BAB 55

Fantasy Completed 9946

Setelah majlis selesai aku dan Tengku Farzeeq dipaksa memberus periuk di belakang. Tapi aku tak terkejut pun kerana aku sudah sediakan payung sebelum hujan.

"Akmal, Kamilia jom ikut aku." Aku pergi ke depan dan memanggil dua orang yang aku tahan daripada balik bersama Iskandar dan Syiha tadi.

"Pahal" Akmal berlari apabila aku panggil.

"Jom je lah." Aku menarik tangan mereka berdua ke belakang rumah.

"Nampak tu apa?" Aku menunjukkan ke arah periuk yang besar serta berus dan sabun.

"Wahh kau main kasar doh. Aduh aku menyesal tak ikut Iskandar tadi." Akmal sudah menepuk dahi.

"Hahaha goodluck pengantin to be." Aku menarik Tengku Farzeeq yang bukan main beria memberus periuk.

"Kurang ajar ah Elys ni. " Akmal ketap gigi. Marah-marah pun dia tetap buat apa yang aku suruh. Itulah Akmal. Sebab itulah aku suka bawa dia pergi mana-mana yang melibatkan operasi mahupun tidak.

"Ehh awak duduk sini je. Biar saya sorang yang berus ni. Awak perempuan tangan lembut nanti luka."Akmal menarik tangan Kamilia daripada ingin mengambil berus periuk.

"Tak apa biar saya tolong awak. Kesian awak selalu kena buli. Haha." Kamilia ketawa.

"Ishh tak apa Elys tu memang macam tu. Nanti taulah saya nak kenakan dia macam mana." Akmal menjeling ke dalam rumah.

Keesokkanya.

"Sayang, abiy nak tanya sikit boleh?" Tengku Farzeeq memeluk aku.

"Nak tanya apa?" Aku mengalihkan perbaringan menghadap dia.

"Kenapa setiap kali sayang pergi mana-mana mesti ada Iskandar dan juga budak-budak tu?" Adui soalan perangkap.

"Oh pasal dia orang.. sebab dia orang tu dah macam family saya." Goreng sajalah Elys.

"Ohh family... Lepas ni abiy tak nak dia orang ada dah tau. Abiy boleh jaga sayang." Tengku Farzeeq memgucup ubun-ubun aku.

"Yakin ke boleh jaga saya?"

"Lupa ke abiy ni siapa?" Hoo riak yee kamu Tengku Farzeeq.

"Hehe. Okay-okay yakinn." Aku memeluk Tengku Farzeeq erat. Kau tak kenal lagi siapa aku Tengku Farzeeq. Kalau kau kenal mungkin kau akan menyesal kahwin dengan aku. Aku bukan seperti perempuan lain yang lemah lembut.

"Tau takut." Tengku Farzeeq membalas pelukan aku.

"Woii bangunnn. Sudah-sudahlah tu buat projek pon. Dah pagi. Malam nanti sambunglah balik." Pintu bilik aku digegar macam nak roboh.

"Adui siapa tu? Kacau daun betul." Tengku Farzeeq melepaskan pelukan.

"Sabar sat biar saya yang settlekan budak tiga suku tu." Aku bangun dan teru membuka pintu.

"Kau nak apa setan. Nak tengok ke apa aku buat dalam bilik tu. Meh lah." Aku berura-ura ingin menarik Akmal masuk ke bilik aku.

"Ehh taknak gilaa. Aku budak bawah umur. Aku buat report nanti baru kau tau." Akmal mengeraskan badannya. Haa tau kau takut.

"Kau budak tak cukup umur? Aku rasa kau ni tak cukup otak bukannya umur." Aku pintal telinga si Akmal dan tarik bawa dia keluar.

"Aduhh sakittlah. Lepasss. Putus kang." Meronta-ronta mamat tu.

"Kamy kau amik laki kau ni jangan bagi dia kacau aku kalau tidak kau kahwin dengan dia dekat tu sana tu." Aku menunjukkan ke arah tanah perkuburan yang tidak jauh daripada rumah bonda.

"Ishh awak ni suka sangat mengacau Elys ni kenapa? Tak tau duduk ontok-ontok ke?" Kamilia mengambil alih tugas aku memulas telinga Akmal. Kini sebelah kanan pula. Sebelah kiri sudah merah aku kerjakan.

"Ya Allah tadi kena dengan singa sekarang harimau pulaa!" Akmal meraung.

"Padan muka kau." Aku jelir lidah.

"Apa bising-bising ni?" Bonda dan ayah keluar.

"Tak ada apa bonda. ayah. Ni dia orang ni bergaduh. Ala biasalah gaduh-gaduh manja. Kan Akmal?" Aku memberi senyuman kepada Akmal yang sedang menahan sakit.

"Haah makcik pakcik. Kami gaduh-gaduh manja je. Akmal ni nakal sangat lepas tu mulut bising." Kamilia jawab sambil menepuk lengan Akmal perlahan tapi berbunyi. Kalau check lengan budak tu mau merah tu. Haha.

"Sayang kenapa ni?" Tengku Farzeeq pula yang keluar.

"Tak ada apa abiy. Abiy lapar tak? Jom makan." Aku menarik Tengku Farzeeq sebelum Akmal buka mulut yang aku tarik telinga dia tadi. Kalau laki aku ni tau mau dia merajuk aku yang kena tidur luar bilik malam ni. Dia dah haramkan aku bersentuhan dengan lelaki lain.

"Tengkuuu." Suara Akmal meleret panggil laki aku. Aku pandang aje Akmal.

"Apa?" Tengku Farzeeq menoleh ke arah Akmal.

"Tak ada apa." AKu memberi isyarat putus leher kalau dia buka mulut. Kena ugut baru nak tutup mulut mamat ni. Bonda dengan ayah sudah masuk dahulu, penat mahu melayan drama kami berempat.

"Tau takut." Aku hanya membuat isyarat mulut kepada Akmal lalu menghadiahkan senyuman sinis. Muka member dah merah tahan marah. Padan muka. Ada hati nak lawan bos.

Semua menjamu selera sarapan pagi yang disediakan oleh bonda dan kak Elfy. Abang aku pun ada sekali.

"Bukan kau orang tak kenal ke? Macam mana boleh rapat sampai tak nak lepas pula ni?" Izz Radzen menegur aku dan Tengku Farzeeq.

"Aku kenal je adik kau ni. Dia je tak kenal aku siapa sebab aku datang meminang sebagai anak kawan ayah bukan bos kepada dia." Aku menjelling Tengku Farzeeq. Bijak dalam membuat helah.

"Ohh. Eloklah kalau dah kenal. Lepas ni dah kenal hati budi dia jangan menyesal pula. Kalau rasa dah tak nak pulangkan saja dia pada ayah dan bonda. Jangan seksa dia pula." Hai kasar bahasa kau bang. Kau tak kenal ke aku siapa? Berani mati betul.

"Kau rilek je lah dia tak berani nak pukul aku. Aku takut kau je kena pukul kalau kau buat hal dengan bini kau." Aku memandang Akmal yang dari tadi memerhati aku yang sedang membara menahan marah. Aku memberi isyarat kepada Akmal bahawa aku okay.

"Wah sejak dah ada suami ni makin kurang ajar kau." Izz Radzen tenung aku.

"Memang sifat semulajadi dan aku tengah nak tunjuk dekat suami aku yang aku ni orang yang macam mana. Aku tak suka berpura-pura baik untuk disayangi orang lain." Aku memandang Tengku Farzeeq sekilas. Yang lain berada di meja makan terdiam.

"Apa kamu berdua ni. Tak nampak ke ayah ada dekat sini? Kamu pun Lys dah besar janganlah berlawan dengan abang kamu ni. Bonda penat nak tengok kau orang berdua ni bergaduh. Bonda dengan ayah ni dah tua, takkan kami ni asyik nak kena tengok kau orang berdua ni bertekak sampai dekat meja makan pun nak bertikam lidah macam ni."Bonda dari dapur menegur aku.

"Fine. Kau menang lagi bang. "Aku bangun dan terus masuk ke bilik meninggalkan Tengku Farzeeq dimeja makan bersama ahli keluarga aku yang lain.

"Tengok tu tegur sikit merajuk masuk bilik. Tak pernah berubah." Izz Radzen menjeling aku sepanjang aku berjalan masuk ke bilik. Entah apa yang dia tak puas hati dengan aku.

"Sayang, buka pintu ni." Tengku Farzeeq diluar mengetuk pintu untuk masuk. Tak sangka pula dia juga ikut aku beredar dari meja makan tadi.

"Awak okay ke?" Tengku Farzeeq terus memegang muka aku setelah aku membuka pintu. Muka sembap kerana memangis.

"Hurmm" Tak mampu untuk bersuara kerana hati masih sedih.

"Jom kita balik rumah kita. Saya tak nak duduk sini." Sedikit demi sedikit tangis aku terburai.

"Tapi kita baru berapa hari dekat sini." Tengku Farzeeq masih ingin menjaga hati kedua orang mertuanya iaitu ibubapa aku.

"Kalau abiy tak nak biar saya je balik dengan Akmal dan Kamilia, boleh?" Aku meminta izin ingin pulang dahulu.

"Nope you are my wife not them so you need to be by my side, dear. Okay kita balik. Pergi packing baju." Akhirnya Tengku Farzeeq kalah juga dengan aku.

"Thank you abiy. Love you. Muahhh" Sebuah kucupan aku hadiahkan dipipi kanan Tengku Farzeeq. Terus happy aku kerana aku dapat seorang tempat untuk aku bergantung dan berharap membela aku daripada mulut puaka Izz Radzen.

"Amboi sebelah saja ke sayang? Sini...sini kenapa tak bagi sekali?" Tengku Farzeeq menghalakan jari telunjuknya ke pipi sebelah kiri dan bibir.

"Lain hari tuntut okay. Saya nak packing baju. Hehe." Aku terus bangun dan ambil beg pakaian.

Dalam tengah hari aku dan Tengku Farzeeq berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Akmal dan Kamilia sudah pulang selepas sarapan padi tadi. Pada awalnya bonda menghalang kami untuk pulang tetapi ayah memujuk bonda supaya melepaskan aku pulang. Ayah tau aku akan terus tersakiti jika terus duduk sebumbung dengan Izz Radzen. Tapi ayah tidak mampu untuk buat apa-apa kerana mulut bonda lagi bising daripada ayah. Izz Radzen masih tidak puas hati dengan aku sehingga aku mahu pulang pun ada saja mulut dia nak menyakiti hati aku. Tapi Tengku Farzeeq menggenggam tangan aku memberi kekuatan untuk bersaabar dan jangan berlawan mulut dengan Izz Radzen.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience