60

Romance Completed 78127

Shah telah keluar dari bilik rehat pekerja restoran.

Tania menarik nafas lega..

" Tania.. kenal ker dengan kawan Bos tu? En. Shah?" Abang Mat dapat menghidu Ada sesuatu yang tidak kena dengan penipuan Tania sebentar tadi.  Mereka berdua tidak pernah berjanji untuk balik sama. Perkara itu tiba - tiba keluar dari mulut Tania.. Mat tiada pilihan lain, jadi dia membuat pilihan mengiyakan sahaja apa yang diperkatakan..

" Kawan zaman Sekolah.. cerita lama?" Tania berterus terang. Mata masih terarah ke pintu takut - takut Shah muncul kembali.

" Bf lama ker Tania?" Kak Zainah bertanya, kebetulan dia juga berada di bilik rehat itu Dan melihat segala yang terjadi..

" Ada Salah faham sikit. Tania Tak mahu kerohkan lagi keadaan. Kami Ada laluan hidup masing - masing. Tania nak elak semua itu.. Jadi Tania minta tolong dengan Akak dengan Abang Mat. Kalau boleh jangan tinggalkan Tania berdua dengan Encik Shah. Itu lebih selamat." Terus terang adalah perkara baik yang dirasakan Tania untuk mendapatkan bantuan dari rakan sekerjanya.

" Kenapa Tak selesaikan Tania, takut melarat jadi nanti. Apa yang keruh, jernihkan balik. Selesai masalah." Kak Zainah memberikan nasihat..

" Kami dah Tak Ada apa - apa nak diselesaikan kak. Cerita zaman Sekolah. Tak payah lah nak ungkit, lagipun semua itu buang Masa Tania Rasa.." Tania mengeluh..

" Itu kata kamu, tapi Tania orang lelaki ini fikir lain. Selagi perkara itu belum keluar sendiri dari mulut kamu. Selagi itu orang lelaki ini bergantung harap. Kalau kamu benar - benar dia Suka!" Abang Mat Pula memberikan nasihat.

" Tania pun Tak tahu nak buat apa sebenarnya.. salah faham kami ini dah lama. Nanti Tania fikir  pasal Hal ini." Tania mengundur diri Setelah dirasakan di luar bilik rehat itu telah selamat.

" Tania! Kamu balik dengan Abang Mat ker Malam ini?" Cadangan Tania tadi kepada Shah, diungkit kembali oleh Abang Mat.

" Tak perlu Abang Mat, Tania boleh balik sendiri. Lagipun rumah kawan Tania dekat. Sekejap lagi dia ambil Tania.

Abang Mat, terima kasih sebab bantuan tadi..lepas ini kalau Ada bantuan lagi, minta kak Zainah dengan Abang Mat tolong lagi ye!" Tania lega bila satu Hal berjaya diselesaikan Hari ini.

" Itu Baru kes Shah. Kalau Munshi pun tahu aku dah balik ke sini, macam Mana aku nak handle mereka berdua? Tania mengomel sendiri sambil langkah kaki diteruskan.

Fikirannya masih bermain - main dengan kata nasihat dari Abang Mat..
"Selagi perkara itu belum keluar sendiri dari mulut kamu. Selagi itu orang lelaki ini bergantung harap. Kalau kamu benar - benar dia Suka!"

" Takkanlah Shah sampai sekarang suka dekat Aku? Bukan dia sebelum ini hampir - hampir dengan Rina?" Persoalan itu menghantui Tania Dan akan selamanya tidak àkan berjawab.. Hal itu kerana dia tidak akan membenarkan Shah mendapat peluang.

....

"Penat jer Aku tengok engkau hari ini, selesaikan semua. Amacam Jila sedap Tak makanan dari restoran Aku. Ada sesiapa yang puji?"

" Bagi Aku rehat sekejap boleh Tak Tania, kaki Aku ini Rasa nak tercabut engkau tahu Tak. Satu Hari aku kena kehulur hilir, sakit, penat semua Aku Rasa!"

" Engkau picit aku pun bagus Tania. Pinggang aku Rasa nak patah." Jila merengek sambil pinggang di belakangkan menghadap Tania.

Tania yang kasihan dengan keadaan Jila mulai memicit..

" Engkau buat apa? Itulah sebab utama Aku Tak berkenan dengan kerja engkau ini. Sakit pinggang sebab kasut tumit tu lah. Kalau engkau pakai kasut macam Aku, berpuluh Kali engkau ulang alik pun Tak Ada masalah Jila." Tania meneruskan urutan di beberapa bahagian yang dapat membantu Jila kembali pulih.

" Engkau bolehlah pakai kasut tu, tinggi. Aku ini dahlah katik..Kalau Aku pakai kasut mendatar Macam engkau tu, uish nampak sangat aku rendah Tania." Jila membaringkan diri bagi keselesaan diri. Picitan Tania dirasakan sangat - sangat membantu.

" Dah berbaring plak engkau ini. Soalan Aku belum jawab." Tania menampar Jila dibuntut bila Jila semakin mengambil kesempatan.

" Semua orang puji. Nanti kalau Ada majlis Bos Aku Aku handle lagi. Bos Besar puji aku Hari ini." Semakin berbunga - bunga hati Jila bila mendapat pujian dari Tuan Munshi.

" Bos Besar puji engkau? Kenapa dia Tak puji restoran tempat Aku keje. Kami yang penat - penat masak engkau yang dapat nama." Sekali lagi Tania menampar Jila.

" Aduhhh.. sakitlah Tania. Tunggulah Aku habiskan cerita dulu. Kalau Aku dapat pujian, benda tu terpalit sama dengan engkau. Maksud aku restoran engkau kerja itu. Lain Kali Bos Aku cakap, pesanan makanan boleh tempah dekat restoran engkau. Ramai yang puas hati!"

" Yeaaaay!" Tania melompat gembira dengan berita yang disampaikan Jila.

" Seronok engkau Kan dapat Job. Sekarang picit aku lagi." Jila kembali berbaring..

" Bos Mana yang bagi arahan Jila. Bos kecik atau Bos Besar?" Tania sengaja ingin tahu..

" Kedua - Dua.. tapi aku lebih refer bos Besar!" Jila teruja menceritakan tentang kelakuan Bos Besar tadi kepada dia. Jila kelihatan tersipu- sipu.

" Engkau ini dah kenapa, macam Semangat jer nak bercerita dekat Aku pasal Bo's Besar engkau tu. Apa dia buat?"

" Tadi dia puji aku.. aku buat kerja bagus.tapi Tania Masa dia Mula - Mula datang Syarikat kami, dia muncul tiba - tiba dekat Bilik Pekerja. Dia Tanya pasal Aku?"  Jila kembali duduk di hadapan Tania, bersemangat untuk menceritakan apa yang berlaku petang tadi.

" Apa dia Tanya?" Tania juga pelik dengan cerita dari Jila.

" Bos Besar kami tu pertama Kali datang Syarikat kami, dia Tanya siapa orang terakhir keluar dari Bilik Mesyuarat.. dia Tanya pasal Aku?

Engkau Rasa perasaan aku waktu itu. Dah lah Aku Tak pernah tengok dia sebelum ini. Engkau agak- agak sebab apa Tania?"

" Dia syok dekat engkau lah tu, dia bujang ker?" Tania telah tergelak kecil, nampak sangat Bos Besar Jila telah tarik perhatian Rakannya..

" Bujang kot...Aku pun Tak pasti Bab itu, tapi Aku Ada lah Dengar member - member ofis perempuan gosip pasal dia.. anti perempuan!" ...

" Huh kalau dah jenis anti perempuan, lepas itu dia Cari engkau Jila. Sah - sah dia syok dekat engkau, tunggu apa lagi.." Tania mengusik dengan kelakuan Jila..

" Engkau ingat  dia Cari aku.. lepas itu dia  syok dekat akulah.. banyak lagi sebab lain dia Cari Aku." Perasaan Jila terasa berbunga - bunga dengan usikan Tania..

" Eleh - eleh..Suka ler tu!" Sekali lagi Tania mengusik bersama wajah Jila yang telah Merah padam..

.....

Kita dimana? Johan telah tersedar dari koma, perkara yang dirasakan Johan sebagai mimpi.

" Saya Dr. Matthew Dan ini Johari.. Saya Doktor yang merawat awak Johan Dan Johari..awak kena perlukan Masa untuk ingat dia.." Matthew mengubahkan pandangan Mata pada seseorang yang Baru disebutkan nama sebentar tadi..

" Johari!" Johan mengerutkan dahi Cuba berfikir mengingatkan siapa yang Mempunyai nama seperti yang dimaksudkan tadi..

Semakin Johan berfikir...kesakitan di kepalanya semakin kuat..

" Johan! Johan..Saya nasihatkan awak jangan fikirkan dulu siapa Johari. Awak perlu bertenang Dan berehat. Biar perkara itu perlahan - lahan kembali dalam ingatan awak.. awak Baru sedar Johan, perkara sebelum awak terlena kembali, awak masih ingat...

Mathhew memujuk Johan dengan lembut..Paksaan Jonathan dulu untuk Johan mengingatkan dirinya buatkan Johan mencuba berfikir melebihi kemampuannya. hingga Johan hilang kemampuan Dan kembali koma buat Kali ke-2.

Johan hanya menganggukkan kepala, dia hanya mengenali Matthew Dan Jonathan.. Jonathan dikhabarkan Matthew adalah Datuknya , Dan Matthew adalah Doktor yang merawatnya.. Kebenaran tentang Hal itu, Johan masih tidak mendapat jawapan.

.. Jonathan? Lelaki yang awak kata sebagai Datuk Saya.. Mana dia?"

" Kita bukan lagi berada di tempat Kita berada sebelum ini Johan, tapi Saya nak awak tahu, Jonathan lakukan itu semua untuk kebaikan awak."

" Kebaikan Saya? Apa yang baik dengan tempat ini?" Selimut yang menutupi kaki Johan dibuka. Dia segera duduk bersama pandangan Mata terarah kepada Johari.

" Johan!" Johari mendapatkan Johan yang memberikan pandangan keliru terhadapanya.

" awak siapa?"

Pertanyaan Johan membuatkan Johari semakin sedih dalam hati. Namun untuk kesembuhan Johan dia perlu kuat walaupun anak kandungnya tidak mengenali dirinya.

Johan pernah dijauhkan dari Johari sejak dilahirkan kerana diberikan sepenuhnya  pada Jonathan.. waktu itu Johari tiada pilihan disebabkan kesihatan Aminah yang masih kurang waras dengan kehilangan kekasihnya..

Kini dia dapat bersama Johan sepenuhnya, namun anaknya tidak lagi mengenali dirinya sebagai Ayah. Ibarat Johan dilahirkan semula. Kosong.

" Kenalan Jonathan, awak akan selamat di sini Johan. Awak Tak perlu kenal Saya, tapi awak perlu percaya Saya. Saya àkan pastikan awak selamat Dan pulih sepenuhnya."

Johan hanya tersenyum tawar.. Dia terasa kosong memenuhi segala hidupnya. Tiada satu pun yang dia ingat dalam hidupnya sebelum dia terlantar. Seakan kehidupan itu dipadam dari memori hidupnya..

Hanya yang dia tahu dari kedua - Dua situasi..Hanya Matthew yang berada di sisi sepanjang rawatan...

.....

Munshi dan Datuk Megat telah berada di perkarangan Air Port untuk menjemput seseorang. Mereka berdua hanya menunggu di dalam kereta Dan Pembantu diarahkan untuk menjemput seseorang.

Amelia, seorang wanita yang berpewatakan Menarik telah berada dihadapan Munshi Dan Datuk Megat.

Pertama Kali Munshi  melihat kearah Amelia, hati lelakinya tidak berkenan dengan gadis yang dipilih. Namun disebabkan Datuk, dia beralah.

Dia lebih rela menghadap kerja atau menghadiri Mesyuarat dari berjumpa dengan Amelia, yang pada tangapan pertama Munshi  seperti Elsa, Frozen..

Dari perbualan hanya Datuk Dan Amelia yang lebih banyak bercakap, bertanya Khabar. Sedangkan Munshi  lebih kepada menjadi pemerhati..

Melihatkan keadaan itu, Datuk Megat mengambil langkah segera untuk Munshi
memulakan langkah..Namun selepas kehilangan Datuk Megat secara Tiba - tiba, bukan Munshi yang memulakan Langkah sebaliknya Amelia..

Munshi masih bersikap sambil lewa..

" Dari tadi awak diam? Awak Tak Ada perkara yang awak nak tahu pasal Saya? Kita perlu mulakan sesuatu sebagai langkah untuk mengenali diri masing - masing." Kelihatan Amelia mengeluh kecil..

" Apa yang awak nak tahu pasal Saya? Status, nama, kesukaan Saya ... Hobi atau awak nak tahu dimana Sekolah Saya sebelum ini.. Pengajian tinggi? Apa ? Semua Tak perlu sebab Saya tahu Datuk dah maklumkan Hal itu atau awak Dan Keluarga awak dah siasat tentang Saya." Munshi tersenyum sinis..Dia semakin bosan dengan aturan hubungan bersama Amelia..

" Semua itu Saya Tak nak tahu. Satu yang Saya nak tahu pasal awak. Awak dah lupakan Tania, bekas isteri awak sebelum ini, hati awak masih Ada dia?" giliran Amelia Pula tersenyum sinis melihat gelagat Munshi yang terkejut dengan soalan dari Amelia.. Dia tidak sangka Amelia yang disangkakan Frozen sebentar tadi boleh seberani ini dengan dia..

" Apa kaitan Hal itu dengan Kita?" Munshi dapat rasakan  Amelia bukan sebarangan wanita yang boleh dia permainkan..

" Saya takkan buang Masa dengan awak, mulakan hubungan yang Saya telah tahu kesudahan dalam hubungan ini. Saya tegaskan disini Encik Munshi, kalau awak Tak boleh Move On dari kisah lampau awak, masih terkejar - kejar dalam Hal yang awak sendiri Tak pasti...

Selagi itu jangan Cari Saya!" Amelia bangun Dan Cuba pergi dari Munshi. Tapi sebelum itu Munshi Cuba menghalang..

" Awak nak pergi mana? Kita perlu tunggu Datuk kembali. Apa kata Datuk kalau dia kembali awak tiada disini." Munshi mulai bengang bila pertama Kali bertemu dengan Amelia, dia telah dikenakan sebegitu Rupa. Amelia tidak sebeku seperti tangapan pertama Munshi.

" Itu masalah awak, bukan masalah Saya. Saya Tak perlu ikut arahan awak Munshi, Kita belum Ada ikatan, Dan Saya bukan hak awak lagi. Jadi Saya yang akan buat keputusan." Amelia Menarik kerusi Dan pergi dari Munshi dengan tenang.

Munshi masih terpinga - pinga dengan apa yang berlaku. Dia seperti tercabar dengan perlakuan Amelia yang mencabar dirinya.. Kali ini dia biarkan Amelia meninggalkan dia sendiri berhadapan dengan Datuk Megat. Pertemuan akan datang, wanita Frozen bagi pendapat Munshi àkan tahu siapa dia sebenarnya.

Munshi tenang sambil menunggu Datuk Megat kembali..

Beberapa minit berlalu Datuk Megat kembali bersama kerutan di dahi melihat Amelia telah tiada..

" Mana Amelia Munshi? Dia pergi Mana?"

" Dia dah balik!" Ringkas jawapan Munshi.

" Apa kamu buat pada dia sampai dia pun balik tak tunggu aku dulu. Kita dah janji dengan keluarga dia, Kita jemput dia." Datuk Megat bersandar sambil memicit dahi yang mulai terasa sakit.

" Munshi Tak buat apa - apa Datuk. Dia yang buat keputusan untuk pergi dari sini."

" Apa kamu cakap pada dia.. tadi elok jer dia dengan aku berbual. Kalau bukan kamu siapa lagi yang Ada dekat sini."

" Datuk, dia suruh Munshi terus terang tentang perasaan Munshi. Dia tahu pasal Tania, selagi Munshi Tak keluarkan Tania dalam hati Munshi, dia minta Munshi jauhkan diri dari dia.. itupun salah Munshi?"

" Habis itu kalau hati kamu cuma Ada Tania. Kenapa kamu ceraikan Tania dulu, kalau kamu sayangkan dia?" Semakin panas hati Datuk Megat mendengar pengakuan Munshi, setelah beberapa tahun Tania diceraikan..Inilah kali pertama Hal berkenaan itu dibibcangkan.

" Tania perlu lalui apa yang Munshi pernah rasa sebelum ini .."

" Semua yang kamu buat pada dia semua  sebab dendam kamu? Aku bukan bodoh Munshi, aku tahu apa kamu buat.. Hidup dengan kamu, Tania dah cukup derita. Apa lagi yang kamu nak dari Tania.. Lupakan dia Munshi. Dia perlu Cari bahagia dia sendiri." Datuk Megat nasihat, selebihnya terpulang pada Munshi sendiri.

" Munshi belum Mohon maaf pada Tania, semua kesalahan Munshi dulu Datuk...Selagi itu Munshi takkan tenang!"

" Perasaan kamu pada dia?sampai bila kamu nak simpan perasaan itu. Kamu kena lepaskan dia Munshi.. Beri peluang lain, Cari hidup kamu sendiri..

" Munshi belum boleh lupakan Tania.Munshi Tak berani beri peluang itu pada perempuan lain...Munshi perlu jumpa Tania dulu...

Bersambung....???

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience