"Apa kau buat dekat sini? Kau kata nak balik awal badan tak sihat tapi asal kau boleh ada dekat pantai ni?"Tengku Farzeeq mengambil tempat disebelah aku. Aku duduk di atas sebatang kayu yang telah tumbang.
"Saya memang nak balik tadi tapi tak tahu macam mana boleh sampai sini. Haha." Aku mengesat air mata yang tersisa semasa aku mengelamun tadi.
"Apahal kau melalak dekat sini? Kau ada masalah ke?"
"Tak ada apa. Awak tu kenapa ada dekat sini? Skodeng saya eh?" Aku mengecilkan mata memandang Tengku Farzeeq.
"Eee kau ingat kau cantik sangat ke sampai aku kena skodeng nak tengok kau? Pergi cermin muka dulu." Tengku Farzeeq menolak aku, nasib baik tak jatuh. Dia dah lah sasa lagi tegap main tolak-tolak pula.
"Pantai tak ada cerminlah awak. Apa kata mata awak tolong jadikan cermin saya." Aku membuat muka secomel yang habis.
"Tulaa lain kali pergilah duduk dekat pusat beli-belah, dekat sana banyak cermin. Kau ingat mata aku ni boleh suka-suka ke nak pinjam?" Tengku Farzeeq menjeling aku. Dia ni tak habis-habis nak menyakitkan hati aku.
"Yela" Sepatah saja aku jawab. Hilang rasa ingin bertekak dengan dia.
"Okaylah saya nak balik, dah lewat ni." Aku segera bangun.
"Elys, aku..." Tangan aku ditahan daripada pergi.
"Ye?"
"Aku mintak maaf" Tengku Farzeeq menundukkan kepalanya. Dia terseksa bila aku melakukan silent treatment. Selalunya aku yang selalu cari gaduh dengan dia dipejabat tetapi sejak kejadian di pusat beli-belah minggu lepas aku terus menjauhkan diri dari dia.
"Yela. Saya maafkan. Nasib baik awak mintak maaf awal, kalau tidak saya dah korek hati awak tu buang dekat laut bagi pirana makan tau." Wajah Tengku Farzeeq terus berubah pucat apabila aku cakap nak korek hati dia.
"Cuak. Hahaha. Apalah awak ni, takkan saya nak korek hati awak. Awakkan bos kesayangan saya. Uwekk,Uwekk" Aku saja membuat riaksi ingin muntah supaya Tengku Farzeeq kembali ceria.
"Haish kau ni suka betul bergurau. Aku ketuk kepala kau nanti makin ketot kau ni." Sempat dia luku kepala aku.
"Saya tinggi okay, cuma awak tinggi sikit je dari saya." Aku bersilang tangan seakan merajuk.
"Yela-yela. Sorry tau pasal hari tu."Kini Tengku Farzeeq memegang kedua-dua tangan aku.
"Yee saya maafkan. Tapi janji jangan buat lagi. Saya tak suka orang usik anggota sensetif saya sebab nanti saya boleh sakit." Aku mencembengkan muka meminta simpati. Haha.
"Okay. Dah jom balik."
"Okay" Tengku Farzeeq menghantar aku ke kereta aku kemudian baru dia ke keretanya dan pulang.
Dalam perjalanan pulang tiba-tiba kereta aku kepung oleh dua buah kereta proton saga lama. Satu kereta cuba memotong aku dan menyuruh aku berhenti tetapi aku masih teruskan perjalanan. Kereta dari belakang menembak tayar belakang kereta aku dan aku terus hilang kawalan. Aku memberhentikan kereta ditepi jalan.
"Shit. Siapa pula kereta ni."Aku menghentak stereng kereta. Aku cepat-cepat keluar dari kereta dan memeriksa keadaan tayar kereta aku. Aku sempat mencapai pistol kepunyaan aku di bawah kerusi tempat duduk aku.
"Kau siapa ha bodoh?" Aku mendekati dua orang lelaki yang juga bergerak mendekati aku.
"Apa hubungan kau dengan Tengku Farzeeq?" Seorang daripada mereka mencengkam muka aku.
"Pekerja dan majikan" Aku menjawab dengan rahang yang dicengkam kuat.
"Tipu! Baik kau mengaku apa hubungan kau dengan dia" Aku ditolak sehingga tersandar pada kereta aku.
"Aku dah kata aku tak ada apa-apa hubungan lain dengan Tengku Farzeeq. Kau tak paham bahasa ke?" Aku mengambil peluang menyepak celah kangkang lelaki itu semasa dia memandang rakannya. Dia terduduk menyeringai kesakitan manakala seorang lagi aku menghalakan pistol supaya dia tidak bergerak.
"Siapa hantar kau untuk cari aku?" Aku meletakkan kaki aku di atas peha lelaki yang aku sepak tadi.
"Oh tak nak bagitau? Okay tak apa. Ini hadiah aku untuk bos kau. Kirim salam pada bos kau." Aku menembak peha kana kedua-dua lelaki tadi.
"Kenapa ni?" Kereta Tengku Izreen yang baru sahaja lalu dan terus berhenti bertanya.
"Dia orang kejar saya. Awak tolong saya. Tayar kereta saya dah bocor dikerjakan bangang dua ekor ni." Aku sempat menyimpan pistol aku di sebalik jaket kerja aku.
"Tak apa awak naik kereta saya. Saya hantar awak balik. Kereta awak ni nanti saya suruh orang saya uruskan." Tengku Izreen membawa aku ke keretanya. Aku terus masuk ke dalam kereta Tengku Izreen manakala Tengku Izreen sedang membuat panggilan di luar dan masih menahan dua mangkuk tak berguna tu.
"Keluar, aku hantar kau balik."Pintu kereta terbuka dan tiba-tiba Tengku Farzeeq menarik aku keluar dan pergi ke keretanya. Entah bila dia sampai aku pun tak tahu.
"Ehh, Tengku Izreen yang hantar saya balik." Aku cuba menarik lengan aku semula dari pegangan Tengku Farzeeq.
"Naik je lah kereta aku sekarang. Nyawa kau dalam bahaya kau tau tak? kau nak mampos awal ke!" Tengku Farzeeq sudah meniggikan suara dengan kedegilan aku.
"O..Okay" Tergagap aku kerana terkejut dan takut dengan amarah Tengku Farzeeq. Aku terus berpindah ke keretanya dihadapan kereta Tengku Izreen. Aku hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan dan memandang ke luar tingkap.
"Elys." Tengku Farzeeq memanggil aku namun aku buat tidak endah dan terus masuk ke dalam rumah.
"Myy nak usyu." Baru saja aku ingin melelapkan mata aku, Ros menghulurkan botol susunya.
"Wait ya princess mummy buat susu awak." Aku mengambil botol susu tersebut dan turun ke dapur membancuh susu untuk Ros.
"Apa kau buat dalam gelap ni?" Aku membuka suis lampu dan terlihat Syiha sedang duduk di atas kerusi memegang segelas air.
"Terkejut aku. Aku minum air. Tiba-tiba haus malam-malam ni." Syiha memegang dadanya kerana terperanjat disergah oleh aku.
"Kot ya pun haus buka lampu ni, tak ada aku kena buat kenduri arwah kawan sendiri dekat rumah aku ni akibat salah sangka ada orang nak merompak rumah aku." Aku duduk disebalh Syiha. Lama juga aku tidak berborak dengan dia sejak kejadian yang menyakitkan hati aku semasa dia dan Iskandar di denda menjadi pembantu rumah aku tempoh hari.
"Jahat mulut kau ni kan? Dahlah aku nak naik bilik, esok nak kerja."
"Eleh gaji kau pun budak-budak aku yang bayar. Acah nak pergi kerja je. Ni tolong buatkan susu anak aku, dia kata dia suka susu kau buat." Aku menghulurkan botol susu Ros kepada Syiha.
"Eh tak kuasa aku. Anak kau kan? Buat sendiri, aku nak tido. Selamat malam Lys" Syiha mencium pipi aku dan terus berlari ke biliknya sambil berdekah ketawa.
"Bodoh punya perempuan gila!" Aku menjerit dari tingkat bawah dan terus membancuh susu Ros.
Share this novel