57

Romance Completed 78127

" Jila!" Tania memujuk..

" Okay...Shah Ada datang Sekolah Kita dulu, tapi engkau Tak Ada Tania..Lepas tu engkau hilang macam itu jer..aku dengan Rina Tak tahu engkau kemana?"

" Jadi...?" Tania Cuba memahami maksud yang disampaikan Jila..Kedengaran cerita mereka dulu masih Samar..

" Rina dia... Jila kelihatan serba salah untuk menceritakan kisah selanjutnya..

" Dia apa Jila? Kening Tania berkerut bersama fikiran Cuba memahami apa yang Baru disampaikan Jila...

Tania semakin tidak sabar..." Kenapa engkau Macam susah sangat nak beritahu aku pasal Rina dengan Shah..Ada benda yang aku Tak tahu ker..Aku janji Aku Tak marahkan engkau, walau apa pun yang engkau rahsiakan dari aku.. Janji?"
Dalam hati Tania dia sangat  harapkan cerita sebenar dari kejadian dulu..Apa sebenarnya yang dia telah terlepas..
Dia mahu mengetahui apa yang dirahsiakan selama ini dari pengetahuan dia..

" Rina sebenarnya dia pun....s..sukakan Shah Tania. Keluarga Shah dengan keluarga Rina baik...Bila Shah tukar Sekolah dulu...Aku Rasa, sebab dia mahu elak dari Rina..

" Engkau pasti ker pasal tu Jila..Pasal perasaan Rina pada Shah!" Tania seakan sukar untuk percaya..

" Rina Tak pernah luahkan pasal Hal itu dekat Aku ...tapi yang Aku tahu, Dia putus harapan dengan Shah waktu itu..bila Shah ambil keputusan keluar dari Sekolah Kita.... Lepas itu!...

Lepas itu apa yang jadi?" Tania semakin hilang  sabar menanti.. Penemuan petang tadi bersama Shah Tak banyak cerita yang dibincangkan mereka berdua..Hanya cerita pelik dari Shah, yang buatkan perbualan mereka berdua berhenti..

Seingat Tania...Lebih kepada Salah faham..

" Aku harap apa yang aku ceritakan ini, engkau boleh nilai sendiri..Shah pernah datang sekali Cari engkau dekat Asrama dulu..waktu tu aku Baru habis kelas malam ulangkaji dengan Mila..Aku nampak Rina dengan Shah..Aku Dengar semua perbualan Rina pada Shah..aku Tak pasti benda ini aku patut cakap dekat engkau Tania..Lagipun benda Ni dah lama jadi.." Jila mengeluh berat...

" Apa mereka bualkan?" semakin kuat Tania ingin mengetahui Hal itu lebih lanjut..

" Engkau dengan Rina kawan Aku Tania..Jadi Aku serba salah..aku di tengah - tengah..Aku tahu pasal hubungan engkau dengan Shah..tapi dalam Masa yang sama..aku kesiankan Rina..."

" Maksud engkau Rina pun sukakan Shah.." Tania tergamam..Seingat dia..Rina Tak pernah nak tunjukkan perasaan hati dia Dan luahkan pasal Hal itu pada dia...
" Kenapa aku Tak perasan!"bicara Tania dalam hati..

" Tania..Shah sebenarnya datang Malam itu Cari engkau..dari perbualan yang Aku Dengar, Rina maklumkan Shah, engkau dah berpindah Sekolah, kami langsung Tak Ada khabar berita dari engkau..dia lagi buat cerita waktu itu, situasi engkau, sama macam situasi Shah..engkau pindah Sekolah ikut sedara engkau. Itu yang jelas aku Dengar Rina tipu Shah..

" Kenapa Rina buat Macam itu...Aku Tak tahu kalau dia pun Suka Shah Jila.." Tania mengigit bibir, menyesal kerana dia terlepas pandang tentang perasaan Rina pada Shah.. Mereka bertiga telah kenal lama.. Tania Tak tahu kalau Hal itu keruhkan keadaan mereka berdua..

" Aku minta maaf..Aku Tak tahu nak cakap apa Tania..Rina paksa Aku rahsiakan Hal ini..Kebetulan engkau Tak Ada Malam itu..Engkau ikut Abang sepupu engkau..Jadi cerita Rina Macam betul...

" Ohhhh...Tania tergamam..Abang sepupu yang dimaksudkan Jila adalah Munshi..Tak banyak yang dia boleh ubah pada Malam itu jika dia Ada di Asrama..Hubungan dia Dan Shah tentu lebih bermasalah jika mereka berdua ditakdirkan bertemu..

" Aku pun tersilap sama dalam Hal ini..Aku Tak salahkan Rina, Jila..Mungkin dia Ada sebab dia sendiri..." Tania mengeluh berat..

" Sebab itu aku Tak nak maklumkan engkau pasal Hal itu.Aku Tak nak persahabatan Kita putus.. Aku tahu Cara Rina Salah, tapi Tania...Aku betul - betul Sayang persahabatan Kita, Aku Tak nak sebab Shah Kita gaduh..

" Hmmm! Aku faham..Cuma yang Aku Tak faham sekarang ini Dell Jila..Shah beritahu tadi, Dell jumpa dia..Cerita Hal buruk pasal Aku...dari cerita yang Shah cerita Rina pun terlibat sama..

" Huh! Apa Dell maklumkan pada Shah, Tiana? Pasal apa? Apa lagi yang dia Tak puas dengan engkau..Dell itu memang nak kena..

" Dahlah...cerita lama. kalau Aku ungkit pun dekat sini, Tak boleh ubah apa - apa pun Jila..Shah dengan aku mungkin dah Tak Ada jodoh..

Mungkin yang jadi tadi..pertemuan kami Tuhan nak tunjukkan aku sesuatu.." Tania kembali tersenyum bila mendapatkan segala cerita dulu yang dia inginkan..

" Tania..Sebab engkau dah cakap macam itu, jadi Aku Rasa bersalah kalau Aku Tak maklumkan sepenuhnya. Sebenarnya Shah dengan Rina pernah bertunang lepas Shah putus harapan dengan engkau..Tapi setahun lepas itu, Shah putuskan hubungan itu sebab dia Tak boleh tipu diri sendiri.."

" Maksud engkau Jila?" Patutlah tadi Shah sengaja Cari pasal dengan dia..Banyak yang salah faham dari hubungan mereka berdua.." Shah Tania minta maaf".

" Sepatutnya Rina Dan Shah  berkahwin, tapi Shah putuskan hubungan itu di tengah jalan.Jadi disebabkan itu Rina bawa diri sambung pengakuan dia jauh dari sini..Pasal Shah, Aku dah Tak Dengar cerita pasal dia...!" Lambat - lambat Jila menerangkan kemelut hubungan antara mereka bertiga..

" Jadi Rina kesana disebabkan Shah..Rina! Sepatutnya dia berterus terang dengan Aku dulu Jila.Kalau dia maklumkan Hal ini awal, rasanya Tania dengan Shah pun takkan mulai apa - apa perasaan. Tania sayangkan hubungan persahabatan kita bertiga.. Benda dah terjadi, harap Rina Tak salahkan Tania.." keluhan berat Tania buatkan Jila semakin serba salah.

" Shah Macam Mana Tania bila jumpa engkau? Apa dia  cakap?" Jila mahukan kepastian tentang Hal Shah dengan Tania.

" Banyak yang dia Salah faham.. Dia pun Tak tahu cerita sebenar..Lagi - lagi Dell Ada Cari dia..Biarlah nanti kalau perkara ini berlarutan, terpaksalah Tania Cari kerja lain Jila."

" Shah Cari pasal dengan engkau ker? Apa Dell beritahu dia?"

Tania menjungkitkan bahu. " Masih boleh diuruskan Jila, benda biasa."

Keadaan dapat dirasakan Tania sukar pada mulanya..Dari pertemuan sebentar tadi dengan Shah. Tak habis - habis Shah Cari pasal. Tania cuma menurut segala karenah Shah. Dia dapat rasakan segala rungutan Shah Dan kelakuan lelaki itu seakan menyembunyikan sesuatu, mungkin Salah faham dari hubungan mereka berdua sebelum ini..

Layanan  Shah tidaklah seteruk dengan layanan Munshi pada dia dulu..perkara yang dilakukan Munshi lebih kejam dari semua yang Shah buat pada dia tadi.

jadi Tania hanya menurut tanpa karenah kerana tidak mahu timbul pertengkaran di kemudian hari..
Dia hanya perlukan Masa untuk keadaan yang tegang bersama Shah pulih.. kini dia cuma Berharap keadaan mereka berdua satu Hari nanti akan kembali menjadi seperti dulu, Hanya itu harapan Tania..

" Tania, hati - hati. Kalau susah - susah sangat, engkau berhenti jer Tania. Sebulan dua ini aku boleh support engkau lagi.! Jila memberikan cadangan..

" Itu sebulan dua Jila, Bulan ketiga macam Mana? Aku kena kerja jugakan.Aku Tak nak susahkan engkau..Aku boleh handle Hal ini."

" Engkau pasti tentang tu. Aku takut Shah ganggu engkau lagi atau engkau dengan dia...

" Jangan mengarut Jila, hubungan kami takkan jadi Macam dulu.Dia cuma kawan Kita, sama Macam yang lain.." Tania senyum tawar. Ada Sesuatu yang dia tidak terus terang dengan Jila, tentang kenapa dia kembali kesitu.

" Saya hantar awak balik Tania. Lagipun Hari dah lewat Malam." Shah muncul di muka pintu bilik pekerja setelah Syif Tania Tamat..

Tania menjadi kaku dengan pelawaan Shah yang didepan Mata. Dia Tak sedap hati dengan pelawaan itu, bila itu adalah Hari pertama dia bekerja..Mata - Mata pekerja lain yang berada sama di dalam bilik itu melihat kearah Tania Dan Shah secara bergilir..

" Terima kasih pelawaan itu, tapi Saya dah janji dengan Abang Mat, balik dengan dia Malam ini." Tania senyum kelat sambil melihat kearah lelaki yang disebutkan tadi.. Ternyata Abg Mat yang dimaksudkan Tania terpinga - pinga memandang kearahnya, bila dalam Masa yang singkat dia terpaksa mencari alasan yang logik bagi menolak pelawaan Shah..

Shah kecilkan Mata mendengar alasan dari Tania.." Betul ker Abang Mat janji dengan Tania?" Shah dapat lihat bagai Ada yang tidak kena tadi.

" Aaaaa...Aaaahh..ahah..Abang Mat yang menjadi tumpuan Shah membuat keputusan mengangguk kepala untuk menolong Tania."

Sebaik melihat Abang Mat menolongnya, Tania menarik nafas lega dalam hati..

" Hei Shah apa tunggu lagi, kawan - kawan Kita semua dah tunggu Kita. Engkau buat apa dekat Bilik pekerja aku ini?" Mata En. Rizal memandanh kearah Tania. Sejak dari temuduga pertama lagi, Shah seakan memberikan perhatian lebih pada pekerja barunya. Pada mulanya dia sangkakan Ada salah faham dari sikap Shah pada Tania.

Tapi bila semakin kerap Shah datang ke restorannya, hampir setiap hari. Hatinya Mula tertanya - Tanya. Tapi Hal itu didiamkan dulu untuk melihat sejauh benar Kebenaran dari syak wasangkanya.

Tania mengundurkan diri bersama - sama dengan Abanh Mat terlebih dahulu..

Malam ini dia terselamat dari Shah untuk mereka mulakan perbualan hanya berdua. Perkara itu telah awal - awal lagi Tania elakkan... Hanya pada waktu selepas temuduga dulu sahaja Tania tidak dapat lari dari lelaki itu..

Esok Tania masih tidak mengetahui nasib dirinya jika Shah masih tidak berputus asa. Jika keadaan berterusan Tania perlu memikirkan Cara lain...

Bersambung.......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience