53

Romance Completed 78127

Matthew mengekori langkah Johan, Setelah Johan menghilang di dalam bilik Tania, dia mengambil pendekatan dengan melihat disebalik pintu..apa yang sedang dilakukan oleh Johan dalam bilik Tania...

Kelihatan Johan memandang Tania dari dekat dalam tempoh yang lama..Selepas itu kot yang tersarung ditubuhnya diletakkan dikerusi berhampiran..

Perlahan - lahan Johan menyusup masuk ke dalam selimut Tania, berbaring sambil memberikan ciuman pada Isterinya..

Sesuatu yang jelas pada mata Matthew..Johan benar - benar menyayangi Tania..." Jadi apa yang dikatakan Tania tadi, tentang kekejaman Johan?" Semua itu tinggalkan tanda Tanya dalam fikiran Matthew..

Dari penceritaan dari telinga Matthew tadi...kelihatan semua yang dikatakan Tania seakan bercanggah..

Semua itu masih Baru dalam penglihatan Matthew..dia masih menunggu semua maklumat dikumpul sebelum dia membuat kesimpulan mengenai kes melibatkan Tania..

Sama Ada Johan yang benar...

Atau

Cerita dari Tania yang benar...

Atau kedua - Dua cerita adalah sebaliknya..

Matthew menunggu di luar bilik Tania hingga pagi... sepanjang tempoh itu, entah berapa cawan Kopi segera telah ditelan Matthew untuk membuatkan dia terus terjaga....beberapa Kali jam di tangan kirinya dikerling untuk melihat Masa..

Matthew telah beberapa Kali tersenguk akibat mengantuk...namun apa yang ditunggu masih belum muncul..

Itu membuatkan Masa Matthew terbuang lebih lama..

Ding Dong! Setelah jam menunjukkan angka 5 pagi..Berulah muncul kelibat Johan di luar bilik Tania..

Kemunculan Johan membuatkan mata Matthew kembali Segar...Bagi mendapatkan perhatian Johan kearahnya, Matthew membunyikan kerusi pelawat yang panjang untuk mengalihkan perhatian Johan..

Ternyata usaha dari Matthew berjaya menarik perhatian Johan...

Matthew melambaikan Kopi di tangannya kearah Johan sebaik mata lelaki ifu terarah kepadanya..

Ternyata Johan segera melangkah kearah Matthew...

" Kopi?" Matthew memulakan sesi perbualan bersama Johan..

Hanya Ada anggukan dari Johan, Sambil Johan mengambil duduk di sebuah kerusi..

Matthew mendapatkan Johan Kopi di mesin minuman yang berhampiran dengan mereka berdua..

Huluran Kopi dari Matthew disambut baik oleh Johan... Wajah Johan benar - benar penat terlihat..

" Berapa lama?" Matthew menganggap Johan faham àkan Maksud nya tentang perkara itu..

" 2 minggu."
Johan memberikan jawapan..

" Great,!" Matthew memuji usaha  Johan menemani Tania setiap Malam..

" Dia Tak pernah terjaga?"

" Nope...hanya itu Masa yang dia boleh terima saya..Waktu dia sepenuhnya terlena.. Ini suatu Masa yang sukar Matthew..kebencian Tania!"

" Saya tahu, tapi kebencian itu berasas Dan dia Ada sebab tersendiri." Matthew memujuk Johan..

Segala tindakan Johan, Matthew dapat rasakan Hal itu juga bukan mudah..menyusup masuk setiap Malam disini, berbaring menemani Tania yang tidak tahu kehadiran lelaki itu di sisi..kesibukan Johan dalam perniagaan.. Lelaki itu perlu banyak berkorban..

" Dia perlu pulih Matthew...Saya Tak boleh kehilangan dia...lebih - lebih lagi kebencian Tania pada Saya...Hal itu menyakitkan!" Johan mengeluh panjang mengingatkan apa yang telah terjadi..

" Johan...adakah awak benar - benar mandul...Macam Mana boleh jadi?" Matthew mengerutkan wajah Cuba mencari jawapan dari perkara yang diutarakan Tania..

" Excuse me...! Mana awak dapat berita itu?" Johan telah bangun untuk berdepan dengan Matthew...Hal mengenai Tania tiada kaitan dengan report perubatan kesihatan Johan keseluruhan..

Matthew hanya menunjukkan kearah bilik Tania untuk memberikan jawapan.." she! Saya sedang rawat dia. Jadi jangan terkejut kalau dia luahkan semua. Itu semua untuk proses pemulihan." Matthew menjawab tenang..

" Tania tunjukkan respons yang positif.."

" Good!" Akhirnya Johan kembali bertenang Dan kembali duduk bersama dengan dengan Matthew..

" Bukan salah dia apa yang jadi?" Johan meneruskan perbualan..

" Jadi betullah apa yang Tania kata..Awak kejam Dan awak yang bunuh Anak dia?" Matthew bertanya lanjut untuk memahami situasi sebenar..

" Apa lagi dia cakap...?" Johan terkejut bagaimana Matthew berjaya membuatkan Tania bekerjasama dengan lelaki itu..

" Selain mandul, kejam..awak paksa dia ....bagaimana dengan Munshi Johan, siapa dia?"

" Munshi ?" Johan mengerutkan kening sambil beberapa Kali meraupkan wajah..Hati Johan semakin bimbang.Dalam keadaan Tania yang terganggu dari segi emosi..Tania masih mengingati lelaki itu..Tapi kenapa Tania benci dia..

" Kalau apa yang dikatakan Tania tadi betul Macam yang diceritakan..emosi dia semakin pulih Johan. Tapi berikan Masa untuk Tania maafkan awak Johan dulu... Menemani dia setiap Malam adalah satu langkah bijak..Sekurang - kurangnya dia àkan terasa ditemani..

" Pasal Munshi...apa yang Tania sebutkan?" Johan semakin gelisah..Secara jujurnya dia tidak pernah ambil tahu kehidupan Tania Dan Munshi sebelum ini..Begitu juga dengan Tania yang Tak pernah mengambil tahu Hal dia bersama Joanna..

Mereka Ada kehidupan yang lepas. Masing - masing menghormati kehidupan sebelum ini..Tapi bila keadaan mereka jadi begini..Johan menyesal sebab tidak pernah membangkitkan isu itu..

Dia tidak tahu sebutir kewujudan Munshi dalam hidup Tania..hanya beberapa kerat yang pernah diceritakan Tania..Namun dia tidak memberikan tumpuan sepenuhnya..

" Munshi...suami sebelum awak...!"

" Hmmm" Johan menganggukkan kepala mengiyakan segala soalan dari Matthew..Memandangkan Matthew membantu mereka..Jadi Johan mengambil keputusan drastik untuk memaklumkan Matthew semuanya..

" Kenapa Tania bangkitkan isu Munshi selepas dia kata awak lelaki yang kejam Johan?"  Melihatkan kerjasama dari Johan. Matthew semakin bersemangat untuk mengetahui selanjutnya tentang kehidupan Tania.. Walaupun Matthew tidak tidur Semalaman, lelaki itu merasakan Hal itu berbaloi..

Berbaloi untuk mengubati Tania selepas apa yang pernah terjadi dalam hidup Tania.. Masalah lampau banyak mempengaruhi emosi Dan fizikal pesakit..Jadi Matthew perlu memahami masalah Tania sebelumnya..

" Munshi jadi suami pada Tania..... selepas kedua orang tua dia meninggal kemalangan..dia hanya berumur 16 tahun sewaktu mereka berkahwin." Johan teragak - agak pada mulanya, tapi untuk memulihkan Tania, dia tidak peduli..

" Oh...! Keluarga dia yang lain..?" Matthew menambahkan pertanyaan. " Jadi betullah Munshi suami Tania..apa yang dilalui Tania sepanjang dia berkahwin dengan lelaki itu? Mungkin emosi Tania terganggu telah lama.. Hanya satu sebab, Tania tidak lagi mampu mengawal emosinya kini."

Matthew telah tahu apa yang berlaku pada Tania.. berkahwin dalam usia yang muda, kehilangan Keluarga....satu benda yang sukar...

" Dia hanya berseorangan..hanya seorang bapa sedara." Johan terdiam.

" Kenapa Tak panggil bapa sedara dia kesini? Mungkin dapat membantu Johan." Matthew memberikan cadangan..

" Saya Tak boleh...Apa Saya nak cakapkan pada bapa sedara Tania nanti..Saya bunuh bayi itu..Itu yang awak nak Saya sampaikan..Awak lihat sendiri Matthew Macam Mana Tania benci Saya.. Dan reaksi Pak Long Tania kalau Hal itu terbongkar?" Tiba - Tiba mood Johan berubah tegang dengan cadangan dari Dr. Matthew..

" Okay...awak betul - betul pasti itu bukan Anak awak Johan?" Matthew menyukarkan soalan Dan  melihat reaksi Johan...Dari pengamatan Matthew, Johan sayangkan Tania..tapi kenapa Johan mengambil tindakan kejam dalam menyelesaikan Hal ini..

Dengan sikap Tania...Tentu sahaja Johan tahu, dengan langkah yang diambil Johan..lelaki itu àkan kehilangan Tania..

" Saya Tak mahu ambil risiko dalam hubungan kami...sebelum Budak itu membesar.. hanya itu jalan yang terbaik..Saya pernah melalui kecurangan sebelum ini Matthew...Dan Saya takkan biarkan Hal yang sama terjadi.."

" Macam Mana dengan isu awak.....Saya boleh jalankan sekali lagi ujian untuk awak Johan...kalau awak mahu betul - betul mahukan kepastian..?" Mathhew memberikan cadangan..Melihatkan sikap Tania Dan mengenali gadis itu sebelum in.. Tak mungkin Tania curang..

Mungkin Ada yang salah faham dalam situasi itu...tentang kandungan Tania, tiada apa yang boleh dilakukan lagi..Matthew telah terlewat dimaklumkan..Jadi hanya yang termampu dilakukan..menghuraikan kekusutan dalam hubungan Tania Dan Johan..

" Tak perlu..Saya telah jalankan 5 ujian tentang Hal itu...Dan keputusan masih sama!" Suara Johan lemah, dia betul - betul penat dengan Hal yang terjadi..Dia mahu melupakan semua perkara...bayi yang dikandung Tania..Dia adalah seorang yang Paling gembira jika bayi itu adalah anaknya...tapi Hal itu adalah sesuatu yang mustahil..

Bila berita itu disampaikan oleh Tania..Itu adalah satu berita Besar yang berjaya mengoncangkan dunianya..Bagaimana Hal itu boleh berlaku..semua perasaan marah dalam diri Johan bercampur..

Dia mulai membenci Tania...tapi dia tahu, semua yang terjadi bukan kesalahan dari Tania..dia mengenali Tania sebelum ini, Dan dia tahu Tania bagaimana..Jadi Johan tidak menolak, Tania telah dipaksa tanpa tersedar...Dan Johan tahu siapa yang mahu melihatkan kejatuhan dirinya..

Untuk tidak membenarkan musuhnya mendapat kemenangan...jalan itu diambil.Bayi itu tidak perlu hidup di dunia.Itu adalah langkah yang terbaik..

" Johan....tiada beza jika Kita lakukan ujian Kali ke berapa...untuk awak dapatkan jawapan?" Matthew memujuk Johan...

Kelihatan lelaki itu termenung dengan cadangan Matthew...Johan berbelah bahagi sama Ada mahu melakukan Hal itu sekali lagi atau sebaliknya.....

Bersambung........

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience