BAB 54

Fantasy Completed 9946

"Elys nak pergi mana tu. Acara batal wuduk tak buat lagi." Bonda menjerit nama aku. Aku terus bangun dan masuk ke dalam bilik. Tak sanggup nak tengok muka suami aku tu. Tambahan geram dengan Tengku Farzeeq. Aku menangis puas-puas.

Tiba-tiba pintu bilik dibuka. Mereka menggunakan kunci pendua untuk membuka pintu aku.

"Sayang, kenapa ni? Tak suka ke kahwin dengan abiy?" Seorang lelaki datang dan meletakkan dagunya dibahu aku.

"Saya tak kenal awak siapa kenapa awak nak kahwin dengan saya?" Aku menggerakkan bahu supaya dapat mengelak dagu lelaki itu.

"Laa macam mana nak kenal kalau tak pandang muka saya ni?" Lelaki itu memusingkan badan aku menghadapnya. Lalu satu jentikan didahi dihadiahkan.

"A..awakk bu..at apa de..kat sini?" Haa gagap kau Elys.

"Nikah dengan awaklah sayang oii. Ish dia ni. Dah jom keluar nak ambil gambar, sarung cincin pun belum lagi dia dah lari."

"Tapi kenapa perut awak ni buncit?"

"Abiy pakai ni laa. Haha" Tengku Farzeeq mencabut sesuatu dan keluarkan dari bajunya. Mati kutu aku kena tipu dengan mamat ni. Kurang asam jawa betul.

"Ishh kenapa tipu orang sampai macam ni?" Aku tampar dada Tengku Farzeeq.

"Hehe. Abiy takut kalau sayang tau abiy bakal suami sayang nanti sayang tak nak kahwin. Kesian abiy kena reject nanti." Tengku Farzeeq memeluk aku lalu bekas air mata kau dilap dengan kain sapu tangannya.

"Yelaa." Aku mengikut langkah Tengku Farzeeq. Dia mengenggam erat tangan aku.

"Alah budak-budak ni drama betullah. Tadi merajuk sekarang keluar dah pegang tangan pula. Tak payahlah acara batal wuduk tu. Pergi duduk atas pelamin sana. Dah batal dah pun wuduk kau orang pegang tangan tu." Kak Elfy perli saja nak mengenakan aku.

"Diamlah benda dah halal suka hatilah nak pegang tangan ke cium mulut ke kau sibuk je. Kau tak kahwin lagi kan? Haa diam je la" Aku memeluk lengan Tengku Farzeeq dan mengajuk Kak Elfy. Padan muka siapa suruh sibuk nak perli orang. Sebelum perli pastikan diri tu dah cukup sempurna.

"Nak cium sekarang ke sayang? Abiy tak kesah." Tengku Farzeeq senyum penuh makna kepada aku.

"Ish tak malu ke? Tak nampak orang ramai ni?" Aku cubit lengannya.

"Auch sakitlah mak ketam!" Menyeringai kawan tu kesakitan.

"Hai tadi ada orang tu lari tak nak jumpa suami dia. Tup tup keluar berpeluk macam tak nak lepas pula." Kini giliran Iskandar pula nak mengenakan aku.

"Abiyy tengoklah dia ni." Aku mendongak memandang Tengku Farzeeq.

"Elehh manjaanyaa. Menyampah. Tadi beria menyesal tak lari. Haha." Syiha kalau dah bercakap memang bawa bala dalam hidup aku. Habis semua yang ada dekat situ ketawakan aku.

"What? Sayang nak lari? "Tengku Farzeeq terkejut membulat matanya memandang aku.

"Hehe. Syiha yang bagi idea. Abiy marah dia." Aku menunding jari kearah Syiha.

"Kau ni senget suka betul ajar bini aku ni yang bukan-bukan. Lepas ni kau ajar dia bukan-bukan siap kau." Haha padan muka kau! Aku ada orang backup sekarang. Werkkk.

"Halah macam dia sorang je ada abiyy. Aku pun ada." Syiha mencebik.

"Kau bukannya ada abiy. Kau ada adik. Tu si Adam tu."

"HAHAHAHAHA" Semua bergabung ketawakan Syiha. Muka Syiha bengang kena setepek dengan aku.

"Kau tak payah nak coverlah bro. Bantai je gelak. Bab pujuk kita pikir lain kali." Tengku Farzeeq menepuk bahu Iskandar kerana nampak riaksi Iskandar yang struggle menaham tawanya.

"Ehh mana ada." Terus serius muka Iskandar. Tegak terus badan member tu. Takut sangat dengan rajuk Syiha.

"Hoii pengantin meh sini nak bersanding ke tidak!" Akmal memanggil. Dia tolong jadi speaker bondalah tu sebab helok je dia berdiri sebelah bonda yang dah bercekak pinggang.

"Jomlah semua. Sekejap lagi aku nak baling bunga. Mana tau ada luck korang menyusul ke pelamin selepas aku." Aku mengajak Syiha, Iskandar dan juga yang lain. Ros elok saja tak meragam mahu aku atau daddynya dukung. Macam faham saja hari ini majlis aku.

Semasa majlis persandingan aku terlihat kelibat seseorang yang aku rasa aku tak jemput tapi aku mungkin kenal.Sabar Elys, habis majlis ni kau siasatlah. Happy-happy dulu.

"Ready okay?" Aku berdiri membelakangkan semua tetamu yang sudah bersedia untuk menangkap vas bunga yang aku pegang saat ini.

"Readyy!" Semua menyahut.

"One....two....three..."Aku melambungkan vas bunga tersebut kebelakang. Aku menunggu beberapa saat baru aku pusing untuk melihat siapakah yang bertuah mendapatkan vas bunga itu.

"Will you marry me?" Iskandar sudah melutut dibelakang Syiha dengan memegang vas bunga yang aku baru sahaja lambungkan tadi. Aku mengharapkan Syiha yang sambut bunga itu malah Iskandar pula. Aku menekup mulut tidak sangka dengan apa yang Iskandar sedang lakukan saat ini.

"Please say YES!" bergema suara orang ramai.Paling kuat mestilah si Akmal dengan budak-budak aku.

"Weh apa kau buat ni?" Syiha berbisik perlahan agar Iskandar sahaja yang mendengar. Syiha malu saat ini.

"Say yes atau aku yang kahwin dengan Is je?" Aku turun dari pelamin dan berbisik pada Syiha. Sekelip mata Syiha berpaling wajah ke arah aku lalu memandang Tengku Farzeeq. Tidak percaya dengan apa yang aku katakan.

"YES!" Syiha terus menutup mukanya dengan tangan kerana malu. Kau tunggulah Elys! Saja nak malukan aku.

"Bunga tu ambil cepat. Lenguh tangan bakal suami kau tu hulur kau tak sambut." Aku melanggar Syiha dengan bahu aku dan terus pergi kepada Tengku Farzeeq.

"Boleh pula dia orang ni buat drama dekat majlis kita ni." Aku memeluk lengan Tengku Farzeeq.

"Pandai cakap orang dia ni. Dia pun buat drama dekat majlis sendiri. Lupa ke sayang?" Tengku Farzeeq mengenggam erat tangan aku.

"Hehehe. Tengoklah siapa direktornya,betul tak Encik Suami?" Aku dan Tengku Farzeeq tersenyum melihat telatah Syiha dan Iskandar yang malu-malu menatap wajah masing-masing.

Setelah majlis selesai kami semua berkumpul di sebuah meja dan berborak.

"Apasal kau laju sangat terima tadi senget?" Tengku Farzeeq bertanya pada Syiha.

"Sebab tadi ada orang yang tak sedar diri sudah berpunya ugut aku kalau aku tak terima dia offerkan diri nak kahwin dengan Iskandar." Syiha menjeling aku.

"Kenapa semua pandang saya?" AKu dah cuak. Paling cuak suami sendiri pandangmacam nak telan aku. Bonda tolong Elys!

"Awak ke yang Syiha maksudkan?" Ah sudah dia dah tanya. Mati aku!

"Tak.." Aku melarikan anak mata ke tempat lain. Takut wehh.

"Haa dia lah tu sebab tak berani nak pandang mata abiy. Amboi awak sayang beraninya offer nak kahwin dengan orang lain pada hari perkahwinan kita. Abiy belum rasa sayang lagi ada hati nak pergi pada orang lain." Tengku Farzeeq mencuit pinggang aku.

"Hahaha yee sorry tak buat lagi." Aku mengelak daripada digeletek.

"Wehh nak berasrama masuk bilik ah. Ramai yang belum kahwin lagi ni. Takut terangsang nanti." Akmal menegur sambil melihat sekeliling. Tengku Farzeeq dan aku terhenti.

"Asrama otak kau. Asmaralah begok." Aku tepuk kepala Akmal. Nasib kau lah siapa suruh duduk sebelah aku.

"Ishh tangan dia ni bencilah aku." Akmal bangun dan pergi duduk sebelah Kamliia.

"Eleh nak mengadu dekat Cik Kamilia sayang ler tu. Kau orang berdua ni pun elok kahwin. Kesian Akmal tu tak ada tempat nak mengadu setiap kali kena cepuk dengan aku." Akmal membulat mata memandang aku. Aku jelir lidah.

"Sayang. Tangan tu janganlah laju sangat. Sakit kepala anak orang. Haih bini siapalah yang garang sangat ni." Tengku Farzeeq memegang kedua-dua belah tangan aku. Takut entah siapa pula yang bakal kena dengan aku.

"Maaf abiy." Aku melentokkan kepala ke bahu Tengku Farzeeq.

"Ehh dah lah jom balik. Makin lama aku dekat sini makin nak buta biji mata aku ni." Syiha menarik tangan Iskandar.

"Nak balik pun kenapa tarik tangan Iskandar? Cehh taulah sayang tapi sabarlah dulu, tak lari pun Iskandar tu." Aku memandang tangan Syiha yang bercantum dengan tangan Iskandar.

"Diamlah kau. Daripada mata aku ni buta tengok kau berdua ni baik aku balik." Syiha sudah berdiri dan mencari kunci kereta di dalam beg tangannya.

"Okay-okay kita balik." Iskandar turut bangun.

"Ros nak tinggal sini atau nak ikut papa balik?" Iskandar bertanya pada Ros yang berada dipangkuan Kamilia.

"Weh kau agak-agaklah. First night kot." Tengku Farzeeq memandang Iskandar tidak puas hati kerana mahu meninggalkan Ros pada aku.

"HAHAHAHA." Semua lelaki yang ada di meja itu ketawa. Aduh malu aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience