50

Romance Completed 78131

" Macam Mana dengan Mata awak Johan...?" Soalan Tania nekad...

" Really! Kenapa dengan Mata Saya?"

" Awak Tak bagi Saya berubah pandangan pada Ethan...atau Mana - Mana lelaki. Tapi awak lihat Joanna dalam Cara yang berbeza. Saya nampak dengan mata Saya apa yang jadi..
Awak masih Ada perasaan pada Joanna, tempat itu tempat awak dengan dia, jangan awak nak nafikan tentang Hal itu.."

Johan melabuhkan duduk disebelah Tania..

" Maaf apa yang jadi sebelum ini...apa yang Saya lakukan pada awak Tania..awak pun tahu sebab apa ?"

" Tapi Johan Saya dengan Ethan memang...

" Tania..awak tanyakan pasal Ethan bila awak nampak Saya.Awak tahu Macam Mana perasaan Saya.." Tania melihat kearah Johan tanpa berkelip...Dia Tak sangka Johan àkan salah faham pasal Hal itu..Dia tanyakan pasal Ethan, sebab perasaan Tania terasa bersalah terhadap Ethan..disebabkan dia, Ethan terlibat sama..

" Tapi Johan!...

" Saya kembali pada awak, Cari awak selepas seluruh pasukan Keselamatan berputus harapan bila awak Tak dijumpai..Ethan, lelaki yang awak harapkan tu.dia Tak berikan sebarang maklumat tentang awak, dimana awak? Saya separuh Gila fikirkan awak dimana Tania sepanjang Hari..itu bukan reaksi dari awak yang Saya harapkan bila awak Saya jumpai.Saya mahu setiap minit dalam hidup awak nak ingatkan Saya, Macam Saya risaukan awak..

" Tapi Johan awak yang mulakan dulu..awak pandang Joanna Tak berkelip..dengan tubuh Joanna..seksi, Saya nampak awak tergoda..awak lupakan Saya."

" Tergoda..huh! Saya nak ingatkan awak dekat sini, Hari ini Dan selamanya Tania..Pekara yang telah berlalu..Saya takkan ingat lagi, lagipun Saya dah puas merasai tubuh Joanna, tiada yang Saya kesalkan atau ingatkan..

Ya Saya tersilap pasal Hari itu, Saya mengelamun pasal Joanna, tapi Saya cuma mengelamun sebab Saya fikirkan pasal Masa yang kerugian sepanjang Saya berkahwin dengan dia..Dan belum sempat Saya sedar, awak dah hilang..So bahagian Mana salah Saya?"

Johan mendekatkan jarak wajah mereka berdua..kedua - Dua tangan Johan memegang dengan lembut wajah Tania, untuk mata mereka berdua saling berpandangan..

Tania terkaku mendengar segala penjelasan dari Johan..Tania Cuba mencari butir percakapan untuk dia membalas.." jadi awak sebenarnya bukan terpaku lihat kearah Joanna sebab tubuh Joanna..?" Tania mengigit bibir dengan manja selepas penjelasan Johan..

" Biarpun kaki Joanna panjang dari awak Tania, hanya awak yang boleh buat Saya jadi Gila." Johan tergelak kecil bila dia dapat lihat mata Tania telah membesar dengan usikan dari dia..

" Arghhhhhh! Lagi - lagi pasal kaki..Tak guna Johan!"Tania mencebik manja..

Johan ketawa berdekah..

" Johan! Awak, Tak semestinya kaki Saya Tak panjang Macam Joanna awak boleh kutuk Saya Macam itu.."

" Ya awak Ada kelebihan lain yang Tak kurang hebat dari Joanna.Kelebihan yang buatkan Saya Gila..Semua tentang awak Tania.."

Tania Mula tersenyum Dan Johan menghadiahkan satu ciuman panas pada bibir Tania..

Tania melepaskan diri mengambil nafas dengan menolak lembut tubuh Johan." Awak Tak boleh sentuh Saya Johan..awak kena bagi Saya Masa..untuk Saya pulih." Wajah Tania pucat, itu pesanan dari Dr. Matthew.Tania ingat lagi..

Johan senyum mengusik, melihatkan wajah Tania yang berubah pucat, buatkan usikan Johan semakin menjadi..dia juga telah mendengar dengan jelas pesanan Doktor tadi..tapi berduaan dengan Tania, dia dapat rasakan Tubuhnya kembali menunjukkan reaksi yang bertentangan..

" Ya Saya tahu..Tapi Tak salah kalau Saya...disini..

" Johan!" Tania menjerit kecil bila Johan menyakatnya dengan ciuman..

" Macam Mana dengan Tania, dia semakin sihat?" Datuk Jonathan bertanyakan kepada Johan..

" Dia beransur sihat..! Johan mengalihkan pandangan tidak mahu soalan itu ditanyakan lanjut..

" Bagus! Datuk mahu tanyakan seseuatu. Macam Mana dengan hubungan kami dengan Aminah?" Kelihatan Datuk Jonathan mengeluh berat..

Kunyahan Johan dihentikan. Dia dapat rasakan Datuk Jonathan ingin bertanyakan Hal serius tentang Hal itu..

" Johan dah berikan amaran terakhir pada Mommy..Kali ini dah melebihi batasan Datuk. Semua perlu segera ditamatkan, bila melibatkan tentang hidup Johan yang dia Tak pernah ambil tahu selama ini." Johan tegas dalam nada suara memaklumkan segala yang terjadi..

" Maksud kamu pasal kejadian Aminah bawa Tania..Kamu Tak Rasa Hal itu berlebihan Johan!" Datuk mengeluh berat dalam mencari jalan penyelesaian untuk Johan berbaik dengan Aminah..

" Itu hanya permulaan Datuk, mereka telah melampaui batasan..mereka rancang sesuatu untuk bahayakan nyawa Tania..Ini peluang terakhir Datuk.Johan Tak main - main.." semakin serius wajah Johan..

" Apa yang jadi sebenarnya Johan?" Datuk Menarik nafas panjang bila mendengar penjelasan Johan..beberapa Kali Aminah melakukan sesuatu yang difikirkan Datuk Jonathan melebihi fikiran waras akal manusia..Datuk Jonathan sendiri pening dengan sikap Aminah..

Yang menjadi mangsa segalanya dari semua tindakan Aminah adalah Johan..
Entah bila Aminah àkan  tersedar..

" Tania hilang di pulau, Dan Mommy arahkan pasukan penyelamat untuk rahsiakan kedudukan Tania dari Johan Dan dari semua krew pasukan.. kalau Johan terlambat, nyawa Tania akan bahaya..

" Pang!" Bunyian sudu Dan pinggan mangkuk bergerak disebabkan tindakan pantas Datuk Jonathan.." Apa yang dia Tak puas hati lagi dengan kamu Johan!'

" Dia Ada kehidupan dia sendiri Dan kamu....berhak pilih jalan hidup kamu sendiri!" Kemarahan Datuk Jonathan semakin meluap dengan sikap Aminah..

" Johan sendiri Tak pasti..tapi Johan takkan bahayakan lagi nyawa Tania. Johan dah pulih dia Datuk."

" Datuk faham pasal Hal itu Dan Datuk sokong tindakan kamu Johan...Maafkan Datuk, disebabkan Datuk gagal didik Aminah, sebab itu sikap dia jadi Macam itu." Penyesalan Datuk Jonathan panjang, dulu dia terlalu abaikan Aminah, tidak ambil peduli tentang hidupan Dan aktiviti sepanjang harian anaknya...bila dia sedar kesilapan dia, segalanya telah terlambat.. Aminah telah dewasa Dan matang dalam memilih haluan hidup sendiri tanpa bantuan dari dirinya lagi..

Sesuatu yang Jonathan tidak faham..Kenapa Aminah masih menganggu hidup anaknya, Johan..Johan yang pernah ditinggalkan dulu kepada dirinya..

" Datuk Tak perlu minta maaf pada Johan. Itu semua bukan salah Datuk..Johan àkan selesaikan Hal ini sendiri..Datuk jangan khuatir pasal Hal ini, Johan dah cukup matang."

" Jika bukan disebabkan Datuk ambil Johan dulu..entah Macam Mana keadaan hidup Johan Datuk..." Keluhan dalam nada suara Johan buatkan Datuk Jonathan dapat rasakan kesedihan dalam diri cucunya..

" Kamu masih keturunan aku Johan..jika bukan pada kamu, siapa lagi Masa tua aku untuk bergantung harap." Datuk Jonathan memujuk kembali Johan untuk tidak bersedih dengan segala yang pernah berlaku dalam hidup cucunya dulu..

" Please Datuk jangan minta maaf lagi pada Johan pasal Mommy..itu semua bukan salah Datuk..jangan rendahkan diri Datuk pada Johan. Semua kekayaan Dan kekayaan  Johan hari ini semua tunjuk ajar Dan disebabkan Datuk!" Johan mengambil tangan tua Jonathan Dan diusap manja..Dia begitu sayangkan Datuknya.Hidupnya lebih banyak bersama Jonathan..

Jonathan ketawa riang...hanya dengan dirinya sahaja Johan merendahkan diri untuk menunjukkan segala hormat..Jika dengan orang lain, dia tahu perwatakan Johan yang sebenar..

Johan benar - benar seorang cucu yang taat. Disebabkan perkara itu semua harta Jonathan telah diserahkan kepada nama  cucunya untuk diuruskan Johan sepenuhnya.. termasuk harta kekayaan, pangkat Dan nama..

" Kamu perlu segera lahirkan zuriat untuk keturunan Kita Johan."Datuk Jonathan tersenyum bahgaia dengan tindakan Johan yang masih sayang Dan hormati dirinya yang telah tua..

Dengan usianya yang telah lanjut Johan masih memberikan sepenuh kuasa kepada Jonathan untuk menguruskan segalanya Dan menjadi Ketua Terpenting dalam segala urusan. Tidak dibenarkan sesiapa sahaja membangkang segala percakapan yang keluar dari Jonathan..

Segala keputusan dari Datuknya adalah muktamad..walaupun semua harta Jonathan telah menjadi hak mutlak Johan..

' Berkenaan Hal itu, Kami terpaksa tangguhkan dulu Datuk." Johan tersenyum bila isu itu dibangkitkan..

" Kenapa Johan?" Datuk Jonathan sedikit terkejut dengan reaksi dari Johan..

" Tania.....perlu dipulihkan dulu mengikut saranan Doktor Matthew!" Perlahan Johan menerangkan kepada Jonathan..

Datuk yang Mula memahami telah ketawa kearah Johan..

" Awak bawa lari Tania pergi bersama dengan Ahli - Ahli Club yang lain?" Datuk Johari membebel bila Aminah telah selamat pulang kerumah.

Semua berita itu ditanyakan sendiri oleh Johan kepada Johari..

" Saya penat Johari. Ya Saya bawa dia untuk masuk dalam dunia saya. Apa yang salah dalam perkara itu!" Aminah menjegilkan mata bila Johari menanyakam soalan yang sama berulang..

"Apa yang salah?
Awak dah minta keizinan Johan untuk bawa lari isteri dia!"

" Huh ! Dia menantu Saya juga Johari, Tak salah kalau ibu mentua keluar dengan menantu?" Aminah menjulingkan mata bila Johari masih tidak menunjukkan sebarang reaksi akan mengalah..

" Awak pernah anggap Tania sebagai menantu awak? Saya kenal awak siapa Aminah.!" Johari mengejek dalam melepaskan kemarahan.

Perlian dari Johari buatkan perasaan Aminah yang sebelum ini sakit hati semakin panas.. " Tania! Tania ! Tania.. apa yang bagus sangat dengan Budak tu?" Aminah meninggikan suara bila niatnya kepada Tania sebelum ini dibangkitkan kembali..

" Dia wanita yang Johan pilih untuk berkongsi hidup dengan dia. Kenapa awak nak halang dengan siapa Johan nak habiskan sepanjang hidup dia.. awak kena Cuba faham Johan Aminah..Bukan musnahkan hidup dia lagi!"

" Jadi apa salah Saya Johari..Saya cuma mahu buat Johan sedar, Tania bukan seorang yang layak untuk hidup dengan Anak Kita.. Saya berhak untuk tentukan dengan siapa Johan perlu berkahwin.!" Dalam ego yang masih meninggi, Aminah meluahkan segala yang terbuku dalam hati.

" Hak...Johan ? Awak maksudkan hak awak dalam hidup Anak Kita.. Awak dah lupa dulu awak buang hak awak itu dulu....ataupun Saya nak ingatkan kembali .awak nak bunuh dia disebabkan awak tergilakan - gilakan lelaki yang dah mati tu.." segala kemarahan dalam hati Johari dikeluarkan. Telah lama perkara itu dipendam..

Aminah terkaku bila perkara itu diungkit kembali..bersama tindakan Aminah memegang bahagian bawah perutnya.. Air mata Aminah mengalir bila mengingatkan kembali kejadian itu dimana dia hilang kewarasan..
"Saya.....lelaki itu Ada nama Johari, Anthony! itu nama lelaki yang mati itu..." perlahan - lahan bersama suara yang bergetar Aminah meluahkan perasaan yang perit..

" Awak buang Johan dulu disebabkan lelaki mati itu...awak ingat dia àkan terima awak dalam hidup dia..awak sebenarnya sakit!"

" Huh...huh.....huh.".Aminah ketawa bersama tangisan yang semakin tidak dapat dihentikan...

" Johan sama seperti Saya Aminah, awak cuma sebahagian dalam hidup kami tanpa Ada nilai apa - apa.. Saya terima awak...awak faham maksud Saya. Saya Tak mahu awak jadi Gila waktu itu. Sebab itu Saya terima awak kembali."

" Johari....." Aminah Cuba memeluk Johari untuk menunjukkan dia benar -benar telah insaf atas perbuatan dulu..

" Jauhi menantu Kita ... Dan pastikan awak Tak campuri urusan mereka Aminah...Jika Johan Tak dapat halang awak..jangan salahkan Saya ambil tindakan yang awak akan menyesal." Sebaik habis bicara Johari meninggalkan Aminah berseorangan..

Aminah meraung dengan kuat Setelah ditinggalkan...kenangan bersama Anthony dulu kembali dalam ingatan....

Anthony!

Anthony!

Anthony....suara jeritan Aminah memenuhi ruangan keseluruhan kawasan rumah..

" Semuanya telah diatur Josh?"

" Semuanya selesai...hanya tunggu pengumuman esok sahaja!"

" Good, Saya Tak sabar menunggu berita esok.. Dan reaski Johan bila Hal itu tersebar." Satu senyuman sinis terukir di satu bibir seorang lelaki.. dia dapat rasakan kemusnahan Sir John yang selama ini diagungkan selama ini àkan berakhir...

Bersambung............

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience