BAB 26

Fantasy Completed 9946

Aku berlari mendukung Ros ke tempat suara Syiha menjerit meminta pertolongan tadi. Aku melihat di dalam bilik perhimpunan tadi hanya ada Syiha, Iskandar dan juga Adam. Aku memerhatikan setiap daripada mereka bertiga.

"Siapa yang gatal minta tolong tadi?" Aku bercekak pinggang setelah meletakkan Ros di atas meja.

"Saya" Syiha mengangkat jari telunjuk memberitahu bahawa dia yang menjerit tadi.

"Apahal kau memekik? Jembalang mana yang kacau kau?" Aku memandang mereka bertiga silih berganti.

"Hehe. Tak ada sesiapa pun kacau aku. Aku saja nak test suara dekat dalam markas kau ni." Syiha memandang Iskandar dan membuat isyarat yang aku sendiri tidak faham.

"Kau buat apa ni? Kau lepaskan aku sebelum aku panggil yang lain tangkap kau letak dalam bilik kurungan." Aku memberi arahan keras kepada Iskandar kerana dia menangkap aku dan mengikat aku pada kerusi yang beroda.

"Rileklah Queen, Kita seronok-seronoklah dulu. " Iskandar mengambil soletip dan dilekatkan pada mulut aku supaya aku tidak dapat mengeluarkan sepatah kata dan arahan.

"Kau cakap apa tadi? Tak nak kacau rumah tangga orang? Haa ni kita bagi kau rasa nikmatnya berumah tangga." Syiha datang menghampiri aku lalu digeleteknya aku. Aku rasa nak terkencing kena geletek.

"Sekarang kita main game orang mabuk pula." Kini giliran Iskandar pula yang memusingkan kerusi aku membuatkan aku rasa pening dan ingin termuntah. Aku hendak menjerit tetapi mulut sudah kena tutup.

"Miyy" Ros turuun dari meja lalu menyepak kaki Iskandar dan juga Syiha untuk menyelamatkan aku. Dia membuka ikatan pada tangan aku. Yeah aku dah bebas. Siap kau Syiha dan Iskandar. Aku tak tau sejak bila budak dua ekor ni jadi ngam satu kepala. Baru sekejap tadi aku tinggalkan mereka yang sedang bergaduh.

"Thank you anak mummy" Aku mencium dahi Ros dan mengangkat Ros dan diletakkan diatas riba Adam. Adam hanya menjadi pemerhati sahaja dari tadi. Nasib baik dia tidak terlibat sama kalau tidak dia orang pertama yang aku kerjakan.

"Kau berdua mari sini." Aku duduk bersilang kaki diatas kerusi dan memanggil Syiha dan Iskandar.

"Yes Queen!" Syiha dan Iskandar menjawab serentak dan datang dekat pada aku.

"Aku bagi kau dua pilihan sebagai denda. Yang pertama ialah menjadi pemandu dan pembantu rumah aku selama seminggu. Dan kedua ialah menjadi tukang masak aku selama seminggu. Pilihlah yang mana kau orang nak" Aku memberi senyuman paling manis kepada mereka berdua. Adam dan Ros menahan tawa.

"Ketiga ada?" Syiha tanya seolah tidak bersalah manakala Iskandar membuat muka kesian dan jari tiga meminta pilihan ketiga.

"Ada. Duduk dalam bilik kurungan selama dua hari dan tunggu masa untuk ke bilik seksaan menjalani hukuman seterusnya. Nak?"Aku menunding jari kearah bilik kurungan yang berada dibelakang walaupun tidak nampak kerana dihadangi oleh dinding dan bilik-bilik lain. Muka mereka berdua berubah kelat dengan pilihan ketiga.

"Sekejap nak bincang." Iskandar memeluk belakang tengkuk Syiha supaya menunduk dan mereka pusing membelakangi aku untuk berbincang dengan tawaran khas yang aku sediakan.

"Ke kau nak aku yang pilihkan?" Adam yang berdiam diri dari tadi bersuara. Syiha dan Iskandar memandang Adam.

"Okay kau jela yang pilih Adam. Aku malas nak tunggu dia orang ni. Lambat sangat." Aku memberi Adam peluang untuk membuat pilihan. Muka Syiha dan Iskandar seperti tiada darah bimbang akan pilihan yang dibuat oleh Adam akan memudaratkan mereka berdua.

"Aku pilih pilihan kedua." Adam saja ingin mengenakan Syiha dan Iskandar. Haha.

"Good. Okay memandangkan Adam dah buat pilihan, mulai hari ni kau orang ikut aku balik rumah dan jadi tukang masak aku." Aku bangun dari kerusi dan mendekati Syiha dan Iskandar.

"Jom balik papa. Mummy dah lapar. Ros lapar tak?" Aku memandang Ros. Syiha dan Iskandar memandang aku seperti tidak percaya dengan apa yang aku cakapkan tadi. Mungkin agak menggelikan apabila ayat dan intonasi seperti itu keluar dari mulut aku.

"Apar!" Ros menjerit bahawa dia juga lapar. Ros seperti bijak dalam permainan minda yang aku reka.

"Jom mummy kita balik papa masak sedap-sedap untuk mummy dengan Ros ye." Iskandar bergerak ke arah Ros dan mendukung Ros.

"The hell" Syiha menyaksikan drama tidak berbayar itu rasa ingin mengeluarkan segala isi perutnya.

"Kau balik naik kereta Iskandar, aku dengan Ros naik kereta aku" Aku mengambil Ros dari Iskandar.

"Apahal aku kena naik dengan mamat sewel ni?" Syiha menjeling Iskandar disebelahnya.

"Ewah tadi buat kerja gila sama-sama tak sewel? Aku tak kira kau naik dengan dia. Aku nak pecut balik ni. Kau tunjukkan jalan ke rumah kita dekat dia. Aku balik dulu. Good luck Syiha." Aku melambai Syiha dan terus bergerak pulang.

"Cepatlah mana kereta kau? Haish kenapalah kau wujud dekat dunia ni?" Syiha memarahi Iskandar kerana ditinggalkan oleh aku.

"Itu kereta saya" Iskandar menunjukkan ke arah kereta sorong di kawasan luar markas.

"Seriuslah gila. Aku tampar kau apa pun tak dapat nanti." Syiha membuat muka bengang.

"Huu marah betul. Sini kereta saya." Iskandar bergerak ke arah garaj tempat letak kereta sebelah kereta aku. Dan mereka pun bergerak pulang bersama. Sepanjang di dalam kereta masing-masing hanya berdiam diri.

"Itu dapur. Jangan buat-buat lupa perjanjian kita tadi ye." Syiha dan Iskandar masuk saja di pintu utama rumah aku terus menunjukkan dapur supaya mereka tidak lupa akan tugas baru mereka.

"Elys, saya nak kena tinggal dimana sepanjang seminggu menjadi tukang masak rumah awak ni? Iskandar bersama beg pakaiannya bertanya hairan kerana tak mungkin aku akan membiarkan dia duduk satu rumah dengan aku dan juga Syiha.

"Kau duduk rumah sebelah. Amik bilik kedua sebelah bilik utama. Bilik utama dilarang masuk. Faham?" Aku memberi amaran keras kerana bilik utama itu hanya untuk hal-hal kecemasan sahaja dan itu merupakan bilik aku. Didalam bilik utama itu aku telah meletakkan semua barangan aku.

"Sejak bila rumah kita ni ada dua?" Syiha yang sudah lama bersama dengan aku pun tidak tahu akan bentuk rumah aku ini.

"Sejak kau belum masuk duduk dengan aku lagi. Rumah aku ni aku reka rumah berkembar tetapi dari luar seperti rumah berlainan. So, memandangkan kau orang dah tau lebih baik kau orang simpan rahsia ni daripada terlepas ke mulut orang lain." Aku menerangkan sedikit tentang bentuk rumah aku kepada mereka berdua kerana keadaan sudah menjadi darurat.

"Baik bos!" Syiha dan Iskandar menjawab serentak. Lalu mereka bergerak ke dapur selepas Iskandar meletakkan barangan dan beg pakaiannya ke dalam biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience