76

Romance Completed 78127

" Saya pergi dulu!" Suara Tania lemah...ruangan luar kereta terasa kosong..Rumah yang berada didepannya di pandang sepi...Jika Rina kesini, nampaknya dia àkan berdepan dengan persoalan Jila dengan apa yang jadi..

" Johan turun merenung rumah yang menjadi tempat tumpangan Tania sebelum ini... sepanjang Tania bekerja disitu dia Tak pernah ambil pusing dimana pekerjanya tinggal..tapi bila dia terkena dengan isterinya sendiri menjadi pekerja di bawahannya...Johan Mula memikirkan sesuatu, dia perlu ambil tahu tentang pekerjanya..jika terjadi sesuatu..

Pandangan Mata Johan dikalih kepada Tania Dan kawasan rumah sekitar...

Bila dilihat Tania tidak bercakap apa - apa dan Mula membukakan pintu kereta untuk keluar, tangannya isterinya ditarik untuk kembali keadalam kereta..

Perbuatan Johan  menyedarkan Tania..

" Tiada ucapan selamat tinggal untuk Saya?" Johan mengusap wajah Tania secara lembut..

Tania melihat Johan dengan sekilas..tanpa bicara Tania hadiahkan satu ciuman di pipi..sebagai pengganti ucapan!"

Tubuh Tania yang ingin dijarakkan dari Johan dipegang kejap untuk tidak dibenarkan segera pergi.." Seminggu Tania, jangan lupa tentang itu?" Selepas berpuas hati, barulah Johan melepaskan tubuh Tania dari gengaman..

Tanpa melihat kembali kepada Johan, Tania hanya keluar dari perut kereta Dan segera bergerak ke rumah kediamannya untuk berjumpa dengan Jila...

Kereta yang membawa Johan pergi dengan  laju mengikut seperti yang telah dipersetujui mereka berdua..

" Siapa yang hantar engkau ?" Belum sempat Tania membukakan pintu, wajah Jila telah tersembol keluar di depan pintu..

Tania terkejut sekilas namun masih bereaksi biasa dengan perlahan - lahan kasut ditanggalkan dari kakinya..
Soalan dari Jila dibiarkan, dia telah mendengar Ada nada - nada ketidakpuasan disitu..

" Kenapa Tak jawab soalan Aku!" Nada Jila keras..

Tania memandang kearah Jila sekilas, sebelum tubuh berdiri terpacak di depan sahabatnya.. Tania masih tidak tahu apa situasi yang terjadi kini...tapi dia tidak menolak Jila telah mengesyaki sesuatu..

" Boleh Aku Masuk dulu? Di dalam Kita bincang Jila!" Dalam bicara Ada kelembutan dalam nada suara Tania..

Jila memberikan ruangan kepada Tania untuk melangkah ke dalam dengan tubuh disandarkan ke tepi pintu alang memberikan laluan..

Sebaik sahaja kaki Tania melangkah, Mata Tania telah disajikan dengan satu pandangan yang mengejutkan matanya..

" Apa yang berlaku?" Tubuh Tania menginjak kebelakang sebelum Mata memandang kearah Jila.. patutlah Jila Tak berganjak dari situ....Tania tahu Jila telah plankan sesuatu..

" Semua jawapan Ada pada engkau Tania. Engkau tahu apa yang engkau buat salah?"
Perwatakan Jila benar - benar seperti membencinya kini..Namun Tania mahu tahu sejauh Mana Jila membencinya tanpa mengetahui perkara sebenar..

" Apa yang Aku buat salah, sampai engkau kemas semua barang Aku? Engkau halau aku, Jila?" Tania masih Tak percaya itu yang terjadi..tanpa penjelasan dari dia, Jila telah buat keputusan..keputusan Drastik yang tidak memihak kepadanya..Jila cuma Dengar cerita dari satu pihak, bagaiamana dengan cerita satu pihak yang lain..

" Ya Aku halau engkau? Aku Tak Ada sahabat selicik ini dalam hidup aku..Dalam diam, dalam naif engkau, kelembutan engkau..engkau kawan makan kawan! Jadi salah apa yang aku buat ini?" Jila meradang bila Tania masih bermain tarik Tali..segalanya telah terbentang..

" Rina Ada datang kesini, apa yang dia cakap?" Tania kawal semua emosi dalam diri..perkara ini dia tidak mahu terjadi, salah faham pada diri dia semakin kusut dalam perhubungan mereka sebagai sahabat..

" Engkau rampas Johan dari dia? Engkau nak nafikan tentang Hal itu?" Tangan Jila dibelakang pintu dibawakan kedepan dan sesuatu dibalingkan kearah meja.." itu bukti dia Tania, semuanya jelas, apa engkau nak nafikan lagi?'

Mata Tania terarah kepada majalah yang dilemparkan Jila, berita yang memaparkan dia Dan Johan terpampang di muka depan..entah bila gambar itu ditangkap Tania Tak pasti, tapi jelas dia Dan Johan saling berpandangan dalam pelukan..

" Mungkin sewaktu turun dari Helikopter!" Tania membuat telahan sendiri!

" Engkau tahu Aku tersesat dengan Johan di hutan..kami berdua berhempas pulas untuk hidup...Seminggu aku di hospital Jila, engkau Tak pernah lawat Aku! Ini yang Aku dapat?"

" Engkau memang layak dapat ini semua? Engkau rampas semua lelaki dalam hidup sahabat engkau Tania! Untuk kepentingan engkau? Termasuk Aku?"

" Jila apa yang apa kaitan semua ini dengan engkau?" Tania terkejut bila Jila menyatakan sesuatu yang melibatkan dia?"

" Engkau sebenarnya kenal Munshi Tania, tapi engkau rashiakan benda itu dari Aku..tapi yang Paling Aku Tak sangka, benda yang sama engkau buat pada Johan?'

" Apa aku buat?" Semakin Tania Tak faham...masalah berkaitan Dia Dan Jila..
"Munshi?"
" Apa Munshi dah buat Dan cakap pada engkau Jila, dia kata apa?" Perasaan Tania semakin Tak sedap, Munshi yang tidak berperasaan tentu telah melakukan sesuatu hingga Jila salah faham pada diri dia seperti ini..

" Aku Tak mahukan penjelasan, aku nak engkau keluar dari sini, Dan Aku Tak nak lihat muka engkau lagi?"

" Jila engkau dah Salah faham dengan Aku, beri aku Masa terangkan semua ini.Bukan macam apa yang engkau fikirkan Jila?" Tania masih Berharap Jila tidak salah faham kepadanya mengenai isu itu...Banyak yang perlu diperjelaskan lagi..

" Rina nak bertunang dengan Johan lagi Seminggu..tapi korang berdua hilang dalam hutan..sebaik engkau dengan dia dijumpai..Johan putuskan hubungan dengan Rina, semua alasan Johan, sebab engkau Tania..Johan pilih engkau dari Rina, yang dah lama Johan Cinta?"

Huh...

Apa lagi nak diperjelaskan! Kenapa tuhan Tak matikan terus dekat hutan tu, jadi Aku dengan Rina Tak perlu sengsara disebabkan perbuatan jijik engkau tu?" Kemarahan Jila semakin menggila, belum pernah dilihat Tania, Jila bereaksi begitu dengannya..

Jika Tania mengambil tindakan sekarang itu tidak àkan membantu Tania menyelesaikan masalah..dengan berat Tania membuat keputusan..

" Aku pergi dari sini Jila, jika itu tenangkan hati engkau..Jika Aku bersalah Aku takkan kembali, Dan balik jumpa engkau dekat sini...aku anggap perpisahan ini untuk engkau ambil Masa tenangkan perasaan engkau pada Aku! Aku pergi....

" Pastikan tiada satu barangan engkau tertinggal Tania, Aku harap selepas ini Aku dengan engkau Tak kenal lagi!"

Air Mata Tania bertakung di tubir Mata dalam wajah tenang..Segala kesedihan ditahan..Bukan ini yang diharapkan Tania bila dia kembali disitu, dia harapkan Jila hanya mahukan penjelasan dari dia...bukan kebencian..

Pakaian yang telah siap dibungkus di dalam beg Tania tarik keluar rumah, mujur Tania tidak membawa banyak barangan kesitu, hanya barang - barang keperluan asas..

Bila tiba di depan Jila, Tania memberhentikan langkah..." Jila aku harap engkau boleh halalkan segala yang telah engkau Bantu Aku..Aku harap engkau àkan Dengar penjelasan Aku tentang semua ini, tapi bukan sekarang Jila, engkau sedang marahkan Aku..apa pun keputusan Hari ini, engkau tetap salahkan Aku...tapi sebelum Aku pergi Aku nak minta pertolongan engkau Jila, buat terakhir....Aku harap engkau sudi? Lama Tania terdiam menunggu jawapan dari Jila, selagi tidak dapat jawapan, Tania tidak àkan berganjak..

Akhirnya melihatkan kedegilan Tania, Jila memberikan peluang.." apa dia sebelum engkau lenyap dari hidup kami?" Tiada kekesalan dalam diri Jila..

" Aku harap engkau boleh pujuk Rina jumpa Aku di restoran tempat Kita jumpa kembali, selepas perpisahan Kita 3 tahun...Tania tahu Jila tahu lokasi yang disebutkan tadi..

" Jumpa pada 25 haribulan, Dua minggu lagi, Aku harap Rina Ada sekali!"

" Tengoklah!" Jawapan Jila acuh Tak acuh, wajah Tania tidak lagi dipandang..

" Pembunuh Yang telah dijatuhi hukuman pun layak diberikan rayuan Jila, inikan Pula kes Aku..!"
Tanpa mendapatkan riak jawapan dari Jila, Tania melangkah keluar dari rumah tanpa berpaling lagi...

Hari ini dia berjaya selamat dari hospital, namun dalam hidup dia masih belum terasa selamat yang membolehkan dia selesa Dan bahagia....

*****

" Tuan nampaknya Ada penggunaan Baru untuk Kad Kredit dibawah Jonathan!" Seseorang memaklumkan Johan di sebelah Malam..

" Kad Kredit?" Johan Tak faham maksud panggilan.

" Tuan suruh kami pantau kegunaan Kad Kredit bawah Cik Tiana?"

" Huh!" Baru Johan teringat, dulu dia Dan Matthew buat plan untuk tahu Tania sekaya Mana...?"

" Mana penggunaannya?" Tanpa berlengah Johan ingin segera tahu..Apa Tania buat dekat hotel? Tadi dia tinggalkan Tania di rumah Jila...Johan dapat mengagak Ada sesuatu yang Tak kena..

" Imperial Hotel!"

Panggilan di tamatkan oleh Johan Serta merata..

" Richard, siapkan kereta..Kita kesana!"

Bersambung ........???????

Share this novel

Sara Amylia Kamarozaman
2020-04-28 17:25:43 

update lg...knape semua nie tania kene lalui...sdih plak jila buat mcm tu dkat tania...apapn jila x patut buat tania mcm tu,dgr sebelah pihak saja...tania pn salah jgk sbb x bg thu tentang mushi...alaihai makin rumit plak

EmaIra
2020-04-28 17:08:33 

best novel ni.

EmaIra
2020-04-28 17:08:32 

best novel ni.


NovelPlus Premium

The best ads free experience