan kenyataan yang dirasakan Tania meremukan hatinya selama ini...segala perasaan Sayang yang disimpan selama ini ternyata sia - sia...

Tania masih terkaku dihadapan Johan...tapi bila dilihat Johan masih tidak berganjak...Tania tahu Johan telah nekad...

...Tania hanya mampu tersenyum tawar dalam keadaan terpaksa...dia melangkah kebelakang menjauhi Johan.. dengan pandangan mata Tania yang tidak lagi memandang kearah Johan...Tania berpaling....

" Saya izinkan...!" Setelah melafazkan perkataan yang dirasakan tepat dengan keputusan dalam hatinya.....Tania berlalu pergi....

Johan hanya memerhati Tania pergi dari hidup dia, dari pandangan mata Johan ...hubungan itu terpisah mungkin untuk selamanya....dia menghormati keputusan Tania untuk hubungan itu tidak ditamatkan sekarang, Dan untuk hubungan itu ditamatkan nanti, Tania yang perlu mencari dia....

Dia mahu melepaskan Tania pergi secara baik, namun tanpa disangka Johan, Tania memilih untuk tidak mahu berpisah dengannya........

dari segala yang terjadi Johan masih tidak berasa lega dalam hati, namun dia tidak àkan Menarik balik keputusan yang telah dibuat....

Kes Tania telah selesai...yang tinggal sekarang dia hanya perlu melunaskan janji dengan Rina dan teruskan hidupnya selepas ini...


Bersambung.........?

Share this novel

Sara Amylia Kamarozaman
2020-05-09 23:01:45 

npe kisah nie makin rumit...sian tania=(....smbung lg please...x sbar nk thu..ape akn jd..

Sara Amylia Kamarozaman
2020-05-09 23:01:40 

npe kisah nie makin rumit...sian tania=(....smbung lg please...x sbar nk thu..ape akn jd..

Sara Amylia Kamarozaman
2020-05-09 23:00:56 

npe kisah nie makin rumit...sian tania=(....smbung lg please...x sbar nk thu..ape akn jd..


NovelPlus Premium

The best ads free experience