BAB 43

Fantasy Completed 9946

"Assalamualaikum Kak Nira." Aku masuk pejabat awal hari ni. Maklumlah dah lama sangat cuti jadi kerja aku mesti bertimbun atas meja tu.

"Wa'alaikimsalam, awal masuk hari ni."

"Nak siapkan kerja kak. Saya tau kerja saya banyak sebab saya selalu sangat ambil cuti. Lepas habis kerja-kerja saya ni saya nak mohon berhenti kak. Parent saya suruh saya balik kampung lepas ni. Dia orang suruh saya kahwin dengan pilihan mereka. Saya sebagai anakhanya turutkan sahaja." Agak sedih apabila sebut soal kena paksa kahwin itu.

"Laa, kau terima ke? tak sangka zaman sekarang pun masih ada orang kena kahwin paksa macam ni kan?" Kak Nira turut menzahirkan rasa simpati atas nasib aku.

"Hmm okaylah kak saya masuk dulu. Nanti saya siapkan notice berhenti kerja dan beri pada Tengku. Akak dan Tengku jangan risau, saya akan cari engineer baru untuk gantikan tempat saya. Nanti akak tak payah susah-susah kena buat iklan cari pekerja baru pula." Aku memimpin tangan Ros yang ingin membuka langkahnya untuk jelajah di sekitar pejabat.

"Haa eloklah kalau kau dah kata begitu, senang kerja akak nanti. Pergilah sambung buat kerja. Akak pun banyak kerja nak kena siapkan ni sebelum Tengku masuk." Kak Nira mengusap kepala Ros.

"Okay." Aku menandukung Ros dan masuk ke bilik aku. Pertama sekali aku harus buat surat perletakan jawatan. Lepas tu baru aku siapkan semua kerja-kerja ni.

Aku rasa keputusan aku untuk berhenti kerja di bawah Tengku Farzeeq adalah keputusan yang tepat.Aku dapat memberi perhatian penuh pada kumpulan aku sendiri. Iskandar juga tidak perlu menjaga semua outles di Malaysia dan New Zealand.

"Myy, Daddy ane?" Ros mendekati aku.

"Daddy dekat bilik dia sayang. Kenapa?" Aku hanya pandang Ros seklas.

"Nak jumpa daddy oleh?" Muka comel ditayang oleh Ros.

"Wait mummy call daddy." Aku memanggil Kak Nira di talian.

*Akak, Tengku ada di bilik dia ke?*

*Ada. Dia baru sahaja masuk. Kenapa?*

*Okay terima kasih kak.* Talian terus aku matikan.

"Jom Mummy bawa jumpa daddy." Aku membawa Ros ke bilik Tengku Farzeeq.

"Nah, anak saya ni cari awak. Awak busy ke tidak? Kalau busy saya bawa dia masuk bilik saya semula." Aku terjah sahaja masuk ke bilik Tengku Farzeeq. Fikiran aku kacau. Terlalu banyak sangat benda aku kena seesaikan sebelum tamat bulan ni.

"Meh sini anak daddy. Lama daddy tak jumpa sayang ni. Suruh mummy keluar. Masuk tak ketuk pintu macam dia bos pula dekat sini main terjah je masuk bilik orang." Tengku Farzeeq mendepakan tangannya menanti kedatangan gadis kecil bergaun merah yang sedang berlari ke arahnya.

"Saya tau mana pintu keluar tak perlu Tengku nak halau saya. Ini surat perletakan jawatan saya. Kali ni bukan gimmik, ni real. Dan bulan ni last Tengku dapat bersama dengan Ros." Aku meletakkan surat itu diatas meja Tengku Farzeeq.

"Asal kau tiba-tiba nak berhenti ni? Nak kahwin ke? Orang lain nak kahwin tak ada sampai nak berhenti kerja." Tengku Farzeeq merenung ke arah aku.

"Ye saya nak kahwin dan saya akan kerja dengan dia selepas ini." Aku buat muka menyampah.

"Siapa suami kau tu? Iskandar? Cepat ye kau orang merancang." Kepala Ros diusap lembut sambil memandang aku.

"Kalau saya kahwin dengan Iskandar pun bukan urusan Tengku. Saya keluar dulu. Tengku terima atau tidak permohonan tu saya tak peduli kerana saya tetap akan berhenti berkerja dengan Tengku. Terima kasih kerana telah melayan serta menjaga keselamatan saya selama ni." Aku terus keluar. Pantang betul berjumpa dengan si gagak ni tau ada saja nak digaduhkan.

"Haha mummy marah daddy." Sempat dia tertawakan aku depan Ros. Aku hempas pintu tu kuat-kuat. Sakit hati aku.

"Woii roboh pintu aku lah!" Tengku Farzeeq dari dalam sudah menjerit. Padan muka kau!

"Dasar bos sewel!" Aku menghentak kaki sebelum melangkah ke bilik untuk menyambung kerja.

Semua kerja yang aku cuba untuk selesaikan sejak dari awal subuh pagi tadi hampir selesai. Kini hanya tinggal beberapa lukisan pelan sahaja yang aku perlu tukarkan kepada lukisan kejuruteraan supaya jurutera lain dapat membaca pelan tersebut semasa berada di tapak binaan kelak. Kerja pengiraan yang lain sudah aku bereskan, memandangkan Ros telah diambil alih oleh Tengku Farzeeq maka aku dapat menyiapkan kerja aku dengan aman tanpa sebarang gangguan. Sikit hari lagi ni siaplah kerja aku dan aku boleh kemas barang untuk keluar dari syarikat Tengku Farzeeq.

*Tok* *Tok* *Tok*

"Masuk"

"Hello, amboi tekunnya dia buat kerja." Iskandar terpacul di pintu pejabat aku.

"Ehh kenapa datang?" Kepala tidak dapat diangkat daripada menghadap komputer. Hanya dengan mendengar suara sahaja aku dapat mengenal pasti siapakah gerangan itu.

"Saya nak jumpa awaklah. Dah makan ke belum?" Iskandar berdiri tegak dihadapan meja aku.

"Belum, aku sibuk nak siapkan kerja ni. Cepat aku siapkan, cepatlah aku dapat berhenti kerja. Aku dah buat keputusan untuk kembali kepada kumpulan kita sepenuhnya. Siap sedialah kau orang semua. Selama ni aku tengok kau jaga dia orang makin banyak lemak."

"Baguslah kalau awak dah buat keputusan macam tu. Mana ada, saya ni cuba tak nak berkeras je dengan dia orang semua sebab saya ni orang kanan awak je. Bos kecil orang kata, tak ada kuasa macam bos besar kita ni. Kalau awak dah ambil alih nanti, awak tolonglah saya uruskan budak-budak dekat sana tu. Saya dah naik pening macam mana nak uruskan mereka."

"Kau jangan risau pasal budak-budak kita, taulah macam mana aku nak ajar. Haa kau nak jumpa Ros ke?" Baru sekarang aku mengangkat kepala memandang Iskandar.

"Ye tak ye juga mana dia? Jumpa mummy terus lupa nak tanya pasal anak dara saya sorang tu." Iskandar memanang ke arah rumah mini Ros yang berada di sudut bilik aku.

"Haha. Dia dengan Tengku Farzeeq sehari suntuk hari ni. Datang je awal pagi dah cari daddy dia, saya hantarlah dia pada daddy dia. Saya pun dapat buat kerja laju sikit. Kalau tidak banyak sangat persoalan dia yang saya kena layan. Hehe."

"Oh yee awak tak makan lagi right? Dah pukul berapa ni Lys? Awak ni nak kena sebat ke baru nak makan. Dah jom ikut saya, kita pergi makan dekat kafe." Bayangkan dah pukul 4 petang tak makan lagi. Orang lain dah ready nak balik rumah dia tak makan lagi.

"Alaa sikit je lagi ni. Kau lapar kau pergilah makan. Lagi pun dah nak balik, nanti aku singgah mana-mana kedai makan. Alang-alang tu terus makan untuk dinner. Jimat duit aku." Aku kembali menyambung kerja aku menghadap komputer.

"Okay macam ni, saya pergi beli makanan untuk alas perut awak sementara nak tunggu waktu pejabat tamat. Tunggu tau, saya pergi sekejap je." Huhu untung badan ada manusia prihatin dan baik hati macam Iskandar ni.

"Haa yelaa. Makanan yang ringan-ringan je tau sebab aku nak pergi makan sedap-sedap sekejap lagi. Macam-macam aku mengidam hari ni tapi aku sabar je. Haha." Sempat lagi aku membuat pesanan sebelum Iskandar keluar.

"Baiklah mummy." Iskandar hilang dari bilik aku. Dan aku pula menyambung kerja sebelum Iskandar kembali semula dan membebel seperti makcik-makcik bawang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience