BAB 40

Fantasy Completed 9946

"Semua laporan ni aku akan semak kemudian dan kalau ada yang aku tidak berpuas hati aku akan inform kau orang." Aku membelek semua laporan yang mereka beri pada aku selepas perbentangan laporan mereka.

"Semalam kau kata ada kerja untuk kita orang, kerja apa?" Akmal memandang aku serius.

"Oh ya pasal kerja tu nanti kita bincang dekat markas. Hari ni aku tak rasa nak bincang pasal benda tu. By the way, aku nak jumpa kau sekejap lagi Hakimi." Hakimi terkejut memandang aku kerana tiba-tiba sahaja namanya dipanggil.

"Okay sampai sini sahaja meeting kita pada hari ini. Semua boleh bersurai dan selamat menjalankan tugas dengan semangat dan maju jaya. Terima kasih kerana berkerjasama menjayakan meeting hari ini dengan sempurna. Assalamualaikum." Syazwina memberi ucapan ringkas sebelum semuanya bersurai dan dia terus beredar menlanjutkan kerjanya.

"Woi kau nak lari mana? Kau dua ekor meh sini sebelum aku bangun sorang-sorang aku rembat." Aku memanggil Syiha yang menarik tangan Adam ingin lari keluar dari bilik meeting.

"Hehe. Ada apa ye Queen?" Syiha berhenti dan terus berdiri di hadapan aku. Adam ikut sama.

"Tangan tu lepas, aku parang tangan kau tu kang putus tak pasal je hantaran jatuh." Aku menjeling tangan Syiha yang elok sahaja memegang tangan Adam.

"Opss tak perasan." Cepat sahaja dia melepaskan tangan Adam.

"Apa hubungan kau dengan dia?" Aku memandang Adam yang mukanya sangat sukar untuk ditafsirkan. Muka si Adam ni macam orang yang tiada perasaan.

"Kawan" Aku terus memandang Syiha sebaik sahaja Adam memberi jawapan.

"Kawan pegang-pegang macam ni ke?"

"Kau tu dengan Iskandar apa hubungan? Pandai nak tanya orang punya hubungan pula dia." Adam mula main tarik tali.

"Amboi kau berani eh budak nak lawan aku. Kau sedar tak umur kau berapa? Baru 21 tahun ada hati nak lawan aku. Ni anak dara yang pegang tangan kau ni dah macam kakak kau je." Aku menghalakan jari telunjuk ke muka Syiha.

"Eleh beza 4 tahun je pun apa salahnya. Dahlah aku nak balik hospital, aku ramai pesakit nak kena pantau. Jom Hanan." Adam menarik tangan Syiha. Bukan main lagi budak bawah umur ni, siap panggil Syiha dengan nama Hanan pula tu. Aku yang rapat dengan Syiha pon tak panggil dia dengan nama lembut macam tu. Kurang asam betul.

"Wahhh kau berdua memang saja nak bagi aku naik anginkan? Kau tunggulah!" Hilang segala kesabaran aku selama ni lebih-lebih lagi setelah mereka berdua meninggalkan aku sebelum aku habis cakap lagi.

"Hakimi masuk." Aku memanggil Hakimi pula.

"Yes?"

"Aku nak kau cari risik pasal Afham Azmil. Aku nak tau semua tentang mamat ni dan aku bagi kau masa seminggu sahaja. Aku tau kau boleh dapatkan semua maklumat dalam masa tiga hari je. Benda ni aku nak kau rahsiakan dari ahli kita yang lain. Selepas dapat semua info baru kita jalankan operasi kita. Faham?"

"Faham Queen."

"Okay kau boleh sambung kerja kau."

"Baiklah. Aku keluar dulu." Hakimi keluar dari bilik meeting.

"Awak, betul ke awak dah bertunang?" Iskandar muncul setelah Hakimi keluar.

"Siapa bagitau kau?" Aku mengangkat kening memandang Iskandar.

"Syiha." Muka Iskandar agak kecewa.

"Ye, aku dah betunang dengan pilihan ayah dan bonda aku." Suara aku mula serak menahan rasa pedih di hati.

"Awak okay ke dengan pilihan mereka?" Iskandar duduk menghampiri aku.

"Aku bergaduh dengan family aku sebab tak nak terima tapi bonda lebih keras memaksa aku terima lamaran tu. Aku tak boleh nak buat apa-apa tapi aku dah ugut family aku dan melibatkan nyawa dia orang. Aku tau apa aku buat ni salah tapi aku terpaksa, aku berharap sangat dia orang akan batalkan pertunangan ni." Air mata mula mengalir. Aku jadi sedih apabila teringat kisah di kampung kelmarin.

"Awak kenal ke lelaki yang melamar awak tu?"

"Tak, aku tak tanya pada ayah dan bonda pun siapa nama dia. Aku juga tak nak tau siapa dia. Kau boleh tolong aku ke Is?" Aku memandang Iskandar agar dia dapat idea untuk membantu aku keluar daripada masalah ini.

"Awak jangan sedih okay, saya akan cuba bantu awak. Saya tak akan biarkan awak sedih macam ni, awak kena kuat Lys. Jangan bagi kesedihan awak menguasai kehidupan harian awak. Awak ada saya dan Ros. Awak jangan risau tau, saya pasti akan cari jalan untuk tolong awak." Iskandar memeluk aku supaya aku berasa tenang.

"Terima kasih Is, awak je yang saya boleh harapkan. Saya tak nak libatkan ahli kumpulan kita yang lain dalam masalah family saya. Dari situ mereka akan cakap saya tidak profesional dalam menguruskan masalah saya." Aku melepaskan pelukan Iskandar dan mengesat air mata serta hingus. Hingus tu ibarat free gift lepas nangis. Haha.

"Dah awak jangan nangis. Tu anak awak dekat luar tu dah berapa hari tak jumpa dengan awak, kesian dia tak habis-habis tanya saya mana mummy. Saya ni hampir mati akal nak menjawab soalan dia. Awaklah ni selalu sangat layankan semua soalan dia. Saya ni lelaki dah nampak macam emak-emak apabila bawa Ros pergi jalan-jalan. Becok sungguh mulut dia tu kan?" Iskandar meluahkan apa yang berlaku sepanjang dia menjaga Ros ketika aku tiada.

"Haha. Biasalah budak-budak nak mencerna minda sebab tu dia banyak bertanya. Kalau kita tak jawab persoalan mereka nanti otak mereka tidak dapat berkembang dengan meluas dan tidak dapat mencerna soalan-soalan yang dapat membantu mereka mengembangkan ilmu pengetahuan mereka." Aku memandang Ros yang sedang bermain dengan Akmal.

"Oh macam tu ke? Awak ni dah pass dah nak jadi isteri dan ibu."

"Apa kau mengarut ni? Aku memang dah jadi mummy kepada Ros apa yang tak pass pula. Kau yang aku pass bagi dekat Syiha tu baru tau." Aku menjeling Iskandar dan sempat aku menghembus hingus yang tersisa di hudung.

"Eh tak nak saya, awak tak nampak tadi dia dengan Adam dah macam belangkas. Berbulu saja mata saya ni. Nak meeting pun tak selesa."

"Gatal mata pi tengok tang tu buat apa?"

"Eleh awak pun sama. Hahaha" Iskandar mencuit bahu aku. Iskandar ni cukup mahir dalam menenangkan hati dan jiwa yang sedih serta serabut dengan masalah. Sebab itulah kalau Ros kalau menangis dia akan mencari Iskandar, papanya.

"Dahlah aku nak jumpa Ros, layan kau ni esok pun tak habis." Aku meninggalkan Iskandar.

"Kita juga yang kena!" Iskandar membentak dalam diam takut didengari oleh aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience