83

Romance Completed 78127

" Saya keluar dulu!"

" Johan!awak Tak tunggu Saya?"

" Saya kena cepat...Saya Ada mesyuarat pagi ini. Saya dah arahkan Pak Azman hantar Dan ambik awak kejap lagi...Saya pergi dulu."

" Okay....!" Halus suara Tania, dia dapat rasakan kelakuan Johan berubah pagi ini...kelihatan Johan sedikit kekok dengan Tania...segala pergerakan Dan Bahasa tubuh Johan seakan mengelak...

Mengelak dari bertentangan Mata dengan dia...
Mengelak dari bercakap dengan dia...
Dan perkara Paling ketara...tidur Malam mereka berdua diselimuti dengan kesunyian....Johan membelakangkan Badan terhadap Tania...dan dari awal waktu Johan telah terlena...

Seminggu dirasakan Tania, Johan telah berubah...Namun untul dia sejukkan hati yang semakin resah....segala perasaan buruk dibuang ketepi...dia Baru menerima Johan dalam hidup dia...begitu juga Johan dalam frasa untul kembali pulih...
Tak salah jika Tania memberikan waktu...
Waktu yang baik untul mereka berdua...

Tania tiba di Syarikat...dengan wajah ceria diwajah Tania terus ke tempat kerjanya...Pejabatnya masih terletak di tempat yang sama....namun Ada sesuatu kelainan di setiap wajah yang memandang kearahnya...

Itu adalah Hari pertama Tania kembali bekerja setelah pulang dari terjatuh dan tersesat dulu...
Tania mengharapkan satu penerimaan yang lain dari rakan sekerja..namun apa yang terlintas di Mata Tania adalah sebaliknya...

' Inilah perampas Tunang Cik Rina..Tak malu Ada hati lagi kerja dekat sini, dia ingat Kita Tak tahu perangai buruk dia itu!" Kelihatan seorang perempuan mencebirkan bibir kepada Tania...

" Inilah dikatakan kawan makan kawan..!"seorang lagi menjeling...

" Kalau akulah...muka tebal Macam ini Tak tahu malu...entah apa dia pernah buat sebelum ini..!"

" Itulah !....Aku dengar cerita, punyalah baik Cik Rina bagi dia kerja dekat sini..boleh dia rampas kekasih orang tu... Dasar perampas!"

" Dasar Tak tahu malu...!"

" Perampas!"

Jelingan dan kutukan berbakul - bakul Tania terima pagi itu..Sepanjang laluan telinganya tidak terlepas mendengar kutukan kepadanya...semuanya kerana hubungan Rina Dan Johan sebelum ini...Mungkin disebabkan Rina pernah ingin bertunang dengan Johan lagi Seminggu sebelum mereka tersesat....
Bila perkara itu terbongkar..Johan batalkan pertunangan..Dan pekerja - perkerja disyarikat masih tidak tahu apa yang terjadi...

" Biarlah...." Tania pujuk hati sendiri memujuk hati yang terguris,  sambil langkah diteruskan kearah biliknya...Dia harap perkara buruk antara dia Dan Johan segera berlalu..

Arghhhhbhhh!akhirnya suara - suara kutukan itu tidak lagi kedengaran di telinga Tania..dia telah selamat tiba di dalam bilik...Di situ dia kembali tenang...

Nampaknya kisah hubungan dia bersama Johan Dan juga Rina sedang hangat dieprkatakan...Dia Tak mahu terus kepada Kebenaran tentang Hal itu....Biarlah perkara sebenar muncul sendiri...

Tiada yang lain..Tania cuma Berharap cerita sensasi itu cepat menghilang dan dia boleh diterima lagi bekerja disitu....bekerja dalam suasana selesa seperti sebelum ini...

" Tok! Tok!

" Masuk!" Halus suara Tania....pagi pertama dia disitu, dia telah mendapat tetamu...

Kelihatan Aliah dihadapan Mata..Salah seorang kakitangan dan pekerja di Syarikat Tania...Dia Dan Aliah adalah dalam bidang yang sama, Akauntan..

" Tania...boleh aku Masuk,?" Tubuh Aliah masih di pintu bilik sambil menunggu Kebenaran dari Tania...

" Masuklah, kenapa tercegat lagi..bukan engkau tak biasa masuk bilik aku. Kenapa Aliah?".Tania cuba bereaksi tenang, Baru sebentar tadi berita berkenaan dia Dan Johan telah tersebar...dia juga syak Aliah telah mendengar semua cerita buruk tentang dia...Dan anggapan Aliah pada dia, mungkin sama dengan kakitangan lain yang bekerja di Syarikat sama..

" Hmmmm..Aku harap Aku Tak ganggu engkau. Engkau sihat Tania..Maklumlah engkau dengan Bo's Baru terselamat..Aku cuba bertanya Khabar!" Aliah Masuk Dan duduk dihadapan Tania dengan senyuman di bibir...

Senyuman yang dirasakan Tania cukup ikhlas...tapi Tania tidak dapat menolak kejutan dalam  diri dia tentang sikap Aliah...Kenapa sikap Aliah Tak sama dengan sikap kakitangan yang lain..Prejudis negatif pada diri dia sedangkan tidak tahu tentang perkara sebenar...

" Sihat! Terima kasih...tapi kenapa soalan engkau Tak sama dengan rakan sekerja Kita yang lain...Aku ini perampas?" Tania sandarkan tubuh kebelakang untuk membuangkan kerunsingan dalam fikiran dia tadi...Jika dia tahu Hari pertama dia bekerja jadi seperti ini...Lebih baik dia tenangkan diri di rumah dan berehat secukupnya...

" Aku Tak percaya tentang gosip - gosip itu semua..Aku kenal engkau Tania..sebulan lebih engkau kerja dekat sini, Dan Kita dalam bidang yang sama...Kalau cerita pasal engkau rampas Johan..Itu bukan sikap engkau yang Aku kenal..Aku nampak dengan Mata Aku sendiri..!"  Aliah  bicara dengan tenang...

" Apa yang engkau nampak?" Tania juga terkejut dengan penjelasan dari Aliah..dia sendiri Tak faham dengan tindakan yang dia pernah buat hinggakan Aliah percaya pada dia bulat - bulat..

" Engkau Tak suka Johan! Berapa Kali engkau tolak jumpa dia? Aku boleh Kira dengan Jari...tiap Kali engkau tolak jumpa dia Tania...Bos Kita suruh Aku yang pergi..Jadi kalau engkau nak mengatal atau nak mengorat Bos Kita..Itu sepatutnya peluang keemasan engkau..tapi engkau elak? Jadi engkau tahu apa jawapan akukan...aku tetap Tak percaya…"

Tania mengeluh kelegaan dalam Hati...tanpa disangka dia masih Ada kawan disisi yang memahami apa yang sebenarnya terjadi...walaupun hubungan dia Dan Johan memang Ada rahsia..

" Engkau jer percaya dekat aku..Macam Mana pasal aku jadi perampas ini boleh tersebar dalam pejabat ini...Aku dengan Johan sesat dalam hutan...takkan pasal itu cerita negatif tu timbul?' Tania gigitkan bibir...fikiran kuat mengatakan Rina yang sebarkan pasal isu itu...tapi semakin fikiran Tania mengagak, semakin berat tuduhan itu dilemparkan...Rina turut dirasakan menjadi mangsa dalam hubungan dia Dan Johan...Tapi..siapa dia untuk mengubah takdir itu..Jika bukan tangan Johan sendiri..

Dulu takdir Tania ditangan Munshi...Apakah takdir Kali ini tetap sama, ataupun terjadi sesuatu yang lain...Tania sendiri tidak Ada jawapan tentang Hal itu...

" Rina putus tunang dengan Sir Johan..Kebetulan engkau dengan bos hilang dalam tempoh yang sama...Jadi semua yang keluar itu..semua jadi spekulasi...Kita Tak boleh ubah mulut orang Tania!" Aliah cuba memujuk hati Tania...Wajah Tania yang cuak dengan kutukan tadi dilihat Aliah telah bertenang..

" Pasal hubungan mereka berdua...pertunangan itu, Aku Tak Masuk campur Aliah...Harap semua perkara Salah faham  ini cepat berakhir.." Tania senyum kelat kepada Aliah...dia tahu dalam Masa terdekat ini perkara itu àkan menjadi isu yang panas...mungkin Seminggu, sebulan ...setahun atau selebihnya...Hanya yang diharapkan Tania, perkara hangat terbaru akan segera muncul....Dan kisah negatif dia Dan juga Johan akan berakhir nanti...

" Engkau jangan risau, kalau dah penat mulut diorang itu Tania...senyaplah cerita itu..lagipun aku Rasa pasal hubungan Rina Dan Johan tu putus Tak benar...Mungkin Bos ambil Masa tangguhkan dulu pertunangan itu...mungkin Bos perlukan Masa!" Kali ini senyuman Aliah ceria...

Sesuatu yang tidak diharapkan oleh Tania pagi itu...."Johan Dan Rina tangguh majlis. Mana Aliah dapat berita?" Tania tersenyum dengan kelat sambil seluruh perasaan hati Dan dirinya berkeceramuk.. Tania dapat rasakan darah gemurunya menyirap...dengan berita yang àkan didengar di telinganya nanti...

" Mereka perlukan Masa?" berpeluh Tania rasakan untuk mengutir bicara " mereka" maksud yang merujuk kepada hubungan  Johan Dan Rina..

" Aku nampak Bos Kita dengan Cik Rina keluar sarapan berdua tadi dekat restoran hujung jalan.Kebetulan Aku dengan suami Aku pun sarapan sama dekat situ..Elok jer mereka berdua..rasanya mungkin mereka beruda Cari Masa, lagipun bos Baru pulih.Takkan dalam jangka terdekat ini mereka nak langsunglan majlis!" Aliah sekali lagi tersenyum..

" Jadi...sebab itu engkau percayakan aku..terima kasih Aliah sebab beritahu aku semua tentang Hal ini..!" Tania senyum kelat...segala yang diperjelaskan tadi oleh Aliah buatkan Tania hilang kata - kata selanjutnya...

Dia cuma harap Aliah akan cepat pergi dari situ..Dia perlu tenangkan kembali perasaannya...dia perlu memikirkan apa yang terjadi...perubahan Johan pada Tania...perubahan pada hubungan mereka  berdua..dan hubungan Rina Dan Johan...
Paling sakitkan hati Tania, Johan bergegas ke tempat kerja kerana mesyuarat...tapi kenapa dia dengan Rina.?

" Aku cuma nak engkau tahu Aku tetap Bantu engkau Dan percaya dengan engkau...pasal Hal orang lain, jangan Dengar Dan peduli kalau isu itu ganggu engkau Tania.."

" Aku Okay...terima kasih!" Sekali lagi ucapan itu dirasakan kosong oleh Tania, bila Aliah masih belum menunjukkan tanda - tanda dia ingin pergi...

Jadi Tania tiada pilihan...

" Aliah kalau Tak Ada apa - apa lagi, Tania nak uruskan kerja dulu..Nanti Kita sembang lain.." senyuman tetap diberikan Tania untuk Aliah faham situasinya...di waktu ini dia perlukan ketenangan untuk merawat kelukaan dalam hatinya....Dan dia tidak perlukan sesiapa disisi..
Dia perlu berfikiran waras untuk perkara itu...

" Iyalah aku pergi dulu Tania..Kalau Ada apa - apa engkau hubungi aku!"
Akhirnya Aliah melangkah keluar..Tania memerhati dengan ekoran Mata menghantar Aliah pergi...

Dengan kemunculan Aliah, dia tahu apa yang terjadi pagi ini...Satu kebetulan dia juga dapat tahu tentang Johan...
Sakit hati dihati Tania sukar digambarkan, dia tidak tahu sama Ada kesakitan itu disebabkan perasaan khianati disebabkan Johan, cemburu pada Rina...atau perasaan benci apabila ditipu...tapi satu persoalan yang Tania Tak dapat buang...

"Kenapa Rina?"
" Adakah mereka berdua hanya tangguhkan Masa.....?"

Bersambung. ........????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience