18

Romance Completed 78127

" Arghhhhhh sejuknya Malam ini" Tania membebel sendiri. Tangan digengam sambil sekali sekala ditukarkan menjadi buku Lima untuk mengurangkan kesejukan.

Sepanjang laluan perjalanan ke rumah Tania sunyi. Tiada orang yang berkeliaran memandangkan waktu itu musim akan bertukar kepada musim sejuk.

10 saat perjalanan Tiana tidak merasakan sesuatu yang mendebarkan hatinya, namun setiap Kali dia perlu melalui sebuah jambatan. Tiap Kali itu jugalah dadanya akan berdegup kencang. Perasan gugupnya muncul..

Hal itu bukan disebabkan Tania takutkan sesuatu, tapi perasaan takutnya muncul bila cerita seram yang pernah diceritakan oleh Philip, seorang lagi pekerja tempatan yang bekerja bersamanya di restoran majikannya Zaihar.

Serta merta cerita hantu di jambatan itu menerpa pada fikiran Tania. Tiap Kali Tania melalui jalan itu, tiap Kali itu juga nama Philips menjadi mangsa sumpah seranahnya dalam hati sehingga dapat dirasakan Tania selamat..

Namun Kali ini perasaan dia lain malam ini..Tania dapat melihat sesuatu.. Lembaga Hitam yang kelihatan berada di sisi jambatan.

Mata Tiana amati Lembaga Hitam itu...perasaan berdebar semakin mencengkam..
" Tania Cuba melarikan diri, namun langkah kakinya terhenti ..dia tiada pilihan lain..

Hanya itu jalan yang terdekat.. Tania menunggu seketika dari jauh, namun dapat dilihat Lembaga itu masih belum bergerak..

Tania semakin was - was.. " takkan manusia?" Susana yang semakin sejuk membuatkan Tania tiada pilihan. " Errrr, nak lihat ke Tak nak ini Tania."

" Bismillah..Setelah membacakan beberapa ayat Al - Quran, Tania memberanikan diri..

Ternyata dihadapan Tania seorang manusia.. Manusia yang Cuba.. " Takkan dia ini..

" Encik..? Tania mengelabah dalam Masa yang sama dia was - was dalam tindakannya..

" Hello...."
Bila tiada reaksi, Tania mencuba pelbagai Bahasa.. untuk seseorang itu faham maksudnya...namun hampa..

Ternyata tumpuan orang misteri itu masih tidak hilang dari memerhati ke arah air sungai.. Matanya tidak dialihkan memandang Tania..

bagaikan Tania tidak wujud disitu..

" Awak nak buat apa.. Hello, Encik..Jangan buat perkara - perkara macam itu.. itu bukan jalan terbaik.. Tak Ada masalah Tak boleh selesai... Encik...hello. blah..blah...blah....

" Boleh Tak awak diam, jangan ganggu Saya..Go..." Akhirnya misteri lelaki itu terjawab..

" Lrrrrrrr..bicara lelaki itu buatkan Tania tergamam.. Melayu? Lelaki Pula tu.. penat Aku alih Bahasa.. Tak boleh jadi.." Tania mengetap bibir geram.

mati - mati dia ingatkan Mat Saleh manalah tadi..

" Awak Islam?" Tania Mula berjalan Dan duduk disebelah lelaki misteri itu..

" Apa kena mengena Hal itu dengan Aku dekat sini...?" Suara garau lelaki menjawab pertanyaan Tania.

" Bercakap pun lelaki ini, aku ingatkan bisu. Bagus Tania, Ada kemajuan." Tania memujuk hati bila lelaki itu mulai memberikan respon baik..

" Saya bukan nak ganggu awak nak bunuh diri dekat sini, tapi cuma nak maklumkan.. awak takkan mati...!
Percayalah." wajah Tania diseriuskan..

Kelihatan wajah lelaki itu dipalingkan kearah Tania... Terlihat dari pandangan malam. lelaki itu mempunyai wajah Maskulin .." kacak".. Tania kurang memuji, tapi Kali ini lelaki disebelah nya memang berpewatakan Menarik..

" Mana engkau tahu.....?"

" Hari - Hari Saya lalu dekat sini, Tak pernah lagi Saya lihat orang bunuh diri. Kalau Encik nak tahu, air sungai tu cetek, jambatan ini pun Tak tinggi. Kalau Encik terjun dari sini... Paling kurang cuma patah riuk.. awak faham ker patah riuk tu apa?"

" Jadi kalau Aku terjun aku akan terselamat....

" Dan menyusahkan orang sekeliling awak nanti. Sebab akan jaga awak yang cacat. Bayangkan kalau awak akan hidup lebih 30 atau 40 tahun lagi berkerusi roda. Kan sia - sia usaha awak tu..Itu namanya menyeksa diri..

" Aku nak Cuba.....

" Jangan! dengan tindakan pantas Tania Menarik lelaki itu kebelakang. Akibat dari itu, Tania terjatuh di atas dada lelaki itu..

" Hushhhhhh! Sipi" Tania mengeluh.."

" engkau boleh bangun sekarang ini. Dah banyak Masa Aku rugi terbuang.." emosi lelaki itu terganggu bila urusan nya diganggu.

" Jangan! Awak Tak rasa ker perbuatan awak ini sia - sia.. banyak lagi Cara lain.. Kenapa awak buat semua ini?" Tania semakin geram dengan sikap lelaki yang Baru diselamatkan olehnya.

Lelaki itu masih dalam keadaan terduduk di tanah, termenung.. hanya berdiam..kelihatan jelas di wajah lelaki itu, wajahnya kusut dengan masalah..

Tania akan berusaha untuk membantu lelaki itu..

" Isteri aku tinggal aku..." akhirnya lelaki itu bersuara, Cuba meluahkan ketidak puasan dalam hatinya.

" Awak boleh Cari perempuan lain..." Pantas Tania memberikan jawapan.. Kelihatan Mata lelaki itu melihat kearah Tania.

" Tiada orang peduli Aku ..?"..

" Saya peduli.Kalau Tak Saya takkan selamatkan awak tadi.. Saya peduli" perkataan itu Tania ulang. Dia mahu berikan harapan kepada lelaki itu untuk hidup.

" Aku Tak Ada peneman dalam hidup aku. Semua orang tinggalkan Aku satu persatu. Tak guna lagi Aku nak hidup.."

" Saya akan temankan awak, Saya temankan awak sampai awak pulih, janji awak jangan sesekali bunuh diri lagi.. Saya temankan awak.."

Wajah lelaki hadapan Tania berubah dengan jawapan Tania.." awak takkan tinggalkan Saya, awak akan temankan Saya. Wajah lelaki itu bagaikan tidak percaya dengan pengakuan dari Tania. Lebih - lebih lagi mereka berdua orang asing..

" Saya akan temankan awak sampai awak pulih. Sebelum itu Saya Tania!" Huluran tangan Tania di hulurkan kepada lelaki Misteri itu..

Huluran tangan Tania disambut setelah beberapa saat lelaki itu hanya berdiam..

" Johan."

" Bagus! sekarang Saya nak tahu awak tinggal Mana? Saya hantar awak balik rumah awak dulu. Keluarga awak tentu risau.." Tania Cuba memujuk..

" Saya Tak Ada Keluarga, Dan Saya Tak Ada  rumah.."

Mendengarkan Hal itu Tania cuba melihat kejujuran di wajah Johan. " Ermmmmm ,kenalan? Awak Ada kenalan yang awak kenal dekat sini?'

Johan hanya mengelengkan kepala..

Tania tiada pilihan, segala jawapan hanya mendapat jawapan gelengkan dari Johan.

" Awak ikut Saya dulu balik rumah Saya. Tapi Saya nak ingatkan awak. Saya Muslim , Islam sejati. Saya cuma nak tolong awak Kali ini. Jangan buat bukan - bukan dekat rumah Saya. Saya cuma Bantu temankan awak untuk hadapi sunyi. Tiada niat lain..

Esok Kita akan selidik tentang awak..

Dapat dirasakan Tania, suasana sekitar semakin sejuk. Jika dibiarkan Johan bersendirian di luar sama sahaja dia membenarkan Johan membunuh diri disitu. Jadi tiada pilihan lain, dia perlu membawa Johan bersama Malam itu tinggal dirumahnya.

2 Saat perjalanan Tania Dan Johan tiba di rumah apartment Tania. Tania mendahului Langkah sebelum Johan mengikuti belakangnya Masuk ke dalam rumah Tania.

Johan hanya mendiamkan diri sementara Tania memerhati segala tindakan Johan. Setelah lampu dipasang barulah Tania dapat melihat wajah sebenar Johan.

" Kacak tapi Tak Ada otak!" Tania menilai dari perspektif pertama dia mengenali Johan.

" Bilik awak dekat situ, bilik Saya sebelah sini. Kalau awak perlukan sesuatu panggil Saya, Saya akan Bantu tapi jangan sesekali buat perkara itu dalam rumah Saya..." Tania memberikan amaran.

Kelihatan Mata Johan yang dikecil memandang Tania..

" Awak Ada apa - apa nak beritahu Saya ker?" Johan dilihat Tania bagaikan ingin menyatakan sesuatu.

" Ada makanan?" Wajah Johan yang serba salah terlihat di Mata Tania.

" Lapar? Saya akan sediakan makanan untuk awak.. awak duduk dulu dekat sini,"

Tanpa membuang Masa Tania menyediakan Mee segera untuk Johan, sambil Mata Tania masih belum lepas memandang segala tingkah laku Johan. Selesai memasak satu mangkuk Besar di letakkan Tania dihadapan Johan untuk dinikmati.

" Awak makanlah, Saya masuk bilik dulu.. sekejap lagi Saya keluar balik untuk bersihkan semua ini." Selesai bicara Tania menghilangkan diri dalam biliknya..

Setelah mengunci pintu barulah Tania tersedar dari perbuatannya.. " apa engkau buat ini Tania, Suka - suka hati engkau bawa balik lelaki asing dalam rumah ini. Kalau dia perompak, psiko Macam Mana.?

Seseorang dari nombor hubungan Tania dipanggil..Setelah Dua Kali deringan panggilan telefon dijawab. " Hello Raudah, ini Tania...

" Memanglah egkau Tania, tapi sebab apa telefon Aku Malam ini?" Suara Raudah juga Cemas menerima panggilan dari Rania di tengah Malam.

" Aku bawa seorang lelaki dekat rumah Aku Malam ini...

" Hah lelaki? Lelaki mana engkau bawa ini?" Suara Raudah semakin terkejut dengan kejutan dari Rania.

" Itu Aku ceritakan dekat restoran esok. Tapi kalau apa - apa jadi dekat Aku. Lelaki itu nama Johan. Ingat betul - betul Raudah, Johan.

" Okay! Johan aku ingat. Boleh ker engkau handle ini? Nak Aku kesana?"

" Laki engkau nak campak Mana?"

" Ya Tak ya juga. Engkau hati - hati jer lah Tania. apa - apa hubungi aku."

" Okay aku pergi dulu! Bye.. panggilan ditamatkan.

" Fuhhhh, selesai satu Bab." Tania lega.

Selesai menukar pakaian yang menutupi seluruh badannya, Tania keluar mendapatkan Johan.. Namun Johan tiada di meja tempat dia menjamu selera tadi. Pinggang yang dimakan oleh Johan juga telah dibersihkan Dan disusun kemas.

" Ehemmm!" Suara Johan dibelakang Tania.

Tania cuba bereaksi tenang.." ini baju Saya sediakan untuk awak Malam ini. Esok Saya akan Cari maklumat awak.."

" Hmmmm. Terima kasih sebab makanan tadi. Tapi Saya nak beritahu sesuatu tentang Saya  dekat awak ....?

" Apa dia? Tania terkejut bila Johan telah Mula berinteraksi berjawab soalan dengan dia.

" Saya bukan perompak, perogol , lelaki Psiko yang macam awak cakapkan tadi tu. Saya cuma tekanan perasaan dalam hidup... Saya hilang arah..

" Gulp, terasa darah merah Tania mengalir hingga ke kepala. Tania dapat rasakan dirinya panas kerana kantoi dengan Johan." Baguslah kalau macam itu.

Selamat Malam."

" Selamat Malam.. Tania." Baju yang diberikan dibawa bersama kedalam bilik. Tidak disangka Johan, masih wujud seseorang yang prihatin terhadap dirinya..
Segala usaha Tania dia akan Cuba tidak sia - siakan hidupnya.. Dengan bantuan Tania, Dia seakan mendapat Semangat Baru dalam hidup.

Bersambung....

Luv PB.....:)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience