"Abiy makan!" Aku memanggil Tengku Farzeeq yang berada di bilik bacaan di atas untuk turun makan bersama.
"Coming sayang!" Dia pun sama tarzan dengan aku.
"Sayang masak apa?" Tengku Farzeeq berdiri dibelakang kerusi meja makan.
"Hati manusia dengan air sungai ni tak nampak ke?" Aku menarik kerusi Tengku Farzeeq dan dia pun duduk. Aku pula yang kena jadi gentlewomen layan mamat ni. Patutnya dia yang tarik kerusi untuk aku.
"Hai sayang ni kasar gurau." Pinggan yang berisi nasi disambut.
"Siapa suruh tanya soalan macam budak tadika." Aku mencedokkan lauk ikan siakap tiga rasa ke dalam pinggan suami aku.
"Tanya pun tak boleh." Tengku Farzeeq mencebik.
"Nak makan ke nak berborak?" Aku pandang Tengku Farzeeq dengan wajah serius.
"Okay-okay makan." Terus tutup mulutnya. Haih payahnya kena layan baby tua ni. Ros pun tak macam ni.
"Sayang lepas ni kita pergi rumah mama papa tau. Majlis resepsi dekat sebelah abiy pula minggu ni."
"Okay boleh."
Selepas makan kami pergi ke rumah mama dan papa.
"Abang Izreen ada dekat rumah ke?" Aku meninjau kereta Tengku Izreen yang berada disebelah temoat parking kereta Tengku Farzeeq.
"Semua orang ada dekat sini sayang. Haa lagi mulut ni jangan gatal nak panggil dia abang. Abiy cubit mulut ni nanti." Bibir aku dicuit Tengku Farzeeq.
"Hehe okay. Semua orang? Tak banyak pun kereta." Aku mencari kelibat kereta lain yang mungkin menyorok dekat celah-celah pokok.
"Family abiy majoritynya duduk dekat taman ni je sayang. Membazir minyak je nak naik kereta datang sini."
"Ohhh." Aku buka pintu kereta dan keluar.
"Ishh dia ni kan tunggulah orang yang bukakan. Tak sweet langsunglah." Tengku Farzeeq berlari dari untuk membuka pintu kereta aku tapi aku dah keluar dulu.
"Tak payah nak sweet-sweet sangatlah saya ada tangan nak buka pintu sendiri." Aku menutup pintu kereta.
"Jomlah masuk." Aku memanggil Tengku Farzeeq yang tegak sahaja berdiri di situ.
"Haih orang tua ni kan mengada tau. Yelaa saya masuk balik." Aku masuk kembali ke dalam kereta.
"Jom sayang kita dah sampai." Tengku Farzeeq buka pintu kereta lalu menghulurkan tangannya.
"Terima kasih Mr. Husband." Aku menyambut tangan Tengku Farzeeq. Aduii tak pasal je kena jadi pelakon tak berbayar semata-mata untuk memujuk Encik Suami.
Syiha pov
"Encik Hilman?"
"Yes saya. Awak Syiha yang saya terlanggar hari tu kan?" Hilman duduk di hadapan aku.
"Yess me."
"Saya minta maaf yee sebab at that time saya betul-betul nak cepat sampai tak perasan awak."
"It's okay I tak cedera teruk pun. By the way sempat ye you selit number dekat beg I. I ingatkan number siapalah that's why I call that number. Tak sangka itu number you." Saja Syiha membuat helah.
"Haha. Saja test market mana tau dapat. Awek cantik siapa tak nak right?" Hilman tersengih memandang aku.
"Oh I see."
"Waiter." Aku memanggil pelayan restauran.
Kami order makanan.
"Boleh saya jadi kawan awak?" Hilman bertanya.
"Sure can. More than that pun I okay je. I pun single dah lama." Syiha membetulkan rambut curlnya.
"Seriusly?" Riak wajah Hilman teruja.
"Nope I gurau je. Makanlah. I ada kerja lepas ni." Kami makan dan ada riak wajak kecewa pada muka Hilman apabila aku mempersendakannya. Terlalu awal untuk bercinta dengan kau Hillman.
"Okaylah I terpaksa pergi and makanan ni tak apa I yang bayarkan." Saja aku maniskan mulut untuk melihat riaksi lelaki ini. Adakah dia seorang yang gentleman atau tidak.
"Ohh okay thanks belanja makan. Next time kita jumpa lagi tau."Rasa nak gugur jantung aku dengan jawapan lelaki dihadapan aku ini. Aku terus beredar dari restaurant itu.
End Pov
"Hello adik ipar." Tenku Izreen menegur aku dibalkoni.
"Eh hai Tengku Izreen." Rasa kekok pula apabila berjumpa dengan lelaki ini. Dah lah aku pernah belasah dia dulu. Haha.
"Mana husband you?"
"Hmm abiy I pergi ambil Ros, anak I dekat papanya. Esokkan majlis kami."
"Ohh I see. Tahniah Elys sebab you dapat buka hati Tengku Farzeeq untuk bercinta lagi. Kalau bukan sebab you kami sekeluarga tak tahu macam mana nak suruh dia kahwin." Okay sepertinya ada sesuatu yang aku tidak tahu tentang Tengku Farzeeq.
"Wait. Kenapa pula? You pun tak kahwin lagi tak ada pula orang nak paksa?"
"No it's because Farzeeq tu kami langsung tak nampak dia berinteraksi dengan perempuan. Dia seperti hilang rasa terhadap perempuan you know?"
"Why? Dia pernah putus cinta ke?" Berkerut kening aku memikirkan apa sebenarnya yang sudah terjadi.
"Yup girlfriend dia pernah curang depan mata dia and plus dia sayang gila dekat girlfriend dia. Before this I dah banyak kali bagitau dia that girlfriend dia tu banyak lelaki but dia tak percaya until he saw it." Ada bunyi kekecewaan yang terkeluar dari dengusan Tengku Izreen.
"Ohh, patutlah I tengok husband I busykan diri dia dengan hal-hal dipejabat sampai tak ada masa untuk diri sendiri. But, why dia buat keputusan untuk kahwin dengan I padahal kami tak bercinta and sanggup merahsiakan hal macam ni daripada I?"
"Hmm about your wedding with him, I think you should ask him."
"Okay. Adik-beradik mesti nak berkomplotkan? I know. It's okay I wiil ask my husband later." Setelah melihat kereta suami aku masuk ke perkarangan rumah, aku terus beredar dari balkoni itu untuk menyambut kepulangannya dan juga Ros.
"Hello anak mummy." Aku mendepakan tangan menunggu Ros untuk sampai kepada aku.
"Mummyy." Happy sungguh dia dapat berjumpa dengan aku. Dah lama tak berjumpa. Selama ni dia terpaksa duduk dengan Iskandar kerana aku banyak urusan perkahwinan yang perlu diuruskan.
"Mummy taknak peluk daddy sekali ke? Daddy pun baru balik ni." Tengku Farzeeq mencuit bahu aku.
"Ishh daddy ni sibuklah. Jom jumpa Atok dengan Nenda." Aku menepis tangan Tengku Farzeeq lalu mendukung Ros untuk berjumpa dengan Ibubapa Tengku Farzeeq pula.
"Perghh dah jumpa anak terus lupa suami. Dasar isteri derhaka." Tengku Farzeeq mengomel sendiri.
"Sayang dengar abiy." Aku kembali kepada Tengku Farzeeq dan berbisik ke telinganya.
"Betul apa abiy cakap. Memamg nak sayang dengar pun." Tengku Farzeeq mencubit pipi aku.
"Werkkk!" Aku menjelir lidah dan terus berlari bersama Ros.
"Hello cutie, Siapa nama?" Tengku Amanda mencubit pipi Ros.
"Ros" Melenggok-lengok badan budak kecik ni menjawab. Suka pula dia kena puji.
"Pandainya dia. Meh sini dekat atok." Tengku Fahmi pula menarik Ros dan mencium pipinya.
"Sayanggg" Tengku Farzeeq memanggil aku.
"Yee." Perlahan aku menjawab. Rumah mertua kena jaga adab. Ada terkejut orang tua ni kalau dengar aku menjerit nanti.
"Baju abiy mana?" Tengku Farzeeq memeluk pinggang aku dari belakang.
"Dalam beg pakaian abiylah. Cuba tengok betul-betul." Aku mencubit tangan Tengku Farzeeq supaya dia melepaskan pelukannya. Muka aku ni dah tebal kerana malu dengan semua orang yang sedang melihat.
"Aduh sakitlah. Tak jumpa sayang." Terus terlepas pelukannya dan kini dia menggosok tangannya kerana pedih dicubit. Padan muka.
"Pergilah layan suami you tu dulu Elys. Menyampah I tengok dia ni." Tengku Izreen menjeling Tengku Farzeeq.
"Mama ada orang jeles. Itulah orang suruh kahwin dia tak nak lepas tu jeles tengok orang nak manja-manja dengan wife." Tengku Farzeeq mencebik ke arah Tengku Izreen.
"HAHAHA." Semua yang berada disitu ketawa. Tengku Izreen bangun dan beredar meninggalkan ruang tamu.
Share this novel