93

Romance Completed 78127

" Apa syaratnya?" Rina semakin Tak sabar..walaupun dalam hati  dia mengeluh, namun untuk perkahwinan itu mengikut Masa perancangan yang telah ditetapkan, segalanya dibiarkan..

" Johan tidak dibenarkan bertanya lanjut apa - apa soalan peribadi tentang Tania?"

" Itu jer?apa lagi?" Rina tiada masalah tentang Hal itu..perkara ifu lebih baik...

" Tempat pertemuan akan ditentukan oleh Tania sendiri, tanpa Ada bantahan dari Johan!'

" Okay...lagi?"

" Selesai urusan.. Johan kena segera pergi dari situ Dan jangan kembali...Pertemuan yang singkat lebih diharapkan"

" Hmmmmm...perkara ini berasas...lagi?"

" Selepas dari pertemuan ini, Johan tidak dibenarkan mencari Tania lagi...Jika segalanya tidak lancar seperti syarat, Tania takkan jumpa Johan..semua akan  diputuskan  selepas 7 bulan dengan Tania yang akan hubungi Johan nanti."

Jila tersenyum sambil menyambungkan lagi syarat yang diterangkan Tania semalam...
" Ini berita gembira untuk engkau Rina?" Jila  seius dalam nada suara, perkara ini telah dinasihatkan awal oleh Jila untuk Tania pilih...perkara yang terbaik untuk dia...namun Tania masih berdegil dengan keputusan..dia sanggup menunggu hingga hampir beberapa bulan...

" Kenapa kena tunggu 7 bulan, kenapa bukan sekarang?" Rina menunjukkan ketidak puasan hati..Jika Tania dah ambil keputusan untuk berpisah dengan Johan, kenapa Hal itu tidak diselesaikan sebelum ini, sebelum Rina Dan Johan berkahwin...
Hal itu lebih mudah..tanpa Ada ikatan lagi diantara Johan dan Tania..
jelas dalam fikiran Rina, Tania Seperti  Ada agenda lain...

" Soalan itu Tania dah agak engkau akan Tanya..Tania dah siapkan jawapan..Semua keputusan dari Johan tentang hubungan mereka berdua, Johan tunggu lampu hijau dari Tania...Jadi sebelum Tania beri sebarang keputusan, banyakan bersabar Rina..engkau yang pilih kahwin suami orang..Jadi nak Tak nak engkau kena  tunggu.."
Semakin puas hati Jila bila hati Rina dapat disakitkan.." Padan Muka!"

Sebab sebenarnya Jila telah jelas...sebab sebenar kenapa semuanya bersyarat...Tania mengelak dari Johan menghidu tentang kandungannya....

" Syarat terakhir, Tania Tak mahu perjumpaan dia bersama Johan diganggu dengan kehadiran orang - orang yang Tak diperlukan, termasuk bakal madu dia nanti...dia mahukan ketenangan berjumpa dengan Johan!"

" Mengarut.....Tania  ingat dia siapa?" Darah panas Rina mengelegak dengan syarat terakhir...Jika perkara itu dipersetujui, dia àkan masuk perangkap Tania..entah apa plan Tania nanti bagi mendapatkan Johan...

" Dia isteri Johan..tentulah dia layak buat keputusan Macam itu..Orang yang menyibuk yang menganggu  hidup dia, buat apa Ada bersama!"
Semakin keras ejekan Jila, Dan dia tidak peduli..

" Jila..Mana Tania?" Eeeeeeeee erghhhhhhh... Rina geram..

Tanpa mempedulikan soalan Rina, Jila mengakhirkan kata - kata dari mulutnya sebelum panggilan itu ditamatkan.." Terpulang, kalau Johan Tak setuju dengan syarat ini, Johan boleh buat pilihan lain..Tania Tak kisah jika selamanya pun dia Tak jumpa Johan lagi."
Jila hanya berdiamkan diri sambil menunggu jawapan dari Rina...

" Bagi Aku Masa Dua Hari....selepas itu Aku maklumkan keputusan Johan.." Rina memicitkan kepala, semua syarat - syarat itu tiada masalah dirasakan Rina pada Johan..namun masalah itu semua lebih memberat pada diri sendiri..Perasaan sebenar Johan masih dia tidak tahu...Jika Johan sekali lagi berubah hati bagaimana dengan dia....

Johan hanya termenung panjang bila perjumpaan pertama Kali bersama Tania selepas lama berpisah dipenuhi syarat...satu persatu telah diperkatakan oleh Rina, Dan semua membuatkan Fikiran Johan memikirkan Hal itu lebih dalam dari masalahnya melibatkan Syarikat...

Setelah syarat terakhir dibacakan, Johan dapat dengar hembusan nafas Rina memberat...setelah diteliti setiap baris ayat barulah Johan faham maksudnya...fikiran Tania Dan Johan adalah sama...Mereka berdua tidak mahu diganggu bila urusan itu dibincangkan berdua..Jalan penyelesaian àkan ditemui nanti, bila kedua - Dua pihak bertenang..

" Sediakan semua syarat - syarat itu, Saya setuju semua bahagian!" Johan hanya tersenyum manis, lagi 3 Hari dia akan menemui Tania kembali...dengan tempat akan ditentukan Tania sendiri..

" Johan awak Tak Rasa ker syarat - syarat ini bermasalah....kenapa perlu tunggu 7 bulan Baru awak dengan Tania nak berpisah...kenapa awak Tak berpisah dengan Tania sebelum Kita berkahwin?" Dengan lantang keputusan mengejutkan itu keluar dari mulut Rina...dia Tak perlu lagi pendam perasaan..dia mahukan jawapan yang pasti..

" Semua keputusan itu atas tangan Tania..Jika dia bersetuju, Saya tiada halangan!" Johan masih tersenyum manis dengan wajah yang tenang...
Salah satu sikap Rina yang membuatkan Johan merasakan keputusannya adalah tepat, untuk Rina tidak menganggu dia Dan Tania berbincang sendiri..

Jika kehadiran Rina bersama, masalah akan lebih menjadi kusut dengan Rina selalu membuat keputusan dengan tidak berfikir panjang...

" Macam Mana keputusan itu bukan terletak pada awak Johan....awak ketua Keluarga, awak Ada hak dalam Hal ini semua..Awak Ada kuasa jatuhkan talak?"

" Stop Rina! Ini hubungan antara kami berdua..awak tak boleh Masuk campur..sepatutnya awak fikirkan Hal ini lama dulu sebelum awak pilih Saya..Saya perlu selesaikan masalah Saya dengan Tania tanpa campur tangan sesiapa.."
Johan meraup wajah, dia rinsing dengan masalah Syarikat Dan kini ditambah dengan Hal peribadi...

Sepanjang 7 Bulan sendiri, Tania tidak pernah menganggunya..mereka berdua hidup secara aman..Tania kotakan janji jauh dari hidup Johan...Jadi dari syarat yang Tania tetapkan, Johan tahu Tania Tak main - main..dia hanya perlu ikut syarat Tania Dan masalah mereka berdua selesai.. dia telah nekad perpisahan hubungan antara mereka berdua hanya perlu diputuskan dari keputusan Tania..

" Johan Saya terlalu Sayangkan awak, Saya takut awak berubah hati.." air mata Rina mengalir bersama belakang tubuh Johan dipeluk dari belakang..dia sekadar memujuk hati Johan yang dingin bila perpisahan itu dibicarakan tadi..

" Selesaikan perkara ini segera Rina, dan Kita berdua àkan berkahwin dengan segera...apa yang awak takutkan lagi?" Johan dapat rasakan segala yang dilakukan Rina dan kelakuan  Rina disebabkan Rina benar - benar ikhlas sayangkan dia..Rina takutkan kehilangan dia kepada Tania...

" Johan awak takkan tinggalkan Saya lagi!" Esakan Rina semakin menjadi - jadi...Johan yang berpaling mendapatkan Rina dan didakap ditubuhnya erat..

" Shhhhhhshshhhhh...Johan memujuk Rina, setelah keadaan kembali tenang barulah Johan bersuara.." Siapkan dua dokumen yang Kita bincangkan dulu..Satu serahkan Sampul diserahkan kepada Rina..Mata Rina terbeliak dengan apa yang berada ditangannya..dia seakan tidak percaya yang Johan telah buat persediaan terlebih dahulu....

"Johan awak dah sediakan awal - awal benda ini....kenapa Saya Tak tahu!" Air mata Rina segera diseka, dengan berita gembira yang Ada ditangannya tangisan Rina terhenti..Rasa was - was tadi segera menghilang...dia mendapatkan Johan dengan wajah yang penuh kelembutan..

" Saya sediaakan semua ini dah lama...awak selalu sibuk dengan persediaan perkahwinan Kita..awak terlalu penat untuk ini jadi Saya usahakan urusan ini semua..Saya harap awak takkan  syak apa - apa lagi Rina..tentang hubungan Saya dengan Tania.."

" Johan....apa yang awak buat Hari ini, saya Tak boleh komen apa - apa..terima kasih sebab awak buat semua ini..Saya gembira..!" Air mata Rina yang riang kembali gugur bersama Rina mendapatkan pelukan dari Johan..Sampul Surat ditangannya dipegang kemas..dia akan segera menyiapkan semua dokumen untuk Johan bertemu Tania nanti..

Dengan pendedahan dari Johan, Rina tidak takut lagi...selamanya Johan akan jadi milik dia nanti..

Tania menunggu dengan sabar disebuah meja...sebuah restoran yang sesak telah dipilih.. suasana yang gelap dengan cahaya yang Samar - Samar dipilih Tania untuk dia meneruskan permainan syarat...sebolehnya dia tidak mahu Johan melihat keseluruhan tubunnya, Dan dia tidak mahu Johan mengesyaki sesuatu..

Dari awal - awal Jam 9.00 Malam, Tania telah tiba awal direstoran..dia telah berjanji jam 9.30 Malam untuk berjumpa Johan..dia tahu Sifat Johan yang satu..Johan seseorang yang menepati janji..hadir awal adalah Cara terbaik untuk Tania menyembunyikan kandungannya..Kod panjang dipakai Tania sepanjang dia menunggu..segalanya lancar bagi Tania..dia telah membuat perancangan awal..

Dari jauh Tania telah melihat satu figura gagah yang  sedang mengarah kearahnya..mata Johan tidak lepas memandang kearah Tania tajam, hingga membuatkan dada Dan Jantung Tania berdegup laju...

Sebaik Tania mengalihkan pandangan, dalam Tak sedar Tania mengambil air kosong di meja untuk dibasahkan tekak, sebelum dia hadapi Johan..Jiwanya perlu ditenangkan terlebih dahulu..

Johan masih berdiri di hadapan Tania, Dan masih memerhati...Tania menjadi kekok seketika dengan reaksi Johan...dengan tidak mengalihkan pandangan pada Johan Tania bersuara..
" Kenapa awak Tak duduk lagi?" Perlahan Tania bersuara namun cukup jelas pada pendengaran Tania..

" Kenapa pilih restoran ini?" Johan bertanyakan soalan Dan mahu tahu sebab sebenar dari Tania...tempat Dan restoran yang sama, semua yang membangkitkan kemarahan Johan..Johan masih teguh berdiri...

Bagi Tania dia Ada alasan yang tersendiri kenapa restoran itu dipilih..

" Saya yang tentukan tempat dimana Kita àkan berjumpa, Dan awak dah setuju dengan syarat Saya Johan..Saya dah bersetuju muncul kembali dalam hidup awak, jadi awak kena ikut syarat Saya!"
Dengan tenang segala yang dibicarakan Tania semua Mempunyai maksud yang tegas..dia tidak main - main..lebih cepat dia selesai dengan Johan..keberangkalian Johan mengesyaki sesuatu akan semakin berkurangan..

" Fine!" Johan Menarik kerusi Dan duduk..diletakkan atas meja Dua dokumen.Satu diletakkan di Kanan Tania Dan Satu dokumen diletakkan dikiri Tania..

Tania yang melihat hanya termenung kecil dalam hati kecilnya bertanya kenapa Dua? Johan bukan kesini disebabkan Kebenaran berpoligami, jadi kenapa perlu Dua dokumen.. nampaknya Johan Tak tunggu lama..tiba sahaja disitu, Johan tidak membuang Masa..

Melihatkan keterujaan Johan untuk mengahwini Rina membuatkan Tania sakit hati..dia dapat rasakan hatinya remuk dengan tindakan Johan, namun segalanya perlu dikawal..satu persatu perasaan dalam diri disimpan, bila semua dikumpulkan Tania nanti..dia tidak akan berpaling lagi dari keputusan..

" Dekat Mana Saya perlu tandatangan?" Tania teruskan kepada sebab utama mereka berdua berdua..

" Awak kena baca kedua - Dua syarat Baru awak buat keputusan." Bicara Johan tenang, namun dari semua yang diperkatakan membuatkan Tania Jadi pelik....dua- dua dokumen adalah  berbeza..

" Saya Tak faham, kenapa Ada Dua dokumen...bukannawak nak Saya tandatangan Kebenaran poligami?" Kening  Tania berkerut, sambil memikirkan muslihat Johan..

" Saya bagi awak Dua pilihan Tania..kalau awak setuju, Kita àkan berpisah secara baik Dan awak dapat sebahagian yang menjadi milik awak sepanjang Kita bersama, jika jumlah itu masih tidak berbaloi...awak boleh letakkan harga berapa yang awak nak..Saya akan bersetuju.."
Selepas Johan menghabiskan ayat, kedengaran Tania mengeluh panjang..

" Lagi...!" Suara Tania telah serak...dia Cuba mengawal perkara yang tidak masuk dia rasa..

" Kebenaran poligami!" Suara Johan jelas..

" Saya pilih yang ini!"dengan cepat Tania membuka satu dokumen di sebelah kanan, Setelah dibaca itu adalah berkenaan pencarian dan syarat - syarat.. Ini bermakna dokumen sebelah kiri adalah surat Kebenaran...

Belum sempat Tania membukakan Sampul, Ada tangan lain yang menghalang..Johan menghalang tindakan Tania, yang membuatkan Tania resah..jika dia dihalang dan Johan mahu pilihan pertama, segalanya àkan terbongkar...

" Awak Tak nak fikir masak - masak sebelum buat keputusan?" Johan mendapatkan Tania....Tania yang tergamam dengan tindakan Johan hanya terkaku...bila keadaan kekok, cepat Tania kembali Menarik tangannya dari disentuh..hubungan jarak diantara Johan Dan Tanja, membuatkan Tania tidak selesa..

" Saya dah buat keputusan..Ini keputusan Saya..Saya terima dimadukan!"

" Tapi kenapa? Kenapa awak Tak pilih pilihan pertama..awak àkan bebas dari diri Saya..awak boleh pilih pengganti Saya!" Johan semakin Tak faham, begitu susah dia Cuba memahami Tania...semakin lama dia Cuba faham, semakin rumit..

" Awak Tak dibenarkan bertanya Hal peribadi kepada Saya Johan..sama soalan tadi, segalanya bersyarat...jadi jangan buang Masa Saya..segera Hal ini selesai, lebih cepat Rina jadi milik awak.." dokumen telah dikeluarkan Tania dari Sampul..Setelah diteliti, Tania turunkan tandatangan tanpa berfikir lagi..

Dia cukup faham apa yang dia buat kini..dia memilih jalan yang Paling selamat untuk dia Dan Johan..

Johan yang melihat segalanya selesai dengan segera menyandarkan badan  kebelakang kerusi..Sungguh dia Tak sangka, Tania ambil keputusan sepantas ifu...

". Saya dah selesai disini jadi awak boleh pergi Johan! Tahniah!" Sempat Tania mengucapkan Tahniah dan mungkin itu adalah ucapan  yang pertama kepada Johan suaminya dan ucapan pertama sebelum Johan dan Rina berkahwin....lagi beberapa Hari Johan àkan jadi suami kepada Rina .

" Saya hantar awak balik!" Memandangkan syarat Tania tidak mahu berjumpa dengannya selepas 7 bulan, Johan rasakan mungkin ini adalah yang terakhir....

" Tak perlu...Saya akan balik sendiri..Saya perlukan ketenangan dengan apa yang jadi...awak disini Tak membantu Saya Johan...awak boleh pergi!" Tania Tak perlu fikirkan perasaan Johan, biarpun nadanya seperti menghalau ifu lebih baik...dari Johan mengesyaki sesuatu yang àkan mengeruhkan lagi keadaan mereka berdua..

Johan yang melihat perubahan Tania semakin jelas dengan sikap perubahan dari Tania.. tapi yang pelik dilihat...tubuh Tania semakin berisi..menunjukkan Tania lebih bahagia dia tiada disisi...itu andaian Johan...

" Saya tahu apa awak àkan lakukan selepas 7 Bulan Tania..Kenapa awak Tak  buat keputusan itu  sekarang...apa yang berbeza?" Johan ingin tahu...dia bukan bodoh tidak dapat membaca segala syarat Tania...tapi keputusan Tania yang tidak berubah yang Johan semakin tidak faham..7 bulan selepas perkahwinan dengan Rina..kenapa Tania menunggu selama itu...apa yang Tania sorokkan..

" Awak nak ulang sekali lagi...Saya dah setuju dengan pilihan awak Johan..awak nak bahagia tanpa Saya...Saya dah tandatangan macam yang awak nak..Saya dah jumpa awak disini..apa lagi awak nak?  Awak nak tahu sebab apa Saya simpan awak lagi....Tak perlu Hal itu diperjelaskan, satu Hari nanti awak akan faham..."

" Faham bahagian yang Mana satu?" Johan Tak mahu mengalah...

" Awak benci saya Johan...Dan Saya masih Sayangkan awak...part ini yang awak kena faham.."

"Selepas 7 bulan? Apa yang beza?" Johan masih menunggu..jawapan Tania tadi tidak masuk akal pada fikiran Johan..Jika Tania sayangkan dia, Tania takkan curang..

" Saya akan kawal perasaan Saya Dan perasaan sayang pada awak... dalam tempoh 7 bulan ini, selepas awak jadi milik Rina, Saya akan buang semua kenangan Kita berdua, perasaan saya...satu persatu..hingga tiada lagi kenangan Kita berdua yang tinggal...waktu tu Johan, saya akan Cari awak sekali lagi, untuk tamatkan semuanya...

Johan yang mendengar tergamam dan kaku.... Tamat...segalanya akan Tamat dengan Tania...hubungan mereka berdua akan Tamat Dan tidak akan kembali lagi...sebelum ini Johan yang ingin Tania pergi jauh dari hidupnya.. selamanya..tapi Tania membantah tindakannya..

Namun bila Tania menyuarakan tindakan yang àkan diambil selepas dia dan Rina bernikah selepas 7 bulan... Kenapa perasaan Johan tidak menentu, dia tidak dapat rasakan perasaan yang sama waktu dia halau Tania dulu...kini perasaan Johan berbelah bahagi....

" Tan....Tania...." Suara Johan bergetar...

Tania yang memandang kearah Johan menahan perasaan...Johan masih lagi lelaki yang dicintai di dalam hati...begitu dia menjauh dari Johan..masih Johan yang tetap dia rindui sepanjang Hari...

Namun semua yang dilakukan untuk kebaikan Johan...walaupun Cinta Tania teguh, tapi dia tidak dapat melawan takdir..

Susuk tubuh Johan yang semakin tegap membuatkan Tania mendapat jawapan..Lelaki itu telah menemui bahagia sendiri.. dan dia tidak akan menyekat kebahagian yang hadir dalam hidup Johan..

" Johan Kita Tak Ada apa - apa lagi untuk dibincangkan...apa kata kalau Kita berpisah disini.." dengan tenang Tania memberikan pandangan kearah lain..dia masih kekal disitu menunggu Johan untuk berlalu terlebih dahulu..dia tidak mahu Johan mengesyaki sesuatu dan melihat tepat ketubuhnya...dengan jayanya Tania menutup segala peluang dari kandungan dia terlihat di Maya Johan...

" Saya àkan pergi!" Johan kematian akal, tiada lagi yang perlu dia bincangkan bersama Tania..semuanya telah diberikan jawapan...dia mencari - cari topik yang Baru untuk lebih lama bersama Tania...
Namun melihatkan ketidakselesaan Tania disitu, Johan mengundurkan diri...

" Ada apa engkau panggil Aku Malam - Malam ini? Johan engkau okay?" Matthew tergamam, mendengarkan dengusan nafas  Johan yang kuat membuatkan Matthew risau..

Jika berkeadaan begitu...Samaada Johan diganggu dengan bayangan atau Johan Baru tersedar dari pengsan...Senyap sunyi keadaan Johan lebih mengusarkan Matthew...
" Apa yang terjadi Johan? Beritahu aku engkau dekat Mana?" Matthew mengelabah, jika dia boleh keluar dari telefon Dan berada disisi Johan, dia àkan lakukan perkara yang sama...
" Johan...!" Sekali lagi Matthew menjerit..bila kedengaran pernafasan berat Johan kembali, Matthew sedikit lega.

" Johan..!

" Hmmmm...sahutan dari Johan, namun bunyi pernafasan tetap sama..

" Apa yang jadi?"Matthew Cuba faham situasi yang terjadi...

" Matthew berapa lama engkau kenal Tania?"

" Tania?" Kenapa dengan Tania..? Matthew  terkedu bila nama itu disebut..

" Kamu berdua pasangan bercinta..saya tahu semua itu Matthew..."

Mendengarkan Johan mengarut, Matthew spontan tergelak.." engkau merepek apa Johan, soalan apa engkau bagi ini? Kalau Aku cintakan Tania, Aku dah bawa Dan hidup dengan Tania jauh dari sini? Bukan terperap disini di sisi engkau.." biarpun Johan Tak nampak, dia turut mengelengkan kepala..

"Betul engkau Tak buat semua itu?"

" Aku buat apa?" Matthew semakin pelik dengan sikap Johan.. beberapa bulan ini sikap Johan berubah..dia sendiri jarang berjumpa Tania Dan Johan...semenjak Johan Dan Tania kembali bersama, jarang Matthew hadir, untuk menemui mereka berdua..

" Aku àkan berkahwin dengan Rina.." Johan berterus terang..Dia telah dimaklumkan tentang kepulangan Mathhew kesini Dan dia tidak mahu menganggu..Urusan Datuk bersama Mathhew juga penting..entah apa yang mereka berdua bincangkan hingga Mathhew mengambil Masa 5 Bulan jauh dari Johan..

" Kahwin? Bila? Habis itu Tania?" Matthew mengelabah..dia telah rancangkan sesuatu dengan Datuk Jonathan...Melihatkan kesihatan Johan yang semakin pulih Dan kuat, dia dapat rasakan telah tiba masanya segala tentang Johan dibongkarkan..

Namun yang Matthew Tak sangka, Johan ambil keputusan  jalan yang  drastik seperti  ini...Dan Tania! Kenapa Tak maklumkan pada dia?"

" Lagi tiga Hari!"

Matthew tergamam, telefon yang berada ditangan hampir terlepas...Johan Dan Rina àkan berkahwin lagi 3 Hari...???? Baru sekarang Johan nak maklumkan dia?"

Bersambung....???

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience