96

Romance Completed 78127

" Leman Mana Johan?"
Rina Cuba mengawal kemarahan , telah sejam dia menanti bersama Keluarga,begitu juga dengan  Johari Serta Aminah...namun Johan masih tidak lagi muncul...

" Mak Mana Johan, kenapa lama sangat." Rina resah, wajah kalut Leman sepupunya tadi buat Kan Rina heran...Memang satu pun dia Tak boleh harap dengan sepupu lelakinya itu, semua kerja kelam kabut. Dia cuma suruh melihat keadaan Johan, tapi Leman tetap teguh berdiri bersama mereka...

Arahan mudah dari Rina, tapi Hal itupun leman tidak faham..

" Sabarlah Rina, engkau ini buat malu akulah..Kejap lagi datanglah Johan tu. Adalah tu Tok Kadi nak bincang dengan Johan...Engkau ingat kerja batal - batal ini mudah waktu  korang berdua nak nikah ini, dia tengah selesaikan masalah tadi lah ini."
Keruh wajah Mak Rina, pandangan tajam dilihatkan kearah suaminya, dia juga resah dengan segala yang terjadi...Kalau majlis Tak jadi, Mana Keluarga mereka nak letak muka...

" Abang..lama sangat si Leman tu dekat luar, awak pergilah tengok - tengok apa yang jadi...manalah tahu kalau - kalau so Johan dah...

" Ishh, awak ini, Cuba fikir yang baik - baik. Awak tengok Rina tu Anak Kita.Dia dahlah resah sejak tadi, awak nak dia tanggung malu Pula kalau semua yang awak fikir tu terjadi..." Tajam mata Pak Senin memandang isterinya.Namun perasaan hati lelakinya sendiri tidak sedap..Banyak dari perkara yang terjadi membawa maksud yang tidak enak..

Dia sendiri Cuba menghalang perkahwinan Rina dulu dengan Johan..
Disebabkan dia tahu tentang status Johan yang masih suami orang, suami kepada Sahabat anaknya sendiri Tania..
Tapi itu semua pilihan Rina...
Telah habis mulutnya memberikan nasihat, tanggungjawab Dua Keluarga bukan mudah...dan Masa Johan untuk Dua isteri...

namun Rina yang telah matang Dan Mempunyai pekerjaan hebat sendiri tidak lagi mendengar.. tetap memilih untuk Johan menjadi pasangan hidupnya..
Pak Senin terpaksa akur..
Dia telah nasihat..
Selebihnya terpulang kepada Rina...
Dia yang akan menentukan siapa Jodohnya..

Dan Jika terjadi sesuatu di kemudian hari, bukan lagi Rina salahkan Keluarga Dan Juga diri dia..

Setelah memikirkan baik buruknya...Pak Senin berdiri.." Awak Saya pergi lihat dulu dekat luar, nampaknya Leman masih Tak muncul..Saya lihat apa yang jadi."

" Cepat sikit Abang!" Mak Rina semakin gelisah...Melihatkan wajah suaminya mengeruh, semakin kuat perasaannya tidak sedap..Dia hanya Berharap semua yang difikirkan tidak menjadi...

Sementara Johari Dan Aminah masih menunggu Setia....sesekali Aminah mengipas - ngipas tangannya ke tubuh menandakan dia kepanasan menunggu..Cuaca disini tidak sesuai dengan Tubuhnya, kulit putihnya Mula kemerah - merahan...membuatkan Aminah tidak selesa..

" Awak dah kenapa?"
Johari mengelengkan kepala bila dilihat Aminah semakin tidak selesa berada disitu..beberapa kali kedudukan duduknya  diubah Cara..

" Johari lama lagi ker Kita nak tunggu dekat sini..Ini cuma acara pernikahan Johan, kenapa Kita Tak pergi jer dari sini..Saya rimas panas!" Aminah sungguh tidak tahan..dia dapat rasakan Tubuhnya telah berpeluh seluruh Badan..

" Tunggu sekejap lagi...mungkin Johan perlukan dia menemani Kita..lagipun dia dah Tak Ada wakil bersama dia..dia datang seorang!" Johari memujuk dan dari reaksi Aminah, wanita itu sedang berfikir..

" Okay...akhirnya Aminah mengalah dengan lemah..Walaupun dia Tak selesa, namun disebabkan dia telah berada disitu, dia tetap terima dengan keadaan yang tidak selesa...

Langkah kaki Pak Senin laju sebaik pandangan mata Rina tidak dapat dilihat lagi...perasaan hatinya semakin gementar, dadanya berombak kencing dengan jantungnya berdegup tidak berhenti..

Sebaik sahaja Pak Senin keluar, mulutnya ternganga lebar...

Kosong..?
apa yang Ada dilihat dimata Pak Senin hanya Leman yang duduk termenung meningkat dagu...

Pak Senin mendapatkan Leman segera...isu itu perlu diperjelaskan segera...

" Leman Mana semua orang dekat sini?" Pak Senin mendapatkan Leman Dan dalam Masa dia mengejutkan Leman dengan memegang bahu Anak sedaranya..

Leman hanya tergamam tanpa mengeluarkan sebarang perkataan..

" Leman !" Pak Senin menjerkah, yang membuatkan leman terkejut dan mendapatkan Pak Senin..

" Pak Long, mereka semua dah Tak Ada." Leman tergaru - garu kepalanya yang tidak gatal di depan bapa saudaranya..

" Maksud kamu, Mana semua orang pergi? Tok Kadi, Saksi...Johan..Mana mereka pergi, Rina dah tunggu lama.."
Perasaan seorang Ayah semakin tidak sedap..Jika keadaan kosong di luar..Tok Kadi tiada Dan Saksi.....bermakna pernikahan hari ini, pernikahan Rina." Batal"..

" Mereka pergi Mana?" Pak Senin inginkan kepastian..

" Leman sendiri Tak tahu Pak Long, bila Leman datang kesini semuanya dah tiada..Tak tahu mereka kemana..Leman sendiri pun blur.."

" Habis itu Rina....?"

Leman menunjukkan wajah tercengang Dan simpati...namun tiada apa - apa yang boleh mereka berdua lakukan lagi...Melihatkan kejadian Dan keadaan orang - orang yang tidak lagi menunggu, mereka telah dapat jawapan..

" Mana Johan, Macam Mana dia boleh hilang dalam majlis Dan tinggalkan Rina Macam itu...Ini dia mesti jumpa perempuan itu..Tania ?"

Aminah menunjukkan perasaan Tak puas hati, kalau Tania Ada didepan matanya sekarang hendak sahaja dia mensiat - siat wajah Tania...Tak malu masih mahu mendapatkan Johan seorang untuk diri sendiri...

Kalau dia tahu majlis itu àkan jadi begini, dia takkan menunggu dalam keadaan terseksa dalam Cuaca kepanasan yang buatkan Tubuhnya menderita.. Dia bencikan keadaan itu, lebih - lebih lagi disebabkan Tania...

Dia terseksa menanggung Rindu kepada Johan disebabkan Tania...disebabkan Tania, Johan Mula bencikan dia dan mencarinya untuk satu hukuman...

" Tak habis - habis lagi awak nak salahkan Tania menantu Kita..Mungkin Johan dah ingat Tania, isteri dia..Sepatutnya awak bersyukur Aminah. Johan Tak pilih jalan yang salah dalam ingatan dia masih pulih."

" Apa...? Apa yang Salah. Rina?. Budak perempuan itu lebih 1000 Kali baik dari Tania..dia Ada kerja yang bagus Dan Keluarga yang baik...Bukan Macam Tania, menantu awak tu...Keturunan dia pun Kita Tak tahu, asal usul dia....Hanya wajah dia yang Cantik jer buatkan Johan pilih dia.. Sebenarnya Johari, Budak itu Tak Ada kelebihan lain."
Aminah menjeling, sebaik sahaja isu Tania disebut...Mood baiknya menghilang..Entah kenapa dia terlalu bencikan Tania...tapi yang dia tahu, Johan terlalu berikan tumpuan Dan perhatian kepada Tania...sedangkan diri dia tidak diambil peduli...sesuatu yang Aminah tidak boleh terima..

Johan melayan wanita lain melebihi dirinya...sebelum ini apa yang dia tahu, Johan tidak pernah ambil peduli dengan Mana - Mana wanita, termasuk dirinya Ibunya sendiri.....namun sikap Johan berubah bila Tania muncul.. Cara layanan Dan kasih sayang  Johan yang ditunjukkan  pada Tania berbeza.. itu yang Aminah iri hati...

Kenapa dia tidak dapat layanan yang sama dari Johan seperti yang diterima Tania..

" Kita dimana?"
Johan terpaku melihat sebuah pusara kecil yang telah berada didepan matanya...entah kenapa dengan diri Johan yang tidak fahami sesuatu...air mata lelakinya mengalir laju...dia cuba untuk menahan, namun air matanya tetap tidak bekerjasama...

Perasaan dalam hatinya dirasakan berat..tanpa diduga Johan menjatuhkan Tubuhnya dan pusara kecil itu dipegang kejap dalam tangan..

Disisi bersama Johan...Jonathan menemani.
" Ini kubur anak kamu Johan, bersama Tania!" Datuk Jonathan tidak dapat menyimpan lagi Rahsia yang disembunyi..Jika perkara itu lebih lama disimpan, nasib Johan Dan Tania akan dipertaruhkan...Jadi Jonathan memilih untuk mengambil risiko itu, Berharap Johan àkan kembali tersedar...

Segala kesalahan Dan kesilapan Johan yang lalu perlu diselesaikan dengan semua Kebenaran dikeluarkan untuk ditatap oleh Johan...

" Anak......kami!" Semakin lebat tangisan Johan, dia Cuba mengingati sesuatu...sesuatu yang disingkap selama ini..Bila pusara itu disentuh, Johan dapat rasakan kesejukan menjalar dalam tubuhnya.... Dia memikir Dan berfikir sesuatu dalam kepalanya...
Semakin difikir, dengan tubuh yang lemah Dan perasaan yang berkeceramuk dalam menghayati setiap bayangan yang muncul akhirnya Johan pengsan...

....Johan dapat rasakan dirinya pergi menjauh...sayup - sayup kedengaran suara Jonathan memanggil..

Tangan sebuah bayi memegang tangannya bersama senyuman.. Johan masih berlinangan dengan air mata bila tangan lembut itu disentuh, tanpa suara bayi itu membawa Johan kesatu Alam yang lain...

Alam dimana Johan dapat melihat jelas, memorinya silamnya...dimana senyuman Tania, kehidupan bahagia mereka berdua...sebelum satu persatu peristiwa dipertunjukkan kepada Johan...Semua yang berkaitan dengan dirinya dulu, Aminah, Johari, Jonathan....Munshi... Johanna Dan semua...

Semuanya satu persatu ditayang...

Satu bilik dibukakan oleh tangan kecil yang masih belum membuka pegangan tangan Johan yang kejap di tangannya..

Disana Johan melihat dengan jelas, wajah Tania yang kusut Dan menanggis kuat..Tania Cuba untuk memujuk dirinya, namun dengan angkuh Johan tidak mendengar... sebaliknya Johan mengarahkan untuk perkara itu diteruskan...

Johan pada mulanya tidak faham apa yang berlaku...tapi bila tubuh Tania dibawa kembali dalam keadaan yang pucat, barulah Johan jelas....bayi kecil yang masih ditangannya dilihat, Maya bulat yang memandangkan kearahnya mengangguk faham, hanya wajahnya yang ditundukkan beberapa Kali untuk menerangkan apa perkara sebenar yang terjadi...

Johan mulai faham, dia yang rancang segalanya mengenai Tania disitu....kenapa Tania di wad itu..seperti yang didalam gambar...Dan bayi kecil disisinya adalah......??Baru Johan ingin memeluk bayi kecil disisinya....tubuh kecil itu menghilang...

Johan terkapai -kapai dengan mencari tubuh bayi yang hilang tadi..dia seakan terasa satu kehilangan yang Besar dalam diri Dan Hidupnya....
Tidak sangka dia yang mengambil tindakan itu Dan disebabkan dia Tania menderita...
Semuanya jelas....
Dia adalah punca segala yang berlaku...
" Tania"

"Tania"
Air mata Johan gugur laju...dia tidak dapat menerima kesalahannya yang membunuh zuriatnya.....lebih menyesakkan pernafasan Johan, tindakan dia selepas itu pada Tania..
Sesuatu yang tidak dapat dimaafkan...

Satu tangan kecil yang lain memegang bahu Johan....
Hanya dengan mulut yang masih berdiam dengan pandangan..Anak kecil itu ingin menyampaikan sesuatu...

Sesuatu yang membuatkan dia faham dengan semua...
" Jangan lagi membunuh dia!" Itu yang disampaikan oleh bayi kecil itu pada Johan...

" Tak!"
" Tak"..Tak!" Air Mata Johan gugur lagi...dia takkan lagi lakukan perkara itu lagi....

" Johan!"

" Johan!"

" Johan!"

Suara Datuk Jonathan kedengaran...
Jelas Dan terang....
Namun Johan masih belum membukakan Mata...
dia masih belum puas...
Johan masih mahu bermain Dan belum puas berjumpa dengan malaikat kecilnya yang membahagiakan hidupnya kini...
dia masih mahu tahu apa yang telah terpadam dalam memori Dan ingatan dirinya  ini...sebelum dia boleh kembali...

Bersambung....????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience