61

Romance Completed 78127

" Hari ini jam berapa awak habis kerja Tania?"
Shah datang kembali di tempat kerja Tania. Segala usahanya telah dibuat untuk Tania berjumpa dengan dia. Berbual hanya berdua, namun seeing Kali peluang itu Tania elak..

" Shah Saya sedang bekerja sekarang ini, boleh Tak kalau awak jangan ganggu Saya. Perkara apa awak nak bincangkan. Kita boleh bincangkan dekat sini." Tania mengeluh dalam hati, beberapa pekerja lain telah memandang kearah dia. Membuatkan suasana di restoran itu menjad janggal.

" Kenapa susah sangat awak nak jumpa Saya berdua. Sebelum ini boleh Pula awak jumpa lelaki lain selain Saya." Shah masih tidak berpuas hati dengan Tania. Bermacam - macam Versi didengar berkenaan cerita Tania dulu.

Semua perkara dimaklumkan kepadanya tanpa Ada yang tertinggal..

" Mana awak dapat semua cerita tu? Delli atau Rina. Rina yang awak nyaris - nyaris nak berkahwin dulu."

Kelihatan di wajah Shah Ada riak terkejut bila Tania ungkitkan Hal itu. Tania tahu tentang hubungan dia dengan Rina..

Shah tidak mahu mengalah...
" Itu semua terjadi sebab awak yang curang pada Saya dulu Tania. Awak yang tinggalkan Saya dulu, keluar dengan lelaki lain."

Tania dapat rasakan kesakitan di hati Shah, begitu juga perasaan sakitnya dulu dirasakan bila dia terpaksa berkahwin dengan Munshi, sedangkan perasaannya waktu itu kuat untuk lelaki dihadapannya kini..

" Dulu Saya yang bersalah..Macam Mana pun awak buat Shah, Kita Tak boleh kembali seperti dulu. Saya, awak Dan Rina.Kita cuma boleh jadi kawan, apa pun perasaan awak pada Saya, awak perlu buang Saya dari hati awak." Kedengaran kejam tapi itu kenyataan yang sepatutnya Tania Dan Shah kena telan.

" Kenapa Tania? Saya sanggup tunggu awak selama ini. Saya dah Cuba dengan Rina, tapi hati Dan Fikiran Saya cuma ingatkan awak. Saya sanggup buat apa sahaja Tania, janji awak kembali pada Saya." Shah merayu.

" Benda itu takkan terjadi.. Saya sayangkan Rina. Walaupun Rina dengan awak tiada jodoh. Saya takkan sakitkan hati Rina, pilih awak. Kami sahabat Shah, awak kena faham apa yang Saya lalui."

" Saya, selamanya takkan Ada peluang Tania!" Shah masih mencuba memujuk.

" Tiada!" Tania meneruskan kerja meninggalkan Shah.

Walaupun kedengaran kejam mematahkan hati lelaki itu. Itu adalah yang terbaik dari terus - terusan memberikan harapan.

Status diri Tania yang masih dalam ikatan bersama Johan, buatkan Tania nekad dengan Shah.. lebih lama Shah menunggunya, perkara itu akan lebih sukar nanti di kemudian Hari.

Langkah Paling waras yang Tania Rasa, keluar selama -lamanya dari hidup lelaki yang pernah hadir dalam hidup dia.

Shah meraup keseluruhan muka dengan keputusan dari Tania. Tanpa disangka, hatinya begitu sakit dengan keputusan yang telah dibuat Tania. Dia masih belum menerima Cintanya ditolak..

" Shah engkau dah dapat jawapan dari perkara yang belenggu hidup engkau selama ini. Perasaan Tania pada engkau. Aku harap selepas ini engkau jangan ganggu hidup dia lagi.

Engkau dengan dia, Ada haluan masing - masing!" Rizal memberikan nasihat. Sebagai kawan kepada Shah, dia bersimpati dengan nasib yang menimpa Shah dalam hubungan cinta.

Tania Bagi Rizal, dia adalah majikan kepada pekerjanya. Jadi dalam Hal itu dia mahu perkara itu diselesaikan secara baik, dia tidak mahu kerja Tania terganggu dengan kehadiran Shah disitu.

Shah Hanya menganggukkan kepala sebelum membawa diri keluar dari restoran itu.

...

" Berapa lama Saya perlu pulih Doktor, untuk Saya kembali kepada ingatan Saya?"

" Semua itu bergantung pada pemikiran pesakit Johan, jika awak paksa diri awak untuk ingat suatu perkara yang otak awak Tak mampu untuk kawal. Saya takut kejadian sama berulang."

" Maksud Doktor Saya koma kembali?"

" Iye! Saya Tak pasti apa yang terjadi pada awak. Saya cuma harap benda itu Tak berikan kesan pada kesihatan awak!"

" Semua pesakit  keadaan Macam Saya ini, boleh sembuh Doktor. Ingatan kami àkan kembali?"

" Semua pesakit, penyakit berbeza - beza Johan. Ikutkan kajian Saya, awak dah sembuh 2% peningkatan sebelum ini. Walaupun angka ini kecil, tapi itu satu kekayaan yang Besar pada awak. Saya harap awak banyakkan bersabar." Matthew meninggalkan Johan bersendirian. Dia keluar untuk menghubungi seseorang..

" Gadis Cantik, awak Macam Mana sekarang? Awak rindukan Saya?"

" Saya sihat Matthew! Rindu?...Tania Hanya keyawa..Hidup Saya semakin tenang. Benda ini sepatutnya Saya buat lama dulu. Terima kasih dengan cadangan awak untuk Saya kesini!"

" Bagus, Tania.. itu yang Saya harapkan dari awak. Perkara lama awak sepatutnya dilupakan, Bina hidup yang baru. Selepas itu hidup awak akan tenang."

" Benda itu àkan makan Masa Matthew.Bukan mudah tapi Saya perlu kuatkan Semangat Saya. Di sini Saya dapat lupakan apa yang terjadi sedikit Demi sedikit."

" Awak layak hidup bahagia Tania. Awak kena kuat harungi segalanya.Memaafkan adalah ubat yang Paling baik."

" Matthew kalau awak disini, Saya akan bawa awak melawat sekitar tempat tinggal Saya. Biarpun tidak semewah seperti di luar negara, tapi suasana sini indah!" Tania cuba mengubah topik perbualan. Hatinya belum kuat untuk memaafkan Johan.

" Nampak macam Menarik Tania, Saya Ada  satu gembira untuk awak!" Di corong telefon Matthew telah tersenyum gembira.

" Berita gembira? Apa dia Matthew?' Tania teruja dengan setiap apa yang dibualkan bersama Matthew.

" Saya di Malaysia Tania, surprise! Saya tunaikan permintaan awak jumpa Saya. Dan satu lagi, Saya nak lihat pemandangan  indah di mata awak, Saya nak tahu tempat tu!"

" Awak disini!" Keterujaan Tania membuatkan Jila di sebelah terkejut dengan tindakan Tania.

" Oiii dah buang tabiat ker apa Tania?" Jila membuat Bahasa isyarat tanpa mengeluarkan suara.

Tania hanya memberikan tanda isyarat " nanti" pada tangan. Perkara itu àkan dijelaskan kemudian kerana dia masih dalam panggilan telefon bersama Matthew.

" Ya..ya!" Kedengaran suara ketawa Matthew di panggilan Sana.

" Esok Kita jumpa Matthew, awak pergi restoran tempat Saya kerja. Saya belanja awak makan di sana. Macam Mana?" Tania semakin tidak sabar menunggu jawapan Matthew Dan dalam Masa rindu berbual segala masalah dengan Doktor yang boleh dieprcayainya.
Lebih membuatkan Tania percaya, semua cerita hidupnya bersama Johan, diketahui oleh Matthew. Jadi dia lebih senang meluahkan segala pendapat.

" Saya Baru tiba disini Tania. Apa kata kalau hujung minggu ini Saya jumpa awak! Kita berbual panjang. Lagipun Saya perlu lihat semuanya tentang pesakit Saya yang semakin sihat." Dalam satu perjumpaan Matthew boleh membuat Dua perkara. Dia dapat melihat keadaan kesihatan Tania, Dan juga bertemu Tania yang telah dianggap sebagai rakan.

" Okay kita jumpa Sabtu ini!" Panggilan ditamatkan Tania.  Tanpa Tania tersedar setiap tingkah laku Tania menjadi perhatian Jila.

" Engkau nak jumpa siapa sabtu ini Tania? Aku Dengar engkau macam happy sangat nak jumpa Matthew? Siapa Matthew, kekasih Mat Salleh engkau ker?" Jila serkap jarang, Cuba mendapatkan jawapan dari Tania.

" Matthew tu Doktor.." uishh.Tania terlepas cakap. Dia segera membetulkan percakapan " Maksud aku dia Doktor, kawan Masa Aku Study dulu dekat sana. Aku nak jumpa dia dekat restoran tempat aku kerja sabtu ini!Tak sabar Aku Jila."

" Tak Ada tempat lain ker Tania engkau nak jumpa Matthew. Bukan apa, dekat sana buatnya Shah jumpa engkau dengan dia?"Jila memberikan pendapat.

" Aku dah terangkan semua pada Shah, pasal hati aku. Aku dengan Shah, takakm Ada apa - apa. takkan sebab dia Aku Tak boleh jumpa rakan lelaki Aku."

" Aku cuma bagi nasihat Tania!"

" Ini Kali pertama Matthew kesini Jila, jadi Aku nak tunjukkan tempat yang Menarik Dan Indah dekat tempat Kita ini."

" Engkau Tak kerja ker sabtu ini, bukan sabtu selalunya engkau sibuk?"

" Aah! Macam Mana aku boleh lupakan benda penting macam itu?" Tania mengigit  bibir, menunjukkan dia resah. Dia telah berjanji dengan Matthew, itu pertama Kali mereka berdua berjumpa disini. Paling Tania Tak boleh terima, dia telah berjanji.

" Egkau ambillah Off sekerat Hari Tania. Tempat yang engkau nak bawa Matthew itu jauh ker dari sini?" Jila cuba ingin mengetahui kemana Tania ingin pergi. Untuk Keselamatan Tania.

" Dalam setengah Jam jer dari sini? Boleh ker sini Aku ambil off Jila?" Sepanjang Tania bekerja dia adalah seorang yang sentiasa menepati masa.

" Engkau ambil empat jam Off, engkau pergilah temankan Matthew, kemana engkau dengan dia nak pergi. Lepas jam Off yang engkau ambil tu, engkau kerja balik Tania."

" Oh, macam itu! esok aku Tanya pada Rizal lah. Aku Tak nak hampakan Matthew."

" Itu yang terbaik Tania.."

.....

" Nampaknya awak dah Ada peminat disini Tania!" Matthew berwajah tenang dihadapan Tania, segala yang terjadi disekeliling Menarik perhatian Matthew.

" Awak jangan mengarut Matthew, siapa nakkan Saya. Lagipun awak pun tahu status Saya. Tak banyak yang Saya boleh ubah. Awak jangan layankan sangat firasat awak tu. Benda itu semua Tak betul." Tania gelisah, sama Macam tekaan Jila, Shah Ada pada sabtu itu di restoran. Melihatkan Tania Ada tetamu, Shah turut sama berada di sekitar meja - meja, memerhati Tania Dan Matthew dari jauh. Perkara yang memeningkan kepala Tania.

Dia Tak tahu Cara Mana lagi dia àkan gunakan untuk mengelak dari Shah.

" Awak Tak boleh tipu Saya. Dari pandangan Mata dia Dan reaksi tubuh Badan lelaki itu, Saya dapat tahu dia kenal awak Dan awak kenal dia. Saya boleh jadi pendengar awak Tania, apa kata kalau waktu ini Kita jadikan sesi temubual. Saya àkan Ada laporan Baru tentang awak, pesakit Saya untuk kajian Dan awak akan dapat nasihat saya macam Mana awak nak lalui situasi ini."

" Awak pandai Cari peluang Matthew! Awak Tak salah, dia memang kenalan Saya dulu, tapi kami tiada hubungan. Dulu, pernah Ada sesuatu.. dia kenalan zaman Sekolah Saya,  tapi putus di tengah jalan. " Tak guna Tania nafikan Hal itu, status Matthew yang merawatnya, segala tindak tanduk Tania lelaki itu àkan tahu.

Dari dia rahsiakan Hal itu,lebih baik dia beritahu seseorang. Jadi dia akan dapat nasihat yang bernas dari yang Pakar.

" Cinta Sekolah lah ini? Selalu ker dia ganggu awak kerja dekat sini?" Restoran tempat kerja Tania diamati Matthew dengan Mata kasar. Dia masih mencari apa yang istimewa tentang restoran itu yang membuatkan Tania boleh bekerja disini.

Jika diikutkan padan pandangan Matthew,  Tania tidak perlu bekerja, Jonathan memberikan sesuatu yang cukup untuk menampung kehidupan Tania disini. Tapi dia faham kehendak Tania apa, wanita itu masih Ada pendirian tersendiri.

Kerana itu,  Semakin Matthew ingin mengetahui mengapa tempat itu dipilih oleh Tania, sedangkan disitu dia Mempunyai masalah dengan lelaki yang sedang melihat ke arah mereka dengan pandangan yang tajam.

" Saya dah terangkan semua pada Shah, Matthew. Saya dah tiada perasaan pada dia. Hubungan kami takkan kemana, dia lelaki yang sama sahabat Saya Cinta."

" Ouchhh! Pedih kalau macam itu. Sahabat awak kata apa Tania. Jadi ini Cinta tiga segi? Menarik!"

" Saya Tak nak kenang Hal itu lagi. Saya Tak boleh patah balik dengan dia. Kami Tak Ada jodoh!"

" Apa yang jadi sebenarnya Tania, antara awak dengan dia? Kenapa awak Tak boleh terima dia dulu, Dan dari cerita awak, awak Tak jelaskan hubungan dulu pada dia?"

" Saya dah berkahwin Matthew, Saya tinggalkan dia sebab Saya terpaksa berkahwin. Tinggalkan dia rahsiakan Hal ini, itu lebih baik dari hati dia sakit Dan bencikan Saya."

" Ouchhhh!" Sekali lagi Matthew dapat rasakan kesakitan yang ditanggung Tania dulu. Dia cintakan lelaki bernama Shah dari zaman sekolahnyá, tapi dalam Masa yang sama dia terpaksa tinggalkan lelaki itu disebabkan perkahwinan.

" Dia Tak Cari awak Masa itu?" .. Matthew Cuba memahami apa yang berlaku.

" Dia Dah pindah Sekolah Matthew,  bila Saya cuti panjang. Itu lebih baik bagi hubungan kami!"

" Jadi hubungan awak dengan dia masih belum Ada kata putus?"

" Kami dah putus, isnin minggu lepas!" Tania berterus terang..

" Patutlah dia sakit hati lihat saya! Awak memang Ada bakat putuskan harapan lelaki Tania!" Matthew tergelak kecil dengan segala yang dia ketahui.

Tania hanya tersenyum..

" Jonathan, awak Ada hubungi dia?" Matthew pancing Tania ingin melihat reaksi dari Gadis itu ..

" Awak boleh maklumkan pada dia Matthew, Saya selamat disini!" Suara Tania  lemah bila diingatkan hubungan dia dengan Jonathan Dan seorang lagi lelaki yang Tania tidak mahu ingatkan namanya ataupun tahu apa yang terjadi pada lelaki itu.

" Saya àkan maklumkan pada dia.. tapi saya nak awak tahu sesuatu. Jonathan Tak Ada kena mengena dengan apa yang terjadi pada awak!"

" Awak pasti tentang tu?" Tania mengeluh berat. " Awak kena tahu sesuatu Matthew, sejak Saya Masuk dalam Keluarga itu, hidup Saya tidak tenang, Mula - Mula Aminah, Dan kini Johan. Awak Tak Rasa Jonathan pun terlibat sama dalam semua Hal itu.

Hidup Saya lebih tenang jika jauh dari keluarga itu.." perasaan marah Tania diluahkan pada Matthew bila perkara itu diungkit.

" Saya cuma luahkan apa yang Saya nampak. Semuanya terpulang pada penilaian awak Tania!" Mathhew angkat tangan tanda beralah dengan kemarahan Tania yang tiba - tiba bila isu dibangkitkan.

" Saya bawa awak tempat yang Saya akan berasa tenang sepanjang hidup Saya, Matthew. Kita keluar dari sini!" Tania mulai bangun..

" Ermmmm Tania, Macam Mana dengan lelaki itu?" Tania faham apa yang dimaksudkan oleh Jonathan.

" Biarkan dia...dia àkan berhenti jika dia letih kerjar Saya. Tak Ada apa - apa Saya boleh buat lagi tentang perkara itu." Tania putus asa dengan Shah, dia tidak tahu cara apa lagi untuk Shah mengundurkan diri, dari kejar diri dia.

" Ada satu benda awak perlu buat jika awak Tak nak dia terus ganggu awak lagi Tania." Kedua - duanya masuk ke dalam perut kereta yang dipandu oleh Matthew.

Kelihatan Shah tidak mengejar mereka berdua.

" Apa dia Matthew?" Tania tumpukan perhatian pada Matthew.

"Beritahu dia status sebenar awak. Saya pasti dia takkan ganggu awak lagi."

" Status Saya maksud awak?... Tania termenung seorang diri, memikirkan segala kata - kata Matthew, kedengaran luahan itu seperti mudah untuk diucap, namun untuk luahkan Hal itu bukan sesuatu yang  mudah bagi Tania.

Lebih - lebih lagi, bila tiada seorang pun di situ yang tahu tentang status dirinya yang sebenar...

" Awak boleh fikirkan Hal itu.. sekarang Kita pergi tempat yang indah Dan tenang dalam hidup awak!" Matthew meneruskan pemanduan ditemani Tania yang telah senyap dibuai perasaan.

Bersambung.......????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience