47

Romance Completed 78127

"Cari dia disekitar ini!"
Suara sergahan Johan buatkan suasana menjadi senyap sunyi. Hanya pergerakan kaki orang - orang yang membantu Johan mencari yang kedengaran.

Maya Johan masih tertumpu pada Bot Hitam yang bersauh elok ditepi kapal. " Memang Ada seseorang disini! Tapi Tak dapat dipastikan kalau itu Tania!"

Selepas mengelamun seketika..Johan memulakan langkah menuju kearah Bahagian Dalam kapal...suasana telah kembali terang bila lampu - lampu didalam kapal yang tadi bergelap telah terang.

Sebaik Johan masuk ke dalam perut kapal.

" Sir John, Ada sesuatu yang Saya hendak tunjukkan?" Suara lelaki itu halus di pendengaran Johan namun membuatkan tubuh Johan berhenti dari melangkah Dan tumpuan mata Johan beralih kepada lelaki itu..

" Apa dia cepat maklumkan Saya!" Setiap perkara yang berlaku di kapal itu menjadi tumpuan utama Johan Dan Johan tidak dapat mengawal perasaan berdebar - debar dalam hatinya, bila Ada sesuatu perkara Baru dimaklumkan.

" Ada beberapa makanan yang ditinggalkan di meja diluar..Dan kami amat pasti jika sebelum ini
Kawasan sekitar ini akan dibersihkan dahulu sebelum ditinggalkan. kami syak memang Ada penghuni yang berada di kapal ini. Kami akan teruskan pencarian disetiap bahagian. Saya harap apa yang Sir John Cari Hari ini àkan berhasil di sini.." di wajah lelaki itu dapat dilihat Johan Ada kegusaran..

" Teruskan pencarian hingga Kita jumpa siapa yang berada di sini!"

" Tapi kalau bukan dari seseorang yang Sir John Cari...Kalau..?"

Johan kembali berpaling kearah lelaki yang mencari ketua dalam pencarian itu, dengan wajah Johan yang kembali ditenangkan.

Dapat dilihat pembantu itu, Aura Johan telah berubah menjadi Aura yang menakutkan.. Tenang namun dipenuhi keyakinan Dan kemarahan.

" Dia disini Dan selagi Kita Tak jumpa dia..Jangan berfikir untuk kembali." Selepas meluahkan segala yang terbuku di hati Johan..Dengan langkah segera Johan meninggalkan Ketua Pembantu yang kaku di kedudukan tadi..

Selepas bernafas dengan tenang, barulah Ketua Pembantu mengarah laluan mengikuti langkah Johan..Bukan sahaja tugasnya disitu untuk menjadi ketua dalam operasi mencari di kapal itu..Tapi tugasan utama juga adalah menjadi penyelamat Johan jika terjadi sesuatu yang tidak diingini..

Itu adalah arahan ketua Atasan.Jadi dia tiada pilihan.Dalam pekerjaan mereka hanya mengikut arahan. Setiap arahan perlu dipatuhi.

" Tania tunggu disini !" Satu beg diletakkan Ethan dibawah sebelum memulakan langkah kearah pintu bulat.

" Ethan..! Awak nak kemana? Belum sempat Tania untuk bertanya, Tubuh Ethan telah keluar di sebalik pintu. Hanya wajah Ethan yang berada di pintu bulat dihadapan Tania.

Kelihatan jelas di pandangan Tania, Ethan mengeluh resah sambil memberikan pandangan yang bermakna sesuatu.

" Jaga diri Tania, awak akan selamat disini. Jika Hari ini berjaya awak àkan selamat sampai didaratan esok. Mereka àkan menemui awak disini Dan awak akan selamat dari semuanya. Saya takkan benarkan awak dibuli."

" No..! Awak nak buat apa Ethan..segala maksud yang dinyatakan Ethan, Tania mulai faham maksudnya. " Bermakna Ethan Tak mahu dia dijumpai oleh orang - orang pulau. Dari mereka berdua dihukum, Ethan pilih serahkan diri dia dari mereka berdua.. " No, awak Tak boleh buat Macam itu...

" Pang! Crekkkk! Crekkkk

" Ethan, Ethan...Bukak pintu ini.." Ethan!" Laungan Tania tidak lagi didengari ditelinga Ethan, selepas pulasan dipintu itu dilakukan.

" Awak akan selamat disini Tania, esok petang Setelah semuanya berakhir, seseorang akan temui awak disini. Penderitaan awak di pulau ini akan berakhir!'

Ethan menyandarkan tubuh sambil panglihatan melihat kearah pintu yang memisahkan diri mereka berdua. Satu rokok dinyalakan Ethan Dan diarahkan ke mulutnya. Setiap hisapan asap rokok itu dihayati Ethan sepenuhnya, mungkin itu sahaja peluangnya..sebelum sesuatu terjadi nanti.

Setelah habis sebatang.Ethan memberikan pandangan mata terakhir kepada bilik yang menempatkan Tania. " Segala disini àkan berakhir Tania, Aku harap engkau akan dapat melalui kehidupan tanpa aku lagi.."

Segala kenangan bersama Tania kembali muncul..wajah tenang Tania, tangisan Tania..senyuman kecil Tania amat terkesan dalam hati Ethan..Dia sekadar Cuba membantu Tania dalam gadis itu melalui Masa - Masa yang sukar. Tapi tanpa disangka oleh Ethan..Kehadiran Tania memberikan kesan dalam hidup Ethan..

" Naif tapi sesuatu dari Tania buatkan aku àkan rindukan kehadiran engkau nanti." Satu senyuman terukir dibibir Ethan sambil Ethan mulai melangkah untuk pergi lebih jauh dari tempat Tania bersembunyi..

Ethan meneruskan langkah sambil sebatang lagi rokok dihidupkan ditangannya..Jelas di pendengaran telinga Ethan suara - suara lelaki yang mulai bising mencari di kapal itu.

" Clear"

" Hei!"

Pap!" Clear!"

Di kejauhan Ethan telah melihat seseorang. Satu senyuman sinis terukir di bibir Ethan. " Seperti jangkaan." Tanpa menunggu Masa lebih lama, Ethan mahu dirinya ditemukan untuk segalanya berakhir untuk Malam ini.

" Sir John, kami telah menemui seseorang!" Ketua Pembantu segera memaklumkan kepada Johan, sebaik sahaja dia dimaklumkan tentang maklumat tadi.

" Mana Dia?" Johan semakin tidak sabar dengan penemuan yang berjaya mereka perolehi Malam itu. Perasaan Johan semakin berdebar - debar. Berharap yang ditemui itu nanti adalah Tania.

" Ikut Saya Sir John, mereka Ada di bahagian dapur!"

" Mari.." Johan segerakan langkah sebaik sahaja maklumat ifu diperolehi. Dia semakin tidak sabar, jika dia boleh terbang, dia akan terbang dengan segera untuk mengetahui siapa yang ditemui.

Seseorang Mula kelihatan di Maya Johan. Johan sedikit tergamam, namun dia Cuba mengawal perasaan diri sambil Anak Maya Johan segera mengalihkan pandangan di kawasan sekitar bahagian dapur.

" Dia yang kami temui disini, tapi kami akan menyiasat lagi." Pembantu membisikkan sesuatu kepada Johan..

Setelah mengangguk faham, Johan terus mendapatkan Ethan, yang sedang tenang duduk membelakangkan dirinya.

" Mana dia ?" Tanpa menunggu lebih lama Johan mendapatkan Ethan yang membelakangkan dirinya. Kelihatan Ethan sedang merokok dengan tenang.

Ethan mengalihkan pandangan sambil mengerutkan dahi bagi berhadapan dengan Johan." Siapa?" Satu senyuman sinis terukir di bibir Ethan.

" Tania..?.. Mana dia ?"

" Tania..Siapa Tania..?" Ethan menjongketkan bahu seakan - akan sebaris nama itu tidak pernah Ada dalam kotak fikirannya.

" Isteri Aku Mana dia?" Kali ini Johan hilang sabar, kolar baju Ethan jadi sasaran Ethan. Pembantu yang melihat perbuatan Johan segera Cuba mengalihkan tangan Johan untuk tidak terjadi sesuatu yang tidak diingi..

" Hush! Thank,!" Ethan berlagak seperti tidak apa - apa yang berlaku, sebaliknya dia memberikan senyuman kepada Pembantu yang menyelamatkan situasi tegang tadi.

Johan telah meraup wajah beberapa Kali di atas ketelanjuran diri sebentar tadi.

" Kita masih menyiasat Sir John, Kita perlukan sedikit Masa. Kita Tak tahu situasi apa yang berlaku Hari ini. Saya harap Sir boleh bersabar." Sebaik meleraikan Ketua Penyelamat menerangkan kepada Johan situasi sebenar disitu Dan Hal berkaitan Ethan..

" Engkau buat apa dekat sini?" Johan semakin hilang sabar.

" Cari ketenangan..Oh , Tania.. dia orait!" Sekali lagi Ethan senyum sinis kearah Johan seakan - akan sengaja mencabar kewarasan lelaki itu.

Johan yang mulai hilang sabar segera dipegang oleh Ketua Penyelamat untuk tidak membenarkan kejadian tidak diingini berlaku.." Biar kami handle benda ini,dengan keadaan Sir yang macam ini, emosi yang terganggu. Ini bukan jalan yang selamat untuk soal siasat dalam keadaan Macam ini..Kita mahukan Pn. Tania selamat." Ketua Penyelamat menasihati Johan, bila dilihat kewarasan fikiran Johan terganggu.

" Baiklah Saya hanya akan lihat dari sini awak jalankan siasatan. Tapi jangan biarkan satu pun terlepas." Mata tajam Johan masih melihat kearah Ethan tanpa berkelip.

Kuat firasat Johan menyatakan Ethan Ada kena mengena dengan kehilangan Tania..

Bersama sengihan sinis dari Ethan, Johan dapat rasakan sesuatu..

Telah 6 jam pencarian dimulakan Dan segalanya berakhir tanpa sebarang penemuan..Ethan telah dimulakan soal siasat namun dari penyiasatan itu masih lagi tiada hasil..

Ketua Penyelamat telah lelah dengan semua yang terjadi..bagi mengurangkan tekanan kepada semua orang - orang yang masih teruskan pencarian, dia tiada pilihan lain.. Sir John perlu dipujuk untuk menghentikan proses pencarian..

" Sir John, Saya tahu apa yang jadi pada Tania Kita masih menemui jalan buntu..Tapi disini juga..Kita tiada sebarang hasil..orang - orang semua telah kepenatan..Macam yang Sir boleh lihat Dan nilai sendiri, semua orang berusaha untuk mencari....tapi...

Wajah Johan dipandang untuk Lelaki itu memahami maksud yang tersirat dalam perbualan itu..

" Nampak nya apa yang dikatakan oleh lelaki itu Ada Kebenarannya Sir, di sini Kita masih belum menemui Dan menjumpai sesiapa, sedangkan semua pelusuk kapal Kita telah lakukan pencarian rapi..

Johan termenung sejenak dengan segala penyampaian yang disampaikan oleh Ketua Penyelamat ...Sebolehnya dia, hati Johan kuat mengatakan dia àkan menemui Tania malam itu..

Namun setelah Hari menjejakkan kaki ke waktu pagi..barulah Johan tersedar..

" Kerahkan orang - orang yang membantu dalam pencarian ini untuk segera pulang Dan berehat..Operasi Malam ini dihentika, tapi sebelum itu..pastikan semua laporan Malam ini diletakkan atas meja Saya dengan segera.."

Selepas memberikan arahan menghentikan operasi Johan menghilang dari penglihatan Ethan..Ketua menyelamat mendapatkan Ethan Dan mjl smñbbñ

"Ethan! Ethan keluarkan Saya dari sini..Biar Saya yang tanggung!" Tania Cuba membuka pintu dari dalam tapi segala usaha yang dicuba masih tidak mendatangkan hasil..

Pintu di depan Tania hanya boleh dibuka dari dalam..Tanpa membuang Masa Tania mengeluarkan telefon untuk menghubungi bantuan tapi sayang..disebabkan kedalaman dek itu berada Hal itu tidak menjadi kesampaian untuk Tania bertindak..

Hanya yang pasti Tania hanya perlu beralah..Sebuah beg dilihat Tania telah ditinggalkan Ethan disitu..segera Tania melangkah untuk mengetahui apa isi kandungan dalam beg itu..Untuk Tania mencuba lagi, tubuh badannya terlalu lelah disebabkan kepenatan siang tadi Dan tiada lagi makanan yang memasuki ke dalam perutnya..

Niat Tania tadi untuk menyediakan hidangan masakan untuk Ethan tidak berjaya..sebaliknya dia terperangkap di sini Dan Ethan hilang tanpa khabar..

Satu snek Coklat menjadi santapan Tania bagi mengalas perut..beberapa makanan snek lain berada di dalam beg yang ditinggalkan Ethan..Hal itu menguatkan lagi firasat Tania Bahawa Ethan sememangnya Mempunyai plan meninggal Kan dia disitu...Dan macam Mana dengan kesalahan mereka nanti..takkan Ethan seorang lagi yang akan menanggungnya..

Sejak mengenali Ethan, lelaki itu selalu disusahkan untuk menolongnya..keseorangan di tempat yang jauh itu buatkan Tania semakin dilayan perasaan..

Tak sangka Malam itu dalam gembira..hidupnya àkan berakhir begini..siapa yang menjumpainya..siapa yang akak menyelamatkan diri dia..

Wajah Johan bermain di mata Dan Fikiran Tania..tapi cepat - cepat ditepis..dia tidak mahu fikirannya diganggu dengan bayangan Johan..

.....sedangkan disitu dia sedang bersedih..Mungkin Johan sedang bersenang lenang dengan Johanna..Kehilangan dia di samping Johan juga petang tadi tidak disedari oleh lelaki itu.. Hingga Kan dalam hati yang sakit Tania membawa diri sendiri..

" Aku bukan siapa - siapa dalam hidup Johan, dia Ada Johanna, Ingat diri Tania..Joanna Ada segala - galanya, tapi engkau...Cuma kosong!" Tania mengingatkan diri sendiri untuk sedar tentang status diri untuk berada disamping dengan Johan..

Johan Dan pasukan penyelamat telah selamat berada di daratan...Sebelum kapal tadi ditinggalkan, hati Johan berat dengan segala yang terjadi....Kuat dirinya mengatakan Bahawa di satu sudut dalam kapal itu tersembunyi tubuh Tania, namun dia Tak pasti kenapa pasukan penyelamat masih gagal dalam misi itu....

Malam Kian larut melabuhkan Malam...Kesejukan semakin terasa dipulau.. Mengingatkan Tania, Johan semakin susah hati...Ethan telah dibawa ke penjara sementara dipulau sementara menunggu Hari esok..

Tapi Tania masih menghilang....

Dalam langkah yang longlai untuk kembali ke Ken Khemah..Johan menghembus nafas yang berat sambil duduk di sebuah kerusi simen menghadap Kapal yang Baru ditinggalkan...

Kedengaran suara - suara bisikan dari beberapa orang yang berada disekeliling berbual - bual kosong dibelakang Johan..Pada mulanya dia tidak ambil peduli, namun lama kelamaan semakin dihayati percakapan ifu, dapat Johan rasakan Ada sesuatu yang Ada kena mengena dengan kejadian tadi..

Mungkin jarak Johan yang sedikit terhalang dari kumpulan itu buatkan mereka tidak sedari dengan kehadiran Johan yang menumpukan perhatian pada percakapan mereka..

" Aku sikit lagi nak sampai ker bawah dek itu....tapi Macam yang kamu tahu sebelum ini, kerja - kerja Kita Ada yang halang!"

" Itulah, hssssssh Kita nak buat Macam Mana,Kita kerja ikut arahan. Apa yang Bos arahkan itulah Kita ikut..

" Betul tu..Aku bukan apa..kalau lah betul perempuan tu Ada dalam dek tu..entah macam Mana agaknya keadaan dia kalau Malam ini dia Tak dijumpai..."

" Itulah pasal, lagi satu yang aku peliknya kenapa bos suruh matikan semua kuasa tenaga dalam kapal itu..Bukan esok orang - orang Club tu nak pulang ke daratan...habis itu macam Mana dengan barangan yang Ada dalam kapal itu..Pelik?"

" Aku pun Tak setuju sebenarnya...tapi tadi Aku dah Cari peluang nak maklumkan pada Sir yang mencari itu...tapi engkau tahukan Ada Mata yang pandang setiap perbuatan Kita!'

" Kalau perempuan itu Ada dalam kapal itu Aku harap dia selamat..bukan mudah nak lalui Malam ini..Kalau Punca tenaga itu Kita dah tutup tadi..Paling kurang dia cuma dapat bertahan selama 6 jam sebelum seseorang boleh jumpai dia?"

" Aku pun Dengar Macam itu, tapi takkan lelaki yang kena tangkap tu Tak buat apa - apa kalau betul perempuan itu dalam kapal....?

" Itu Aku Tak tahu...tapi dari Cara sebelum ini..Aku cuma harap perempuan itu telah keluar dalam pulau ini Dan selamat!"

Seorang lelaki ketiga dalam perbualan itu menempuk bahu lelaki pertama yang habis berjaya..

" Mustahil, engkau tahukan pulau ini..Mana Ada daratan sebelum ini...Aku pasti perempuan itu dalam kapal, dia tentu Ada di Dek bawah..

" Aku pun Rasa yang sama!"

" Wei dahlah Kita pun dah penat..Mari Kita berehat dulu...Kita mampu Berharap dia..

" Mana Dek tu?" Johan muncul dengan wajah yang tegang dari perbualan yang didengari sebentar tadi..

Johan dapat rasakan Ada sesuatu yang tidak kena dari semua yang terjadi..tapi Hal itu perlu dibiarkan dulu..dia perlu menyelamatkan Tania.Jika benar seperti yang didakwa, maknanya nyawa Tania dalam bahaya..

Ketiga - tiga lelaki kelihatan pucat..Mereka dapat rasakan, sesuatu yang tidak sepatutnya diketahui oleh lelaki dihadapan mereka telah dibocorkan..

" Kami.,..kami...!...

" Dimana Dek tu?" Suara Johan garau menunjukkan dia tidak main - main dengan persoalan itu..

" Disini!" Lelaki kedua menyerahkan sesuatu kepada Johan untuk membantu tapi dihalang oleh lelaki pertama dengan serba salah...

" Kita Tak boleh bertangguh lagi, nyawa perempuan itu dalam bahaya!" Lelaki kedua merasakan tindakannya adalah yang Paling utama dalam Hal itu..Lebih - lebih lagi bila melibatkan nyawa manusia..

" Kami cuma boleh tolong disini sahaja Sir, selebihnya bergantung..

" Dekat Mana Dek tu? Aku takkan susahkan hidup korang dekat sini.Cuma tunjukkan aku di Mana Dek dalam kapal itu!"

Kelihatan ketiga - tiga lelaki saling berpandangan sesama sendiri, Cuba mencapai keputusan sepakat..selepas masing - masing saling bertentangan mata, lelaki pertama mengangguk mengarah kepada Dua yang lain..

" Kami hanya boleh tunjukkan dimana lokasi yang belum dicari Malam tadi...tapi kami bertiga tiada kaitan dalam Hal ini, kami hanya mengikut arahan atasan..Maafkan kami!" Nampak berat lelaki pertama menyatakan Hal yang Tak sepatutnya itu..

" Aku faham, selepas Malam ini..Kita berempat tiada kaitan.Tapi melalui kerjasama ini, kamu bertiga..Aku takkan lupakan. Jadi tunjukkan pada aku?"

Selepas Peta ruangan kapal dibuka, lelaki kedua menunjukkan beberapa arah laluan yang perlu dilalui oleh Johan sepanjang perjalanan ke arah Dek itu...

Setelah memahami selok belok Dan laluan bahagian - bahagian kapal, Johan bersiap sedia untuk bertolak berseorangan untuk mencari...

" Boleh ker dia bersendirian pagi - pagi ini kesana mencari?" Ada perasaan sebal yang menimpa ketiga - tiga lelaki itu bila dilihat Johan menghilang dikepekatan Malam..

" Kita hanya orang bawahan.....Jika Kita ikut Malam ini..

" Hidup Kita àkan musnah dan dimusnahkan." Lelaki ketiga mengingatkan lelaki pertama dan kedua tentang kedudukan mereka di Pulau itu..Setiap perbuatan Mempunyai peraturan..

" Hmmmm..harap semuanya Akan selamat Dan perempuan tu Ada disitu.."

" Harap semuanya Tak terlambat!" Bicara dari lelaki kedua membuatkan ketiga - tiga lelaki melepaskan keluhan yang berat dalam diri..

Bersambung........

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience