Akhirnya sampai juga ke tanah air yang tercinta. Cinta ke? Haha jahat kau ni Elys. Aku mendukung Ros sementara menunggu Tengku Farzeeq. Beria sangat nak jemput aku di Airport. Sudah di tegah nak juga. Alasan dia bos sangat tidak dapat untuk aku menolak daripada mengikut arahannya.
"Mana daddy ni sayang? Dia kata nak amik kita tapi tak sampai lagi pon."
"Dyy, lom pai."
"Iyee daddy belum sampai. Kita tunggu ye? Nanti daddy sampai mummy luku-luku kepala dia. Kesian anak mummy ni kena tunggu lama. Penatkan sayang mummy ni?" Aku mengusap kepala Ros.
"Kau cakap apa tadi? Nak luku kepala aku? berani ke?" Tengku Farzeeq entah dari mana muncul membuatkan aku terperanjat.
"Ye saya nak luku kepala awak." Aku bangun dari duduknya dan meletakkan Ros di tempat yang aku duduk tadi.
"Ini sebab awak lambat sampai" Satu ketukan hinggap dikepala Tengku Farzeeq.
"Ini pula sebab awak buat princess saya penat menunggu lama" Satu lagi ketukan hinggap sehingga menyebabkan Tengku Farzeeq menyeringai kesakitan
"Aduh. Kepala atuk kaulah main ketuk kepala orang macam ni. Aku bayar zakat bukan untuk kau free-free ketuk kepala aku."
"Awak tengok muka saya sekejap"
"Haa pahal dengan muka kau?"
"Ada nampak saya kesah? Tak ada kan? So cepat angkat barang tu" Aku mendukung Ros meninggalkan Tengku Farzeeq yang terpinga-pinga.
"Sejak bila minah ni berubah sampai jadi macam tu sekali? Ganas nak mampus" Tengku Farzeeq mengomel sendiri sambil menolak troli beg itu ke keretanya.
Ros di letakkan di baby seat yang telah dipasang oleh Tengku. Manakala aku awal-awal sudah melabuhkan punggungnya disebelah seat pemandu. Kalau dia duduk dibelakang memang menempah taufan. Tengku ni mulut macam hawau sikit so lebih baik aku duduk sebelah dia.
"As always" Tengku melihat aku disebelah sekilas dan menjulingkan matanya. Baru beberapa saat dia memandu tengok sebelah aku sudah terbongkang membuta. Tengku meneruskan pemanduannya dengan fokus. Ada bagus juga si Elys ni membuta kalau celik biji mata dia tak senang aku nak memandu. Tak pasal-pasal aku kena cari sawah padi dekat tengah-tengah bandar ni. Angin minah ni bukan boleh diramal.
Tiba saja di depan rumah aku dikejutkan dengan perlahan. Tersalah kejut kena gali kubur siap-siap.
"Elys bangun dah sampai ni."
"Hmm."
"Kau nak bangun atau nak aku cium baru nak bangun?"
"Gatal awak ni tak pernah hilang. Sikit- sikit cium. Cepat sikit kahwinlah kalau dah gatal asyik nak cium orang je keje awak." Elys bangun terus menampar pipi Tengku yang beberapa inci dengan mukanya.
"Ha bangun pun. Tangan kau ni konkrit ke apa? kepala bapak sakit siot makan penampar kau ni. Dulu tak adalah sakit sangat macam ni." Tengku Farzeeq mengelus pipinya sendiri. Sakit gila!
"Lain kali jangan nak menggatal dengan saya. Ada faham Encik Tengku Farzeeq?" Elys turun dari kereta.
"Elysssss. Rindunya dekat kau!" Belum sempat pintu kereta ditutup Syiha sudah menerpa ke arah Elys terus memeluk sehingga Elys terduduk semula dalam kereta.
"Kalau rindu sekali pun jangan sampai nak membunuh aku." Elys meleraikan pelukan Syiha. Rasa seperti diterjah malaikat maut. Tidak bernafas aku dipeluk erat oleh Syiha.
"Hehe. Sorry" Pelukan dilepaskan.
"Haah kalau kau rindu sangat dengan kawan sewel kau ni jangan sampai nak merosakkan kereta aku. Kalau roboh pintu kereta aku tadi macam mana?" Tengku Farzeeq meletakkan beg-beg Elys dan Ros di depan pintu rumah.
"Kalau roboh gantilah dengan pintu kereta saya. Saya okay je. Hehe" Syiha pun boleh tahan menjawab.
"Kereta kau? Hello Kitty tu? Selisih malaikat empat puluh empat aku nak tukar dengan kereta kau. Dengan warna pinknya ya allah."
"Kau kutuk kereta aku!?" Penumbuk sudah dikepalkan. Tunggu masa je nak hayun dekat mulut puaka tu.
"Kau tengok kawan kau ni. Dia nak pukul aku." Tengku menyorok belakang Aku.
"Woo saya tak masuk campur. Syiha kau nak bantai dia dipersilakan." Elys menarik Tengku Farzeeq di belakangnya. Aku memerhati sahaja Syiha membantai Tengku Farzeeq. Sumpah kelakar. Tengku tidak melawan kerana dia memang tidak akan memukul wanita. Itulah sikap dia yang aku puji.
"Mummy!"
"Alamak anak aku" Aku menepuk dahi apabila mendengar suara nyaring Ros dari dalam kereta menangis memanggil namanya. Aku membuka pintu kereta dan memeluk Ros. Anak kecil itu pasti akan menangis sekiranya tidak melihat mummynya tiada apanila dia terjaga dari tidurnya.
"Soryy mummy lupa sayang dekat dalam kereta lagi" Aku mencium dahi anaknya.Syiha dan Tengku Farzeeq turut berhenti bercakar apabila mendengar suara budak kecik itu menjerit tadi.
"Alolo anak daddy. Meh dekat daddy." Tengku Farzeeq membetulkan rambutnya sebelum mendapatkan Ros dari dakapan aku.
"Wait. Mummy? daddy? Apa ni? Siapa budak ni?" Syiha yang tidak tahu apa-apa bertalu-talu mengajukan soalan. Elys dan Tengku Farzeeq dipandang silih berganti.
"Err" Aku terkaku.
"Anak aku lah. Kau pekak ke dia panggil aku daddy tadi? Jom sayang kita masuk dalam rumah. Luar ni panas ada ahli neraka." Tengku Farzeeq menjeling Syiha lalu mengatur langkahnya ke dalam rumah seperti rumah itu kepunyaannya.
"Kita masuk dulu ye Syiha. Dekat dalam nanti aku terangkan." Aku tidak mampu nak kata apa-apa. Melihat muka tidak puas hati Syiha yang dijeling oleh Tengku Farzeeq tadi membuatkan aku rasa ada lebih baiknya aku jauhkan mereka buat sementara. Aku takut anak aku yang jadi mangsa apabila mereka bercakar nanti.
"Ok" Syiha tidak membantah.
Masuk sahaja didalam rumah aku terus menceritakan pertemuan aku dengan Ros. Syiha pada awalnya tidak menerima tindakan aku yang dengan rela hati mengambil budak kecil yang dijumpai di negara orang sebagai anak angkat aku dengan semudah itu. Namun apabila aku memberitahu mengenai isi dalam surat yang aku jumpai didalam beg Ros ketika kau berjumpa dengannya dulu dia mula berasa kasihan dengan anak kecil itu. Baru berusia tiga tahun sudah menjadi yatim piatu malah menjadi buruan penjahat untuk dibunuh pula.
"Tapi Lys, aku rasa ada orang yang hantar dia pada kau. Aku tak rasa budak kecik ni dengan sendirinya datang pada kau. Betul tak?" Syiha mencurigai kemunculan Ros.
"Entah aku pun tak tau siapa yang hantar dia. Bagi aku dia sudah menjadi amanah untuk aku jaga. Dia penghibur hati aku selepas dilukai oleh insan yang sangat aku sayangi. Betullah apa orang cakap. Sorang yang pergi akan ada yang lebih baik Allah gantikan." Aku memandang Ros yang sedang leka bermain dengan Tengku Farzeeq. Tentang kumpulan Red Rose dan Iskandar biar menjadi rahsia kerana aku tidak mahu nyawa Ros dalam bahaya di Malaysia.
"Weh sorry buat kau terkenang kisah pahit kau. Aku tak ada niat pon. Aku cuma pelik." Syiha mendekati aku dan memeluk bahu aku kerana timbul rasa bersalah apabila melihat kelopak mata aku dibanjiri air mata.
"Tak ada apa lah. Kau tak salah pun cuma aku teringat apa yang jadi." Aku mengusap lengan Syiha supaya dia menyalahkan dirinya.
"Kau jangan risau, aku ada. Aku akan tolong kau jaga Ros. "Kami sama-sama memandang kearah Ros.
Share this novel