75

Romance Completed 78127

Johan memandang ke siling putih diatas kepala..sejak dari tadi, Tania hanya membisu seribu Bahasa..dia tahu Ada sesuatu yang tidak kena...
bila berada disitu mereka bagaikan orang asing, dengan setiap seorang membuat Hal sendiri..

Bila telah melebihi setengah jam...
situasi mereka berdua masih sunyi..
Semua perkara diantara dia Dan Tania,  yang membuatkan Johan Naik angin..

" Awak nak Saya jelaskan pada Hal tadi?" Johan tahu kenapa Tania berdiam...tapi Tak perlu tunjukkan sangat sikap keras Tania pada dia dalam semua Hal melibatkan mereka..

" Tak perlu?" Suara Tania akhirnya kedengaran..

" Jadi kenapa awak masih berdiam? Kita dah selamat apa yang awak nak lagi?"

Senang Johan cakap..
" Selamat?" Sinis senyuman Tania. " Perkara pertama yang awak buat tadi , awak berpelukan!'
Perkataan " pelukan" itu Tania tekankan untuk Johan faham  maskud disebalik perbuatan itu..berpelukan di depan Mata dia..Isteri Mana Tak sakit hati..

" Awak nampak Saya balas pelukan itu?"
Semakin angin Johan dengan sikap kebudak - budakan Tania..

" Tapi awak Tak halang?"suasana tegang semakin dirasa.

" Jadi awak nak buat apa? Terangkan semua pasal Saya dengan awak pada Rina di situ..? Awak pun tahu berapa ramai tadi, dari isu selamatkan Kita sebagai mangsa..awak nak saya bangkitkan pasal hubungan Kita berdua pada satu dunia.. untuk apa?"

" Rina jangan peluk Saya..Tania isteri Saya? Macam itu?' jari Johan bebas ke atas udara menunjukkan aksi..

" Yah..! Kalau awak berani?" Tania Tak mahu mengalah, sakit hati dengan kejadian tadi lebih terasa dihati..
Dia bukan serius sangat pasal Hal tadi, tapi sikap Johan yang lepas tangan buatkan hati Tania sakit berkali - Kali..

Layanan Rina tadi melebihi layanan Tania sebagai isteri..Mana hati dia Tak sakit..
Dia sebagai isteri Johan pun Tak menunjuk di depan orang ramai..
Tapi Rina...

" Awak kena faham situasi tadi...dengan Rina..

" Lupakan Johan!" Tania baringkan Badan Dan seluruh kepala ditutup dengan selimut untuk perbualan tidak dilanjutkan bersama Johan.... Dia perlu mencari ketenangan dalam diri..

Matthew melangkah Masuk ke dalam pintu kecemasan..seperti jangkaan tiada sesiapa di situ..satu ruangan kosong terletak ditengah - tengah, sama seperti  lokasi dia pernah bekerja dulu..di laluan hadapan terdapat sebuah pintu..ruang menunggu untuk pesakit yang akan diperiksa untuk rawatan selanjutnya ataupun dibedah..

Hospital disini sedikit Besar pada pandangan Matthew, namun tidak sebesar hospital dimana  dia bekerja Dan merupakan tempat dia pertama bertugas.

Selepas laluan ditempuhi Matthew menemui sebuah kaunter...disana Doktor bedah sedang menyemak sesuatu di skrin hospital..dan Matthew melangkah kesana..

" Saya mahu tahu dimana pesakit Johan bin Johari berada..Boleh awak tolong semakkan dia dibilik Mana?" Matthew tenang berinteraksi sebagai Doktor..Dulu dia juga pernah bekerja di dunia itu Dan dia tahu situasi pemikiran Doktor yang Baru lepas melakukan pembedahan..

Tanpa bantahan sesuatu ditaipkan di komputer dan tanpa senyuman, jawapan diberikan..
" Room 4!"

Matthew dapat agak bekerja didalam bidang itu dipenuhi dengan tekanan..Jadi untuk tidak lebih banyak masalah di kepala..lebih baik perkara itu diselesaikan segera..Itu yang bermain di fikiran Doktor tadi..bertugas sebagai seorang Doktor bukan mudah..

" Thanks!" Dengan langkah tenang Matthew berjalan kearah yang dimaksudkan..Matthew mengorak langkah ke hadapan..

" Hei, lorong sebelah Kanan!" Doktor di kaunter memberikan tunjuk arah kepada Matthew untuk tidak tersesat..

" Thanks,"  tanpa berpaling Matthew hanya melambaikan tangan kearah bantuan yang diberikan..

Kelihatan di laluan Kanan Matthew melihat kearah kanan Dan kiri yang terdapat bilik..Kiraan Mata Matthew, Room 1, Room 2 Dan bila dia melangkah kearah Room 3 laluan bilik yang sama dengan Room 4, tapi kenapa diluar bilik terdapat ramai pekerja, Dan mereka menunggu di luar..

" Excuse me!" Matthew mendapatkan seseorang..

" Doktor?"

" Yes, Dr. Matthew. Kenapa ramai di luar sini. Apa yang berlaku dalam bilik itu?"

" Maksud Dr. Room 4?"

" Exactly? Apa yang jadi?"

" Pesakit halau kami, kedua - Dua mangsa bertengkar, jadi kami tunggu keadaan reda terlebih dahulu!"

" Yang Mana satu halau semua orang dekat sini..Lelaki atau perempuan?" Matthew Cuba memahami situasi..

" Lelaki! Baran dia susah dikawal!"

" Ada idea lain untuk cepat selesaikan kes ini? Kenapa Tak bagi sedatif?" Orang didepan wajahnya ditenung..

" Doktor sebelum ini yang tercucuk ubat itu..Jadi kami Tak berani..Doktor lain sibuk dengan pembedahan pesakit lain!" Situasi sebenar diterangi Petugas.

" Doktor lain?"

" Kami kekurangan Doktor bila Malam. Hanya beberapa Doktor dibenarkan bertugas...takkan Doktor Matthew Tak tahu pasal ini?"

" Saya Baru bertugas!" Cepat Matthew menciptakan alasan..
Matthew melangkah ke depan..namun dihalang oleh kakitangan tadi..

" Doktor nak pergi Mana?"

" Selesaikan kes disini? Awak Ada pilihan lain?"

Memandangkan Matthew juga adalah seorang Doktor.. mereka semua melepaskan Matthew untuk Masuk kedalam..

Plak!
Mata Johan kearah Pintu bila dilihat pintu dibuka dari luar....

" Miss me?" Suara Matthew yang membuatkan Johan kembali Tersenyum kecil.."

" Lambat Matthew!" Mendalam maksud Johan, namun dia tahu Matthew faham..

" Yup! Tapi engkau masih selamat Johan bersama  Tania...?" Mata Matthew melihat kearah Tubuh yang telah diselimut sepenuhnya.." dia Tak apa - apa?" Matthew membuatkan isyarat kepada Johan dengan Bahasa isyarat..

" Dia Tak apa - apa!" Jawapan Johan yang acuh Tak acuh buatkan Matthew semakin tertanya - Tanya..sesuatu telah terjadi..? Huh..Matthew mengeluh, Tak sepatutnya ini yang berlaku..

" Apa berlaku?" Mathew masih tidak sedap hati..

" Wife..Tania!" Johan tidak mahu berahsia bersama Matthew..

" Dia dah mengaku?" Matthew terkejut dengan apa yang berlaku..Sekurang - kurangnya dari kejadian yang berlaku, masih Ada suatu berita yang baik..

Tania tidak tahan duduk dibawah selimut lagi..segala perbualan Mathhew Dan Johan dia Dengar..

" Matthew awak jangan percaya Johan, perkara ini belum lagi selesai, dia belum ingat Saya?" Tania renung Johan tajam..

" Awak nak Saya selesaikan Hal ini dengan Rina Malam ini. Matthew panggil Rina kesini?" Johan menjeling Tania dengan tajam dalam Masa yang sama memandang kearah Matthew..

" Bukan itu maskud Saya Johan, awak memang Tak faham!"

" Wait..wait..wait...benda apa yang Saya Tak faham tentang kamu berdua? Rina, Johan ... Tania? Apa yang awak nak jelaskan Johan?" Matthew Tak faham..

" Putuskan hubungan dengan Rina!" Lancar Dan jelas suara Johan tanpa disedari Ada seseorang yang telah menunggu di pintu.. dia melihat, Dan mendengar dengan jelas semua perbualan..

" Kenapa awak nak putuskan hubungan ini.Kita àkan bertunang lagi Seminggu?" Rina meluru kerah Johan..

Tania telah pucat tidak bergerak di atas katil Dan menyaksikan segalanya..dia sungguh Tak sangka..

" Rina?" Bicara Tania perlahan...

Dia Tak Rina disitu Dan sebanyak Mana Rina mendengar bicara Johan tadi.. ..Tania seboleh - bolehnya mahu mengelak perkara itu terjadi didini..
.dia masih memikirkan Cara terbaik untuk maklumkan kepada Rina..

" Rina....engkau balik dulu! Tania memujuk dengan lembut...

" Engkau diam! Ini antara aku dengan Johan?"
Suara Rina keras...hubungan dia dengan Johan tidak perlu Ada campur tangan dari sesiapa..

Matthew masih keras dengan berdiri ditengah - tengah..dalam situasi itu dia serba salah..

" Apa yang jadi kenapa awak nak putuskan perhubungan kita?" Rina cuba mengawal perasaan yang berkeceramuk dalam hati...perasaan Cuba ditenangkan, namun masih Ada sesuatu yang terbuku kuat dalam hati..

" Itu lebih baik buat Kita..awak jangan tanyakan sebab apa!" Peluang telah berada di depan Mata..Jadi Johan perlu gunakan peluang itu sebaik - baiknya..Didepan Tania sendiri dan disaksikan oleh Matthew.
Ini peluang keemasan bagi Johan..

" Semua sebab Tania? Apa yang awak berdua buat dekat sana, sampai awak putuskan hubungan Kita Johan?"Kemarahan Rina semakin menggila..

" Semua yang awak fikirkan Rina..Saya harap awak faham maksud Saya!" Johan tidak membantah, keputusan itu lebih mudah..

" Awak dah tahu siapa dia Dan awak pilih dia dari Saya? Johan!"
Pandangan Mata Rina terarah kepada Tania, tangan Cuba dinaikkan kepada Tania, namun satu suara mematikan tindakan Rina..

' Saya yang pilih dia Dan dia Tak Ada kena mengena dalam Hal ini! Saya pilih dia dari awak Rina..Jadi awak boleh pergi!"
Wajah Johan tidak lagi memandang kearah Rina.

Tangan Rina dijatuhkan ke bawah....

" Rina, semua ini salah faham..berikan Tania Masa jelaskan semua perkara ini.." Tania cuba memujuk, Tania juga turut terkesan dengan apa yang dilalui oleh Rina..

Dia masih buntu memikirkan Cara terbaik bagi selesaikan masalah mereka bertiga..

" Bitch!"
Rina berlalu keluar tanpa menunggu penjelasan dari Tania.. Dia terasa seperti dipermainkan Dan dibodohkan tadi..

Rina amat sakit hati Dan menyalahkan semuanya kepada Tania dengan segala apa yang terjadi....

" Masalah dah selesai!" Johan masih bertenang seperti biasa, namun Tania dia masih belum menerima apa yang benar - benar berlaku di  Mata dia..

Johan terlalu mudah mengambil keputusan.. perasaan Rina, Johan Tak fikir!

" Johan . Nampaknya Kali ini engkau kejam!" Matthew memberikan Komen sambil melihat kearah Tania yang masih bersedih..
Dia jelas dengan segala apa yang berlaku..

" Semua permulaan perlukan kisah tamat yang sesuai!" Johan anggap apa yang terjadi lebih mudah, tanpa dia perlu menghadapi isu itu berhari - hari..

Dua Hari telah berlalu..

Tania Dan Johan telah dipindahkan ke wad persendirian..Tania masih belum membuat keputusan, bagaimana dia perlu hubungi Rina bagi menjelaskan segala masalah yang berlaku..

Rina telah tidak kelihatan disamping Tania Dan Johan...tiada yang diharapkan oleh Tania..dia hanya harap kemaafan Rina kepadanya, bila perkara yang berlaku dalam hubungan mereka berdua diperjelaskan...

Dia bukan bermaksud mainkan perasaan Rina dengan menyembunyikan hubungan sebenar dia bersama Johan....tapi dia Mempunyai sebab sendiri kenapa rahsia hubungan dia Dan Johan disembunyikan Tania sebelum ini..

" Mana Tania? awak carikan dia untuk Saya..Saya takkan makan selagi dia Tak muncul disini!" Johan memberontak kepada baju putih yang membawa ubat bersama makanan di dalam dulang..

" Encik Johan, bukan kami Tak usaha untuk Cik Tania datang sini..Tapi dia yang Tak mahu jumpa dengan Encik Johan..Cik Tania Ada pesan urusan Encik Johan bukan urusan dia!" Jururawat menjalankan tugas, seperti permintaan Johan sebelum ini, semua dimakbulkan..tapi bila melibatkan manusia, cukup payah mereka nak handle..disebabkan manusia pandai membantah, memberontak Dan menunjukkan segala emosi..

Jika salah percaturan mereka Pula akan disaman..Itu hubungan Dan pertalian yang  manusia tidak dapat elak..Paksaan Dan kerelaan itu lumrah..

" Awak Tak boleh paksa dia datang sini?" Johan masih tidak berpuas hati dengan alasan jururawat berikan kepadanya..

" Kalau Cik Tania saman Saya, peguam Cik Johan nak Bela Saya?" Kali ini mulut Jururawat Tak diamkan  bila Hal  itu melibatkan Masa depan kerjayanya..

" Awak beri alasan yang logik untuk dia kesini..Katakan Saya nak mati!" Fikiran Johan Dan serabut bila Dua Hari Tania tidak melawatnya..bertanya Khabar pun susah sekali...Takkan pasal Rina, Tania buat dia sampai macam itu..

" Encik Johan ingat Cik Tania tu Budak kecik? Dia dah Besar panjang.Apa kata Encik Johan makan ubat Dan makanan, pulihkan diri, keluar dari sini Dan selesaikan urusan Encik Johan Dan Cik Tania tanpa libatkan Saya Dan rakan - rakan Saya!" Jururawat memberikan nasihat kepada Johan..

" Saya bayar gaji awak tinggi untuk Jaga Saya dekat sini! Jadi apa yang Saya cakap awak kena ikut!" Johan berbalik kepada kekebalan dirinya disitu..

" Iyelah ..iyelah...tapi Saya Tak janji!" Jururawat keluar dalam seribu persoalan dihati..Macam Mana dia nak pujuk  Cik Tania untuk lawat Johan disitu..

Pap! Pap! Pap!
Seseorang memeluk tangan dengan kuat di dalam bilik Johan.. Pandangan Mata Johan terarah kepada tubuh seseorang yang Setia menunggunya disitu sepanjang Malam..

" Tak membantu Matthew!" Sekilas jelingan Johan bersama wajah yang dibengiskan...Dia Berharap Tania akan segera muncul di pintu..dia terlalu rindukan Tania sepanjang Dua Hari ini..

" Apa jadi dengan engkau Dan Tania di Sana? Tania mengaku Dan kisah seterusnya?" Telah Dua Hari Matthew menunggu Johan untuk bukakan mulut bercerita,. Tapi nampaknya dalam Dua Hari itu semua masih Samar - Samar..

Tania tidak melawat Johan, begitu juga Johan.Masing - masing masih menyembunyikan ego di dalam hati.. masih berdegil Dan keras kepala..itu pendapat Matthew..

" Apa yang engkau nak tahu!" Hubungan Johan Dan Matthew erat, lebih kepada Sahabat, sedangkan Matthew Doktor peribadi yang merawatnya sebelum ini..

" Macam Mana Tania mengaku? dari penjelasan sebelum ini, nampaknya memori tentang Tania masih belum kembali? Macam Mana engkau boleh syak itu, Tania?" Persoalan yang kuat membelenggu Matthew sejak pengakuan Johan untuk buang  Rina Dan pilih Tania..
Pada mulanya dia sangkakan Johan dah hilang kewarasan, tapi bila perkataan isteri disebut...semakin Matthew Tak percaya..

Lebih mengejutkan Matthew..Johan dah tahu siapa Tania disisinya..walaupun Matthew gembira tapi kejadian itu dirasakan pelik!

" Kenapa rahsiakan pasal Tania sebelum ini. Dia disini Dan kami berdua bekerja di satu Syarikat. Lebih terukkan  lagi keadaan Matthew, satu pun pasal dia awak Tak dedahkan?" Johan tajam merenung kearah Matthew sambil menunggu penjelasan.

" Saya Ada sebab tentang hal itu..Dan Saya Tak Rasa Saya perlu berikan penjelasan.Semua Saya buat, semua untuk kebaikan awak Johan..Ingatan tentang Tania awak perlu Cari sendiri dalam diri awak! Selama Saya disisi awak, Saya perlukan Kepercayaan awak Johan..Untuk kebaikan awak sendiri!"

Penjelasan Matthew dirasakan Johan tidak membantu.." Saya harap alasan itu logik!" Johan tidak mahu meragui Matthew, tapi dia mahu tahu sebab sebenar..tapi melihat jawapan Matthew dia tentu, dia perlu Menunggu..

" Semestinya...Jadi Johan macam Mana awak tahu pasal Tania? Apa lagi yang awak tahu?"

" Munshi! dia yang dedahkan pasal Tania!"

" Munshi? Sekali lagi nama lelaki yang tidak dikenali disebut oleh Matthew.
"Mana engkau jumpa dia Johan, Macam Mana dia kenal engkau dengan Tania?"

" Tak tahu...tiada ingatan tentang dia. Tapi dari Cara dia, dia macam kenalan Tania!"

" Apa dia cakap Masa kamu berdua berjumpa?" Matthew mahu mengetahui siapa Munshi yang dimaksudkan oleh Johan..

" Awak ingat lagi Majlis M Holding? Tanpa menunggu jawapan dari Matthew, Johan meneruskan bicara..." lelaki itu tunjukkan kemarahan dia tanpa sebab bila peneman itu bukan Tania..Dan dia dedahkan yang isteri Johan adalah Tania!"

" Macam Mana awak fikir reaksi Saya Malam itu Matthew? sekali lagi awak rahsiakan, dan Saya Tak dapat bayangkan orang yang rapat di tepi Saya, Paling Saya percaya selepas Saya hilang ingatan...tidak dedahkan hal yang sebenar? Dan Tania, dia bijak sembunyikan semua perkara tentang hubungan kami, walaupun dia berada disisi Saya selama ini..

Walaupun  perkenalan di Syarikat  masih baru, tapi dia tetap tidak mengaku? Jadi Matthew..apa yang pernah terjadi dalam hubungan kami dulu?"
Kening Johan berkerut untuk memberikan peluang Matthew berterus terang...

" perkara ini awak dah tahu lama....Apa yang awak nak dari Tania Johan, awak bukannya.......

" Plak!" Pintu dibukakan dari luar.. Mulut Matthew terkunci....perbualan Johan dan Matthew terganggu.....

muncul Tania..

Wajah Johan yang tadi serius telah berubah riak...." Akhirnya awak sampai kesini?" Pandangan Mata Johan beralih kepada Tania..

" Nampaknya awak belum mati? Apa awak nak?" Tania menjeling kearah Johan dalam Masa tidak sedar dengan kehadiran Matthew di situ..

" Ouchh! Hurt me...suapkan saya makan! Awak kena Bantu Saya?" Johan berpeluk tubuh untuk menunjukkan tangannya tidak mampu melakukan kerja itu..

" Huh! Sebab itu ajer awak panggil Saya kesini..sepanjang Dua Hari ini awak makan dengan apa! Elok jer belum mat...

" Ehemmm!seseorang dibelakang membuatkan Tania tersedar...
" Matthew? Maaf Saya Tak sedar awak Ada dekat sini?"
Serta merta perasaan bersalah bersarang dalam diri Tania..dia ingatkan dia hanya berdua dengan Johan..jadi dia sengaja untuk sakitkan hati Johan..Tak sangka Johan Ada tetamu..

" Tak apa, nampaknya hubungan  awak dengan Johan tidak seburuk sebelum ini.." Matthew tersenyum..

" Matthew tolong tinggalkan Saya dengan Tania..kami Ada urusan penting!" Johan memberikan isyarat Mata kearah Matthew..

" Tak perlu Matthew..awak uruskan urusan awak dengan Johan dulu..Saya kembali ke wad Saya!" Tania menghalang..

" Siapa àkan suapkan Saya nanti kalau awak tiada disini Tania?" Tengkingan Johan semakin kuat bila Tania buat keputusan membelakangkan dia..

" Cukup, awak berdua Tak perlu bergaduh..saya yang akan  keluar dari sini, Tania awak layan Johan, dia hilang ingatan Dan sekarang dia hilang upaya." Matthew ketawa bersama melangkah kearah Johan sebelum beredar..

" Saya jumpa lagi awak berdua esok!" Matthew masih ketawa melihat Mata Johan tajam kearahnya

" Tak guna!" Johan merampus bila Matthew kata dia hilang upaya...dia tahu Matthew hanya bergurau, tapi bila di depan Tania dia hanya menunjukkan aksi..

" Dah habis kelakuan kebudak - budakkan awak tu? Kenapa Cari Saya?" Tania duduk dibangku dihadapan Johan..Wajah tidak senang dengan Johan, jelas..

" Awak isteri Saya..jadi tugas awak sepatutnya  disisi Saya?" Ego Johan masih belum menurun....

" Johan..Kita berdua mangsa Dan di sini Kita pesakit,? Suka - Suka hati awak sahaja nak arahkan pekerja disini ikut arahan awak?Kita bukan melancong..

" Kenapa awak Tak datang sini lawat Saya..Saya tunggu awak Dua Hari Tania?Sekali pun awak Tak jenguk Saya. Kenapa?"

" Saya Ada masalah, jadi Saya nak tenangkan dulu perasaan Saya!"

" Apa yang awak fikir..Rina? Itu yang ganggu awak. Semua perkara dah selesai, apa awak fikirkan lagi?"

" Tolong faham Saya! Saya Tak minta banyak Johan.....lagipun awak dah bagi tempoh Seminggu...awak yang pelupa!"

Johan hanya terdiam.....dia sedar dengan tempoh Masa yang dia berikan pada Tania untuk selesaikan masalah dia bersama rakannya....
" Okay, saya takkan Tanya lagi pasal masalah apa yang awak fikir, tapi setiap Kali waktu makan, awak kena Ada disini! Semua yang jadi sebab awak Tania..awak jangan lupa!"

" Hmmm!.biarpun berat bagi Tania, namun dia terpaksa akur..permintaan dia, Johan  telah terima, jadi tiada alasan untuk  permintaan Johan tidak dapat  dipenuhi ..

" Apa tunggu lagi..cepatlah suapkan Saya?" Johan berwajah ceria dengan permintaan dari diri dia dipersetujui oleh Tania tanpa bantahan..

" Mana satu awak nak makan dulu..Nasi atau roti?" Tania bertanyakan kepada Johan  pilihan makanan yang akan dipilih..

" Roti dan Kopi!" Pilihan telah dibuat Johan..

" Okay ! Tanpa berlengah roti diambil Tania Dan disuapkan dimulut Johan..

" Mari kesini dekat dengan Saya!" Ruangan katil disebelah Kanan dikosongkan Johan untuk Tania bergerak disebelahnya..

" Johan Saya Tak main - main..Saya kesini untuk suapkan makanan bukan nak main - main disini dengan awak!" Tania menjeling dalam bentuk amaran..

" Saya nak mudahkan awak suapkan Saya!"

" Saya selesa disini!" Tania tetap membantah tapi suapan Roti pada Johan diteruskan..penat melayan..

" Saya cuma nak awak baring disini sebelah Saya..awak Tak rindukan Saya!"

Mata Johan ditenung dalam oleh Tania..Begitu mudah Johan buat keputusan putuskan hubungan dengan Rina, bila dia kembali..
Bagaimana sekiranya Johan pulih ingatan Dan dia ingat kembali semua yang terjadi, antara mereka....
Sesuatu bermain di fikiran Tania..
Apakah dia akan menerima nasib yang sama nanti..

Perlahan - lahan langkah Tania diatur.. tubuh Tania  dimasukkan ke dalam selimut bersama pelukan Johan..Dia mahu menikmati setiap saat bersama Johan, sebelum perkara itu diputuskan nanti..

" Jila!".....suara Rina sayu bila dilihat Jila telah berada di depan matanya..

raungan kesedihan Rina buatkan Jila turut bersedih.." apa dah jadi dengan Rina?" Pelukan Jila dikemaskan untuk membantu

Bila tangisan semakin tidak menunjukkan reda, Jila tiada pilihan, untuk membantu dia perlu mengetahui punca..
" Engkau dah kenapa ini Rina?"

" Tania!" Raungan Rina semakin kuat bersama jujuran air Mata yang menitis..

Jila Hanya kerutkan dahi! Sesuatu yang dirisaukan takut terjadi..
" Apa yang jadi pada Tania? Mana Tania?" Jila yang Tak tahu apa - apa menunjukkan kerisauannya dengan bicara Rina..

Dia percaya  sesuatu yang buruk telah berlaku pada Tania hinggakan Rina sedih sampai begitu sekali..

Bersambung......???

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience