90

Romance Completed 78127

" Apa yang awak fikirkan?"

" Tak Ada apa - apa!" Senyuman kecil terukir dibibir..

" Tentang Munshi atau Johan Tania?"

" Hmmmm...bukan kedua - duanya...Saya semakin Tak sabar nak tunggu kelahiran si dia!"

" Oh...tapi selain Kita berdua...Ada orang lain yang lebih excited dengan kelahiran ini...tentu awak dah tahu siapa dia Kan?" Kening Jila terangkat bersama usikan..

" Siapa? Munshi......? Ketawa kecil Tania dengan usikan dari Jila...

" Siapa lagi...dia Kan dah janji nak azankan sebaik sahaja kelahiran...dia dah cakap dari awak dulu lagi...memang muka dia Tak malu!" Jila mencebik bibir dihadapan Tania....

Wajah lucu Jila membuatkan ketawa Tania semakin menjadi...

" Eleh cakap belakang Munshi bolehlah...kalau Munshi dekat sini Macam Mana Jila?" Giliran Tania Pula mengusik...

" Kalau dia dekat sini...Terpaksalah jurus 30 muncul..dia takkan tahulah siapa kutuk dia.." Jila bersemangat ....

" Apa jurus 30 ? " Tania geli hati, dia telah tahu jurus apa yang dimaksudkan oleh Jila..Tak lain Tak bukan jurus larikan diri..

" Bukak balik kod buku Kita dulu Tania..Kita Ada 99 Jenis jurus kod yang Kita dah cipta..Ulangkaji balik!" Jila semakin merapu, segala yang dicakapkan oleh dirinya adalah benar...Dan Tania juga tahu maksud Jila...

Namun bila diingatkan semula tentang sejarah mereka bertiga mencipta kod jurus rahsia bersama...perasaan Jila menjadi sedih Dan Tak menentu..air mata merembas keluar biarpun dia Cuba untuk menahan agar tidak menitis dihadapan Tania...

Dia tahu hidup Tania telah menderita, jika dia menambah lagi kesedihan dalam hidup Tania, Jila Rasa dirinya kejam...tidak sensitif dengan apa yang telah dilalui Tania..

Ketabahan Tania buatkan Jila semakin bersedih...

Tania yang melihat tergamam...dalam mereka berdua bergurau senda, Jila dilayangi perasaan sedih...Tania hanya memerhati...dia tidak dapat Komen lanjut hal itu....dia sendiri bersedih mengenangkan kisah persahabatan mereka bertiga dulu...
Dan kini segalanya musnah dalam perhubungan antara mereka..

Melihatkan Tania yang tergamam membisu tanpa suara, Jila semakin dilanda perasaan bersalah..Tak sepatutnya peristiwa itu diungkit..hanya menambahkan perasaan bara dalam diri Tania nanti...

" Maaf...Aku Tak boleh kawal emosi perasaan Aku Tania!" Bunyian suara esakan kedengaran kuat bila Jila  menyedut sisa - sisa kesedihan untuk dia kembali bernafas..

" Sssshhhhh... engkau kenapa nak bersedih yang bukan - bukan?Aku okay dengan hidup aku Jila..dah Tak perlu risau?" Tania mendapatkan Jila, bila esakan semakin kuat Tania memeluk.....dengan pelukan dia harap Jila àkan pulih dengan kesedihan..

" Kenapa nasib engkau ditakdirkan Macam ini Tania...banyak sangat dugaan engkau kena tempuh....bila engkau nak bahagia..?' esakakan Jila semakin kuat..

" Aku bahagia sekarang ini, kenapa engkau kata Aku menderita...engkau tengok Aku sekarang Jila...Sihat Dan semakin tembam..engkau pun tahu kalau berat seseorang Naik itu tanda hidup orang ifu happy..Jadi apa yang engkau risaukan." Tania gilingkan kepala..

" Engkau berisi sebab mengandung...tapi perasaan yang engkau simpan tu Tania...siapa yang tahu.. Tania kenapa engkau Tak pilih Munshi? Cari kebahagian Baru dalam hidup engkau....Johan dengan Rina.......percakapan itu segera ditelan dalam tangisan Jila, dia Tak mahu Tania bertanya lanjut.

" Kenapa dengan Johan dengan Rina?" Tania bicara dengan tenang..tiada apa yang dalam Hal itu perlu diperjelaskan lagi, segalanya jelas...dalam beberapa Hari lagi, Johan akan berkahwin dan dia bersama Rina akan dimadukan !"

" Tania kenapa engkau terima semua ini? Dulu engkau kuat....Aku kenal engkau dah lama..Kenapa perkara ini engkau terima Dan biarkan Rina rampas Johan...alang - alang perkara itu dibicarakan, lebih baik segalanya dieperjelas kenapa Tania diamkan diri tanpa mengambil sebarang tindakan balas..

" Johan Tak cintakan aku lagi! Buat apa aku nak paksa perasaan dia..Kepercayaan dia pada sesuatu yang dia Tak akan ambil peduli nanti...." Jauh Tania termenung, segala kekusutan dalam hidup mahu dibuang pergi menjauh oleh Tania dari hidupnya..

" Jila mungkin Johan àkan bahagia dengan Rina..Aku dah redha dengan benda ini..tuhan dah anugerahkan aku sesuatu yang Aku mahukan selama ini...Mungkin engkau nampak benda itu Tak Adil bagi aku, tapi Aku Rasa semuanya berbaloi..

Jika Johan Rasa dia boleh temui kebahagian dengan berkahwin dengan Rina...Aku pun boleh bahagia dengan hanya hidup bersama zuriat dia." Dengan tenang, kandungannya diusap perlahan...

" Engkau Tak nak jelaskan pasal Hal ini pada Johan Tania..Mana tahu dia boleh berubah fikiran...dia menyesal dengan semua tindakan dia?"Jila memujuk, walaupun pujukan Jila tentang Hal ini masih sama....Namun jawapan Tania hanya satu..

" Mungkin...tapi semua itu mustahil...Aku kenal Johan Jilan ,banyak Mana dia nekad dengan keputusan dia..tiada siapa yang boleh ubah...Jadi Aku nak dia teruskan niat dia."

" Bagaimana jika dia ingat kembali Tania..tentang semua..hidup dia yang sebelum ini? Engkau terima dia?"

" Engkau Rasa Rina akan setuju kalau Hal itu terjadi?"

" Aku.....akkku...Aku...

" Engkau pun Tak pastikan..Jadi jangan ungkit lagi pasal Hal dah  lepas...Kita semua pun Tak mampu nak jernihkan keadaan.. biarlah benda itu..Paling penting Jia, engkau Ada aku disisi..Aku Tak sangka engkau faham Aku Jila..aku ingat Aku dah kehilangan engkau dulu bila hal  Salah faham tentang Munshi!"

" Tania...aku sebenarnya susah nak percaya apa yang Rina cakap dulu pasal engkau...tapi engkau pun tahukan...perasaan Aku pada Munshi...Aku bertepuk sebelah tangan...Aku Tak sangka engkau kenal dia...kalau Aku tahu hal ini dari awak, Aku Tak buat Hal itu semua...bila Aku fikirkan balik apa yang jadi dulu...hmmmm, Aku betul - betul menyesal Tania...Aku janji lepas ini Aku percayakan engkau 100% takkan percaya cakap orang lain lagi sebelum perkara itu Aku siasat!"
Jila mengangkat tangan seperti berjanji kepada Tania, menunjukkan dia Tak main - main..

" Dah lah...benda dah lepaskan...Baguslah benda itu engkau cepat sedar Jila...Aku yang banyak sangat berahsia, sebab tu perkara ini jadi keruh sampai macam itu..Silap aku!" Tania mengeluh dalam perasaan Tania masih jelas wajah kebencian Rina pada diri dia dulu...bila status hubungan dia Dan Johan dimaklumkan...

Tania anggap perkara itu telah selesai bila dia berterus terang..Namun Tak disangka oleh Tania, Rina mengambil peluang dari ingatan Johan yang masih Samar - Samar tentang hubungan mereka berdua...

Kisah lalu diungkit kembali..Kisah yang dia ingin rahsiakan daripada Johan buat selamanya...Jika tersilap langkah kehadapan, Johan akan tahu semua tentang peristiwa yang ingin dipadamkan Tania dari kehidupan mereka berdua...

Namun belum sempat segalanya berakhir...sebahagian cerita sebenar telah diolah, Dan segala kesalahan terletak pada bahu Tania....
Terkejut Dan tergamam pada mulanya, namun semua itu tidak dapat diubah kembali...
Samada dia dapat Johan dalam hubungan, namun jiwa dan tubuh  Johan akan semakin jauh darinya bila rahsia itu terbongkar...

Atau...

Johan dilepaskan pergi dari hidupnya bersama rahsia itu terbenam selamanya dalam memori Tania....
Tania memilih pilihan yang kedua..

" Engkau fikir apa lagi?" Jila mengejutkan Tania dengan lamunan yang panjang...

" Engkau Rasa nasib Aku akan berubah kalau Aku bukan Anak yatim piatu?" Pandangan mata Tania tepat memandang kearah mata Jila..

" Aku Tak nak engkau ungkit cerita sedih tu lagi Tania...Engkau hilang Keluarga waktu engkau masih remaja..kalau Aku jadi engkau, Aku Tak tahu apa yang aku buat dengan hidup Aku!" Segalanya jelas dimata Jila, berbulan - bulan Tania meninggalkan Sekolah...setelah Tania kembali, dia bukan jadi seperti Tania yang dulu Dan ceria...Tania cepat penat Dan menjadi pediam, perubatan yang Paling ketara...setiap saat jika Ada peluang..Tania akan menghabiskan Masa dengan melelapkan mata..

Dan setiap hujung minggu Tania tidak menghabiskan Masa bersama mereka berdua...Tania lebih banyak  habiskan Masa di rumah Datuk..itu alasan Tania setiap Kali soalan itu ditanya kepadanya ...

" Tania...Macam Mana engkau boleh berkahwin dengan Munshi?" bila soalan itu ditanyakan, wajah Tania berubah...dia tergamam dan membisu...

Sejarah perkahwinan itu masih jelas...Tania lebih banyak penolakan dari menerima dalam perkahwinan..dia hanya remaja sewaktu dikahwinkan..dia tiada pilihan, semua keputusan hanya terletak di tangan orang lebih dewas...lebih - lebih lagi bila dia hanya tinggal sebatang Kara..Dan tempat bergantung harap Hanya kepada Pak Long, satu - satu Ahli Keluarga yang tinggal..

Bila Jila masih menunggu, Tania tiada pilihan lain...dia kena berterus terang..lebih banyak disimpan dalam hidupnya...Tania takut dengan masalahnya sekarang, dia tidak akan dapat hadapi tekanan perasaan dalam masalah yang berlaku..

" Engkau percaya kepada Jodoh? Jodoh yang tuhan dah aturkan untuk Kita?" Kelihatan dengan lembut Tania berbicara Dan tersenyum..

" Jodoh tu Kan semua tuhan yang tentukan, takdir hidup Kita...Maksud Aku kenapa Munshi, Kita dengan dia Kan jauh beza..Macam Mana engkau kenal dia?"

" Perkahwinan Aku dulu aturan Keluarga..kami berdua Tak Ada perasaan, sekadar kahwin untuk penuhi hasrat amanat kedua Keluarga!"

" Pasal itu jer? Habis...sekarang yang Munshi angau dengan engkau pasal apa Pula Tania? Kenapa dulu engkau dengan dia berpisah? Kalau Munshi sayangkan engkau, kenapa dulu dia lafazkan benda yang Tak sepatutnya" Jila inginkan jawapan sebenar...

" Sebab....... sebab...

" Aku berdendam dengan Tania?" Suara lantang Munshi mematikan perbualan antara Jila Dan Tania...
Tania yang beberapa tahun hidup dengan Munshi juga tidak tahu kenapa Munshi membencinya, berdendam Dan bertindak kejam pada dirinya dulu...bila lafaz itu dilafazkan di mulut Munshi...dunia Tania dirasakan berakhir....
Dia Tak tahu perasaan sebenarnya dihati mengenai Munshi..
Namun kehilangan Munshi dari hidupnya benar - benar membuatkan Tania terasa kehilangan, Dan dalam Masa yang lain, Tania terasa bebas pegangan...

Segalanya dulu, dia telah cuba menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri melayani keperluan Munshi sehabis baik...namun Jodoh mereka berdua terlalu singkat.. Sehingga Tania dapat rasakan dia tidak lagi berguna dalam hidup lelaki itu...

Segala keperitan hidup cepat dibuang...
Dan dalam Masa yang singkat, Tania memulakan hidup Baru berseorangan...

" Habis kenapa kembali?" Jila tidak dapat menurunkan keterujaannya...Sikap Munshi kepada Tania, dia telah tahu perasaan Munshi sebenar pada Tania..Cuma yang dia tidak faham, kalau Munshi gila- gilakan Tania, kenapa Tania diceraikan dulu...

Dan Tania selamat berkahwin dengan Johan..Kenapa Munshi Tak Cari Tania Dan jernihkan hubungan mereka dulu sebelum terlambat...

" Saya sedar yang saya perlukan Tania bila Saya kehilangan dia...Saya sangkakan, bila hidup Tania dah musnah dan hidup dia merana, Saya akan puas...Namun perkara lain yang terjadi..Saya rindukan dia tapi dia telah menghilang...bila Saya jumpa dia, Saya terlambat....dia Dan Johan.."

Tania masih berdiam seribu Bahasa...tiada sebarang riak, Tania hanya membisu terdiam...

Jila hanya menjadi permerhati setiap butir kata Munshi...dia sangat ingin tahu apa yang terjadi dulu tentang hubungan dia dan Munshi..bila semua itu diterangkan dia telah faham... pekahwinan Munshi dulu dan Tania disebabkan dendam...

Patutlah Tania rahsiakan Hal ini dulu dari mereka semua...Entah apa yang Munshi lakukan pada Tania, untuk lunaskan dendam dia dulu...disebabkan sama juga, Tania larikan diri dan tidak kembali kesini lagi...

Tania hanya kembali disebabkan Johan...tapi Johan pun hilang ingatan, Dan secara kebetulan...Rina kenalkan Tania pada Johan dan mereka berdua bekerja di tempat yang sama....hubungan Tania Dan Johan timbul tanda Tanya kepada Rina..

Jika Tania hilangkan diri dulu disebabkan berpisah dengan Munshi...Tania kesini kembali....? Adakah disebabkan sama...dia larikan dari Johan? Tapi disebabkan apa?" Jila tergamam...semua spekulasi Dan sikap Tania buatkan Jila tanda Tanya dalam hati..Semua jawapan masih Samar - Samar, namun Ada satu yang sama dari kes Munshi Dan Johan...

Tania selalu larikan diri dengan menganggap dia boleh membina kehidupan Baru ditempat Baru...Namun tanpa tersedar, Tania lebih libatkan dirinya dalam masalah...Munshi kisah silam Tania, tapi Johan...?
Kenapa Tania masih tidak mahu berpisah dengan Johan untuk Bina bahagia Baru dalam hidup...Kenapa dia masih menjadi isteri yang ditinggalkan, sedangkan Johan sedang membina kehidupan Baru bersama  Rina....

" Apa sebenarnya Tania rahsiakan dalam hubungan dia bersama Johan...dia korbankan bahagia dalam hidup dia, tapi untuk apa?"
Segala teka - teki dalam hidup Tania membuatkan Jila nekad...dia akan hiraukan satu persatu persoalan yang membelenggu hidup Tania, hingga Tania memilih untuk hidup sendiri, sedangkan dia yang sepatutnya bahagia bersama Johan dengan anal yang àkan lagi beberapa bulan lagi akan dilahirkan...

Jila bangun dari perbincangan, dia telah lama disitu..kedatangan Munshi membuatkan Jila tidak selesa..Jadi lebih baik dia mengundurkan diri...Ada perkara yang perlu dia selesaikan untuk semua soalan itu terjawab...

" Tania, Jila balik dulu...En. Munshi saya beredar dulu..."
Setelah memberikan Salam, barulah Jila hilang dari pandangan mereka berdua..

" Munshi awak berdendam dengan Saya disebabkan kejadian yang menimpa Keluarga Kita dulu?...Jadi kalau Tak salah Saya, awak Budak lelaki yang sama..yang pernah tolak Saya jatuh longkang dulu?"

Tania masih tidak tersilap, parut yang berada di dahinya masih jelas...biarpun kecil namun kejadian itu masih diingat jelas....Cuma dia Tak sangka, Budak lelaki itu adalah lelaki yang sama yang buli dia selama ini...

Patutlah sepanjang mereka berkahwin dulu, setiap Kali pandangan mata Munshi memandang ke arah Dahinya, Munshi akan tersenyum sinis...dulu dia Tak faham, namun sekarang dia Sudan jelas...

Tania ingat lagi....

" Ibu kenapa Abang tu Tak suka Tania..Dia tolak Tania dalam longkang!" Tania menanggis meraung dalam Masa yang sama dia mengadu berterus terang...di rumah Datuk tadi dia Tak berani bersuara, dia ingat lagi ugutan Budak lelaki yang dipanggil Abang olehnya..

Si Ayah hanya memandang kesepian..Manakala ibu masih memujuk Tania dalam pelukan...

" Abang itu mungkin dia berdendam dengan Ibu...Ibu Tak sengaja..tapi percayalah Tania, masalah dendam itu akan selesai satu Hari nanti...Bila Tania dah dewasa, Tania akan tahu maksud ibu..”

Semuanya masih jelas dalam ingatan...cuma yang Tania Tak sangka...Munshi dan Budak Pembuli adalah orang yang sama...Dan masalah dendam itu akan selesai bila mereka dikahwinkan dulu....itu kata - kata ibunya dulu...Ya, Sebahagian darinya memang jelas terjadi, namun ifu hanya bahagian pertengahan hidup Tania..

Selebihnya dia belum benar - benar hidup dengan bahagia....

Bersambung.........?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience