63

Romance Completed 78127

" Apa yang berlaku pada Johan?" Tania cuba mengawal perasaan diri. Ya dia bencikan Johan tapi dia Tak pernah doakan lelaki itu mendapat balasan seperti yang terjadi kini. Hidup dalam dunia yang kosong tanpa memori..

Tapi disudut lain hati, dapat Tania rasakan ini adalah pembalasan Tuhan di atas perbuatan lelaki itu dulu. Perasaan itu segera dibuang oleh Tania, dia hanya manusia dan tidak layak  untuk dia menghukum Dan menilai setiap apa yang telah  diaturkan oleh Tuhan kepada Johan.

" Perkara ini telah terjadi selama  Dua tahun. Johan..Dan sepanjang Masa itu dia hilang ingatan!" Matthew bernafas dengan  panjang sambil menunggu reaksi dari Tania. Perkara itu sukar, tapi perlu diluahkan untuk pengetahuan Tania..

" Dua tahun.. Dua? Maknanya awak dah tahu lama benda ini. Awak jumpa Saya dalam waktu itu. Tapi awak Tak maklumkan pada Saya Matthew. Sanggup awak?" Tania mengucap panjang, Ya dia bencikan Johan tapi kenapa perkara Besar begitu dirahsiakan.

" Awak bencikan dia waktu itu..awak pun masih belum pulih.. awak Rasa,tindakan yang Saya ambil Salah?... apa reaksi awak kalau Saya beritahu  keadaan Johan?" Mathhew terperangkap dalam Dua situasi antara Tania Dan Johan.. Jadi dia memilih mendiamkan diri.. kedua - duanya adalah pesakit yang dirawat. Jadi dia tidak banyak pilihan..

Tania memandang Matthew tidak berkelip..Ada Kebenaran dari segala  kata - kata Matthew.

" Apa yang terjadi? Semua..Saya nak tahu semua?" Semakin serius Tania dalam perbualan..

" Johan kemalangan selepas awak kembali ke sini. Disebabkan itu dia hilang ingatan. Nyawa Johan hampir - hampir Tania.." Matthew menerangkan apa yang berlaku dulu. Pertama Kali dia melihat Johan, dia dapat rasakan Johan tiada harapan untuk hidup.

Namun Jonathan masih bergantung harap pada Johan Dan sentiasa bersikap positif dalam semua keadaan. Dia percaya cucunya akan kembali sedar. Harapan Jonathan akhirnya berhasil, Johan mulai mengerakkan tangan..namun selepas beberapa minit dia mulai koma.

" Macam Mana dia kemalangan, Matthew?" Tania dapat rasakan kesedihan Dan kesakitan dihatinya..membayangkan keadaan Johan...

Tania baru kehilangan bayi mereka..Dan jika kehilangan terjadi lagi, Kali ini pada Johan..dia tidak tahu bagaimana dia mahu menerima perkara itu..Walaupun Johan dibenci, namun hubungan mereka masih Ada...walaupun kini dirahsiakan.

Dia cuma harap Johan jauh dari hidupnya bukan sesuatu yang buruk berlaku kepada lelaki itu yang diharapkan..

" Saya Dan Jonathan tidak tahu sebab sebenar Tania.Hanya Johan yang tahu apa terjadi..dia koma, jadi semua itu hanya Johan yang tahu...tapi dari semua hasil siasatan Jonathan. Semua disebabkan awak Tania."

" Sebab Saya?Tania terkejut. " Awak Tak main- main. Saya dah tinggalkan Johan. Apa kaitan Saya dengan dia?"

" Johan tahu sesuatu. Hal itu beri Impak Besar pada diri dia!" Matthew bernafas dalam - dalam. Perkara yang akan diluah berat untuk dikatakan..

" Apa yang awak nak maklumkan Saya Matthew?" Tania dapat rasakan perasaan hatinya berdebar - debar melihat wajah serius Matthew.

" Anak itu, Anak Johan Tania!" Matthew terpaksa. Hubungan Johan Dan Tania perlu dipulihkan. Melihatkan apa yang terjadi dengan hidup Johan kini, Matthew takut apabila semua itu terbongkar, Johan tidak dapat berpatah balik..semuanya telah terlambat..

" Apa maksud awak Matthew!" Semua yang dikatakan Matthew buatkan Tania terkejut Besar.. dia masih tidak percaya, dalam Masa yang sama telinganya tidak tersalah mendengar..

" Apa maksud awak Anak Johan? ..bukan Johan?".....

Air Mata Tania mengalir bila mengenangkan bayi yang tidak sempat dilahirkan.. Jika apa yang Matthew cakapkan adalah benar.. Apa yang terjadi sebelum ini.. Kenapa Johan....?

" Dia diperangkap.. melihatkan situasi awak dengan dia. Saya nasihatkan Johan lakukan ujian itu sekali lagi. Dan hasilnya Tania, ujian dia sebelum ini telah dipalsukan.."

" Tak mungkin Matthew..awak tipu Saya! Bayi itu bukan Anak dia.. sebab itu dia buat keputusan macam itu!" Tania tidak dapat kawal perasaan, jika perkara itu adalah benar, semakin sukar untuk dia hadapi kenyataan Dan Johan...dengan semua yang terjadi...keputusan Johan pada dia..tapi semuanya disebabkan ujian palsu.. Mereka berdua dipermainkan.

" Saya perlu pergi.. Saya Tak nak Dengar lagi."

" Tania..itu hakikat yang awak kena terima. Disebalik kesengsaraan awak, Johan lebih merana. Dia bunuh Anak dia sendiri!" Matthew terpaksa menahan Tania, Kebenaran dari semua yang terjadi perlu dimaklumkan pada Tania..

" Jadi awak rasa, Saya perlu maafkan dia dengan semua perbuatan dia dulu. Itu maksud awak Matthew." Pegangan tangan Matthew dilepaskan Tania kasar.

" Beri dia peluang Tania..dia Tak tahu siapa dia sebenar, awak..Dunia dia kosong. Itu hukuman berat untuk dia..percayalah, dia lebih merana bila dia tahu anak yang hilang itu Anak dia. Perasaan dia sebelum ini..seorang bapa...Dia terlalu sayangkan awak, sebab itu keputusan yang Salah dia ambil. Dia menyesal!"

" Saya Tak nak bincangkan lagi Hal ini!" Tania keluar tanpa menunggu Matthew keluar bersamanya. Hatinya sakit dengan apa yang jadi..Perasaannya berkeceramuk, hatinya sakit dengan semua perasaan bercampur, Johan dan Kebenaran dari semua yang jadi.. tapi siapa yang buat Johan Dan hidup dia musnah?

" Johan! Johan!" Kebenaran dari semua yang berlaku menyakitkan hati Tania.. Memaafkan atau dimaafkan..Tania bukan malaikat, kesakitan dari kehilangan dulu masih belum pulih...untuk apa dia maafkan Johan.. Mungkin satu Hari nanti Masa itu akan tiba, tapi bukan sekarang Matthew. Sekarang Saya cuma bencikan Johan..

Tania melangkah tanpa mengalih pandangan pada Matthew..dia telah membuat pilihan. Johan yang tidak mengenali dirinya lagi, memudahkan urusan Tania bekerja dengannya nanti..

Baju kurunh Biru disarungkan Tania ke tubuh. Sebuah Kot Hitam disarungkan, etika berpakaian. Untuk Hari pertama, Tania memilih untuk berpakaian dengan sopan.. dia tidak àkan menonjolkan diri pada Johan.. Dia hanya akan membuat kerja Dan pulang mengikut Masa..

Berharap dia dengan lelaki yang dibenci tidak di pertemukan oleh Tuhan..

Hari pertama Tania dibawa oleh seorang setiausaha untuk melawat di sekitar Syarikat.. Tania diperkenalkan kepada semua rakan sejawat Dan semua bahagian..

Tania memanjatkan syukur dalam hati..sepanjang dia dieprkenalkan dengan semua rakan sejawat, tidak ternampak wajah atau kelibat Johan.. sesuatu yang menceriakan Hari Tania Hari ini..

Separuh Hari berjalan seperti biasa...

Plak!

" Tania jom lunch sekali." Muncul Rina dihadapan Tania, bersama wajah ceria bila Tania bekerja di situ seperti yang dijanjikan.

" Okay!" Tania gembira dengan pelawaan Rina pada Hari pertamanya bekerja. Dia mengambil tas tangan Dan laju melangkah kearah Rina.

" Hari ini engkau belanja Aku, raikan Aku kerja sini!" Tania gembira kehadiran Rina, tanpa tersedar Ada seseorang di luar yang sedang menunggu mereka berdua..

Langkah Tania terhenti bila melihat kearah Johan.." dia lagi!"

" Saya àkan belanja awak berdua!" Tenang Johan membalas soalan Tania tadi..

" Rina....Aku.....!Tania serba salah. Kenapa dia Tak boleh mengagak perkara ini sebentar tadi.. Johan dengan Rina Kan  Ada hubungan Tania.. jadi pasti mereka berdua akan  keluar berdua..

" Alah jomlah, Aku pun Tak sangka dia Ada Masa hari ini lunch dengan Aku.  Jom!"

" Saya Tak lapar.. Rina engkau pergilah dengan Johan, Aku Tak nak menganggu!" Tania mencipta alasan yang difikirkan Paling logik. Dia tidak mahu kekok berada  dihadapan Johan dengan Rina Dan sebolehnya biar Johan hilang ingatan terus pasal dia.

" Kenapa .. Ada masalah dengan Rupa Saya?" Johan tiba - tiba Naik angin dengan sikap Tania yang berubah - ubah perwatakan.

" Johan..Rina memujuk!"

" Saya Tak nak ganggu awak berdua!" Sakit hati Tania, walaupun dia bencikan Johan, tapi dia masih suami dia... Perempuan Mana yang boleh lihat suami dengan perempuan lain. Walaupun sikit tapi hati dia tetap tersentuh..

" Saya masih owner Syarikat ini Dan awak perlu hormat Saya selagi Saya Tak buat sesuatu yang gugat diri awak.Saya arahkan awak Tania. Keluar dengan Saya Dan Rina. Kita makan bersama! Clear?" Johan angin satu Badan, susah sangat kawan kepada Rina yang Baru dikenali mengikut bersama.. macam - Macam alasan..

Bukan dia Dan Tania  keluar berdua, jika bukan disebabkan Rina yang Beria - Beria ingin mengajak sekali Tania, menjadikan mereka bertiga keluar bersama. Johan tidak àkan jejakkan kaki kesini..

" Tania..jangan bantah!" Rina memberikan Bahasa isyarat. Nak Tak nak, Tania terpaksa akur, jika dia masih berlawan..dia takkan menang.

Tas tangan dihempas kasar Tania sebelum melangkah keluar mengikuti Johan Dan Rina.. tiba - tiba harinya dirasakan seperti terlena sumpahan..

Sepanjang laluan ke restoran Tania membuat muka di dalam kereta..wajahnya bagaikan terpaksa Dan kelihatan madam sepanjang perjalanan..Semakin dia ingin jauh daripada Johan, semakin dia dekat..Tania semakin lemas dengan keadaan itu, untuk membuang segala sakit hati..pandangan Mata Tania melihat kearah luar sepanjang perjalanan..

Tanpa disedari oleh Tania...Ada Mata yang memerhati setiap kelakuan Tania dari pandangan Cermin pandang belakang.

" You Kita nak pergi makan dimana?" Rina mematikan lamunan Johan pada Tania.

" Tempat biasa!" Ringkas jawapan Johan, sambil Mata masih memandang kearah Tania. Tumpuan pemanduan juga tidak dapat difokuskan Johan.

" Tania engkau okay ker dekat belakang tu?" Rina mengalih pandangan pada Tania di belakang.

" Tania mengalihkan pandangan pada Rina, namun sebaik dia melihat kedepan, dia nampak Mata Johan merenung kearahnya... Sempat Tania menjeling kearah lelaki itu, sebelum menjawab pertanyaan Rina..

" Okay!" Tania memberikan senyuman.

Johan yang melihat kelakuan Tania, semakin sakit hati...entah kenapa Tania macam membencinya..bukan seperti yang dikatakan oleh Rina sebelum ini..

Tania sukakan lelaki sepertinya..Rina telah memberikan amaran awal untuk dia menjauhkan diri dari Tania.. tapi sekarang  keadaan mereka bertiga, kelihatan Rina yang memberikan cadangan untuk mereka keluar bersama..

Semakin difikir, semakin Johan tidak faham perempuan..

Mereka bertiga tiba di restoran seperti yang dijanjikan..

" Ask boleh pilih makanan apa awak nak makan Hari ini.. semua Saya belanja!" Sengaja Johan membawa mereka bertiga makan di restoran  yang Paling Mahal untuk menunjukkan siapa dia pada Tania.

Rina semakin excited menunjukkan kebanggannya memiliki Johan, lelaki yang berkaliber Dan terkaya di usianya. lebih menerujakan Rina, Johan pilih dia dalam hidup lelaki itu.

" Rina apa lagi engkau orderlah cepat, pilih sahaja makanan Mana engkau Suka. Bukan senang Kita nak merasa makanan disini." Rina berbisik kearah Tania untuk dia segera membuat pilihan.

" Air kosong!" Pilihan Tania sebelum buku menu ditutupkan kembali.

Johan menahan amarah dalam diri dengan kelakuan biadap Tania yang mencabar kewibaan dirinya..Rahangnya yang bergerak seiring kemarahan, namun reaksi luaran masih tenang..

" Sayang awak pilih makanan!" Sengaja Johan mengutarakan panggilan Sayang pada Rina. Dia ingin melihat reaksi Tania, namun pandangan Mata Tania..kosong..

Tiada reaksi apa - apa...

Johan semakin panas dengan sikap Tania.. Apa sebenarnya yang dia buat Dan semua sikap Tania yang semakin dia Tak faham..

Huh! Tania menghempakan diri ke kerusi Dan mengeluh dengan panjang..satu butir makanan pun Tak masuk dalam perut dia. Kini Baru dia betul - betul terasa lapar. Dia Baru masuk bekerja, untuk dia keluar kembali, rasanya Tak elok..Hari pertama dia telah membuat Hal..

Makan bersama Johan Dan Rina tadi pun dia telah mengambil Masa yang lama berehat.. Tania tiada banyak pilihan..Nak Tak nak dia terpaksa menahan lapar..

Mujur kelibat seseorang yang melintas di depan Tania memberikan dia sinar..

" Mat Despatch"

" Ali,"  Tania memanggil Ali yang merupakan Despatch di pejabatnya.

" Kak Tania, Ada apa? Ada surat atau dokumen yang akak nak ker?" Ali terlebih peramah begitu juga dengan Tania. Pertama Kali Ali di perkenalkan pada Tania tadi, banyak perkara yang mereka telah bualkan..

" Bukan Surat, nak minta Ali tolong belikan roti di bawah! Boleh?" Tania amat berharap Ali sudi menolongnya.

" Boleh..ingatkan apalah tadi. Tadi Tak makan ker? Bukan tadi Kak Tania keluar dengan Bos Johan dengan Cik Rina?" Pelik, semua orang - orang dipejabat telah kecoh tentang Hal orang Baru telah keluar dengan Dua orang penting dalam Syarikat.

" Belum!" Tania malas mengulas tentang gosip yang dia tahu telah tersebar pasal dia. " Cepat sikit boleh Ali, dah kebulur dah akak Rasa." Dengan Ali tiada istilah malu. Bila dia tersangat lapar, perkataan malu ditolak ketepi..

" Okay, 5 minit.saya selesaikan urusan dekat sini dulu. boleh kak!" Ali serba salah, melihatkan keadaan Tania.Benar dia Tak main - main.

" Okay..terima kasih Ali." Satu Noted duit sepuluh diberikan kepada Ali.

Johan menghempas kasar tangan di atas meja.Dia begitu marahkan Tania sebentar tadi. Tania benar - benar mencabar kewibawaannya sebagai seorang lelaki Dan ketua. Setiap tindak tanduk Tania semasa temuduga lagi, telah menaikkan kemarahan sedikit Demi sedikit di hati Johan..

Dia Cuba melayan semua pekerja sama Adil dan dia sebagai ketua..Namun sikap Tania yang membuat muncul setiap Kali mereka bersemuka, membuatkan dia semakin hilang sabar. Jika tidak disebabkan Rina, telah lama Tania dibuang dari situ..

Dia tidak àkan memudahkan urusan Tania disini, sehingga Tania sendiri memilih untuk pergi sendiri.

Namun satu yang memeningkan fikiran Johan, kenapa Tania masih berminat bekerja disitu jika diri dia, Tania tidak suka..

Kenapa dia tidak mengambil keputusan pergi dari awal lagi. Mengapa dia menerima Dan bekerja keesokannya.. Apa permainan sebenar Tania? Semakin difikirkan Johan, dia semakin tidak faham.

Kring! Kring...telefon bimbit Johan berbunyi..kelihatan di skrin papparan Matthew. Dr. Matthew! Seperti kebiasan..

" Hello!" Johan memulakan perbualan.

" Hello Johan, bagaimana dengan Hari ini. Ada Sesuatu yang memeningkan?" Matthew sekadar bertanya Khabar, rutin Matthew setiap Hari..

" Saya sihat, cuma urusan kerja yang memeningkan!" Johan mengurutkan kepalanya.

" Mahu dibincangkan Johan, Saya sudi mendengar!" Matthew Cuba menolong untuk meringanlan bebanan Johan.. Fikiran Johan tidak mampu untuk berfikir banyak dalam Masa serentak..Matthew takut kejadian Johan pengsan dulu bakal terjadi..

" Tiada yang penting! Hanya pekerja Baru yang memeningkan kepala Saya!" Johan berterus terang. Dia tahu Matthew banyak menolongnya untuk pulih. Jadi tiada masalah jika Hal berkenaan Syarikat dibincangkan bersama.

" Siapa? Saya kenal dengan dia?" Matthew Cuba mengingatkan pekerja - pekerja Johan sebelum ini yang memberikan masalah pada lelaki itu.

" Tania! Pekerja Baru." Johan berterus terang..

" Kedengaran Matthew telah ketawa dengan makluman Johan!'

Johan pelik! " Awak kenal dia Matthew?"

" Tidak Johan, tapi kalau perempuan yang memeningkan kepala awak, Saya rasakan dia seorang perempuan yang Menarik. Saya kenal awak Johan!" Matthew mahu Johan mencipta hubungan bersama Tania, kerana itu dia sengaja mengaitkan Tania kepada Johan..

" Bukan Macam yang awak sangka! Saya dah Ada Rina! Awak lupa tentang itu!"

" Johan, Kita masih boleh memilih Dan benda itu, berkenaan pasangan itu pilihan Kita. Tiada siapa yang boleh paksa!" Matthew memberikan nasihat.

" Dia bukan gadis yang macam awak sangkakan. Dia licik Dan Saya takan pernah sesekali sukakan dia Matthew!"

" Kita Tak tahu perasaan Kita di Masa akan datang Johan! Saya maksudkan."

" Berhenti mengarut Matthew, Saya berhenti Kan perbualan." Johan meletakkan telefon, segala yang dikatakan Matthew mengarut. Dia tidak akan sesekali curang pada Rina, disebabkan Tania yang Baru muncul dalam hidup dia.

Interkom ditekan oleh Johan. " Bawakan semua fail akaun Syarikat dalam 3 tahun ini. Dan panggilkan Tania untuk kesini!"

" Baik, Tuan Johan!"

Interkom dimatikan oleh Johan. Dia tidak akan menyukai Tania, Dan dalam Masa yang sama dia tidak àkan memudahkan urusan Tania bekerja disini.

Muncul Tania di dalam pejabat Johan. " Tuan Johan Cari Saya?" Tania mencuba bersikap professional semasa bekerja, Dan bila berhadapan dengan Johan, bos Syarikat.

" Ini fail akaun Syarikat 3 tahun ini. Saya nak awak semak satu persatu, memandangkan awak pekerja Baru di sini, Saya nak awak semak kembali Dan terangkan pada Saya perjalanan akaun Syarikat ini." Johan berwajah serius, tiada reaksi dia main - main.

" Tuan nak Saya lakukan disini. Terangkan pada Tuan? Tania tidak menyangka, itu termasuk dalam pekerjaan nya. Dia ingatkan hanya ketua Akauntan yang àkan menerangkan pada Johan, dia hanya membuat laporan.

" Awak nak Saya ulang arahan Saya kembali? Kelihatan Johan tegas Dan dia tidak main - main.

" Tuan nak Kita mulakan dari Mana?Tania mulai serius bila melibatkan tentang kerja. Tangan Tania telah membuka fail yang diberikan Johan kepadanya..

1 jam telah berlalu, Dan Tania masih terperangkap di dalam bilik Johan membentangkan laporan.. perutnya telah beberapa Kali memulas menahan kelaparan yang semakin terasa di perut Tania.  Untuk menahan, Tubuhnya tidak lagi membantu bila dia mulai mengigil.

" Terangkan tentang frasa pertama bagi tahun kedua berakhir Tania".. Johan sibuk dengan komputer Dan memasukkan laporan yang dibentangkan Tania, tanpa memberikan sepenuh perhatian pada Tania.

" En. Johan Saya Rasa...Tania mulai terasa pening telah menangkap di kepalanya." Sambil tubuh Tania menahan peluh yang semakin membasahi diri bersama kelaparan yang tidak lagi dapat ditahan.

"Apa yang awak Rasa berkenaan akaun itu. Terangkan kepada Saya.Saya mahu masukkan dalam laporan Saya Tania..

Tania! Sekali lagi Johan cuba memanggil namun senyap.. segera Johan berpaling,Tania...kelihatan gadis itu telah tidak sedarkan diri.

Hei Tania...Johan Cuba menyedarkan Tania,namun masih belum berhasil..

Tubuh Tania Johan cepung Dan dibawa ke sofa. Dia hanya memerhati wajah Tania yang tenang dan ditinggalkan di sofa bersendirian.

Johan hanya tersenyum sinis..Dia dapat rasakan itu adalah satu lagi lakonan dari Tania. Dia mahu lihat sejauh Mana Tania akan berlakon, Dan gadis itu perlu diajar selayaknya.

Jam telah menunjukkan kearah 6.00 petang.. Masa untuk Johan meninggalkan pejabat. Sebelum Johan keluar, dia melihat kearah Tania dulu yang masih terbaring. Senyuman sinis Johan terukir. Nampaknya Tania masih belum putus harapan..

Dia àkan bermain dengan permainan Tania.

Johan tidak mengunci bilik pejabatnya seperti kebiasaan. Dia tahu, Tania akan membuka Mata sebaik sahaja kelibatnya tiada lagi disitu.

Namun Baru separuh perjalanan Johan dia melihat kearah seorang lelaki yang masih belum pulang, menunggu di ruangan sofa hadapan kaunter pejabat.

" Bos!" Ali berdiri menghormati Johan sebagai ketua di Syarikat itu.

" Awak Tak balik lagi?" Johan menegur, kebetulan semua orang telah beredar dari pejabat  jam 5.00 petang tadi, termasuk Rina.

Johan terlewat disebabkan Tania..

" Saya tunggu Cik Tania dari sebenarnya disini. Tadi dia orderkan Saya sesuatu untuk dia. Tapi dia Saya Tak jumpa." Ali kelihatan gelisah..

" Apa yang diorder dengan awak Ali?" Johan semakin ingin tahu Dan keadaan Tania sebentar tadi buatkan Johan dapat rasakan hatinya berdebar - debar.

" Cik Tania minta Saya belikan dia roti tadi sebab dia lapar. Seharian dia Tak makan dari pagi. Tapi bila Saya Cari dia, dia tiada.saya Tak tahu dia kemana?"

Johan gelisah dia mencari akal. " Awak boleh pulang Ali, Tania jam 5.00 tadi dah pulang. Roti tu awak boleh beri pada Saya. Saya letakkan atas meja dia. Esok dia boleh makan." Johan tiada alasan lain untuk diberikan pada Ali, dia mulai gelisah. Jika benar apa yang Ali katakan, Tania yang pengsan tadi bukan main - main..

Dia telah tersalah menghukum Tania..

" Bos Tak balik lagi?" Ali heran, kelihatan Johan seakan mahu pulang.

" Saya Ada kerja yang perlu Saya selesaikan lagi. Kerja akhir yang perlu Saya siapkan." Johan memberikan alasan.

" Kalau Macam itu saya serahkan pada Tuan Johan. Saya balik dulu." Perasaan Ali tidak sedap bila bukan dia yang memberikan sendiri pada Tania. Dia dapat lihat Tania menahan lapar sebentar tadi. Dia cuba secepat mungkin untuk membeli roti tadi mengikut permintaan Tania, namun masih tidak berhasil..

Setelah Ali pergi, Johan melangkah laju kembali kebiliknya, dia hanya Berharap segalanya akan selamat....

Bersambung.....???

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience