34

Romance Completed 78127

" Awak.....awak buat Macam itu pada Dia!" Kini Baru Tiara faham apa yang terjadi..patutlah sewaktu Tania datang dulu wajah gadis itu resah..Dia ingatkan Tania sedara jauh Munshi, Tak sangka waktu Tania kesitu..gadis kecil itu isteri Munshi..tapi macam Mana perkahwinan itu tetap terjadi...itu menjadi persoalan dari Tiara..

Namun setelah semuanya terbongkar..Tiara hilang patah untuk bicara...Dia ingatkan Munshi lelaki yang bertanggungjawab..dari riak Sifat Munshi tiada terjelas Sifat buruk pada lelaki itu..

Diakui Munshi Mempunyai Sifat Suka mengawal, tapi tidak disangka Tiara lelaki itu boleh bertindak begitu kepada Tania..

Dia kasihankan Tania.." Munshi Saya Tak Ada apa - apa Komen pasal Hal ini..Saya takkan ganggu awak lagi." Setelah keputusan Tiara nekad, dia melangkah meninggalkan Munshi, bukan untuk Hari itu tapi untuk selamanya...

Munshi tidak menghalang atau Cuba memberhentikan langkah Tiara...bagi Munshi itu adalah yang baik..

****

Setelah sekian lama seseorang menghubungi Tania dalam panggilan..Tania Cuba mengenali suara yang terdengar di corong telefon, sebaik suara itu diamati...Tania melompat dengan gembira...Ternyata suara dalam panggilan bersamanya adalah Raudah, kenalannya..

" Raudah!" Suara Tania kuat kedengaran..tanpa mempedulikan orang yang berada disekeliling..wajah ceria Tania jelas kelihatan...

Keceriaan Tania membuatkan Johan menjelingkan Mata...untuk mendengar bicara..langkah didekatkan kearah Tania..walaupun tidak rapat dia perlu jelas  mendengar perbualan yang membuatkan Tania gembira seperti itu..

Mengenali Tania, tiada banyak peristiwa gembira dalam hidup wanita itu..Jadi jika Ada sesuatu perkara gembira, itu sesuatu benda Baru dalam hidup Tania..

" Macam Mana tahu nombor Tania." Keterujaan Tania membuatkan dia lupa segala yang berlaku dalam hidupnya..

" Pak Long Kamil Tania..kebetulan dia datang semalam jadi Akak minta nombor kamu..Tak sangka lama kamu sepikan diri dari kami..Tup ! Tup kamu berhenti kerja..Ini semua pasal lelaki itukan." Raudah mengeluh bila kejadian menimpa Tania kembali..

" Dia Ada kacau lagi dekat restoran ke kak?" Tania cuba untuk mengetahui perkara sebenar..pergaduhan dulu antara Munshi Dan Danny, Tania tinggalkan restoran Dan orang - orang yang pernah dia kenali..

Bagi membuatkan tempat persenbunyian tidak diketahui..Tania terpaksa membuangkan telefonnya...Dia takut dengan kehadiran Munshi, lebih - lebih lagi waktu itu dia tiada apa - apa..Dia terlalu lemah.Kerna takut dia mengambil keputusan mudah..Jika Munshi telah tahu dia bekerja disitu, tidak mustahil Munshi akan mencungkil dari rakan - rakan Tania dimana dia tinggal..

Jadi untuk mengelak Hal itu dia perlu mencari jalan singkat dengan dia tidak menghubungi sesiapa Dan tiada siapa yang boleh menghubungi dirinya..

Ternyata rancangan Tania berhasil sebelum muncul kereta yang parkir di depan biliknya...

Huhhhhh! Tania mengeluh bila kejadian itu diingat kembali.

Seminggu dia datang restoran, macam biasa dia akan pesan menu yang sama Tania..Akak lah jadi mangsa dia, tapi dari apa yang akak lihat dia Tak ganggu kami..Dia cuma duduk, minum Dan beredar. Cuma....!"

" Cuma apa kak?" Tania mulai resah..Tiada siapa orang - orang disitu yang tahu hubungan Tania Dan Munshi..Semua orang menganggap dia sebagai seorang wanita bujang, wanita yang belum berkahwin..

" Danny yang Tak puas hati dengan dia..Tapi engkau tahulah Encik Zauhar..Dia selesaikan benda tu.Tiap Kali lelaki itu datang, Akak yang ambil pesanan dia..Tan Tak masuk campur hal itu." Panjang lebar Raudah cerita Dan Tania bersama Johan disisi mendengar..

" Baguslah dia Tak buat apa - apa, Tania cuma takut dia buat bukan - bukan." Tania Menarik nafas lega..

" Tania, Akak Tak nak masuk campur hal kamu..tapi libatkan Cara kamu larikan diri, berhenti kerja tanpa notis..Akak dengan pekerja lain jadi risau..Kami Cuba hubungi kamu, tapi sayangnya Tak dapat..Bila semalam Pak Long datang Baru kami dapat harapan..

" Maafkan Tania..tapi sebolehnya Tania Tak mahu sesiapa terlibat dalam Hal ini..Tania selesaikan diri.."

" Iyelah.. kalau itu kamu fikirkan.Tapi Akak telefon kamu ini sebab Encik Zauhar nak jemput kamu datang sama dalam majlis Sambutan Restoran..Dia harap kamu hadir.."

Tania serba salah..Jika dulu dia bujang, automatik dia àkan cepat menyatakan setuju, tapi sekarang dia perlu meminta keizinan Johan.

Anak Mata Tania memandang kearah Johan memohon jawapan..sambil panggilan bersama Raudah dihentikan seketika ....Raudah masih dalam panggilan menunggu jawapan dari Tania..

" Berapa Hari bulan?" Johan bertanyakan terlebih dulu kepada Tania sebelum Tania bertanya kepadanya..

" Tiga Hari lagi...Malam! Macam Mana?" Tania membuat muka simpati, Berharap Johan àkan simpati...

Sejak tinggal bersama di rumah itu Tiana belum lagi melihat dunia luar..Hidupnya sekitar di rumah itu, Dan Johan tidak membenarkan Tania bekerja..Hanya menantinya pulang, itu tugas yang diberikan Johan pada Tania..

Berkenaan Kepercayaan..Johan masih was - was dengan wanita..

" Okay, tapi Aku kena Ada disisi."

Jawapan Johan buatkan Tania tersenyum sampai telinga.." okay!" Tanpa membuang Masa Tania memberikan jawapan pada Raudah Dan panggilan ditamatkan..

" Tania!" Siapa Danny?" Soalan Johan yang membuatkan wajah Johan dilihat Tania bagaikan tidak percaya..

" Danny! rakan sekerja Saya dekat restoran kenapa?" Tania tenang bicara..Sejak Johan menjadi suaminya dapat dilihat Tania perwatakan Johan berubah..Dia menjadi terlebih melindungi dan bila melibatkan lelaki dia akan cemburu buta..walaupun yang datang ke rumah mereka adalah kenalan lelaki Johan..

" Adakah dia...

" Bukan!" Cepat Tania mencelah..Dia tahu apa yang Johan mahu maksudkan. Hubungan sama Macam awak dengan Saya dulu Johan..Tiada yang berkembang dalam Hal perhubungan itu..Dia tiada perasaan pada Saya, begitu juga Saya ..Tania terpaksa mereka cerita untuk membuatkan Johan tidak terfikir yang bukan - bukan..

" Macam Mana sekarang Tania dengan Saya! Awak dapat rasakan sesuatu?" Johan rasakan jawapan Tania Malam ini cukup untuknya tenteramkan hati..Bukan mudah untuk dia dapatkan Tania.

Tania hanya ketawa..." Well, bergantung pada Sifat awak pada Saya.Saya Tak cepat jatuh hati...Tania tersenyum..

" Really!" Johan menjungkitkan kening memandang Tania..' lagi apa yang Saya terlepas?"

" Saya Tak suka lelaki tua Suka merajuk!" Semakin kuat suara ketawa Tania kedengaran bila dia kenakan Johan..

" Sipi! Hmmmm lagi..??" Johan memeluk Tania..

" Awak Suka konkong Saya!" Tania Cuba meloloskan diri dari pegangan tangan Johan..

" Hampir..Tapi awak tahu Saya lindungi awak Kan, sepenuh jiwa Dan raga Saya!" Giliran Johan Pula ketawa dengan ayat - ayat jiwang.. Tania dilihat Johan telah menjulingkan Mata..

" Rude! Tania menggunakan perkataan yang selalu digunakan oleh Johan bila dia marahkan seseorang..

" And Mad..." Johan menyambung perkataan Tania..

" Mana boleh awak ambil perkataan Saya..Awak kena fikirkan perkataan  lain!" Tania protes..

" Macam perkataan apa? Saya separuh - separuh..Mana Saya tahu apa lagi Bahasa melayu yang awak sering gunakan untuk  kutuk Saya Tania..awak selalu gunakan perkataan yang jarang Saya tahu, tapi Saya dah tulis perkataan itu semua dalam buku Dan Saya akan tanyakan pada Daddy...waktu tu awak akan tahu nasib awak Tania.." Johan menunjukkan muka serius..

" Mamat made In Italy ini tahu Rupanya Aku kutuk dia." Bicara Tania dalam hati, sambil melihat reaksi Johan..dari reaksi lelaki itu dia tahu lelaki itu hanya menyakatnya..

" Saya Tak kutuk awak okay Johan, tapi Saya cuma cakap Bahasa yang awak Tak faham..bukan Salah Saya, dekat sini Tak Ada siapa yang boleh faham Dan sama Bahasa Macam Saya..Jadi untuk Saya Tak lupa..."

" Tania!" Johan mnghentikan bicara mengarut Tania..sebelum kedua - duanya saling berpandangan Dan ketawa dengan kehidupan mereka kini..

Bersambung....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience