78

Romance Completed 78127

" This! Awak tahu pasal Johari? atau awak yang rancang semua ini?"

" Awak cakap apa? Saya Tak faham!" Tubuh Johari melihat kearah sesuatu yang diletakkan kasar sebentar tadi oleh Aminah..dia tahu apa yang dimaksudkan tapi dia masih menyembunyikan emosi sebenar..

Aminah yang memandang kelakuan Johari..semakin tertanya - Tanya apa yang jadi..

" Johan Dan Tania..mereka sesat? Ya Allah.S.W.T...nasib Naik mereka berdua selamat!"

" Alhamdulillah".....
Johari mengucap panjang, sesuatu yang dia Tak boleh diterima oleh dirinya...dia tahu pasal Johan, tapi dia Tak sangka Dan tidak tahu  tentang perkara buruk yang menimpa Johan Dan menantunya..

Dia sedang sibuk menguruskan projek Baru jadi dunia luar dia Tak ambil tahu terlebih dahulu..dia hanya fokus pada pekerjaaan yang diusahakannya sekarang..tapi yang membuatkan Johari keliru, kenapa Jonathan Tak maklumkan hal penting yang terjadi kepada Johan kepadanya sendiri..

" Saya dah agak..Ini mesti kerja lelaki tua, terkutuk tu...Tak habis - habis ganggu hidup Kita!" Aminah menyumpah dalam Masa yang sama, Johari tercegat memandang kearahnya tajam..

" Tua terkutuk? Awak kata Jonathan Tua terkutuk..! Awak sedar Tak Aminah lelaki tua tu siapa pada awak? Kalau dia Tak Ada , awak takkan wujud dekat dunia ini..Satu lagi semua perbuatan awak yang teruk dulu...dia Tak pernah ambil tindakan...Awak nak tahu sebab apa?"

" Awak Tak perlu beritahu Johari! Ya Saya tahu dia sayangkan Saya, tapi soal hati...Saya benci dia sampai mati!" Aminah mengengam tangan menunjukkan dia geram..

" Kenapa? Mata Johari Tajam..Kenapa awak benci Jonathan Dan Johan?" Kemarahan Johari semakin tidak dapat dikawal....

" Dia yang pisahkan saya dengan Mommy dulu! Dia punca Saya dengan Mommy Tak dapat bersama...dia kejam, dia mahu Saya jadi seperti dia....Dia Tak layak dipanggil Ayah...hidup Saya musnah sebab dia!" Air Mata Aminah gugur namun wajah Dan reaksi muka masih tenang...

" Awak cakap apa Aminah..Apa Jonathan buat dekat awak dulu?"

" Saya benci dia Johari...
Saya bencikan dia sebab Saya dengan Mommy berpisah...
Hidup Saya merana....
Musnah...!
Dia mahu Saya kuat...tapi sebenarnya Saya lemah...Saya cuma Budak kecil waktu tu....tapi dia buat saya jadi dewasa..
Pengalaman yang Saya dapat dari dia Johari...hanya benci..

" Maksud awak?"

Aminah terdiam buat seketika, wajah ditunduk menghadap lantai...sudah sampai masanya dia ceritakan semua yang berlaku, kenapa dirinya berubah..
mengapa dia sedegil itu...
Dan kenapa dia bencikan Jonathan sepanjang hidupnya....

" Waktu tu saya cuma berusia 6 tahun...sama seperti Budak - Budak yang lain, saya ceria bersama rakan Jiran...Dan kami bermain tanpa fikirkan masalah yang belengu hidup kami.." air Mata Aminah diseka, sambil memandang Johari dia teruskan apa yang terbuku dalam hati dia lama dulu...

" Saya ingat lagi Hari itu...Saya bersiap untuk ke Sekolah tadika...Rambut didandan dua, Mommy ikatkan dandan Ponny Tail untuk rambut Saya...Saya masih ingatkan senyuman Mommy Dan pelukan Mommy...haruman Badan Mommy, wangi macam wangian bunga Lily...
Pakian Saya warna kuning waktu itu...kuning cair ..Dan berkasut sarung putih......

Arghhhhhh! Tiba - tiba Aminah menjerit...suasana tegang yang membuatkan Johari terkejut dengan perubahan emosi Aminah..." Kenapa?"

" Saya bencikan Jonathan...dia hantar Saya pagi itu ke tadika..bukan Mommy. Pagi itu dia Ada Masa lapang untuk hantar Saya...awak nak tahu apa yang Jonathan buat?"

" Apa dia?" Perasaan Johari semakin berdebar - debar...

" Dia cuma hantar Saya di pintu pagar Sekolah Saya Johari, bukan seperti kebiasan ibu bapa yang lain...Dia hantar Saya di situ Dan dia sibuk dengan menjawab panggilan...Tak sempat Saya nak cakapkan sesuatu...tubuh Saya dibawa pergi oleh orang lelaki asing...lebih sakitkan hati Saya Johari, Jonathan Tak palingkan wajah dia untuk lihat Saya dibawa pergi disitu....jarak saya dengan Jonathan cuma 1 meter...

Awak boleh bayangkan perasaan Saya macam mana? Seseorang bawa Saya pergi dalam keadaan terpaksa..saya cuma harapkan dia untuk  berpaling, lihat apa yang jadi....saya anak dia Johari, anak tunggal dia..tapi dia Tak peduli...Saya bencikan Jonathan!" Beberapa Kali perkataan itu diulang...

"Awak diculik?" Pertama Kali Johari tahu kisah hidup Aminah...dia Tak sangka Aminah menanggung nasib yang menderita di zaman kecilnya..

" Ifu cuma permulaan hidup Saya...selepas itu, cerita semakin Menarik....lebih banyak perkara terjadi dalam hidup Saya, Makin bertambah kebencian Saya pada dia!"

" Apa penculik mahu?"

" Duit...lelaki yang menculik Saya Hanya perlukan duit! Dia janji àkan lepaskan Saya jika Jonathan serahkan duif pada dia...tapi Jonathan....awak kenal dia Macam Mana...dia Tak serahkan duit tu...Dia sayangkan Duit dari Saya..
Saya masih kecil Johari...cuma 6 tahun, sanggup dia buat pada Saya macam itu..Penculik sorokkan Saya di bawah kapal..Malam Saya ditinggalkan tanpa sesiapa, gelap Dan kesejukan..awak rasa Budak Macam usia Saya waktu itu Tak trauma...Saya panggil Mommy, Saya panggil lelaki Tak guna tu...tapi perkara mengejutkan.....
Jonathan tinggalkan Saya disitu....

" Maksud awak Aminah?" Semakin terperanjat Johari...

" Dia pilih untuk Wang dari Saya....dan Penculik tiada pilihan..untuk dapatkan Wang...Saya terpaksa mereka jualkan kepada sindiket pelacuran!".

Goyangan kaki Johari terasa lemah....dia Tak sangka hidup Aminah, wanita yang dikahwininya dulu terseksa sehingga begitu....dia turut terasa bersimpati dengan nasib Aminah yang dulu...

" Macam Mana awak terselamat Aminah...Macam Mana awak terlepas dari semua itu...sepenuhnya, Johari belum mengenali isterinya...patutlah Aminah selalu mengelak bila isu dia Dan Jonathan mahu dibincangkan..

" Saya cuma terlepas dari semua itu dah aktu saya berumur 16 tahun...10 tahun Saya hidup dalam neraka Johari...Saya kembali hanya untuk lihat kesengsaraan Joanthan!.. itu sebab utama!" Senyuman Aminah sinis...

" Siapa selamatkan awak Aminah?"

" Uncle Jeff...adik Jonathan..Dia pelanggan tetap disebuah bar..kebetulan Malam itu Saya Dan 5 lagi remaja terpaksa bekerja di bar itu..Dia kenal Saya...wajah Saya masih belum berubah..Dia selamatkan Saya!"

" Awak kembali kepada Keluarga awak?"

" Tidak....Saya tinggal dengan Jeff....tapi Jonathan lakukan sesuatu..dia dapat tahu tentang Saya Dan ambil Saya dari Jeff disitu pada satu Malam....Saya memberontak Tak mahu ikut dia....Tapi bila " dia " muncul, sambil menanggis memandang kearah saya..perasaan benci saya pada dia menghilang...saya bencikan Jonathan tapi bukan pada Mommy..
Dia masih sayangkan Saya Dan terima Saya Johari....sentuhan dia, belaian dia..senyuman dia..wangian dia...
Dia penyebab kuat untuk Saya hidup..hidup untuk jumpa dia..

Saya peluk Mommy.....dan dengan Mommy Saya boleh bertenang...

Saya terpaksa tinggalkan Jeff Malam itu.. sedangkan dalam hidup Saya yang sebenar, Jeffrey yang sebenarnya Hero dalam hidup Saya...

" Jeff....Saya rindukan dia Johari..Saya rindukan dia...

" Jeff? Kenapa Saya Tak pernah dengar Jonathan sebutkan nama itu?"

" Jeff tidak dibenarkan kembali kesini. Dia dituduh lenyapkan  duit Syarikat......
.Saya tahu perangai sebenar Jonathan Johari.....bila Saya Tak boleh terima dia, Saya memberontak..jadi dia Cari orang yang Saya sayang untuk pisahkan dari saya...dia jauhkan Jeff dari Saya, untuk Saya curahkan sayang pada dia....

Dia ingat kasih Sayang boleh dijual beli?bukan Saya!"
...jadi Jeff cuma Ada Dua pilihan untuk dia pilih ...penjara atau jauhi hidup kami...

Jeff pilih penjara! Air Mata Aminah mengalir...Tapi Saya pujuk Jeff untuk pergi dari hidup kami...perkara yang agak sukar pada mulanya, tapi ia berhasil..

" Awak ada jumpa dia?"

" Tidak...dia terima ugutan!"

" Sekarang Aminah?"

" Jeffrey dah tiada...! Dia dah meninggal 15 tahun lalu...Saya Ada minta bantuan Anthony untuk lawat dia...Saya cuma harap Jeff sihat disana..tapi macam selalu, lelaki yang baik cepat pergi....

Johari terkesan dengan bicara Aminah.." Lelaki yang baik! Maksud Aminah lebih kepada kekasihnya Anthony..."

" Kalau Anthony lelaki yang baik Aminah, kenapa dulu awak pilih Saya? Kenapa awak sanggup Masuk Islam Dan melawan cakap Jonathan...? Segala kekusutan hubungan mereka berdua perlu dileraikan...Johari berhak tahu apa yang terjadi...hati Dan perasaan Aminah bukan untuk dia..

" Jonathan benci Islam..awak lelaki yang lemah dalam perasaan, seorang lelaki yang mudah untuk Saya belai perasaan awak Johari, hingga awak Tak boleh lupakan Saya....semuanya ikut perancanhan, tapi itu semua penipuan..

" Bekerja di dalam pekerjaan seks dulu banyak membantu saya kawal awak Johari..Dan awak tergoda dengan belaian Saya! Contohnya macam sekarang, awak masih lagi belum tinggalkan Saya...awak sangat menyedihkan?"

" Lupakan pasal Kita..kenapa awak boleh jadi tiada perasaan macam ini Aminah..sekurang - kurangnya awak masih Ada kasih sayang Mommy!"

Itu masih Tak cukup!......Mata Aminah kembali tajam...
Saya Tak suka lihat Jonathan gembira dengan hidup dia...jadi Saya buat perancangan, Saya belajar dari dia..
Benda yang dia benci...itu benda yang Paling Saya Suka...dan Saya mengandungkan Johan, kesalahan awak Johari...pada Saya..

" Saya sayangkan Johan!" Air Mata Aminah mengalir laju...

" Tapi kenapa awak layan Johan begitu Aminah...awak seakan benci dia..awak Tak pernah ambil tahu pasal dia, Masa dia bayi..zaman kanak - kanak dia.remaja Malah dewasa...kenapa awak masih ganggu Johan...awak Tak mahu Anak Kita bahagia...

" Saya buat semua itu bersebab...perasaan Saya pada Johan, Sayang Saya pada Johan kuat tapi...Johan.... dia..

" Apa ...apa yang kurang dengan Anak Kita?"

" Tiada yang kurang pada Johan....Johan sempurna...tapi Johan adalah seorang yang Jonathan Paling sayang. Saya nak musnahkan Jonathan Johari, jadi sesiapa yang jadi penghalang, adalah musuh Saya!"

" Gila! Walaupun Johan tu darah daging awak sendiri, awak nak jadikan musuh awak...awak sanggup lakukan itu semua Aminah....awak nak ambil nyawa Johan Anak Kita..selepas dia mati Baru awak puas!"

" Saya Tak tahu......Saya...Tak tahu Johari..tapi Saya bencikan Jonathan...benci..

" Aminah Dengar cakap Saya...Johan Tak pernah bencikan awak sepanjang hidup dia..dia sayangkan awak sepanjang hidup dia...walaupun awak Tak nampak, tapi awak Tak boleh nafikan pasal Hal itu..

"  benda itu benar.....Johari?" air Mata Aminah kembali mengalir..

" Ya Aminah..awak dah tutup hati awak pada Johan..jadi awak Tak nampak semua itu...sebab awak cuma nampak keburukan Jonathan, jadi awak tutup semua kebaikan pada Anak Kita!"

Johari menenangkan Aminah..." Selama Kita hidup awak Tak pernah sayangkan Saya Aminah selama ini?" Bahu Aminah dipegang untuk wanita itu merasakan kasih sayangnya....

" Saya Tak tahu....tapi semakin awak sayangkan Johari.....Saya Tak boleh tinggalkan awak..maafkan saya Johari, biarkan awak terlibat sama dalam Hal ini..Saya nak jelaskan hal ini dulu, tapi awak terlalu sayangkan Saya...Anthony cuma alasan saya untuk awak patah hati pada Saya...tapi awak tetap Tak tinggalkan Saya dengan semua yang jadi...Saya tentu keliru..."

Pelukan Johari dikemaskan lagi kepada Aminah...

" Saya dah janji untuk bimbing awak Aminah..walaupun apa terjadi, Saya tetap disisi awak..Kita mulakan hidup Baru, saya gagal bimbing awak selama ini..Saya takkan benarkan awak hanyut...saya terlalu lepaskan awak, tanpa Saya tahu awak sebenarnya mahu saya pegang awk untuk awak kembali.."
Ubun - ubun kepala Aminah dicium..Aminah kelihatan tenang dalam pelukan Johari..

" Awak Tak Rasa semuanya terlambat Johari, dosa Saya sebelum ini...apa yang Saya pernah buat!" Air Mata Aminah mengalir laju, bila dalam dakapan Johari Dan segalanya rahsia dikeluarkan ternyata dia lebih tenang..

" Semuanya Ada permulaan Aminah....Ini permulaan Baru dalam hidup awak Dan Saya takkan benarkan itu berakhir sebelum awak Saya bawakan ke pangkal jalan..!"

" Saya Kotor Johari....awak Tak tahu apa yang Saya telah lakukan...perkara itu Saya takkan maafkan diri Saya sampai bila - bila..Saya lakukan sesuatu dan Saya Tak boleh dimaafkan.."

" Apa awak lakukan..? Setiap perbuatan perlu kemaafan..Samada perkara itu cepat atau lambat...Kita cuma perlu ikhlas dan tanamkan dalam diri untuk berubah kepada yang lebih baik.. melihatkan Aminah semakin bertenang Johari tidak memaksa Aminah berterus terang....Baru sebentar tadi Aminah meluahkan rahsia Besar yang disorokkan selama ini..

" Saya Tak pernah curang dengan lelaki sepanjang Kita hidup berdua Johari!"

" Anthony! Bukan awak cintakan dia?"

" Saya Tak cintakan dia..Saya cuma pilih dia sebab dia kenalan rapat Saya dulu...saya Cari dia sebab Saya bersalah pada awak...Awak lelaki yang baik, sedangkan Saya semua yang Saya buat untuk permainan akibat kebencian kepada Jonathan..

Jadi Saya terpaksa buat pilihan Johari..Saya gunakan Anthony untuk awak patah hati pada Saya, Dan tinggalkan Saya...tapi awak Johari, awak lakukan kesalahan sekali lagi...awak masih Tak tinggalkan Saya dengan semua yang jadi.."
Tangisan Aminah kembali sekali lagi, dengan pelukan Johari yang semakin kemas..tangisan Aminah teresak - esak..

" Awak sayangkan Saya Aminah tapi awak Tak mengaku...awak cintakan Saya dari dulu tapi awak nafikan.." akhirnya Johari tersenyum gembira..

" Saya pernah lakukan penguguran Johari..bukan sekali tapi Dua Kali..Dan Kali ketiga..itu Johan!" Tangisan Aminah semakin kuat bila dia ingatkan perbuatan dia dulu..

Johari yang terkejut merengangkan pelukan mereka berdua.." kkkenapa awak buat semua itu Aminah..Macam Mana awak boleh tergamak?" Mata Johari memberat dengan air Mata...Dua penguguran yang dilakukan Aminah adalah Anak dia..

" Saya terlalu bencikan Jonathan...hinggakan Saya Tak mahu keturunan dia mengalir dari tubuh saya..semua Saya buat sebab alasan bodoh itu...Saya bencikan Jonathan tapi yang sebenarnya Saya lebih bencikan diri sendiri...Saya seorang yang tidak Ada perasaan lagi Johari lagi Johari, Saya Jahat...saya Tak boleh dimaafkan, kesalahan Saya berat untuk dimaafkan..

Saya sendiri Tak faham diri Saya lagi....dan lebih teruk dari semua itu...

Saya bunuh Johan, Johari...." Akhirnya disitu Aminah mengaku kepada Johari..
Reaksi Johari yang telah mengetahui perkara itu..hanya terduduk disofa dan meraupkan wajah..

" Johan àkan maafkan awak Aminah!" Johari Cuba mengawal kemarahan dengan Cuba bertenang..Dua penguguran Aminah Dan pengakuan Aminah mengenai Johan membuatkan Johari separuh terkejut..

" Dia takkan maafkan Saya..Apa yang Saya buat pada Tania, dia takkan maafkan!"

" Apa maksud awak dengan Tania? Apa kaitan semua ini dengan Johan?"

" Saya Tak nak Johan lahirkan  keturunan untuk Jonathan...cukup Hanya Kita lakukan kesilapan..saya Tak nak Hal itu berulang...."

" Jadi? Kening Johari berkerut..

" Saya tipu laporan Johan Johari...Saya Cuba yang terbaik dalam lakukan Hal itu tapi Johan dapat tahu...Saya Tak Ada pilihan....

" Jadi awak buat keputusan untuk bunuh Anak Kita?" Johari teruskan bila Aminah terdiam..

" Sssss......saya Tak sengaja.......saya cuma mahu hentikan Johan, tanpa tahu perkara itu boleh meragut nyawa anak Kita..Saya sayangkan Johan Johari..Saya takkan benarkan lagi Hal sama berlaku..Saya begitu sayangkan dia..!"

" Aminah! Boleh awak hentikan perkara mengarut ini semua bila Johan maafkan awak...awak kena janji dengan Saya!" Kali ini dirasakan Johari dia perlu bertegas dengan Aminah..

" Saya .... Saya...saya takkan ulang benda yang sama bahayakan Johan.. Saya terlalu sayangkan Johan!"

" Johan akan maafkan awak Aminah! Awak kena bersabar untuk Johan ambil keputusan itu..selebihnya Kita Tak boleh ubah...harap Johan boleh maafkan awak."

Dalam pelukan Johari...dapat didengar suara Aminah berbisik halus bersama anggukan kepala dalam dakapan Johari..

" Janji"

Bersambung....???

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience