Pergaduhan aku dengan Ahmad Irjad minggu lepas menjadikan aku rasa serba salah kerana memarahi lelaki itu yang datang menjenguk aku malah aku menghalau dia balik.
"Assalamualaikum. Awak sihat?" Aku menghubungi lelaki itu sementara menunggu waktu pejabat tamat.
"Waalaikumsalam. Hmm"
"Sorry pasal hari tu. Saya tengah tidur. Awak pula datang buat bising macam tu. Saya tak suka orang kacau saya tidur."
Aku menjelaskan perkara yang dia sendiri sudah tau. Sesiapa saja yang hadir dalam hidup aku akan tau perangai aku yang tidak suka diganggu ketika tidur. Orang kata jangan kejut harimau yang sedang tidur. Tapi aku lain, jangan ganggu Izz Elys yang sedang tidur.
"Yela. Saya minta maaf juga kerana melepaskan marah pada awak. Saya geram awak halau saya balik." Terdengar keluhan halus hari bibir jejaka itu.
"Tak apa salah saya juga. Awak nak ikut saya balik kampung tak minggu ni?" Aku bertukar intonasi ceria.
"Serius awak nak balik?"
"Aahh. Tapi naik kereta saya, awak drive. Hehe"
"Okay. Nanti saya datang rumah awak dan kita terus gerak. Saya tumpang letak kereta dekat rumah awak. Nanti senang tak payah awak nak hantar saya balik." Idea lelaki itu selalu mementingkan keselamatan aku.
"Orite. Okay lah awak, saya dekat pejabat lagi ni. Saya nak kemas barang lepas tu nak balik. Bye." Aku meletakkan telefon bimbitku dan terus mengemas barang. Terasa lega bila sudah meminta maaf atas kesalahan aku berkasar dengan dia tempoh hari.
"Bye akak Nira yang meletop" Saja aku mengusik Nira Nelly yang sedang mengemas untuk pulang.
"Meletop tang mana kamu cakap Lys. Mulut kamu tu nanti akak letupkan." Laju macam peluru dibalasnya. Selafaz. Kalau akad nikah ni bangga sekali lafaz.
"Hahahaha. Meletop awet muda" Aku menemani akak Nira mengemas barangnya.
"Akak memang muda. Baru 38" Bahu aku ditepuk kerana malu dipuji begitu.
"Elehh malu-malu kucing pula akak ni. Dah jom balik. Nanti Encik gagak keluar tengok kita tak balik habis kita kak."
"Kamu ni tak habis-habis dengan gagak. Tak ada gagak dekat sini. Jom balik. Makin merapu kamu duduk sini lama-lama." Aku memeluk lengan akak Nira. Rasa macam kakak aku pula dia ni.
Kami pulang bersama-sama. Aku menghantar akak Nira sampai ke keretanya.
"Rajin kamu nak hantar akak sampai kereta ni kenapa? Ada apa-apa nak bodek ke?"
"Mana ada. Saya memang rajin" Aku mengeluarkan kunci Hyundai Veloster Red kesayanganku.
"Hurm..kereta sebelah kereta kita rupanya patutlah nak menghantar kita." Akak Nira sudah mencebik bibir.
"Hehe" Aku tersengih hingga menampakkan barisan gigi.
"Akal dengan ketinggian sama paras. Kamu jangan makan kalsium banyak sangat Lys takut makin tinggi akal kamu nak pedajal orang."
"Hahahaha apalah akak ni. Dah masuk cepat. Drive elok-elok" Aku melepaskan lengannya.
"Ada ke samakan akal dengan ketinggian. Hahaha" Aku menghidupkan enjin kereta dan memandu pulang.
??????
Aku memerhati IrJad dari dalam rumah. Irjad seperti sedang leka dengan telefonya sambil menunggu aku.
"Awak mesej siapa tu?" Aku meletakkan beg pakaian di dalam bonet keretaku.
"Err. Tak ada siapa. Saya call ibu tadi bagitau nak balik hari ni." Dia menghulurkan beg bajunya kepada aku.
"Oh. Okay. Nah kunci." Aku menyambut hulurannya dan memberi kunci kereta kepada Irjad.
Dalam perjalanan aku hanya mendiamkan diri. Aku tau Irjad ada sembunyikan sesuatu daripada aku.
"Berapa awak beli kereta ni?"
"Dah nak berhabuk kereta saya ni baru nak tanya harga ke. Saya tak ingat sangat sebab dah lama. Cecah Rm 160,000 juga."
"Ohh. Best bawak kereta ni."
"Memanglah best bawak kereta orang. Kalau rosak awak tak kena ganti. So tolong memandu dengan cermat ye Encik Irjad."
"Baiklah Cik Elys kesayangan saya."
Mata aku semakin berat dan terus terlelap. Memang pantang naik kereta mesti nak tidur. Irjad hanya membiarkan aku tidur. Kerana kalau Irjad ditempat aku pun dia akan buat perkara yang sama.
"Sayang bangun kita dah sampai rumah saya ni." Irjad menarik lengan baju aku untuk mengejutkan aku.
"Hurmm.."Aku bangun dan terus membetulkan rambut aku.
"Jom. Ibu dah tunggu dekat depan tu."
"Okay." Aku menuruni kereta dan menuju kearah wanita yang berumur 50an itu.
"Assalamualaikum ibu." Irjad terus menyalam ibunya. Aku turut mengikut salam tangan itu. Namun hanya seketika.
"Waalaikumsalam. Dah sampai anak ibu ni. Jom masuk mesti penatkan." Wanita itu memeluk anaknya.
"Saya balik dulu ye aunty." Rasa terpinggir disitu. Dan terus meminta diri untuk pulang. Rumah aku dengan rumah Irjad tidak jauh.
"Hurm" Wanita itu terus masuk kedalam rumah tanpa menunggu aku hilang dari laman rumahnya. Irjad saja yang masih menunggu disitu.
Irjad pov
"Kereta kamu mana long"
"Ada. Kenapa?" Pelik dengan soalan ibu.
"Kenapa kamu naik kereta dengan budak tu. Ibu dah banyak kali cakap ibu tak suka kamu berkawan dengan dia." Riak serius ditunjukkan.
"Apa ibu ni." Aku meletakkan telefon sebentar.
"Ibu tak suka budak tu. Rambut perang. Tak bertudung. Macam tu kamu nak jadikan isteri ke?" Tangan masih lincah melipat baju.
"Apa-apa je lah ibu. Along penat nak berlawan kata dengan ibu. Dari kecil ibu saja yang betul. Dulu abang dia ibu kata bukan-bukan sekarang dia pula." Aku melihat skrin telefon tiba-tiba bercahaya. Ya allah aku tak matikan call dengan Elys tadi!!. Aku terus mencapai telefon tersebut.
"Hello." Panggilan terus termati. Rasa menyesal sangat sebab cuai.
"Puas hati ibu? Elys dah dengar semuanya" Aku memandang ibu dengan rasa geram.
"Baguslah kalau budak tu dah dengar. Tak payah dia menyendeng dengan kamu lagi."
"Susah cakap dengan ibu ni." Aku meraup wajah.
"Tak payah pening-pening ibu dah ada calon untuk kami. Ibu pasti kamu suka budak tu. Baik orangnya." Tersenyum ibu sambil berkata demikian.
"Suka hati ibu" Sungguh aku rasa sangat bersalah dengan Elys. Baru sahaja nak berbaik dengan gadis itu ada saja masalah datang. Aku bangun meninggalkan ruang tamu.
Aku cuba menghubungi Elys beberapa kali namun tidak berjaya. Maafkan saya Elys. Awak tak patut dengar semuanya tadi.
End pov
Aku hanya membiarkan panggilan Irjad itu. Aku tidak sangka ibunya masih tidak dapat menerima aku. Dari dulu sama saja sikap ibunya. Ibunya memandang aku ini seperti ingin merosakkan kebahagiaan anaknya.
"Elys, bonda nak cakap sikit" Lamunan aku tersentak dengan sapaan bonda.
"Cakap apa bonda"
"Kamu masih berkawan dengan Irjad ye?"
"Ye." Perlahan tapi cukup untuk bonda dengar.
"Kamu dah lupa apa dia buat dekat kamu? Kamu kena ingat Lys apa dia buat dekat kamu dulu. Senang-senang je kamu maafkan dia. Tak paham ibu dengan kamu ni."
"Lys ingat semua yang dia buat dekat Lys dulu ibu. Lys ingat juga apa bonda dan keluarga ni buat pada Lys dulu. Zaman remaja Lys tak sama seperti remaja lain bonda. Bonda tak rasa apa yang Lys rasa. Kalau bonda nak persoalkan tentang kemaafan Lys pada dia, bonda patut tanya diri bonda sama apa yang bonda buat selama ni betul ke? Dah lah bonda lebih baik Lys tak payah balik kalau bonda nak cari salah Lys"
Air mata aku dah bergenang apabila mengingat kisah lampau. Aku tidak dapat menahan rasa yang terbuku dihati. Baru saja tadi aku mendengar perbualan Irjad dan ibunya yang tidak menyukai aku sekarang aku dimarahi oleh bonda dan mengingatkan aku kepada masa lalu.
Aku masuk ke bilik menghamburkan rasa sedih dan kecewa yang bertandang pada malam itu dengan air mata. Baru sikit aku luahkan pada malam ni terasa sudah terlalu sakit. Baru sikit aku luahkan pada malam ni terasa sudah terlalu sakit.
Share this novel