71

Romance Completed 78127

Satu memo dipegang Tania terkepit di jari...satu tempat yang Tania rasa dia perlu dapatkan penjelasan..

Setelah tiba...pintu diketuk kasar...setelah mendapat Kebenaran disitu...Tania berdiri, Dan tanpa menunggu disapa...Tania mulakan percakapan.

" Apa ini Johan?" Satu lembaran di lempar Tania. Kalau ikutkan hati dia nak lempar pada wajah Johan...Tapi memandangkan fikiran Tania masih waras, dia tetap bersabar walaupun kesabaran Tania dah tinggal senipis bawang...

" Trip!" ringkas jawapan Johan tanpa Ada penjelasan.

" Untuk apa?" Berkerut dahi Tania..Kalau dah Hari - Hari berkerut..cepatlah dia tua.. Tania Tak faham, untuk apa dia terlibat sama..

" Penghargaan pada pekerja?"

" Awak Tak main - main...tempat ini saya Tak pernah jejakkan kaki. Lagi satu Saya Tak minat mendaki..yang kedua kenapa Saya?....yang keti.

" Keempat, itu arahan!Jadi ketiga Dan alasan awak itu semua, boleh buang ketepi..Kita semua akan pergi! Keputusan Saya muktamad!" Tak sempat Tania habiskan ayat, semua perkataan yang keluar dari mulut Johan buatkan mulut Tania terkunci..

" Kenapa Saya kena ikut sama?" Tania rasa Johan Ada agenda tersendiri...agaknya ciuman terakhir mereka berdua dah ubah Johan dari hilang ingatan kepada Gila..

" Temankan Rina...disana Saya takkan selalu Ada disamping dia. Jadi awak tolong tengok - tengokkan dia..awak jangan risau tentang minat awak Tania?"

Tania kembali berpaling kepada Johan.."tetiba jer dia tahu minat Aku!" Apa maksud awak Johan?'

" Awak akan berminat Dan jatuh Cinta pada pemandangan Alam disana!"

" Saya boleh lihat pemandangan lebih cantik dekat Google! Image." Tania memberikan  maklumat details untuk sakitkan hati Johan balik.. tanpa melihat Johan, Tania keluar...perasaan Tania masih Tak puas hati..Dia kerja disitu bukan sebagai Baby Sitter kena jaga Rina, Dan Besar panjang dah kawan Aku tu!" Semakin difikirkan , Tania semakin geram..

Lagi 2 minggu meraka akan kesitu..sempat ker?" Memang Johan dah Tak waras, Mana pernah Tania mendaki bukit.. ketinggian yang àkan mereka daki dah buatkan Tania mendongak penat...siapa punya idealah ini? Penghargaan pekerja pergi Trip...Tak membantu langsung!" Sempat Tania mengutuk idea Johan yang dia rasakan mengarut..

Johan yang melihat Tania pergi dari biliknya, bersandar sambil kerusi di goyangkan kekiri Dan kekanan.." mujarab ker agaknya dengan idea Matthew? betul ker Aku suka mendaki bukit sebelum ini....Tak pernah Pula aku mimpi bukit, atau pemandangan dari kawasan itu.. harap- harap pemandangan kawasan itu tidak menghampakan!"

" Tania, semalam aku Cari engkau. Engkau pergi mana?" Rina datang kearah Tania, Dan Tania tahu apa yang bermain di fikiran Rina..

Seperti yang ditunggu Tania, Rina hadir seperti yang dijangka..

" Jam berapa engkau Cari aku?" Semua yang terjadi semalam kembali terimbas perlahan - lahan  di memori Tania..

"Petang jam 3. Engkau pergi Mana?" Rina mendapatkan duduk di depan Tania. Menandakan perbualan mereka berdua akan panjang..

"Bilik Johan! Dia panggil Aku kesana?" Reaksi diwajah Rina berubah...

" Aku pun pergi Cari engkau dekat sana, tapi aku Tak nampak pun engkau. Johan kata engkau dah keluar dari bilik dia?" Suara Rina masih ditenangkan dalam perbualan..

....tapi aku memang Ada di bilik Johan, ..mungkin engkau Tak nampak Aku!
Serius wajah Tania bersama reaksi Johan wajah yang  dia memang Tak main - main..

"  Tapi Aku kesana Dan Aku Tak nampak engkau Tania....!" Berubah wajah Rina ...

Melihatkan wajah Rina yang berubah Tania terpaksa menghemburkan ketawa..." Aku main - main jer lah..semalam Aku Ada, mungkin waktu engkau Cari aku, aku dekat sekitar sini...Syarikat ini Besar, belum semua tempat Aku menjelajah..

Rina Menarik nafas lega bila Tania mengaku bergurau. " Engkau ini Tania, buat terperanjat Aku?"

" Kenapa nak terperanjat Pulak? Aku pergi jumpa Johan bukan untuk Suka - Suka. Aku pergi buat kerja, bukan aku nak tarik perhatian dia !' sempat Tania memerli Rina...

" Engkau cakap apa?" Rina rasakan segala percakapan Tania seakan dituju kembali kepadanya.

" Aku keluar Masuk bilik Johan, dah Ada orang buat cerita Aku ganggu  dia.. lebih teruk dari itu pun ada..Engkau Rasa logik Tak benda itu Aku buat untuk Johan..?"
.kalau mereka tahu situasi sebenar!" Tania tersenyum, namun dari pandangan Mata Rina, senyuman Tania seakan dalam gurauan..

" Aku kenal engkau?" Namun didengari di telinga Tania, ayat itu diucap Rina dalam pernafasan yang berat..

"Selamat engkau kenal Aku ! Engkau percayakan aku Kan.?"perubahan sikap Rina, diperhati Tania...Pucat, bila perbuatan diri dibentang depan Mata..

" Siapa? apa lagi yang engkau Dengar?" Semua yang disampaikan Tania Macam kena batang hidungnya sahaja..

" Tak payah ambik tahu lah.. janji engkau tahu Aku macam Mana!" senyuman Tania dikunci dalam diri...hanya wajah ceria yang dilayangkan, untuk menunjukkan dia ceria..

" Trip pergi Bukit Cindai? Johan tarikh yang awak pilih tu lagi Dua minggu Kita nak bertunang. Sepatutnya Kita pergi tempat - tempat yang tenang, pulau, pusat peranginan..bukannya mendaki?" Rina sependapat dengan Tania..kalau Bab - Bab mendaki memang Tak pernah masuk dalam kamus hidup dia..

Dia sepatutnya ke SPA Bali, atau tempat - tempat dia boleh rehatkan diri sepenuhnya..Percutian Mewah di kapal, ifu yang di fikiran Rina sebelum ini...di atas laut yang membiru, bersama Johan disisi....tapi Tak sangka Rina Kali ini  Johan buat keputusan tanpa mendapat idea dari dia dulu..

Kenapa Kali ini Johan Tak berikan sepenuh keputusan pada dia..macam semua keputusan tentang pertunangan mereka berdua..

" Saya nak bertukar angin! Apa yang teruk sangat dengan mendaki?Kita Cuba benda baru, Rina...lagipun mendaki baik untuk kekalkan kecantikan pasangan bakal pengantin....jadi Saya buat persediaan awal?" Mana Johan dapat idea itu pun dia Tak tahu..untuk yakinkan Rina, dia terpaksa gunakan alasan itu..

" Banyak Cara lain lagi Johan...maksud Saya dengan Spa pun kami boleh Cantik!"

" Itu Cantik luaran Rina, pendakian ini awak akan cantik luar Dan dalam! Awak àkan teruja nanti,  Saya tahu!" Bahu Rina dipegang kejap oleh Johan kedua - Dua belah Dan dibawa kerusi untuk duduk.. Salah satu Cara Johan untuk memujuk..

" Apa yang Ada dekat sana?" Rina akhirnya mengalah...walaupun lemah tapi Kali ini dia beri pilihan untuk Johan buat pilihan..

" Apa yang awak Tak pernah bayangkan sebelum ini! Keindahan tanpa teknologi!"

" What?" Maksud awak dekat situ Kita kena hidup Macam zaman dulu? semua kena usaha sendiri? "

" Ada benda yang perlu Ada...Dan Ada benda yang perlu  Kita  tinggalkan!" bicara Johan bagaikan tiada masalah..

Rina semakin lemah mendengar, bila  sedikit Demi sedikit maklumat yang disampaikan Johan berkenaan Bukit Cindai tidak Menarik perhatiannya.. " Johan awak Tak nak fikirkan lagi pasal Hal ini! Sekiranya awak akan berubah fikiran?" Rina Cuba memujuk sekali lagi..

" Lagi Dua minggu Kita jumpa disana..Saya dah sediakan tempat disana..awak akan teruja nanti, pemandangan disana akan Menarik minat awak Rina, untuk datang lagi!" Johan meninggalkan Rina sendiri di mejanya. Entah apa moodnya pagi tadi, dia senang hati berjumpa Rina di biliknya tanpa dijangka Johan, soalan berkenaan itu yang akan ditanya .

" Apa jadi?" dilihat Tania Jila gelisah sejak pulang dari bekerja..

" Engkau ingat Tak lagi, lelaki yang Aku tunjuk dekat engkau waktu engkau ambil aku dekat hotel?"

" Maksud engkau Bos Besar engkau tu ker?" Wajah Tania berubah, bos Besar yang dimaksudkan Jila, Munshi..
Memang dia kenal sangat...bekas suami!"

" Apa dia buat sampai engkau gelisah Macam ini?" Perubahan di wajah Jila ketara bagi pandangan Mata Tania. Macam orang dalam bercinta..

" Dia ajak Aku keluar makan minggu depan! Engkau Rasa apa patut Aku jawab Tania?"

" Dia Suka dekat engkau ker?" Tania tahu apa helah  Munshi ...
sengaja gunakan Jila untuk dapatkan maklumat tentang dia..

Jila Tak patut dijadikan mainan Munshi. Tapi bagaimana Cara perlu Tania buat...dia takut nanti Jila patah hati bila tahu perkara sebenar.. lelaki seperti Munshi, yang tiada perasaan,  Tak sepatutnya permainkan  perasaan  wanita sebaik Jila..

" Aku pun Tak tahu sebenarnya..engkau Rasa Tania?"

" Selidik dulu apa motif dia Jila? Jangan cepat jatuh hati..Aku tahu kalau dia lelaki idaman engkau, kenal dia dulu..hati budi dia..Kalau lepas itu engkau jatuh hati..terpulang pada engkau!" itu yang termampu dilakukan Tania.

" Jadi engkau Rasa aku perlu tolak pelawaan dia?" Jila jadi serba Tak kena..

" Engkau Suka dia?" Tania ingin mengetahui perasaan sebenar Jila pada Munshi..lelaki berpewatakan seperti Munshi buatkan perempuan cepat jatuh hati..Tak mustahil juga perkara yang sama terjadi pada Jila.

" Aku Rasa....Aku Tak tahu.tapi Aku suka lihat dia?"  Jila berterus terang..

" Jadi engkau perlu jumpa dia Jila? Cuba faham perasaan sebenar engkau tentang dia. Jadi engkau Tak akan tipu diri sendiri..Paling penting engkau takkan menyesal jika peluang yang Ada, engkau guna  untuk faham perasaan sebenar  hati engkau nanti.. Nasihat terakhir Tania..

" Engkau temankan aku Tania, jumpa dia?" Jila membuat keputusan..

" Aku àkan temankan engkau kalau aku boleh...tapi waktu tu aku Tak Ada disini..Aku dengan Rina kami Ada trip mendaki." alasan mendaki dirasakan Tania menjadi alasan yang kuat dia menolak untuk  bertemu dengan Munshi..

" Korang mendaki dimana?" ketiadaan Tania Dan Rina nanti, kembali sunyi dirasakan Jila..

" Bukit Cindai..kami mendaki Seminggu di Sana." Duduk disilakan Tania di hadapan Jila..

" Aku àkan keseorangan lah Seminggu itu dekat sini ! Tentu sunyi!"

" Nanti Aku buatkan mahkota kering untuk engkau dari bunga hutan Aku kutip dekat sana!" Tania mengusik..

" Kenapa buat Trip dekat tempat macam itu. Dah Tak Ada tempat lain ker Tania, Syarikat engkau nak pilih?"

" Entah aku pun Tak dapat bayangkan...Macam Mana Aku dengan Rina nanti!"

" Siapa punya idea?"

" Johan!" Cepat Tania menjawab..

Tania menyandang beg hijau dibahu...segalanya dirasakan lengkap oleh Tania..Mereka semua telah berada di kaki Bukit Cindai..perjalanan yang mengambil Masa selama 4 jam perjalanan..

Disitu dilihat Tania, Ada Pelatih yang telah
menunggu kehadiran mereka semua. Jumlah kesemua Pelatih dikira Ada 8..dengan semua jumlah peserta dari Syarikat Johan sebanyak 80 Ahli yang telah dipilih..

Jadi setiap kumpulan mereka dibahagikan kepada 10 orang dalam 1 kumpulan.. Rina Dan Tania berada di dalam kumpulan yang sama bersama Johan, bersama 7 lagi Ahli yang lain..

Setelah diberikan taklimat ringkas, mereka memulakan perjalanan setelah melakukan regangan setelah  setengah Jam yang lalu..

Laluan hutan ke bukit Cindai dipenuhi kawasan landai Dan berbukit kecil..sepanjang laluan pendakian telah terdapat trek pejalan kaki yang disediakan..Biarpun sedikit usang Dan tidak dijaga, namun pemegang besi masih utuh..

Tania bergerak sendiri, Rina Dan Johan didepan...jadi untuk tidak menganggu mereka dia menjauhkan jarak.  Sejam perjalanan akhirnya mereka tiba di check Point pertama.. sambil menunggu beberapa kumpulan lain yang akan sampai di Point yang sama..

Jelas dilihat Rina, di check Point pertama terdapat kawasan lapang yang telah Bina Bangunan kecil..Bangunan yang dibuat untuk memberikan rehat kepada pendaki..ruangan sekeliling disediakan tempat duduk Batu.. tempat pendaki melepaskan lelah..

Point pertama tidak memenatkan Tania, cuma mereka telah berada jauh diatas dari kaki Bukit tadi..tanpa disangka Tania, pendakian itu tidak seteruk yang dibayangkan Tania sebelum ini.. Pertama Kali sampai di Check Point pertama, Tania gembira.. dia tidak menyangka perasaan itu yang àkan timbul dulu..

" Macam Mana Tania?"  Satu cawan Air yang masih berasap diserahkan Rina pada Tania, bersama Johan datang kearah mereka..

" Aku okay jer! Engkau Macam Mana?" Cawan air diambil Dan dihirup perlahan - lahan sambil Mata Tania melihat kearah Johan yang menghala kesitu..

" Aku Tak selesa dekat sini! Entah apa yang Johan nampak agaknya sampai Kita semua kena ke sini!" Rina mengomel bersama wajah yang masam, hati masih berasa tidak puas hati...

" Entah!" Ringkas jawapan Tania..Tapi dapat dirasakan Tania, dia tenang berada disitu.. dia Tak sangka tangapan negatif dia àkan berubah..dia semakin teruja untuk melihat apa yang berada di Check Point yang menanti mereka seterusnya..

" Macam Mana perjalanan tadi? Johan berada dihadapan mereka berdua..Minuman ditangannya disisipkan kemulut..

" Okay!" Lemah suara Rina..

" Tania?" Bila dilihat Tania belum memberikan jawapan , Johan bertanya..

" Okay, sama Macam jawapan Rina." Tania menjawab, namun Jawapan okay dari  Tania dijawab bersama.wajah yang ceria..

" Kita berehat disini setengah Jam lagi..Kumpulan terakhir telah sampai..Selepas itu Kita akan mulakan pendakian!" Johan pergi ke arah lain..

Lepas sahaja Johan dari mereka berdua..Rian Mula merungut panjang pada Tania..meluahkan ketidak puasan hati dengan keputusan Johan, membawa mereka ke sini.

" Tania hanya mendengar tanpa sebarang balasan..ternyata Trip di Bukit Cindai, tidaklah seteruk Mana!" ..

Semakin tinggi pendakian, semakin kurang orang - orang yang tinggal..Rina telah ditinggalkan ke belakang, Tania terpaksa pergi dahulu ke depan..dia semakin Tak sabar apa yang menanti di Check Point seterusnya..Check Point kedua, ketiga Dan Keempat telah dilalui ...hanya menanti Check Point Keempat..

Mereka telah berada di separuh Bukit Cindai.. Melalui taklimat tadi mereka àkan bermalam di Check Point kelima, sebelum esok pagi meneruskan pendakian hingga ke Check Point sepuluh, keesokannya jika tiada apa - apa masalah.. Itu yang diterangkan tadi kepada dia.

Tania meneruskan pendakian ke atas, laluan yang dilalui semakin berliku..namun dia cukup berhati - hati dalam setiap langkah..Tangga - tangga yang Ada disetiap laluan diguna Tania dengan cermat...

Satu persatu Tangga gantung di naiki Tania berhati - hati dengan bantuan Pembantu.. Namun sebaik sahaja Tania tiba keatas, dia disambut dengan tangan Johan untuk memberikan bantuan..

Tiada pilihan, huluran tangan Johan disambut..dengan tenaga Johan, Tania dibantu untuk ditarik keatas, namun sesuatu yang tidak terjangka terjadi, Johan Menarik Tania Dan dalam Masa yang sama   mereka Tania dibawa kedalam pelukannya, dengan tangan Johan melingkari pinggangnya..

Udara pernafasan Johan meniup lembut cuping telinga Tania.." I can't feel you!," Johan berbisik di telinga dalam 1 saat...Tania segera menjarakkan Tubuhnya dari Johan..

Semuanya terlihat seperti pertolongan dari Johan..itu bagi pandangan orang lain yang berada disitu..

Johan seperti membantu..

Tapi bukan pada Tania..firasat Tania kuat merasakan Johan sememangnya sengaja..

Tania bergerak ke tepi bersama yang lain dengan Johan meneruskan bantuan...Selepas seketika, suara Johan bergema..

" Kita bergerak dahulu ke Check Point Lima, disana Kita tunggu yang lain. Jumlah peserta hanya tinggal 8 waktu itu..Tania Kira dengan jari. Kenapa Johan Tak cukupkan 10 Ahli, Baru mereka bergerak..Tania Tak puas hati, dia kembali ke arah tangga gantung tadi melihat kebawah masih tidak percaya dengan keputusan Johan..

Tapi semua yang difikirannya melesat..Memang tiada siapa - siapa dibawah, hanya Pegawai Pendaki sahaja berada di situ menunggu peserta..

Tanpa disedari Tania, Johan telah berada dibelakangnya, memerhati setiap tindak tanduk Tania..melihat bersama me bawah bukit...

" Awak tengok apa dekat bawah tu?" Wajah Johan berkerut dalam nada yang serius. Dia telah berikan arahan untuk semua bergerak...tapi Ada seorang yang masih berdegil..tetap orang yang sama.

Jadi dia dapatkan Tania bersama arahan Johan yang masih sama untuk peserta yang lain bergerak terlebih dahulu..

" Saya tunggu Rina, bukan awak suruh Saya temankan dia?" Tania Cari alasan, jarak masih dijaga ketika bersama Johan. 2 meter berjauhan, walaupun tidak disukat, jarak diri dia Dan Johan cukup..

Tania berpaling ke belakang Dan melihat sekeliling..kosong! Hanya tinggal  dia Dan Johan disitu, berdua ..Hati Tania tiba - tiba jadi Tak sedap..

" Mana perserta lain pergi, kenapa tinggalkan dia Kat situ cuma berdua dengan Johan!"

" Tak guna!" Tania merampus dalam diri..Mata tajam memandang Johan..

" Mana peserta lain pergi?" Perasaan Tak puas hati ditunjukkan pada Johan. Perasaan marah tiba - tiba muncul.. Memang Johan Cari peluang berdua dengan dia.. Johan memang dah rancang  ..Tania dah dapat agak..

" Kenapalah Rina lembab sangat tadi!" giliran Rina Pula disalahkan Tania..

" Saya dah suruh mereka bergerak dulu, Mari Kita bergerak, mereka Tak jauh dari sini!" Johan melangkah ke depan namun tidak diikuti oleh Tania..Johan perasan, jadi langkah dihentikan dengan tubuh berpusing kearah Tania sekali lagi..

Bukan Masa lagi dia nak tunjuk belang...jadi Johan banyakkan sabar..

" Apa tunggu lagi?"

" Awak gerak dulu, Saya tunggu Rina dekat sini!" Tania membantah dalam Cara tersendiri..

" Saya Ada benda nak bincangkan berdua dengan awak. Jadi Saya suruh yang lain pergi dulu.. jelas penjelasan saya?" Johan berterus terang..Memang peluang berdua begini dicari Johan berdua dengan Tania..

Semua disebabkan Mathhew! Dia ikut Dan buat kerja Gila. " Mendaki itu yang Johan Suka lakukan dulu, ucap Matthew.." Mendaki Dan Tania, itu point yang Johan dapat untuk dapatkan  ingatan dia semula..

Disebabkan itu tempat ini dipilih. Tapi takkan dia nak pergi berdua mendaki dengan Tania, apa Pula Rina syak.. dia buat itu semua untuk dapat jawapan bagi siapa diri dia.

Jadi dia buat trip yang libatkan separuh dari pekerjanya bersama..Rina takkan syak apa - apa....semua persoalan akan terjawab sepanjang Seminggu mereka disitu, dia àkan Cuba mencari peluang dengan Tania, Dan suasana hutan akan membantu..

" Saya dah agak! kita Tak Ada apa - apa nak bincangkan!" Tania berganjak ke belakang, sambil mencari peluang untuk larikan diri.. Mata meliar melihat kekiri Dan kanan hutan, mencari laluan..

Jika dia berjumpa dengan Ahli tadi, dia àkan selamat dari berdua dengan Johan..Rasanya mereka tadi Tak jauh Mana...Tania berkira- kira sendiri..

" Saya cuma nak Kita bincangkan pasal....

Tania telah melarikan diri ke arah Kanan Johan...

" Tania! Shit! Johan menyumpah, Tak disangka  di hutan tebal macam ifu, Tania boleh buat perangai.. Degil Dan keras kepala...Johan mengejar sekuat hati, jika dia dapat Tania, siaplah perempuan itu dikerjakan..

Bersama perasaan marah yang berbuku Johan Cari kelibat Tania yang jauh dihadapan..Johan memintas laluan, untuk segera mendapatkan Tania, sebelum orang lain tahu apa yang terjadi..

20 minit pencarian.." awak nak pergi Mana hah Tania!" Tangan Tania ditarik keluar dari tempat persembunyian di sebalik Batu.. kawasan sekitar kelihatan curam dilihat Johan..mereka berdua benar - benar jauh dari laluan trek yang sepatutnya mereka lalui untuk pendaki..

" Awak Cari Saya buat apa, Johan..lepaslah!" Tania Menarik tangan dengan kasar untuk dilepaskan..Gengaman tangan Johan kuat hinggakan cengkaman yang sakit dibiarkan, dia perlu lepaskan diri..

Dalam pergelutan Johan untuk tenangkan Tania yang semakin bertindak  aggresif Cuba melepaskan diri... dari pergelutan Dan  pelukan Johan, mereka berdua tak sedar, mereka telah berada di tepi curaman..

Bila kaki mereka berdua terpijak sesuatu yang rapuh..." Prak!" Mata Tania Dan Johan berpandangan, mereka baru sedar, sebelum dirasakan tubuh mereka berdua melayang....dunia dirasakan Tania Dan Johan berputar laju..

Nyawa dirasakan telah berakhir.....!

Bersambung........????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience