"Jawab aku betul-betul Elys!" Kali kedua beb aku kena tengking dengan Tengku Farzeeq.
"Saya..tak sengaja lepaskan amarah pada awak tadi depan Ros, saya baling pen dan menjerit tadi. Dia tak pernah tengok saya marah sebab tu dia menangis terkejut. Saya dah cuba pujuk tapi dia tak boleh dipujuk oleh orang lain selain saya dan juga Iskandar, jadi saya call Iskandar untuk datang ke sini memujuk dia." Mata aku sudah berkaca. Ya ampun kenapa hati aku lembut sangat seperti tisu, pantang di tempik berderai!
"Haa jawab macam ni dari tadi kan senang, tak perlu aku nak tengking-tengking. Kau ingat aku suka ke tengking-tengking ni?" Tengku Farzeeq mendekati aku dan mengambil tisu di atas meja aku.
"Elys, awak okay ke tak dekat dalam tu? Buka pintu ni Lys." Iskandar mengetuk-pintu dari luar. Terperanjat mendengar Tengkingan Tengku Farzeeq juga agaknya.
"Aku okay. Jap aku buka ni." Aku menepis tangan Tengku Farzeeq yang ingin mengelap air mata aku. Pintu pejabat bilik aku buka dan terpampang muka Iskandar yang sedang mendukung Ros dan juga Kak Nira menjenguk ke dalam billik.
"Kau asal bro? Tak manislah tengking-tengking perempuan macam ni. Tak puas hati bincang elok-elok boleh kan? Bukan dengan cara menengking untuk kau dapatkan jawapan dari dia. Perempuan ni bro kau kena cakap elok-elok, kalau kena dengan caranya dia akan bagitau apa yang kau nak tahu. Talau kau tak boleh nak layan dia seperti seorang perempuan ada baikya kau lepaskan je dia. Aku boleh ambil dia kerja dengan aku." Iskandar mendekati Tengku Farzeeq lalu di tolak bahu lelaki itu. Ros sudah diletakkan di luar kerana tidak mahu budak sekecil itu melihat pergaduhan antara orang dewasa.
"Kau nak dia? Bagi aku alasan kukuh kenapa aku perlu lepaskan dia dekat tangan kau? Kalau setakat kau nak bagi dia kerja lebih baik dari apa yang dia dapat sekarang ni, aku pun boleh naikkan dia ke peringkat lebih bagus dari apa yang kau janjikan pada dia." Tengku Farzeeq tercabar dengan kata-kata Iskandar.
"Mungkin duniawi aku tak mampu untuk bagi dia kebahagiaan tapi aku akan pastikan dia bahagia hidup bersama aku dan juga Ros hingga ke akhir hayat aku. Aku akan pastikan dia bahagia dan tak perlu hadap orang yang suka menengking dan menyakitkan hati dia. Kau jangan ingat semua perempuan hadap sangat harta kau tu. Pikirlah dalam-dalam sebelum aku sendiri yang rampas Elys dari syarikat kau ni sekaligus aku boleh ranapkan apa yang kau ada sekarang ni. Aku bagi kau peluang terakhir Tengku Farzeeq untuk kau buktikan pada aku bahawa kau boleh layan Elys seperti seorang perempuan bukan kuli kau. " Kata-kata Iskandar berubah seperti ugutan bagi Tengku Farzeeq.
"Haha. Hebat perancangan kau Iskandar. Tapi jangan harap aku akan lepaskan Elys pada kau atau sesiapa pun!" Tengku Farzeeq sempat mentertawakan Iskandar sebelum dia keluar dari bilik aku dan meninggalkan aku bersama Iskandar.
Apa yang sudah terjadi? Adakah Iskandar sudah jatuh hati pada aku sehingga berani menyuarakan hasratnya untuk bertanggungjawab ke atas aku dan juga Ros. Bagaimana pula dengan apa yang dimaksudkan oleh Tengku Farzeeq yang tidak mahu melepaskan aku pada sesiapa? Aku dah naik pening sekarang ni.
Apa masalah dua lelaki ni? Yang sorang hangin tak habis-habis sejak balik bercuti dari Resort hari tu. Yang lagi sorang ni entah kenapa tiba-tiba berani sangat dengan kata-kata dia. Ikut hati aku ni dua-dua aku hempuk. Dah macam budak kecil bergaduh. Aku koyak sikit je sebab kena tengking tapi Iskandar pula kemain backup sampai bergaduh dengan Tengku Farzeeq.
"Awak okay ke Lys?" Iskandar mendekati aku.
"Saya okaylah, awak tak payah risau pasal saya. Awak tak kenal ke saya macam mana?" Aku meyakinkan Iskandar bahawa aku tak ada apa-apa.
"Sekarang ni bagitau saya apa jadi sebenarnya, saya nk dengar A to Z. Boleh?" Iskandar menarik tangan aku duduk bersamanya di sofa.
Aku pun mula bercerita tentang Tengku Farzeeq asyik hangin sahaja dengan aku. Semua benda nak kena ikut kata dia sehingga aku tidak dapat menahan marah aku dan Ros menjadi mangsa melihat amarah aku.
Aku juga memberitahu tentang Tengku Farzeeq memaksa aku bercerita tadi sehingga dia naik marah dan tengking aku.
Setelah Iskandar mendengar semuanya, dia menasihati aku supaya berhenti kerja di bawah Tengku Farzeeq. Kumpulan kami sudah memiliki banyam syarikat yang aku boleh kendalikan kata Iskandar. Sudah tiba masanya untuk aku sebagai ketua kumpulan mengetuai dan ambil alih semuanya yang selama ini Islandar terpaksa kendalikan seorang diri.
"Bagi aku fikir dulu. Apa-apa keputusan aku bagitau kau. Aku pun dah penat nak kerja sini walaupun baru sekejap. Sekarang dah tiba masanya aku balik ke pangkuan kumpulan aku sendiri dan ketuai semuanya." Aku belum dapat memberi kata putus tapi aku akan pasti mencari kata putus secepat mungkin.
"Baguslah kalau awak dah sedar dengan kata-kata saya tadi. Saya harap awak dapat buat keputusan dengan bijak. Saya bawa Ros balik, awak kerja elok-elok. Kalau ada apa-apa call saja saya, okay?" Iskandar pergi dan membawa Ros. Aku hanya menghantar mereka melalui pandangan mata sahaja.
Aku kembali menyambung kerja aku setelah Iskandar dan Ros pulang. Bunyi deringan telefon menghilangkan fokus aku terhadap kertas projek. Aku mencapai telefon.
"Wa'alaikumsalam bonda, kenapa bonda call Lys ni?" Agak pelik kerana sudah lama bonda tidak menghubungi aku.
"Bonda nak kamu balik minggu ni." Suara bonda seakan tegas.
"Kenapa pula ni bonda? Selama ni Lus tak balik bonda tak ada pun call. Kenapa tiba-tiba je minggu ni nak kena balik? Ada apa-apa ke?" Agak terkejut juga aku dengan permintaan bonda untuk aku pulang ke kampung minggu ini.
"Bonda kata balik tu balik saja, jangan nak banyak soal. Itu saja bonda nak sampaikan, bonda letak telefon dulu. Assalamualaikum." Talian terus dimatikan.
"Apa sebenarnya yang berlaku di kampung agaknya sehingga bonda mendesak aku untuk pulang. Aduh sakit kepala aku, satu satu masalah datang hari ni." Aku menatap screen telefon aku lama sambil berfikir kemungkinan yang akan berlaku di kampung.
Aku bersandar di kerusi untuk menenangkan fikiran. Terasa kusut sangat hari ini. Semuanya bagai air hujan yang turun tanpa guruh, petir dan juga kilat menyambar sebagai amaran.
Share this novel