55

Romance Completed 78127

Suasana begitu terasing bagi Tania..Hembusan angin Dan daun lalang yang melayang ditiup angin buatkan Tania menghembus nafas yang panjang..

Disini dunia dirasakan Tania sungguh tenang, sunyi dari masalah yang membelenggu diri sebelum ini..Di sini dia kembali menjadi Tania yang kuat dari segi emosi..Dia seakan mendapat kekuatan dalam diri...

Dalam Mencari dirinya semula..

Berapa Masa yang dia perlukan untuk pulih...semua bergantung pada Masa Dan kekuatan dalaman Tania.

Kisah hidup dia Dan Johan...Tania mahu lupakan semua kenangan Hitam  dalam hidup dia... Tiada lagi makna untuk Tania kembali Dan hubungan mereka berdua  masih tergantung...

Hal itu lebih baik dirasakan Tania..dari dia terus - terusan membenci..

Batu Nisan yang telah bertukar warna disentuh Tania dengan lembut..Permukaan hadapan disapu dengan tangan..sedikit berkulat Dan bertanah...menutupi ruangan nama...Perasaan sebak Mula menjalari dalam diri Tania..

Telah lama dia tidak mengunjungi kawasan itu..telah lama ditinggalkan segala kenangan manis Dan pahit, tempat dia dilahirkan Dan hidup yang pernah membahagiakan dia dulu..

Kenangan Dua kujur putih yang kaku berada di depan Mata Tania kembali...Peristiwa itu bagaikan Baru berlaku Dan waktu ini dia hadapi lagi kesukaran kehilangan seseorang...

" Aku begitu kuat dulu menerima kematian ayah Dan Ibu, tapi kini bila melibatkan dia, tolong Mommy untuk kuat.." Tania bicara sendiri sambil mengingati setiap kejadian..

Semua kejadian seakan berulang..Setelah selesai dari pembedahan dia terus dibawa ke bilik Dan dipantau..Hati Dan perasaan Tania hancur, selepas tersedar itu yang dia cari.. Dia masih belum dapat menerima Johan boleh menjadi seseorang yang kejam ..

..janin yang dibuang dari dirinya tidak pernah dikhabarkan apa yang terjadi, setiap pertanyaan Tania hanya dijawab dengan jawapan Dan Tania tidak pernah ambil tahu àkan perkara itu..

Dia masih dalam dunia dirinya...Tidak mahu menerima hakikat kehilangan benda yang Terpenting dalam hidupnya..Harta yang ditunggu Tania selama ini..Namun belum cukup sepenuhnya anaknya sempurna Sifat, anaknya telah diambil pergi selamanya..

" Tania sendiri lagi Ayah Dan Ibu...Hari ini Tania datang kesini untuk keredhaan Ibu Dan Ayah..Tania akan selalu berdoa untuk kebahagian IBU Dan Ayah di Sana.."

Tania kembali semula ke tempat asal...Johan telah tidak dihubungi.. Situasi hubungan mereka masih lagi tiada perhitungan...Itu àkan diselesaikan Tania kemudian.. Dia pergi dari Johan atas kerelaan dirinya sendiri mencari ketenangan...

Biarpun perkara itu tidak dimaklumkan terlebih dahulu...Tania harap Johan akan faham Dan memberikan Masa ketenangan untuk mereka berdua..

Ketiaadan Tania hanya disedari oleh Datuk Jonathan...untuk mengurangkan jurang permusuhan diantara Tania Dan Johan...

" Macamana keadaan Johan Matthew?" Datuk Jonathan khuatir sejak Keadaan Johan yang tidak sedarkan diri dari kemalangan.. Telah 21 Hari Johan tidak sedar..setiap Hari Datuk Jonathan akan pastikan segala perkembangan kesihatan  Johan dimaklumkan kepadanya..

Buat sementara waktu, Johan ditempatkan di satu tempat tersembunyi.. Hanya beberapa orang sahaja yang dibenarkan keluar masuk bagi melihat keadaan Johan..

Hal itu disebabkan Johan adalah orang Terpenting menguruskan Syarikat.. Jika pesaing - pesaing Datuk Jonathan mengetahui tentang keadaan diri Johan..Semua musuh - musuh mereka àkan mengambil peluang itu untuk memusnahkan legasi mereka yang telah diusahakan bertahun dulu..

Merahsiakan Hal Johan dari umum adalah langkah yang Paling bernas dirasakan Jonathan pada waktu ini...

.... Dengan bantuan Matthew segalanya berhasil..

" Dia sihat, Kita cuma tunggu dia pulih sendiri...dalam waktu terdekat ini, Kita cuma harap dia boleh sedar dari koma..selepas itu Baru Kita tahu apa sebenarnya yang berlaku pada Johan..

" Hmmmmmm!" Datuk Jonathan mengangguk faham dengan penjelasan dari Matthew.. fikiran tuanya masih menerawang memikirkan sesuatu....Jalan yang di lalui oleh Johan..Setahunya sepanjang laluan itu tiada penghuni, apa yang dilakukan Johan disitu Dan siapa yang ingin ditemui oleh Johan..

Jawapan itu hanya terletak pada Johan..

Tania meletakkan beberapa makanan segera dalam troli sambil mencari barangan basah untuk dia jadikan stok simpanan di rumah sewanya..

Buat sementara waktu Tania hanya menyewa bilik di kediaman murah memandangkan dia masih belum bekerja Dan Mempunyai pendapatan sendiri..Jadi berkumat cermat adalah langkah yang terbaik dirasakan Tania..

Kehidupan di negara asalnya dirasakan berbeza bagi Tania..dulu sewaktu ditinggalkan, masih belum banyak kemudahan yang terhidang di negerinya..Tapi kini semua kemudahan telah Ada di merata - rata tempat, membuatkan Tania tersenyum berbangga..

Banyak kenangan yang dia terlepas di negaranya...kepulangan dirinya disitu diharap Tania akan membantu mencari jati diri, yang pernah hilang dulu..

Seseorang memerhati susuk tubuh Tania dari jauh..dia memberhentikan Troli di kejauhan untuk melihat kearah Tania...Dirasakan dia tidak tersalah orang, tapi dari segi penampilan dapat dirasakan orang didepannya bukan lagi orang yang sama..

Dengan sikap yang masih was - was, bahu Tania dicuit untuk mendapatkan kepastian..

Sebaik Mata keduanya bertembung...Kedua - duanya ternganga tekejut dengan situasi mereka berdua..

" Tania?"

" Jila?"

Keduanya - duanya berpelukan keseronokan dengan perjumpaan yang tidak dijangka. Telah 6 tahun lebih  mereka berdua berpisah..dulu Tania hilang tanpa khabar berita..Kini perjumpaan mereka kembali menjentikkan kenangan indah bersama..

Kedua - duanya telah menghilang di dalam   tempat makan di pusat membeli belah..banyak cerita yang akan dibincangkan mereka nanti dalam pertemuan semula..

" Mana engkau menghilang, aku dengan Rina Cari engkau Tania..engkau senyap sunyi sama macam Shah dulu. Engkau dah lupakan kami?"

Tania hanya mampu tersenyum paksa.. Aku Tak kemana, cuma ikut Pak Long aku!" Tania menjawab dengan acuh Tak acuh..

Hubungan dia Dan rakan - Rakannya putus disebabkan Munshi menceraikan dirinya selepas 2 tahun perkahwinan meraka..Tania hanya berumur 18 sewaktu diceraikan..Tiada pilihan, dengan bantuan Datuk Megat, Tania mengikuti Pak Longnya keluar negara memulakan hidup Baru..Disana dia mendapatkan pelajaran lanjut Dan berkerja dalam Masa yang sama..

Hal itu masih jelas dalam fikiran Tania..

" Maksud engkau Pak Long engkau yang dekat luar negara itu..? Kenapa Tak maklumkan kami?"

" Pak Long kesuntukan Masa Jila.. Lagipun engkau tahu status Keluarga Tania.. Tania sebatang Kara.. Bila Pak Long datang jemput, keesokannya kami bertolak..Memang Tak sempat nak maklumkan korang berdua."

" Oh begitu...Kebetulan Tania, Rina pun belajar di luar negara... Dia bekerja disana sebulan yang lalu...cuma Aku yang masih kekal Dan tinggal di sini."

" Engkau sambung dekat Mana?" Tania serba salah, sejak dia tinggalakan negara dulu, seorang kawan pun Tania tidak hubungi..Sebenarnya dia rindukan rakan - Rakannya. tapi disebabkan Munshi, diri dia yang larikan diri dari lelaki itu. perasaan dalam diri Tania dipendam..

"Universiti Malaya..Sekarang Aku jadi setiausaha sebuah Syarikat.Aku Tak hebat macam engaku dan Rina, Tania." Jila merendahkan diri..

" Siapa kata Aku hebat.Aku tengah Cari kerja sekarang ini..Kerja apa - apa pun aku Tak kisah, janji boleh tampung kehidupan aku, Jila." Tania berterus terang...

" Engkau Tak Ada kerja? Jadi selama ini engkau kerja apa Tania?"

" Dekat sana Aku kerja pembantu restoran..!"

" Huh! Dengan kelulusan engkau tu..Antara Kita bertiga, ofak engaku yang Paling bijak Tania..Apa yang jadi?" Jila bagaikan tidak percaya dengan cerita yang disampaikan Tania..

" Aku Tak tipu...Kerja itu Aku tenang.!"Tania tersenyum memandang kearah Jila..

" Aku tolong carikan kerja untuk engkau kalau tempat Aku Ada kosong.. tapi Tania.."

" Alah dah lah cakap pasal Aku..Aku rindukan engkau dengan Rina..Yang penting Aku dah kembali..Pasal Rina, dia kerja apa Jila..?" Keterujaan Tania ingin mengetahui berkenaan Rina membuatkan Tania tidak sabar..

" Peguam, macam cita - cita dulu!" Jila tersenyum sambil berceloteh hebat didepan Tania..

" Dia yang Paling berjaya antara Kita!" Tania memuji..

" Tiada yang pertama Dan terakhir Tania, nasib kita sama.Cuma rezeki masing - masing. Engkau tinggal Mana sekarang?"

" Rumah sewa..Sewa bilik. Tania Baru tiba sini 10 Hari lepas..Aku masih macam dulu Tak memilih..Janji boleh tidur Dan berteduh itu dah cukup." Tania berterus terang..

" Apa kata kalau engkau pindah tinggal dengan Aku..Aku pun tinggal seorang..lagi 3 tahun Rina akan pulang kesini...Jadi Kita boleh berkumpul semula Tania..apa jawapan engkau?" Jila memberikan cadangan bersama menunggu jawapan Tania dengan penuh keterujaan..

" Aku Tak ganggu engkau ker Jila. Lagipun Kita..."

" Uishhh engkau ini. Kenapa Pula menganggu..Aku lebih suka Ada engkau dengan Rina.. Lagipun Masa Asrama dulu aku belum puas lah hidup dengan kamu berdua..Ada kesempatan ini Kita masih bujang bolehlah Kita berkumpul balik bertiga..aku Tak sabar..Engkau pindah Masuk rumah Aku esoklah Tania..Demi engkau aku ambil cuti." Jila berceloteh dengan keadaan gembira,bila Tania ditemui kembali...

Keesokannya, mereka berdua sibuk berkemas untuk Tania berpindah ke rumah Jila...Barangan Tania amat mudah dipindahkan kerana Tania tidak Mempunyai pelbagai barangan yang berat, hanya beberapa beg untuk Tania bawa kerumah Jila..Sewaktu dia berpindah dulu dari rumah Johan, Tania hanya membawa barangan kerpeluan diri Dan selebihnya ditinggalkan..

" Ini jer ker barangan engkau..Tak banyak ?" Jila mempelawa Tania ke kereta miliknya untuk mereka bersama menuju kearah rumah milik Jila..

" Aku Tak sempat nak beli lagi.Ini jer lah barangan yang aku Ada..Aku harap Tak susahkan engkau Jila ambil Aku dekat sini.." Tania lega dengan pertemuan dia dengan Jila semalam.. Hubungan erat mereka sebagai sahabat kembali terjalin. Dia amat Berharap dengan pertolongan dari Jila, peristiwa hitam dalam hidupnya dapat dipadamkan.. Tania mahu membina hidup Baru disini..Jauh dari kenangan dia bersama Johan.

Lelaki itu dia perlu lupakan...

" Itu semua engkau Tak perlu risau, nanti hujung minggu ini Aku temankan engkau.Kita beli barangan apa engkau nak nanti..Aku cuti hujung minggu ini." Jila meneruskan pemanduan, bersama Tania yang berada di sisi..

" Aku banyak susahkan engkau Jila..Aku harap Aku dapat kerja dekat sini. Untuk tampung hidup Aku nanti." Tania mengeluh berat... Masih belum Ada rezeki untuknya dalam bidang pekerjaan..Jadi dia harus menunggu..

Sebelum ke sini.. Datuk Jonathan telah memberikan wang yang cukup kepada Tania, namun dirasakan Tania, sumbangan yang diberikan Datuk melebihi keperluan yang Tania gunakan..Pada mulanya Tania menolak dengan hormat terhadap pertolongan Datuk. Namun setelah usaha Datuk dalam memujuknya untuk menerima Dan kesungguhan Datuk Jonathan , Tania tidak sampai hati untuk menolak..

Dia menerima pertolongan dari Datuk, tapi  Tania sesen pun dari sumbangan itu masih belum digunakan Tania..Menjalani hidup di tempat Baru, Tania hanya menggunakan Wang simpanannya sebelum berkahwin dengan Johan..

Tania amat berharap, sebelum simpanannya habis digunakan. Dia amat Berharap dia àkan mendapat perkejaan..

" Kita dah sampai Tania..Ini rumah Aku, kecil jer, Tak macam rumah Keluarga engkau sebelum ini..Aku harap engkau selesa nanti." Jila merendah diri...Dulu Jila ingat lagi ketika zaman di Alam  persekolahan, sebelum kejadian kematian kedua IBU bapa Tania berlaku....

Mereka yang mengenali rapat dengan Tania, semua tahu tentang kehidupan Tania yang Mewah, namun Tania tidak menunjukkan kemewahan hidupnya..Dia hanya hidup bersederhana..Disebabkan itu ramai yang senang dengan sikap Tania..

selepas kejadian  pemergian kedua IBU bapanya, Tania tidak lagi diketahui keadaan Kehidupannya...Kehidupan selepas itu Gadis yang dikenali dengan nama Tania itu sangat berahsia..Kehidupan Tania tidak lagi dikunjungi oleh sesiapa setiap minggu..

Hanya dalam ingatan Jila, seorang lelaki iaitu,  abang sepupu Tania sahaja yang selalu hadir di Asrama mereka dulu menemui Tania..

Selebihnya..Tania hanya pulang ke rumah Datuknya setiap hujung minggu Dan pulang di sebelah petang, bila sesi kelas bermula..

" Tania cerita pasal engkau dulu. Datuk engkau apa khabar?" Jila memulakan perbualan..

" Sihat!" Tania menjawab dengan acuh Tak acuh..

"  Abang sepupu engkau..Engkau Tak hubungi dia bila engkau balik kesini..Dia Anak Pak Long engkau ker?" Seingat Jila, dulu Rina pernah maklumkan pada dia...

Abang sepupu Tania belajar di luar negara. jadi mereka syak abang sepupu yang dimaksudkan Tania adalah Anak kepada Pak Longnya yang kebetulan juga diketahui mereka  tinggal  di luar negara..

" Siapa?" Soalan itu buatkan Tania memberhentikan kerjanya..Akibat dari peristiwa yang dulu, Tania hampir terlupa dengan pembohongannya tentang Munshi..

" Abang sepupu engkau yang selalu datang keasrama tengah Malam dulu..Engkau dah lupa?" Jila mengerutkan kening.." Takkan Tania dah lupa?"

Pap!" Oh Aku terlupa." Tania senyum kelat bila mengingatkan Munshi..." Aku dah lama Tak jumpa dia, malaslah Aku nak ganggu dia, dia dah Ada kehidupan dia sendiri." Tania tergagap - gagap masih lagi mahu merahsia tembelang sebelum ini dari terbongkar..

" Bukan dulu engkau rapat dengan dia ker...Tapi sayang aku Tak pernah jumpa dia. Rina pernah jumpa diakan?"

Beberapa beg pakaian berjaya diangkat oleh mereka berdua..

" Hmmmm...Oh..mungkin lah..Aku pun Tak pastilah Jila, benda tu dah lama kan.. Jila Badan Tania dah melekit, Tania Mandi dulu, lepas itu Kita borak lagi." Tania mencipta alasan.

" Haah aku lupa...engkau Mandi dulu Tania..Bilik engkau sebelah Kanan.Aku massak dulu untuk tengahari, nanti Kita makan bersama." Jila mengambil langkah menuju ke dapur..

" Engkau nak Aku tolong apa - apa ker Jila?" Tania mengikuti  Jila ke dapur untuk membantu..dia serba salah, tadi dia mengambil tindakan untuk keluar dari perbualan bila isu Munshi dibangkitkan dalam perbualan..

" Eh, Tak perlu Tania.Engkau Mandi dulu.Tan banyak pun Aku masak,untuk Kita berdua jer. Engkau Baru tiba sini, Selesakan keadaan dulu..Lain Kali engkau Bantu Aku. Dah, pergi Mandi!"

" Betul engkau Tak nak Aku Bantu?" Sekali lagi Tania bertanya..sedangkan dia tahu àkan jawapan dari Jila..

" Betul...." Jila menjerit seperti kebiasan yang membuatkan Tania kembali ketawa seperti kehidupan dia sebelumnya..

Bahagia itu mudah..tapi segala kenangan pahit dalam hidup Tania masih bersisa dalam hati .. Kehidupan Baru bersama Jila, diharap Tania dapat mengubat luka Hitam dalam hidupnya...

Bersambung.......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience