BAB 63

Fantasy Completed 9946

Tengku Natasya sudah menjadi arwah selepas Tengku Farzeeq mendapat tahu bahawa dia merupakan perempuan yang menghalang perjalanan untuk ke hospital tempoh hari. Semua ahli kumpulan Tengku Natasya menjadi ahli kumpulan Tengku Farzeeq. Manakala Majlis persandingan Syiha ditangguhkan. Selepas menikah, Syiha dan Iskandar terpaksa terbang ke New Zealand untuk menguruskan masalah yang berada disana.

"Malam ni kau jangan lupa datang majlis aku." Syiha datang menjemput aku untuk ke majlis persandingannya malam ini.

"Iyee aku datang. Nak aku jadi pengapit tak?"

"Ahh tak payah dengan perut macam ikan buntal ni. Kang meletop atas pelamin tu tak pasal je." Syiha terus melarang.

"Kurang ajar ehh." Aku jeling Syiha. Mulut budak ni makin tak ada insurans sejak dah duduk satu bumbung dengan Iskandar.

"Haha. okaylah aku balik dulu." Syiha meminta diri untuk pulang.

"Elok-elok bawa anak dara senget ni balik. Ehh silap, mak orang senget." Aku memberi pesanan kepada Iskandar yang tunggu di dalam kereta sejak tadi. Syiha pun tidak singgah lama.

"Mulut mak buyung ni kalau makan cabai baru elok sikit agaknya." Syiha mencubit lengan aku.

"Sakitlah gila."

"Werkkk" Syiha menjelir lidah dari tingkap. Aku melambai kereta mereka pergi.

Malam...

"Abiyy cantik tak?" Aku mengenakan baju kelabu sedondon dengan Tengku Farzeeq.

"Cantik sayang. Sayang abiy ni pakai apa pun cantik." Tengku Farzeeq sudah siap dengan pakaiannya menanti aku dengan penuh sabar.

"Dah jom." Tengku Farzeeq bangun dan mendekati aku di meja solek.

"Eh belum siap lagi laa. Ni makeup belum pakai lagi." Aku menunjukkan barang-barang makeup aku yang tersusun di atas meja solek.

"Tak payah pakai benda ni semua laa.. Sayang tu bukan boleh lama pun dekat dalam dewan tu nanti. Kita pergi sekejap je okay? Baby kita ni tunggu masa je nak keluar. Kesian dia penat kalau lama-lama dekat sana tu nanti." Tengku Farzeeq memujuk aku.

"Hmm yelaa. Saya pakai bedak sikit je boleh?" Aku menayang bedak ke muka Tengku Farzeeq.

"Bedak sahaja boleh." Tengku Farzeeq mengusap kepala kau lembut. setelah siap kami bertolak ke dewan tempat persandingan Syiha dan juga Iskandar.

"Hai pengantin lama, lambat sampai." Akmal menegur aku dan Tengku Farzeeq.

"Pengantin lama pun kira pengantin juga daripada single macam kau. Werk." Aku perli dan terus duduk di meja VIP. Akmal menjeling aku tidak puas hati dengan kata-kata sindiran aku. Tengku Farzeeq hanya mampu menggeleng kepala sahaja.

"Cantikkan anak kita." Aku teruja melihat Ros menjadi flower girl.

"Tengoklah siapa daddy dia."

"Amboi kemain ye awak Tengku Farzeeq. Ini anak sah awak." Aku angkat kening dan memandang perut aku.

"Hehe yelaa Ros tu anak saya juga sebab awak mummy dia. Ish dia ni." Tengku Farzeeq mencubit pipi aku.

"Kini giliran sahabat pengantin ke pentas untuk sesi berganbar." Pengacara majlis itu memanggil kami pula selepas keluarga Syiha dan Iskandar selesai sesi merenjis dan bergambar.

"Selamat pengantin baru Syiha, Is" Aku memeluk Syiha dan memberi senyuman kepada ISkandar.

"Terima Kasih." Mereka menjawab serentak.

"Selamat pengantin baru bro. Senget." Tengku Farzeeq berjabat tangan dengan Iskandar dan sempat sengih kepada Syiha. Syiha tayang muka bengang.

"Kau tengok laki kau ni, sempat lagi dia panggil aku senget."Syiha berbisik ke telinga aku.

"Haahaha." Aku dan yang lain hanya ketawa sahaja.

"Ready? Formal picture first." Jurugambar itu memberti arahan.

"Smile." Semua bersorak dan senyum memandang kamera.

"Okay nice. Free style pula." Jurugambar itu berkata lagi.

"One two three." jurugambar itu mengira.

"Abiyyy." Aku menjerit sambil mencengkam langan Tengku Farzeeq.

"Why?" Tengku Farzeeq cemas.

"Sakitt." Aku memegang perut.

"Weh darah." Akmal menegur.

"Tu kat depan sana ada ambulans. Aku dah sediakan untuk kau dah. Pergi angkat dia bawa pergi hospital. Haa tu pun orang tu. Nanti dia orang tolong" Syiha hanya tenang.

"Haa okay thanks." Tengku Farzeeq terus mengangkat aku.

"Jom kita gerak sekarang." Syiha mengarahkan semua bergerak menyusul aku ke hospital.

"Okay jom." Semua tidak membantah dan menaiki kereta masing-masing.

Di hospital...

"Macam mana?" Iskandar bertanya kepada Tengku Farzeeq yang dari tadi mundar-mandir diluar bilik bersalin itu.

"Tak tau. Dari tadi tak keluar lagi."Tengku Farzeeq nampak risau.

"Kau nak masuk teman dia tak?" Syiha yang sudah menukar pakaiannya kepada pakaian doktornya.

"Boleh ke?" Terus statik Tengku Farzeeq berdiri.

"Boleh. Jom." Syiha membuka pintu itu dan membenarkan Tengku Farzeeq masuk.

"Sayanggg." Tengku Farzeeq terus menggenggam tangan aku.

"Abiyy sakit." Aku menggenggam tangan Tengku Farzeeq dengan kuat.

"Abiy ada ni. Kuat ye sayang.."Tengku Farzeeq memberi semangat.

*Uwerkk...uwerkkk....* Bergema suara baby menangis.

"Terima kasih sayang." Tengku Farzeeq mencium dahi aku. Aku tak mampu untuk bersuara, hanya air mata sahaja yang mampu mengalir.

"Tahniah kau orang dapat baby boy." Syiha memberikan baby tersebut kepada Tengku Farzeeq selepas jururawat memberi aku menciumnya.

"Doktor!" Salah seorang jururawat tersebut menjerit memanggil Syiha.

"Yes?" Syiha pantas berpaling kearahnya.

"One more.."

"What?!" Syiha terkejut.

"Oh my god. Push again Elys. Cepat...kuat lagi" Syiha cemas.

"Urghhhh!" Aku terus meneran sambil memegang sisi katil. Tengku Farzeeq yang sedang memegang baby boy kami seperti tidak percaya dan tak tahu untuk membuat apa. Dia seolah terkaku di sisi aku.

"Good Elys." Suara seorang lagi baby bergema tetapi lebih nyaring.

Setelah semuanya selesai dan aku juga telah dibersihkan, aku dihantar ke wad biasa.

"Tahniah bro. Scan dulu nampak single sekali keluar dapat pakej." Iskandar menepuk bahu Tengku Farzeeq.

"Haha. Powerkan?" Tengku Farzeeq bangga diri.

"Abiyy...sempat lagi tu nak riak." Aku yang baru sedar lemah menegur Tengku Farzeeq.

"Ehh sayang dah sedar."Tengku Farzeeq terus duduk disisi aku.

"Sempat lagi ye abiy mendabik dada pada Is"

"Aduuu sayang ni baru sedar dah jadi ketam." Ha padan muka.

"HAHAHAHA" Semua mentertawakan Tengku Farzeeq.

"Anak kita mana?" Aku bertanya kepada Tengku Farzeeq.

"Sekejap abiy pergi ambil."

"Baby dah sampaii" Syiha tiba dengan dua bayi masuk ke dalam bilik aku.

"Huishh couple." Akmal pula teruja melihat anak kami.

"Lepas kahwin jumpa aku, aku bagi tips," Tengku Farzeeq menyambut bayi kami daripada Syiha.

"Nak kena lagi ke?" Aku merenung tajam ke arah Tengku Farzeeq.

"Hehe gurau je lah sayang." Tengku Farzeeq menghulurkan baby boy kepada aku.

"Comelnya anak mummy ni" Aku mencium pipinya.

"Aik semua ni tak tau nak keluar ke? Bini aku nak menyusukan anak pun nak tengok ke?" Tengku Farzeeq memandang wajah setiap orang yang berada dibilik aku itu silih berganti.

"Halah lebih dari tu aku dah tengok laa. Tak hairan pun." Syiha menjawab sambil bersilang tangan. Semua yang berada di dalam bilik ini menahan tawa daripada terhambur keluar. Manakala aku pula membahang muka. Malu!

"Haa dah-dah semua keluar sekarang." Tengku Farzeeq malu sendiri dan menghalau lelaki-lelaki keluar dari bilik aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience